Showing posts with label Suamiku Gee. Show all posts
Showing posts with label Suamiku Gee. Show all posts

Friday, 16 August 2013

20| Suamiku Gee



















20 oleh: faizah fyn

Puas dia mendail nombor telefon Qaiser tapi satu pun tak diangkat. Merajuk betul ni. Aku ni dah lah jenis tak pandai bab pujuk memujuk. Nanti aku jadi hati batu, buat don’t know je makin parah pulak. Esok dah majlis, buatnya mamat tu buat kerja gila nak cancelkan macam mana? Yang aku risau dia nak cancel tu kenapa? Bagus jugak sebenarnya, tak payah aku kahwin dengan dia. Tapi Aimy? Dilema..Dilema.

“This is the voice mailbox……” Minah salih mana pulak ni?

Adoi lah! Serabut otak, serabut perut! Dah rasa macam terbelit usus sendiri je aku rasa. Teruk sangat merajuk sampai off handphone ni. Tunggu jelah esok pagi. Kalau dia datang, Alhamdulillah. Kalau taka da memang kena bawak bala tentera pergi pujuk anak mat salih celup sorang tu. Qaiser, kau saja bagi aku tak senang duduk kan?

“Hah? Ini dah kenapa muncung macam tikus mondok?” Aimy yang dari tadi memerhati kegelisahan adik kembarnya bertanya.

“Tak ada apa lah.” Handphone diletakkan ke atas meja kecil di sebelah sofa.

“Bergaduh dengan Qaiser? Haih..korang ni kan sampai bab berapa nak bergaduh, baik, bergaduh. Bawaklah berdamai Adib oih!” Aimy yang seakan tahu apa yang berlaku sudah memberi tazkirah percuma.

“Ehhhh bila pulak aku cakap aku bergaduh dengan dia?”

“Aku dah lama kenal kau. Kita kan womb mate, aku boleh agak apa yang jadi. Muka kau macam tu bila bergaduh dengan Qaiser je. Apa pulak kau buat kali ni?”

“Hmmm macam mana nak cakap eh?” Airis menggigit bibir bawah. Tak tahu harus dimulakan dari mana.

“Cakap jelah,itu pun payah.”

“Tadi aku terlepas cakap yang orang macam dia tu boleh ke bagi aku ni pregnant. Sumpah! Aku tak sengaja nak cakap macam tu.” Dia menarik nafas lega setelah bercerita.

“What? Ini benda paling stupid aku dengar. Kau ni memang tak reti jaga mulut kan? Habis tak minta maaf dengan dia?” 

Nasiblah kau ni adik aku, kalau tak memang aku cili je mulut tu. Nak dicili nanti, mereka tu womb mate, nanti dia ikut sama rasa pedas cilinya. Aimy mengurut dadanya menahan marah.

“Aku try call dia banyak kali tapi tak angkat. Sekali masuk voice mailbox.”

“Tinggalkan jelah pesanan kat dia. Kedekut sangat kau ni dengan mak cik voice mailbox tu. Bukan orang lain, bakal tunang merangkap bakal suami kau jugak.” Aimy menepuk perlahan paha adiknya sebelum berlalu. Pandai-pandailah Airis fikir.

“Nak cakap apa?” Tanya Airis.

“I don’t know.” Laung Aimy dari tingkat atas.

Ada kakak pun tak membina jugak. Tadi bukan main lagi bagi idea lepas tu dibiarkan aku terkontang-kanting dekat sini. Nanti aku bagi sajak dekat Qaiser tu mahu gelak berguling-guling mamat tu. Setahun pun tak habis malu. Nak cakap aku ni bila menggelabah habis slurred speech. Menyanyi? Hmmm try and error. Pantas dia mendail nombor telefon Qaiser. Dengar sahaja suara minah salih voice mailbox terus dia mula menyanyi.

I’m not a perfect person
There’s many things I wish I didn’t do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I’ve found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I’m sorry that I hurt you
It’s something I must live with every day
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That’s why I need you to hear

I’ve found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

**********

Qaiser hanya mengeluh mendengar suara Airis yang mendayu menyanyikan lagu The Reason. Dia tahu dia tak mampu merajuk lama dengan Airis. Airis seperti ada suatu kuasa yang mampu membawa dia jauh dan menarik dia untuk kembali dekat. Tapi hatinya masih sakit dengan kata-kata Airis. Aku maafkan kau tapi untuk lupakan apa yang kau cakap mungkin ambil masa.

“Qais, termenung apa lagi tu? Masuk dalam tolong Mama dengan Kak Qis kejap.” Panggil Puan Latifah dari dalam rumah.

Qaiser yang dari tadi duduk di luar rumah sambil merenung ke langit berpaling sebelum menganggukkan kepala. Nescafe yang masih bersisa di dalam mug diteguk sekali lalu dibawa bersama ke dalam rumah. Pasti Mama mahu dia membantu menyiapkan hantaran untuk esok.

“Sejak bila jadi payung rindukan bulan ni?” Qistina yang duduk bersandar di dinding sambil menyusun bunga hidup di dalam bekas hantaran bertanya.

“Pungguk lah bukan payung.” Qaiser membetulkan peribahasa yang digunakan Qistina.

“Whatever. Eh cepatlah tolong hiaskan bunga ni. Dia yang nak bertunang, kita pulak yang kena bersengkang mata. Kesian baby.” Qistina menjuihkan bibir sambil mengusap perutnya.

“Taktik! Baby nanti jangan ikut perangai Mama awak tu. Kuat merajuk. Ikut uncle takpe, jadi anak lelaki yang tough.”

“Tough? Tengok lepas kawin nanti tough ke tak.” Usikan Qistina menyebabkan seisi rumah ketawa.

“Tak senonoh. Eh bak lah sini bunga tu. Biar mat romeo ni tolong hiaskan.”

Qistina hanya ketawa melihat reaksi adiknya. Main-main lagi kan dah kena sebijik. Terdiam terus bila kena usik macam tu.

“Adib ada telefon tak?” Puan Latifah yang tekun memberikan sentuhan terakhir pada hantaran bertanya.

“Tak. Esok kan dah majlis, dia sibuk lah tu.” Bukan Airis tak telefon, dia yang sengaja mematikan telefon bimbit.

“Tak apa Ma, nanti dah kawin tak payah telefon dah. 24 hours berkepit.” Usik Qistina lagi.

Masa ini lah nak membalas dendam kepada adiknya. Sewaktu dia mahu berkahwin dulu tak putus-putus dia menjadi bahan usikan adiknya.

“24 hours dalam bilik?” Encik Zulhilmie yang duduk bersama kaum lelaki bertanya tiba-tiba. Sekali lagi gamat rumah dengan gelak tawa.

“Berkepit Pa, bukan dalam bilik. Papa ni lagi dasyat dari Qis.” Qistina membalas dengan tawa yang masih bersisa. Apa lawak sangat Papa malam ni.

“Ohhh mana Papa dengar. I’m getting old you know.”

“Nasib sedar diri dah tua. Jangan awak tiba-tiba menggatal pulak nak kawin lagi satu. Berkepit pun dengar bilik.” Puan Latifah menjeling ke arah suaminya seakan memberi amaran.

“Mama ni, sensitive. Papa bagi hint nak baby baru laa tu. Kan Pa?” Pantas tangan Puan Latifah mencubit lengan Qaiser.

“Gatal. Ikut perangai Papa lah ni.” Qaiser hanya menyeringai kesakitan apabila dicubit Puan Latifah. Berbisa!

“You nak baby ke Pah?” Encik Zulhilmie ikut sama dalam usikan Qaiser. Bila lagi nak mengusik isterinya.

“Cukuplah yang dua orang ni. Saya ni elok jaga cucu je sekarang.”

“Qais, tak dapatlah baby baru. Qais kena mintak dengan Adib sebab Mama dah tutup kilang.”

“Abang!” Puan Latifah sudah bercekak pinggang.

“Gurau jelah. Awak ni usik sikit tak boleh.” Encik Zulhilmie berjalan merapati isterinya.

“Duduk dekat-dekat ni kenapa?” Puan Latifah menyiku suaminya supaya duduk jauh sedikit.

“Nak tengok isteri pun tak boleh? Saya tengok orang lain nanti awak marah pulak.”

“Sweetnya Papa dengan Mama ni. Kalau kilang buka lagi memang dapat adik baru lah kitorang ni.” Qistina menjeling ke arah Qaiser.

“Dah dah..cepat siapkan hantaran ni. Layan awak dengan anak awak dua orang ni, habis kerja tak jalan.” Bebel Puan Latifah.

“Yes boss!”

“Tapi kan, baru Qis perasan yang Qais punya perangai romeo ni dapat dari siapa. Hmmm dapat dari Papa.” Encik Zulhilmie mengangkat keningnya ke arah Qaiser seakan mengiakan.

“Well, like father like son.” Balas Encik Zulhilmie sambil merangkul bahu Qaiser.

**************

Dadanya berdebar laju saat Rozi yang juga menjadi juru andamnya hari itu memberitahu pihak lelaki sudah sampai. Keluarga Zaid tiba setengah jam lebih awal. Tak sabar agaknya mahu bertunang dengan Aimy. Maklumlah sudah lama mereka merancang baru sekarang ia Berjaya di realisasikan. Tadi risau juga dia andai kata Qaiser mahu menarik diri dari bertunang dengan dia. Nasib muncul juga akhirnya. Katanya Qaiser terlupa di mana dia letakkan cincin pertunangan. Rupa-rupanya cincin ada di dalam handbag Mamanya. Haih macam-macam.

Dari luar kedengaran jelas sesi berbalas pantun di antara rombongan Zaid dan Pak Long yang menjadi wakil bagi pihak perempuan. Apa klasik sangat family Zaid ni nak berbalas pantun. Sarung cincin dah lah. Nasib lah Pak Long tu dulu wakil sekolah dalam pantun. Jangan family Qaiser pun nak ikut sama pantun sudah. Aku dah lah panas duduk dalam bilik ni. Aircond yang dipasang 16 tu pun bagai tak terasa. Ditambah dengan make up setebal 2 inci yang ditempek pada mukanya. Jenuh juga dia berkompromi dengan Rozi. Ikut kan mamat ayu tu memang dia nak tempek sampai 4 inci. Katanya kulit aku tak selicin kulit Aimy. Ceh! Tak sedar kulit muka dia tu macam kulit buaya.

“Alhamdulillah..Jadi bolehlah ye ibu pihak lelaki masuk untuk sarung cincin?” Kedengaran suara ayah Zaid dari ruang tamu.

“Sila-sila. Sofia, awak bawak ibu Zaid ni masuk ke dalam.”

Kelihatan ibu Zaid masuk ke dalam bilik diiringi oleh Puan Sofia. Aku tengok Kak Aimy relaks je. Dah lama praktis agaknya. Eh ada ke orang praktis nak bertunang?

“Angkat sikit tangan tu cik adik oiiii.” Rozi sudah bising menyuruh Aimy menghulurkan tangannya untuk disarungkan cincin.

“Alhamdulillah. Kakaknya dah selesai, sekarang giliran adik pulak.” Ujar Encik Ahmad sebaik sahaja ibu Zaid keluar dari bilik.

Encik Zulhilmie hanya tersenyum sambil memandang ke arah Puan Latifah. Rombongan mereka hanya lapan orang. Berbeza dengan rombongan Zaid yang hampir lima belas orang. Qaiser masih diluar rumah bersama Zaid. Memang mereka dinasihatkan supaya tunggu di luar sehingga majlis selesai.

“Kami ni buat simple jelah Amat, tak ada pantun semua. Tak apa Amat?” Soal Encik Zulhilmie.

Segan juga dia kerana tidak menyediakan apa-apa pantun seperti pihak Zaid. Bahasa Melayunya juga kurang fasih, inikan pula mahu mereka pantun. Kot disuruh baca sajak Shakespeares tu bolehlah agaknya.

Airis sudah menarik nafas lega. Phewww lega tak ada pantun. Dia kalau boleh mahu yang sesimple mungkin. Sarung je cincin dah, selesai.

“Kau duduk elok sikit. Kalah jantan kau ni. Ini majlis bertunang bukannya nak wrestling.” Laju tangan Rozi hinggap pada pahanya.

“Habislah nak kena samak lepas ni.” Perli Airis.

“Kau mulut! Eeee macam mana lah mamat hot tu boleh terfikir nak bertunang dengan kau. Duduk macam jantan, mulut takde filter. Tu make up, dah berapa kali aku touch up kau pergi lap dengan tisu. Nanti gambar bertunang kau buruk jangan salahkan aku.”

Mulut Airis terkumat-kamit mengajuk Rozi sambil tangannya sibuk meniru gaya Rozi. Haih, tak kuasa aku nak melayan mamat ayu ni.

“Assalamualaikum. Cantiknya Adib hari ni.” Tanpa di beri amaran, Puan Latifah masuk diikuti Puan Sofia dibelakangnya.

Mencerlung mata Puan Sofia memandang ke arah Airis. Opss! Jangan cakap diorang dengar apa yang aku bergaduh dengan Rozi tadi. Mati!

“Hulur tangan tu Adib.” Airis menghulurkan tangannya apabila di suruh oleh Puan Sofia.

Nasib aku dah lumur lotion satu badan. Gaya macam nak sarung cincin satu badan je aku ni! Airis tersentak apabila Puan Latifah memeluknya sambil menghadiahkan ciuman di kedua belah pipinya.

“Jaga Qaiser elok-elok.” Sempat Puan Latifah berpesan. Pesanannya hampir sama dengan Qistina.

Selesai sahaja sesi menyarungkan cincin, rombongan Zaid dan Qaiser di jemput untuk makan. Awal pagi lagi dia dan kakaknya dikerah untuk menolong Mama di dapur. Kata Mama masa ini lah nak tunjuk skill memasak pada bakal mertua.

“Adib tolong panggil Qaiser kat luar. Dari tadi tak masuk lagi. Tadi pun dia tak breakfast. Boleh Adib?” Boleh Puan Latifah ni macam arahan bukan pintaan je aku dengar.

Aiseyman macam mana nak cakap dengan mamat tu? Dah lah tengah perang dingin. Tapi dianggukkan juga kepala kepada Puan Latifah. Jaga hati bakal mak mertua kan.

“Hah tercegat apa lagi tu Adib? Cepat panggil Qais makan. Dia nak tuan puteri jemput tu.” Usik Qistina.

“Kak Qis ni. Ye, Adib nak pergilah ni.” Lambat-lambat dia berjalan menuju ke luar rumah.

Hah! Itu dia gerangan yang dicari. Handsome gila nak mati pakai baju melayu berwarna kelabu bersama kain sampan songket warna emas. Tapi, ewah-ewah sempat bergayut pulak dia. Tunang dekat sini tak nak pulak di ajak bersembang. Entah siapa jelah dia call.

“Yes my dear. I’m officially enganged today.”

Entah dengan siapa Qaiser berbicara. Yang pastinya langkahnya terus mati. Dear? Dear who? Girlfriend gee dia? Oh-M-Gee!





Wednesday, 14 August 2013

19| Suamiku Gee



















19 oleh: faizah fyn



Rumahnya riuh rendah malam ini. Mana taknya, esok akan berlangsung majlis pertunangan dia dan Aimy si kakak kembarnya. Di cubit pahanya beberapa kali, nyata dia tidak bermimpi. Qaiser Muhammad, kurang dari 24 jam mereka akan ditunangkan. Tengah hari tadi keluarga Qaiser sampai dari US, terus sahaja Qistina mengajak dia keluar. Robot ke apa Kak Qis ni? Orang lain jetlagged bagai dia boleh lagi ajak lepak sejurus tiba di Malaysia. Diheret sekali Qaiser supaya ikut bersama. Kata Kak Qis, Mama amanahkan dia untuk melakukan sesi hati ke hati dengan mereka berdua. Mama tak percaya agaknya yang dia dan Qaiser bercinta. Tup tup sudah mahu bertunang.

“Ayam penyet jom! Pleaseeee Kak Qis mengidam gila dah ni.” Sengaja Qistina mengusap perutnya yang sudah menampakkan baby bump itu.

Hah! Ini lagi satu yang dia tidak puas hati dengan Qaiser. Hari tu bukan main lagi cakap Kak Qistina dah gemuk sebab banyak makan rupa-rupanya gemuk sebab lain. Laju sahaja dia mencubit lengan Qaiser bila mamat itu selamba sahaja ketawa.

“Betul apa Qistina dah gemuk! Tengok tu pipi dia naik macam letak baking powder.” Qaiser menekan perutnya menahan tawa.

“Qaisssss sampai hati!” Qistina sudah menarik muncung.

“Merajuk lah! Ryan takde dekat sini nak pujuk kau Qistina.” Ryan, suami Qistina tidak dapat datang kerana perlu menguruskan tugasannya di US.

“Qaiser, tak baik lah kau ni. Kesian dekat Kak Qis. Esok kau ada isteri, orang kutuk dia bila dia pregnant apa kau rasa?” Marah Airis kerana sudah hilang sabar melihat Qaiser mengejek Qistina.

“Cop! What have you said just now? Kalau isteri aku pregnant? Wait, Adib kita baru nak bertunang yang kau jauh sampai fikir dah pregnant ni kenapa? Sabar sayang, belum sampai lagi chapter tu.” Qaiser mengenyitkan matanya sedikit kepada Airis yang sudah melopong.

Pantas tangannya mengipas muka. Panasnya muka ni! Aku bagi andaian boleh pulak dia kenakan aku macam tu. Eeeee nak je aku piat-piat telinga dia.

“Merahnya muka you sayang. Macam kena siram dengan sos!” Galak Qaiser menyakat.

“Shut up!” Airis sudah menapak laju menuju ke arah restoran ayam penyet. Kesian pulak dengan mak salih buyung tu. Sempat dia mengutuk bakal kakak iparnya.

“Awww so sweet!” Qistina yang sejak tadi menjadi pemerhati bersuara.

“Sweet kan. Nanti dah kawin lagi lagi lagi sweet.” Qaiser mengambil tempat di sebelah Qistina.

“Tak payah nak sweet sangatlah kan.” Airis memberi isyarat supaya Qaiser menurunkan tangannya yang sudah melingkar pada kerusi yang dia sedang duduk.

“Letak tangan je sayang, bukan I peluk you pun.” 

Ini dah kenapa mamat ni jadi terlebih gula Melaka pulak ni? Kejap sayang, kejap ber’I’ ‘You’ dengan aku. Aku dah lah spesis kegelian dengan jenis nak cakap bajet Romeo ni.

“I’m impressed! Belum kawin dah practice guna sayang. I should ask Ryan to call me sayang after this instead of Qis.” Ujar Qistina.

“Sayang tu baru sikit. Nanti dah kawin hmmmmm. Sayang you nak berapa orang anak?” Selamba Qaiser bertanya.

Ehhh mamat ni gaya tanya macam aku ni kilang buat anak. Bertunang pun belum dah sibuk bawak topic anak ni dah kenapa? Entah-entah sengaja nak berlakon depan Kak Qistina kononnya kitorang ni couple of the year.

“Empat.” Dijawab sepatah soalan Qaiser, sekadar menjaga air muka Qaiser.

“Good! Nanti dua minggu kawin I bagi you gemuk macam Kak Qis okay.” Kata-kata Qaiser disambut tawa Qistina.

“Gila! Qais, kau ingat pregnant ni macam beli baju?” Soal Qistina.

“Hey, Farid Kamil boleh buat, kenapa aku yang tough dan muda ni tak boleh?” Balas Qaiser.

“Eeee dah lah! Tukar topic! Amboi bukan main gatal lagi hari ni kan?” Airis sudah menghantar jelingan maut. Siap kau nanti!

“Okay enough. Kita order dulu, nanti baru sambung topic tu.” Kasihan pula Qistina melihat Airis diusik begitu.

“By the way, Kak Qis ajak kitorang keluar ni kenapa?” Soal Qaiser.

“Mama tak percaya korang ni betul-betul in love. Few years tak jumpa tiba-tiba nak bertunang. Akak pun terkejut bila Qais call.” Satu demi satu Qistina jelaskan.

“So? Mama mintak akak spy kitorang ke?” Giliran Airis pula bertanya. Qaiser dan Qistina serentak memandang ke arahnya. Ini dah kenapa? Aku salah cakap ke?

“Wow, dah panggil Mama nampak. Takde Mak Cik Tipah dah.” Giat Qaiser.

“Practice.” Malas dia mahu melayan usikan Qaiser.

“Good. So akak rasa kitorang ni macam mana?” Qiaser kembali ke topic asal.

“Hmmm nampak macam dah deeply in love, so lovey dovey. Dari luaran lah. Cuma cara korang bercakap tu macam bukan orang bercinta. Kejap sayang, kejap ‘I-You’ lepas tu ‘Aku-Kau’.”

“Haaaa itu namanya we can be a great couple and sometimes we have a brother-sister relationship.”

“And ENEMY.” Celah Airis dan sengaja ditekankan perkataan enemy itu.

“Yeah right! Enemy yang boleh bagi pihak musuh lagi satu jatuh tersungkur sebab musuh yang ni manis macam gula melaka. Am I right, Adib Airis?”

“No comment.” 

“Hmmm betul lah tu. You’re speechless with my words that you can’t even answer me back.”

“Eh kita makan dulu, nanti baru sambung bergaduh.” Qistina cuba meredakan keadaan yang sekejap baik sekejap tegang apabila waiter menghantar makanan yang dipesan mereka.

***********
“Akak harap korang jaga hubungan ni baik-baik. Make sure sampai ke syurga.” Pesan Qistina.

“InsyaAllah. Akak betul ni tak nak balik sekali?” 

“Tak. Akak nak jumpa kawan lama kejap. Bila lagi nak dapat peluang macam ni. Dah lah balik Malaysia pun jarang.” Qistina menarik lengan Airis sebelum memeluknya erat.

“Jaga my brother ni okay. Jangan gaduh-gaduh.” Bisik Qistina ke telinga Airis.

“InsyaAllah. Akak doakan yang baik-baik untuk kitorang.” Balas Airis.

“Okay, see you guys tomorrow!” Qistina berlalu sambil melambaikan tangannya.

“Shall we?” Qaiser bersuara mengajak Airis pergi dari situ.

“Jom.” Airis terlebih dahulu berjalan menuju ke arah kereta.

Masing-masing hanya menyepikan diri setelah memasuki kereta. Hilang segala usikan Qaiser yang tadi seperti peluru berpandu. Dah agak, mamat ni saja berlakon kononnya kitorang ni rapat gila.

“Kak Qis punya bahasa Melayu okay jugak kan?” Akhirnya Airis bersuara.

“Tengoklah mak ayah dia siapa. Pure Melayu! Lain lah kalau Mama dengan Papa tu orang putih.” Qaiser menguatkan sedikit radio apabila lagu kegemarannya, Lazy Song berkumandang.

“Abang Ryan pandai cakap malay?”  Qaiser memandang ke arah Airis. Kening diangkat sedikit.

"What?" Tanya Airis. Pelik.

"Nothing. I think I heard you call me 'abang' just now." Qaiser mengerutkan dahinya. Cuba memikirkan logiknya Airis mahu memanggil dia dengan panggilan keramat tersebut.

"Duhhh perasan. Aku cakap Abang Ryan bukan panggil kau Abang."

"Oh okay. Tapi sweet jugak kalau kau panggil aku abang. By the way tanya apa tadi?" Qaiser hanya menggeleng kecil melihat Airis sudah menggigit bibir. Malu lah tu.

"Takkkk Abang Ryan pandai cakap Malay tak?" Terpaksa dia mengulang kembali soalan tadi.

“Oh just few words. Macam ‘makan, jom, nak, tak nak’.” Qaiser seakan tidak berminat untuk berbual tentang Ryan, abang iparnya.

“Hmmm tadi bukan main lagi mengusik, sekarang aku tanya satu dia balas macam nak tak nak.” Bebel Airis.

“Kenapa? Nak sambung topic anak tadi ke?” Qaiser sudah tersenyum nakal.

Keretanya sudah membelok ke arah simpang menuju ke rumah Airis. Di kerling Airis yang berada di sebelahnya. Haih, tadi bukan main nak ajak bersembang bila sebut topic pregnant terus terdiam. Terdiam tak tahu nak jawab ke terdiam sebab marah?

“You keep bragging about pregnant kenapa? Boleh ke orang macam kau bagi aku ni mengandung?” Entah kenapa laju sahaja kata-kata itu meluncur dari bibirnya. 

Walaupun intonasi suara yang digunakan perlahan tapi tetap kasar pada pendengaran sesiapa yang mendengarnya. Pantas tangannya di bawa ke mulut. Di tampar mulutnya perlahan berkali-kali. Reaksi Qaiser yang tadi berniat ingin menyakatnya berubah terus. Tegang. Tak beriak sedikit pun. Siapa pun akan terasa dengan kata-katanya tadi. Itu lah mulut tu selalu lepas.

“Dare me!” Sejurus mengungkapkan dua patah perkataan itu, Qaiser melangkah keluar. Pintu dihempas kuat.

Nasib dah sampai depan rumah Airis. Kalau tengah jalan tadi, agaknya dia aci redah je tinggal Airis tepi jalan. Pintu di sebelah pemandu di buka kasar. Kepalanya memberi isyarat menyuruh Airis segera turun. Takut-takut Airis turun dari kereta. Matanya tidak berani memandang wajah Qaiser saat itu. Gerun!

“Thanks for those goodbye words, cause I thougth you would like to give me a goodbye kiss or at least sweet words like ‘drive safely’.” Sinis kata-kata Qaiser.

“Qaiser, I’m so sorry.” Perlahan sahaja suaranya. Kedua belah tangannya dirapatkan lalu dibawa ke dada seakan memohon maaf.

Tanpa membalas kata-kata Airis, Qaiser masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju meninggalkan Airis yang terpaku di situ.

“Dia, marah.” Lemah sahaja kata-katanya melihat kereta Qaiser hilang dari pandangan.

‘I don’t want to speak just now because I want to hear you voice, your sweet voice. But THANKS again. Well, I think you know thanks for what.’

Audio wechat yang dihantar Qaiser seakan membunuh hatinya. Lemah. Rasa bersalah yang amat sangat. Adib, apa yang kau dah buat ni?





Tuesday, 13 August 2013

18| Suamiku Gee


















18 oleh: faizah fyn



Qaiser melangkah masuk ke dalam rumah selepas memberi salam. Kelihatan Zaid sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah sewa mereka. Pantas dia berjalan lalu melabuhkan punggung di sebelah Zaid.

“Balik dah? Ingatkan dah tak nak balik tadi.” Qaiser dapat menghidu sinis kata-kata yang dikeluarkan Zaid.

“Kau kenapa bro? Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba nak menyindir aku.”

Zaid menarik senyum sinis. Ada juga yang kena belasah kejap lagi ni. Dah kau bawak bakal tuning aku keluar berdua, boleh pulak buat tak tahu. Dunia ni kecil je yang kau nak sorokkan dari aku. Amer yang baru keluar dari dapur bersama segelas jus oren tidak jadi meneruskan langkah ke ruang tamu. Dia dapat merasakan bahang tidak puas hati di antara Zaid dan Qaiser. Haikal yang berada di anak tangga menyiku lengan Amer sambil menjuihkan bibir ke arah Zaid dan Qaiser. Amer hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Seronok keluar dengan Aimy?” Tanya Zaid.

Qaiser hanya tersenyum dan berlagak tenang. Dia sudah mengagak dari tadi yang Zaid dapat tahu dia keluar dengan Aimy. Boleh tahan cemburu juga mamat ni.

“Sebab tu ke yang kau nak angin semacam ni? Aku keluar dengan Aimy sebab nak settle hal aku dengan Adib. Yang mana ada kaitan dengan kau juga.” Satu persatu Qaiser terangkan.

“Adib? Aku? Maksudnya?” 

“Hmmm kau tahu kan yang Aimy tak boleh kawin unless Adib kawin sekali dengan dia. So, aku ni sebagai bakal tunang Adib nak tahu segala rahsia Adib sebelum aku bertunang dengan dia. Faham?” Qaiser dapat melihat riak wajah Zaid yang cuba mencerna kata-katanya.

“Kau nak bertunang dengan Adib? Seriously? Kenapa aku tak tahu?” 

“Cop! Aimy tak bagi tahu kau ke? Aku dah lama suka Adib, so aku ambik peluang ni untuk kawin dengan Adib sebab Aimy terpaksa cari calon untuk Adib untuk bolehkan dia bertunang dengan kau.” Qaiser sendiri tidak faham macam mana Zaid boleh tak tahu hal pertunangan dia dengan Adib.

“Aku tahu lah Adib nak bertunang tapi aku tak sangka pulak dengan kau. Tapi kau tahu kan Adib macam mana?” Soal Zaid.

“Tahu, tapi yang penting aku dapat bersama dengan dia. Well, perlahan-lahan dia akan suka aku juga. The most handsome and eligible bachelor in town, Qaiser Muhammad.” Selamba Qaiser memuji dirinya.

“Oh please lah! Tapi kau tak rasa ke benda ni tak adil?”

“Tak adil? Maksudnya?”

“Kau sorang je bahagia, happy sebab dapat bersama dengan orang kau suka tapi Adib yang mungkin takde perasaan dengan kau terjebak dengan benda gila ni semua.”

“Benda gila? Gila ke kalau aku nak tolong kau dengan Aimy and at the same time tolong diri aku sendiri untuk dapatkan orang yang aku sayang.” Balas Qaiser walaupun terkesan sedikit dengan kata-kata Zaid.

“Aku harap kau tak sia-siakan Adib.”

“InsyaAllah aku akan bahagiakan Adib. Yang kau emosi lebih ni kenapa? Kau suka Adib?” Sengaja Qaiser menyerkap jarang.

“Aimy aku nak letak mana? Adib tu dah macam little brother bagi aku, mestilah aku nak tengok dia happy.”
“Little brother? Dia perempuan yang bakal diperempuankan aku okay.”

“Gila!” Meletus tawa Zaid mendengar kata-kata Qaiser.

“Yes I am crazy, truly, deeply in love with her.” Ujar Qaiser lagi sambil mata dipejam rapat, sengaja mahu menyakat Zaid yang sudah kegelian.

“Kira betul lah kau tak ada apa dengan Aimy?” Zaid menyoal sekali lagi, memohon kepastian.

“Yaaaaaaa Zaid. Unless kau cuba nak caras Adib dari aku. Memang siap lah.”

“Tak ada maknanya okay!”

“Eh dah lah. Aku nak naik atas, mandi.” Qaiser berlalu meninggalkan Zaid yang masih ingin menonton televisyen.

************
Qaiser merebahkan badan ke atas katil. Otaknya masih memikirkan perbualannya dengan Zaid tadi. Niatnya untuk mandi dibatalkan. Airis! Dia bimbang Airis dapat tahu hal pertemuannya dengan Aimy tadi. Entah kenapa dia bimbang jika Airis turut salah faham dengan pertemuan mereka. Pantas dia meraba poket jeansnya mencari handphone.

‘Aku dah explain dekat Zaid yang aku jumpa kau tadi. But please, jangan bagi Adib tahu.’

Message berjaya dihantar. Dia menarik nafas lega. Tiba masanya Airis akan tahu perasaannya yang sebenar. Tapi bukan sekarang waktunya.

*********
“Kenapa kau selalu datang rumah aku?” Airis bertanya apabila melihat Qaiser terpacak di depan pagar rumahnya.

“Aku lapar. Mama aku busy ikut function office Papa. Mama kau masak apa?” Tanpa dipelawa Qaiser sudah merempuh masuk terus menuju ke arah dapur.

“Tak malunya kau ni. Order lah pizza.” Airis hanya melihat Qaiser yang sudah mengangkat tudung saji.

“Kau tak suka ke aku datang sini Dib? Takpe lah aku balik dulu.” Sengaja kepalanya ditundukkan merenung ke arah lantai.

“Blerghhh yelah yelah, makan je dekat sini.” Airis mendapatkan sebiji pinggan lalu dihulur kepada Qaiser.

“Weh, kau datang ni bukan sebab lapar kan? Kau nak jumpa Aimy kan?” Tebak Airis.

“Mana kau tahu?” Terbatuk Qaiser mendengar kata-kata Airis.

“Eleh, mengaku jelah kau suka Aimy.”

“Shhhh top secret.” Qaiser meletakkan jarinya ke bibir.

Itu kenangan semasa mereka masih di bangku sekolah. Tapi sekarang, siapa sangka mereka akan bertemu lagi. Adib Airis, kalaulah kau tahu yang aku hanya suka kau seorang.

I won't talk
I won't breathe
I won't move till you finally see
That you belong with me

You might think I don't look
But deep inside
In the corner of my mind
I'm attached to you
I'm weak
It's true
Cause I'm afraid to know the answer
Do you want me too?
Cause my heart keeps falling faster