Friday, 17 May 2013

17| Suamiku Gee


17 oleh: faizah fyn
 
Sejak dari kes ‘panas’ di butik dan insiden mereka bertemu dengan Fairuz, Qaiser terus menyepikan diri. Majlis pertunangan mereka tinggal beberapa hari sahaja lagi tapi dia sendiri masih bingung dengan sikap Qaiser. Kenapa Qaiser perlu marah sebegitu sekali? Cemburukah? Tak mungkin taste dia yang luar alam tu dah berubah.

“Anak dara duduk termenung!” Sergah Aimy.

Pantas refleks dari Airis yang terus menampar paha kakaknya yang hanya berbalut seluar pendek paras lutut. Aimy menyeringai kesakitan akibat perit ditampar adiknya. Aduh! Bisanya tangan budak ni.

“Haaa itu makan dia kalau main sergah macam harimau. Cuba bagi salam dulu lain kali.” Bebel Airis tapi tangannya tetap membelek kesan merah pada paha kakaknya. Terbit rasa bersalah dihatinya.

“Kau tu yang tak dengar. Dari tadi lagi aku panggil kau, tapi kau yang asyik sangat tenung handphone tu. Tunggu Qaiser mesej lah tu.”

“Mana ada. Pandai je kau ni kan buat spekulasi sendiri.”

“Pergi Pasar Payang beli labu, kalau sayang baik mengaku!” Usik Aimy dengan pantun dua keratnya.

“Nak penumbuk sebiji atau pelempang, kau cakap lagi nyawa melayang!” Balas Airis tapi dengan pantun lebih kepada ugutan.

“Ehhhh ni dah kes ugut! Aku report polis nanti baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.”

“Yang kau menyemak dekat bilik aku ni kenapa? Dah tu datang nak mengusik aku je kerjanya.”

“Aku nak bermanja-manja dengan kau. Yelah, nanti kau dah  jadi tunang orang mesti takde masa nak lepak dengan aku dah.” Aimy mengenyitkan matanya apabila Airis sudah menjegilkan mata. Nak main-main pun tak boleh minah brutal sorang ni.

“Silap besar eh! Yang lupa diri bila jadi tunang orang tu, kau je. Aku maintain je macam biasa.”

“Kauuuuu kejinya!” Aimy sudah menarik muka empat belas.

“But that’s the truth!”

“Dah lah! Benci layan kau ni. Aku keluar shopping jugak bagus.” Aimy meraba handphone di dalam poketnya sebelum menaip sesuatu.

“Nak pergi shopping mana weh? Ikutttt.”

“Malam sikit! Tadi bukan main lagi perli aku. Nak keluar kau ajak lah Qaiser.” Aimy membuat symbol looser kepada Airis yang sudah mencebikkan bibir. Nak tarik simpati lah tu.

“Fine!” Airis sudah membaling bantalnya ke arah Aimy tapi tidak mengena sasaran apabila Aimy terlebih dahulu menutup pintu.

**************

Aimy sudah memasuki Fish Manhattan tetapi orang yang dicari tidak kelihatan. Penat dia tour setiap ruang di dalam restoran tersebut tapi ternyata hampa. Staf Fish Manhattan juga dari tadi mengekorinya menanti dia memilih tempat duduk. Selamba dia menarik pintu belakang restoran tersebut lalu keluar ke lorong pejalan kaki. Pantas jemarinya mendail nombol telefon orang yang dinantinya.

“Hello, kau kat mana? Jangan cakap kau nak kencing aku! Aku dah sampai tapi kau takde pun.” Tanpa salam Aimy terus menghamburkan amarahnya. Terkejut pihak di sebelah sana.

“Assalamualaikum. Aku tengah cari parking. Kau order lah apa-apa dulu. Kejap lagi aku masuk cari kau.” Klik! Terus panggilan ditamatkan.

“Urghhhh mamat ni kan! Memang lepas ni aku buat kau jadi kambing golek.” Aimy membebel tanpa memperdulikan orang yang lalu lalang di situ. Lantaklah diorang nak kata aku sewel pun. Kisah!

Aimy masuk kembali ke dalam restoran tadi tanpa mengendahkan pandangan pelik staf di situ. Mana tak pelik, tadi masuk lepas tu buat gaya macam pegawai kesihatan buat quality check then keluar dan sekarang masuk balik. Aimy memilih tempat duduk paling hampir dengan pintu belakang. Biar tersorok sedikit dari pandangan umum. Seorang staf datang membawa menu kepadanya.

“Kenapa akak dah masuk lepas tu keluar balik tadi?”  Ramah staf tersebut bertanya. Nak bahan aku lah tu!

“Pergi ATM kejap takut tak cukup duit nak bayar bil nanti.” Selamba Aimy membalas. Sibuk sangat budak ni tanya!

Aimy melambaikan tangannya kepada Qaiser yang seperti tercari-cari akan kelibatnya. Qaiser menanggukkan kepalanya sedikit tanda faham lalu berjalan menuju ke arah Aimy. Bukan dia tak perasan sekumpulan remaja perempuan yang berada di situ memandangnya dua tiga kali kemudian berbisik sesama mereka.

“Fuyohh hot stuff.” Belum sempat Qaiser duduk Aimy terlebih dahulu bersuara.

“Kau ni memang tak reti bagi salam kan?” Perli Qaiser.

“Assalamualaikum bakal adik ipar.”

“Waalaikummussalam bakal kakak ipar. Haa macam tu kan bagus, sejuk perut aku nak melantak nanti.”

“Kau jangan merosakkan bahasa boleh tak? Eh cepatlah order.”

“Menunya tak dak cik kak! Macam mana nak..” Belum sempat Qaiser menghabiskan ayatnya, staf di situ menghulurkan menu kepadanya.

“Thanks.” Ucap Qaiser sekadar berbahasa.

“Kau nak makan apa?” Aimy sudah menutup menu di tangannya.

“Your treat?” Qaiser senyum senget.

“Pleaseeee sendiri bayar lah!”

“Okay. Baru je ingat nak belanja.”

“Kau belanja ke ni?” Soal Aimy dengan matanya sudah bersinar-sinar.

“Tadi kata bayar sendiri.”

“Okay.” Lemah sahaja perkataan ‘okay’ tersebut.

Qaiser memanggil staf di situ untuk membuat order. Seperti kebiasaan dia akan order dari starter sehinggalah ke dessert!

“Banyaknya! Siapa nak makan semua tu?” Aimy bertanya dengan nada terkejut.

“Aku lah.”

“Macam paus! Eh yang kau tiba-tiba nak jumpa aku ni kenapa? Dah lah suruh aku rahsiakan dari Adib. Kau tahu tak Zaid tu dah lah selalu lepak sini. Kalau dia nampak kita berdua macam mana?”

“Kau ni macam apek jual sayur kau tau? Mulut bising gila! Adib tahu tak kau jumpa aku?”

“Mulut kau memang satu insurans dengan Adib kan? Dia tak tahu pun aku datang sini. Kenapa kau nak rahsia sangat ni? Sampai Zaid pun kau tak bagi ajak.”

“Aku nak bincang hal Adib. Pasal Zaid kau jangan risau, weekdays macam ni dia selalu lepak dekat rumah sewa.” Qaiser memberi jaminan.

“Oh. Aku  risau dia nampak je. Tak pasal je Perang Dunia Ketiga kitorang nanti. Hal Adib ni hal apa?”

Qaiser tidak terus menjawab apabila makanan mereka sudah sampai. Apabila staf tersebut berlalu pergi baru dia bersuara.

“Fairuz.” Hanya sebaris nama itu yang disebutnya.

“Uhuk uhuk.” Tersedak Aimy yang baru sahaja menyedut Gummy Bear di dalam gelas.

“Tak payah lah nak drama sangat. Aku nak tahu semua pasal Fairuz. Dari A-Z sebab aku tak nak ada rasa sangsi sebelum aku bertunang nanti.” Jelas Qaiser.

“O-K.”

**********

Zaid bersiul perlahan sambil menyeluk kunci di dalam poket jeansnya. Dia berdiri tegak di sebelah mesin autopay menanti Amer membuat pembayaran. Sesekali matanya meliar ke arah restoran steamboat yang terletak berdekatan dengan mesin autopay. Kemudian matanya menangkap sesusuk tubuh yang cukup dikenalinya. Aimy?

“Oit! Kau tengok apa bro?  Macam nak terkeluar biji mata kau.” Amer menepuk bahunya.

“Tak. Tak ada apa. Dah bayar ke?”

“Dah. Yang kau gelabah sangat ni kenapa?” Amer memandang dirinya pelik. Dah gaya nampak hantu je mamat ni.

“Mana ada. Eh kau pergi dulu dekat kereta. Aku nak call orang kejap.” Zaid menghulurkan kunci keretanya kepada Amer.

“Orait! Cepat sikit.” Kunci digenggam kemas sebelum berlalu ke tempat mereka memarkir kereta tadi.

Zaid memandang handphone di tangannya lama. Okay, you need to do this Zaid. Dia yakin dia tidak salah melihat. Memang perempuan di dalam restoran tersebut adalah Aimy. Tapi kenapa Aimy harus merahsiakan pertemuannya dengan Qaiser?

“Hello. Kenapa you call I?” Kedengaran suara Aimy bertanya riang.

“Nothing. Just check on you. You ada mana?” Zaid menyorok sedikit di sebalik dinding apabila melihat Aimy seperti mencari kelibatnya.

“At home. Why? You spy eh?” Aimy sudah tidak senang duduk. Dia mengisyaratkan jari telunjuknya menyuruh Qaiser jangan membuat bising.

“Oh.  Tadi I nampak macam you. Salah orang kot.”

“Serious? You ada dekat mana?” Jangan cakap mamat ni ada dekat sini!

“I ada dekat library. Tengah buat group discussion dengan Amer and Paan. I think I miss you so much that’s why asyik ternampak you.” Zaid cuba berjenaka sedangkan hatinya sudah panas kerana ditipu.

“Rajinnya sayang I ni! Okay, tomorrow I jumpa you.”

“Okay. Take care!” Zaid merengus kasar setelah panggilan ditamatkan.

Handphonenya dihalakan ke arah restoran tadi. Pantas dia mengambil gambar Aimy dan Qaiser. Mungkin dia harus bertanya kepada Qaiser sendiri. Elok sahaja dia ingin bergerak ke kereta, handphonenya berbunyi. Airis.

“Hello. Ada apa Dib?”

“Abang, panggil Kak Aimy jap. Adib call  dia tapi tak angkat.”

“Kak  Aimy?”

“Yelah. Bukan dia keluar dengan abang ke?” Airis sudah pelik.

“Ohhh memang lah. Maksud abang ada hal penting apa sampai call abang?”

“Alah panggil Kak Aimy jap.”

“Kak Aimy pergi ladies, handbag dia dekat abang. Adib nak apa?”

“Ye ke. Adib nak kirim big apple. Nanti abang bagi tau dia eh?”

“Okay. Itu pun kalau abang ingat.” Zaid memandang handphonenya sepi.

Kenapa Aimy jumpa Qaiser? Kenapa Aimy tipu Airis yang mereka keluar berdua sedangkan dia keluar dengan Qaiser? Pelbagai persoalan bermain di mindanya. Permintaan Airis tadi membuatkan dia rasa serba salah. Macam mana nak suruh Aimy beli sedangkan mereka tak bersama sekarang. Paling penting Aimy tipu yang dia dekat rumah sedangkan dia dekat luar dengan Qaiser. Dia yakin ada sesuatu yang mereka berdua rancang.

‘Adib mintak you belikan Big Apple. Dia call you tak dapat so dia call I. You dekat rumah ke kat mana sekarang?’

Message sent. Dia yakin Aimy pasti tak senang duduk sekarang bila baca mesej dia tadi. Dia memasukkan kembali handphone ke dalam poket seluar jeansnya lalu menuju ke arah kereta. Soalan Amer yang bertanya kenapa dia lambat tidak di jawab.

“Qaiser! Mati! Mati!” Aimy mengulang perkataan mati dua tiga kali sehingga membuatkan Qaiser merasa pelik.

“Apa yang matinya?”

“Aku cakap dekat Zaid aku dekat rumah. Tapi tadi Adib call dia mintak aku belikan Big Apple. Mesti dia syak aku tipu dia.”

“Oh.” Pendek sahaja jawapan  Qaiser.

“Oh? Kau tahu tak kita ada masalah besar sekarang?”

“Zaid bukan tahu kau keluar dengan aku. Takde hal apa lah, kau je gelabah lebih.”

“Habis aku nak jawab apa dekat dia nanti kalau dia tanya kenapa aku tipu dia?”

“Hmmm cakap jelah kau pergi shopping. Kau tipu dia sebab takut dia marah. Zaid kan tak suka kau shopping. Dia kan jenis berjimat cermat.”

“Brilliant! Fuh berguna jugak otak kau ni.” Aimy sudah menarik nafas lega. Berharap Zaid tak menyoal banyak.

“So, boleh kita sambung topik sebenar kita?”

“Apa yang kau nak tahu pasal Fairuz?” Aimy tidak terus menjawab soalan Qaiser.

“Everything.”

Aimy menarik nafas sedalamnya. Lama dia diam. Memikirkan ayat yang sesuai. Qaiser masih memandangnya. Sabar menanti dia bercerita.

“Kau tahu kan yang Adib tak rapat sangat dengan lelaki kecuali dengan kau. Dari kecil lagi korang selalu main sama-sama. Dia pun jenis lasak. Tapi lepas family kau pindah pergi US, Adib jadi pendiam. Jauh berbeza dengan Adib yang kitorang kenal.” Aimy berhenti sebelum menyambung kata-katanya.

“Sampailah satu hari tu, ada student yang baru pindah dekat sekolah. Fairuz. Memang dia antara yang hot dekat sekolah lepas dia pindah dekat sekolah kitorang. He got fame, money and look. One more thing, top student dekat sekolah lama dia. Ramai yang minat dia tapi dia tak layan. Kecuali Adib.”

“Adib? Macam mana dia boleh baik dengan Adib?”

“Adib selalu lepak library sejak kau pindah. Dulu masa kau ada, lepas sekolah korang main basketball sama-sama. Tapi rutin dia dah berubah lepas tu. Dia spend time dekat library. Tahu kenapa dia study gila-gila lepas kau pindah?” Tanya Aimy.

“Kenapa?”

“Dia cakap dia nak study dekat US, nanti boleh jumpa dengan kau balik.”

“Dia tak pernah cakap dengan aku pasal tu.”

“Adib kan jenis perahsia. Nak dijadikan cerita, Fairuz pun selalu lepak dekat library. Dari situ diorang selalu jumpa tapi tak pernah bertegur sapa. Fairuz tu pulak, kalau dia pergi library mesti ada budak perempuan yang kacau dia apa semua. Adib dia bengang sangat sebab bising, terus sound Fairuz tu. Cakap lain kali study tempat lain kalau nak bawak girlfriends.”

“Habis apa jadi lepas tu?”

“Lepas tu Adib dah tak study dekat library. Dia pergi court basketball then study situ sebab court tu kan memang jarang guna. Team basketball practice situ time weekend je. Masa tu lah Fairuz tegur dia. Fairuz join team basketball.” Aimy menyedut gummy bear di dalam gelas. Penat bercerita.

“Fairuz tegur kenapa study dekat situ, kenapa tak dekat library je? Dekat court tak bising ke? Lepas tu Adib jawab mana bising sebab court tu guna time weekend. Fairuz tu je yang gedik guna time lepas sekolah. Adib cakap Fairuz tu tak puas hati dengan dia ke apa. Yelah dekat library dia bising, sekarang dekat court pulak.”

“Then?”

“Fairuz cakap kenapa Adib macam benci gila dengan dia. Adib diam je tak jawab apa. Tahu apa Adib buat lepas tu?” Soal Aimy.

“Buat apa?”

“Dia nak lawan basketball dengan Fairuz. Kalau dia menang Fairuz tak boleh guna court tu time dia ada dekat situ.”

“Gila! Fairuz tu setujulah?”

“Setuju lah. Tapi Adib kalah dengan dia siap dia punya wrist terseliuh lagi. Tiga hari jugak tangan Adib berbandage. Yang peliknya Fairuz tak pernah datang court lepas tu. Dia cakap Adib boleh guna court tu.”

“So start dari hari tu lah diorang bercinta?”

“Tak. Adib bukan taste Fairuz. Diorang bercinta sebab Fairuz bet dengan kawan-kawan dia. Diorang tahu Adib bukan jenis layan lelaki kecuali kau. Kira diorang nak tengok power ke tak Fairuz ni bab pikat girls.”

“Adib tahu tak?”

“Tak tahu. Dia ingat Fairuz tu ikhlas. Sebab Fairuz tu selalu tanya tangan dia okay ke tak, bila Adib study dekat court dia bawak roti dengan air and balik je dia tunggu Adib. Weekend pun dia ajak Adib main basketball. Kira Adib macam ada pengganti kau. Bezanya perasaan dia dekat kau macam adik dengan abang. Mulanya Adib takde feeling apa pun dengan Fairuz sampai lah Fairuz yang make a move first.”

“Kira Adib terima lah bila Fairuz ajak diorang couple?”

“At first Adib reject. Tapi entahlah bila dah lama tu diorang jadi rapat and Adib pun suka dekat dia. Mungkin faktor sunyi sebab kau takde lepas tu ada orang take care pasal dia yang buat dia terima Fairuz.”

“Lama ke diorang couple before Adib tahu yang diorang saja nak kenakan dia?”

“Hmm lama jugak. Masa nak dekat SPM tu baru Adib dapat tahu, Tu pun secara tak sengaja. Dia on the way pergi court, masa tu dia terdengar perbualan Fairuz dengan kawan-kawan dia. Diorang tanya sampai bila dia nak couple dengan Adib? Dia dah suka dekat Adib ke? SPM dah nak dekat, takkan sampai habis sekolah nak couple. Yang buat Adib kecewa, jawapan Fairuz dekat kawan-kawan dia.”

“Fairuz jawab apa?”

“Dia cakap, tak mungkin dia suka Adib yang perangai macam lelaki tu. Kira Adib tu dia anggap macam kawan lelaki dia yang lain. Dia cakap dia belum habis lagi kenakan Adib. Dia nak balas dendam sebab Adib cabar dia lawan basketball dulu. Adib malukan dia sebab sound dia masa dekat library. Alasan  dia yang last sekali tu buat Adib marah, kecewa sangat-sangat. Alasan yang ada kaitan dengan kau.”

“Ada kaitan dengan aku? Fairuz tahu pasal aku?”

“Adib selalu cerita pasal kau dekat Fairuz. Sebab Fairuz tanya kenapa dia study gila-gila. Fairuz macam jealous dengan kau pun ada jugak. Yelah dia ada depan mata Adib, tapi Adib sibuk cakap pasal kau. Dia nak make sure, Adib patah hati sebab kena tipu dengan dia so Adib tak boleh focus study. Kau tahu yang dia berjaya sebab Adib down gila lepas tu sebab orang asyik perli dia dekat sekolah. Dia tak dapat score masa SPM, so tak dapat further study dekat US. Niat Fairuz tak nak bagi dia jumpa kau memang berhasil. Tapi kuasa Allah, korang tak lama lagi akan bertunang.”

“Memang diorang dah tak contact langsung ke lepas tu?”

“Tak. Memang putus terus. Sejak tu Adib tak percaya lelaki. Yang dia percaya cuma dua orang je. Abah dan kau. Sebab tu aku yakin nak bagi korang berdua kawin walaupun ni semua sebab nak tolong aku dengan  Zaid. Aku yakin yang Adib sebenarnya suka dekat kau. Cuma dia confuse dengan hubungan adik-abang korang tu.”

“Adib suka aku?” Qaiser bertanya, sedikit terkejut.

“Bila fikir balik, lepas kau pindah perangai dia berubah. Dia study semata-mata nak jumpa kau balik. Kau tak rasa ke semua tu sebab dia suka kau?”

“Mungkin sebab dia anggap aku abang dia. Kawan baik mungkin?” Qaiser cuba menidakkan.

“Aku yakin one fine day, dia akan suka kau. By the way kenapa kau nak sangat tahu pasal Fairuz?” Baru Aimy berpeluang bertanya.

“Aku dengan Adib ada terserempak dengan dia hari tu.”

“What???” Hampir terjerit Aimy mendengar pengakuan Qaiser.

 

 

 

 

 

 

 

1 comment:

Unknown said...

bila nak smbg sG. what happen next