17 oleh: faizah fyn
Sejak dari kes ‘panas’
di butik dan insiden mereka bertemu dengan Fairuz, Qaiser terus menyepikan
diri. Majlis pertunangan mereka tinggal beberapa hari sahaja lagi tapi dia
sendiri masih bingung dengan sikap Qaiser. Kenapa Qaiser perlu marah sebegitu sekali?
Cemburukah? Tak mungkin taste dia yang luar alam tu dah berubah.
“Anak dara duduk
termenung!” Sergah Aimy.
Pantas refleks dari
Airis yang terus menampar paha kakaknya yang hanya berbalut seluar pendek paras
lutut. Aimy menyeringai kesakitan akibat perit ditampar adiknya. Aduh! Bisanya
tangan budak ni.
“Haaa itu makan dia
kalau main sergah macam harimau. Cuba bagi salam dulu lain kali.” Bebel Airis
tapi tangannya tetap membelek kesan merah pada paha kakaknya. Terbit rasa
bersalah dihatinya.
“Kau tu yang tak
dengar. Dari tadi lagi aku panggil kau, tapi kau yang asyik sangat tenung
handphone tu. Tunggu Qaiser mesej lah tu.”
“Mana ada. Pandai je
kau ni kan buat spekulasi sendiri.”
“Pergi Pasar Payang
beli labu, kalau sayang baik mengaku!” Usik Aimy dengan pantun dua keratnya.
“Nak penumbuk sebiji
atau pelempang, kau cakap lagi nyawa melayang!” Balas Airis tapi dengan pantun
lebih kepada ugutan.
“Ehhhh ni dah kes ugut!
Aku report polis nanti baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.”
“Yang kau menyemak dekat
bilik aku ni kenapa? Dah tu datang nak mengusik aku je kerjanya.”
“Aku nak bermanja-manja
dengan kau. Yelah, nanti kau dah jadi
tunang orang mesti takde masa nak lepak dengan aku dah.” Aimy mengenyitkan
matanya apabila Airis sudah menjegilkan mata. Nak main-main pun tak boleh minah
brutal sorang ni.
“Silap besar eh! Yang
lupa diri bila jadi tunang orang tu, kau je. Aku maintain je macam biasa.”
“Kauuuuu kejinya!” Aimy
sudah menarik muka empat belas.
“But that’s the truth!”
“Dah lah! Benci layan
kau ni. Aku keluar shopping jugak bagus.” Aimy meraba handphone di dalam
poketnya sebelum menaip sesuatu.
“Nak pergi shopping mana
weh? Ikutttt.”
“Malam sikit! Tadi
bukan main lagi perli aku. Nak keluar kau ajak lah Qaiser.” Aimy membuat symbol
looser kepada Airis yang sudah mencebikkan bibir. Nak tarik simpati lah tu.
“Fine!” Airis sudah
membaling bantalnya ke arah Aimy tapi tidak mengena sasaran apabila Aimy
terlebih dahulu menutup pintu.
**************
Aimy sudah memasuki
Fish Manhattan tetapi orang yang dicari tidak kelihatan. Penat dia tour setiap
ruang di dalam restoran tersebut tapi ternyata hampa. Staf Fish Manhattan juga
dari tadi mengekorinya menanti dia memilih tempat duduk. Selamba dia menarik
pintu belakang restoran tersebut lalu keluar ke lorong pejalan kaki. Pantas
jemarinya mendail nombol telefon orang yang dinantinya.
“Hello, kau kat mana?
Jangan cakap kau nak kencing aku! Aku dah sampai tapi kau takde pun.” Tanpa
salam Aimy terus menghamburkan amarahnya. Terkejut pihak di sebelah sana.
“Assalamualaikum. Aku
tengah cari parking. Kau order lah apa-apa dulu. Kejap lagi aku masuk cari
kau.” Klik! Terus panggilan ditamatkan.
“Urghhhh mamat ni kan!
Memang lepas ni aku buat kau jadi kambing golek.” Aimy membebel tanpa
memperdulikan orang yang lalu lalang di situ. Lantaklah diorang nak kata aku
sewel pun. Kisah!
Aimy masuk kembali ke
dalam restoran tadi tanpa mengendahkan pandangan pelik staf di situ. Mana tak
pelik, tadi masuk lepas tu buat gaya macam pegawai kesihatan buat quality check
then keluar dan sekarang masuk balik. Aimy memilih tempat duduk paling hampir
dengan pintu belakang. Biar tersorok sedikit dari pandangan umum. Seorang staf
datang membawa menu kepadanya.
“Kenapa akak dah masuk
lepas tu keluar balik tadi?” Ramah staf
tersebut bertanya. Nak bahan aku lah tu!
“Pergi ATM kejap takut
tak cukup duit nak bayar bil nanti.” Selamba Aimy membalas. Sibuk sangat budak
ni tanya!
Aimy melambaikan
tangannya kepada Qaiser yang seperti tercari-cari akan kelibatnya. Qaiser
menanggukkan kepalanya sedikit tanda faham lalu berjalan menuju ke arah Aimy.
Bukan dia tak perasan sekumpulan remaja perempuan yang berada di situ
memandangnya dua tiga kali kemudian berbisik sesama mereka.
“Fuyohh hot stuff.”
Belum sempat Qaiser duduk Aimy terlebih dahulu bersuara.
“Kau ni memang tak reti
bagi salam kan?” Perli Qaiser.
“Assalamualaikum bakal
adik ipar.”
“Waalaikummussalam
bakal kakak ipar. Haa macam tu kan bagus, sejuk perut aku nak melantak nanti.”
“Kau jangan merosakkan
bahasa boleh tak? Eh cepatlah order.”
“Menunya tak dak cik
kak! Macam mana nak..” Belum sempat Qaiser menghabiskan ayatnya, staf di situ
menghulurkan menu kepadanya.
“Thanks.” Ucap Qaiser
sekadar berbahasa.
“Kau nak makan apa?”
Aimy sudah menutup menu di tangannya.
“Your treat?” Qaiser
senyum senget.
“Pleaseeee sendiri
bayar lah!”
“Okay. Baru je ingat
nak belanja.”
“Kau belanja ke ni?”
Soal Aimy dengan matanya sudah bersinar-sinar.
“Tadi kata bayar
sendiri.”
“Okay.” Lemah sahaja
perkataan ‘okay’ tersebut.
Qaiser memanggil staf
di situ untuk membuat order. Seperti kebiasaan dia akan order dari starter
sehinggalah ke dessert!
“Banyaknya! Siapa nak
makan semua tu?” Aimy bertanya dengan nada terkejut.
“Aku lah.”
“Macam paus! Eh yang
kau tiba-tiba nak jumpa aku ni kenapa? Dah lah suruh aku rahsiakan dari Adib.
Kau tahu tak Zaid tu dah lah selalu lepak sini. Kalau dia nampak kita berdua
macam mana?”
“Kau ni macam apek jual
sayur kau tau? Mulut bising gila! Adib tahu tak kau jumpa aku?”
“Mulut kau memang satu
insurans dengan Adib kan? Dia tak tahu pun aku datang sini. Kenapa kau nak
rahsia sangat ni? Sampai Zaid pun kau tak bagi ajak.”
“Aku nak bincang hal
Adib. Pasal Zaid kau jangan risau, weekdays macam ni dia selalu lepak dekat
rumah sewa.” Qaiser memberi jaminan.
“Oh. Aku risau dia nampak je. Tak pasal je Perang Dunia
Ketiga kitorang nanti. Hal Adib ni hal apa?”
Qaiser tidak terus
menjawab apabila makanan mereka sudah sampai. Apabila staf tersebut berlalu
pergi baru dia bersuara.
“Fairuz.” Hanya sebaris
nama itu yang disebutnya.
“Uhuk uhuk.” Tersedak
Aimy yang baru sahaja menyedut Gummy Bear di dalam gelas.
“Tak payah lah nak
drama sangat. Aku nak tahu semua pasal Fairuz. Dari A-Z sebab aku tak nak ada
rasa sangsi sebelum aku bertunang nanti.” Jelas Qaiser.
“O-K.”
**********
Zaid bersiul perlahan
sambil menyeluk kunci di dalam poket jeansnya. Dia berdiri tegak di sebelah
mesin autopay menanti Amer membuat pembayaran. Sesekali matanya meliar ke arah
restoran steamboat yang terletak berdekatan dengan mesin autopay. Kemudian
matanya menangkap sesusuk tubuh yang cukup dikenalinya. Aimy?
“Oit! Kau tengok apa
bro? Macam nak terkeluar biji mata kau.”
Amer menepuk bahunya.
“Tak. Tak ada apa. Dah
bayar ke?”
“Dah. Yang kau gelabah
sangat ni kenapa?” Amer memandang dirinya pelik. Dah gaya nampak hantu je mamat
ni.
“Mana ada. Eh kau pergi
dulu dekat kereta. Aku nak call orang kejap.” Zaid menghulurkan kunci keretanya
kepada Amer.
“Orait! Cepat sikit.”
Kunci digenggam kemas sebelum berlalu ke tempat mereka memarkir kereta tadi.
Zaid memandang
handphone di tangannya lama. Okay, you need to do this Zaid. Dia yakin dia
tidak salah melihat. Memang perempuan di dalam restoran tersebut adalah Aimy.
Tapi kenapa Aimy harus merahsiakan pertemuannya dengan Qaiser?
“Hello. Kenapa you call
I?” Kedengaran suara Aimy bertanya riang.
“Nothing. Just check on
you. You ada mana?” Zaid menyorok sedikit di sebalik dinding apabila melihat
Aimy seperti mencari kelibatnya.
“At home. Why? You spy
eh?” Aimy sudah tidak senang duduk. Dia mengisyaratkan jari telunjuknya
menyuruh Qaiser jangan membuat bising.
“Oh. Tadi I nampak macam you. Salah orang kot.”
“Serious? You ada dekat
mana?” Jangan cakap mamat ni ada dekat sini!
“I ada dekat library.
Tengah buat group discussion dengan Amer and Paan. I think I miss you so much
that’s why asyik ternampak you.” Zaid cuba berjenaka sedangkan hatinya sudah
panas kerana ditipu.
“Rajinnya sayang I ni!
Okay, tomorrow I jumpa you.”
“Okay. Take care!” Zaid
merengus kasar setelah panggilan ditamatkan.
Handphonenya dihalakan
ke arah restoran tadi. Pantas dia mengambil gambar Aimy dan Qaiser. Mungkin dia
harus bertanya kepada Qaiser sendiri. Elok sahaja dia ingin bergerak ke kereta,
handphonenya berbunyi. Airis.
“Hello. Ada apa Dib?”
“Abang, panggil Kak
Aimy jap. Adib call dia tapi tak
angkat.”
“Kak Aimy?”
“Yelah. Bukan dia
keluar dengan abang ke?” Airis sudah pelik.
“Ohhh memang lah.
Maksud abang ada hal penting apa sampai call abang?”
“Alah panggil Kak Aimy
jap.”
“Kak Aimy pergi ladies,
handbag dia dekat abang. Adib nak apa?”
“Ye ke. Adib nak kirim
big apple. Nanti abang bagi tau dia eh?”
“Okay. Itu pun kalau
abang ingat.” Zaid memandang handphonenya sepi.
Kenapa Aimy jumpa
Qaiser? Kenapa Aimy tipu Airis yang mereka keluar berdua sedangkan dia keluar
dengan Qaiser? Pelbagai persoalan bermain di mindanya. Permintaan Airis tadi
membuatkan dia rasa serba salah. Macam mana nak suruh Aimy beli sedangkan
mereka tak bersama sekarang. Paling penting Aimy tipu yang dia dekat rumah
sedangkan dia dekat luar dengan Qaiser. Dia yakin ada sesuatu yang mereka
berdua rancang.
‘Adib mintak you
belikan Big Apple. Dia call you tak dapat so dia call I. You dekat rumah ke kat
mana sekarang?’
Message sent. Dia yakin
Aimy pasti tak senang duduk sekarang bila baca mesej dia tadi. Dia memasukkan
kembali handphone ke dalam poket seluar jeansnya lalu menuju ke arah kereta.
Soalan Amer yang bertanya kenapa dia lambat tidak di jawab.
“Qaiser! Mati! Mati!”
Aimy mengulang perkataan mati dua tiga kali sehingga membuatkan Qaiser merasa
pelik.
“Apa yang matinya?”
“Aku cakap dekat Zaid
aku dekat rumah. Tapi tadi Adib call dia mintak aku belikan Big Apple. Mesti
dia syak aku tipu dia.”
“Oh.” Pendek sahaja
jawapan Qaiser.
“Oh? Kau tahu tak kita
ada masalah besar sekarang?”
“Zaid bukan tahu kau
keluar dengan aku. Takde hal apa lah, kau je gelabah lebih.”
“Habis aku nak jawab
apa dekat dia nanti kalau dia tanya kenapa aku tipu dia?”
“Hmmm cakap jelah kau
pergi shopping. Kau tipu dia sebab takut dia marah. Zaid kan tak suka kau
shopping. Dia kan jenis berjimat cermat.”
“Brilliant! Fuh berguna
jugak otak kau ni.” Aimy sudah menarik nafas lega. Berharap Zaid tak menyoal
banyak.
“So, boleh kita sambung
topik sebenar kita?”
“Apa yang kau nak tahu
pasal Fairuz?” Aimy tidak terus menjawab soalan Qaiser.
“Everything.”
Aimy menarik nafas
sedalamnya. Lama dia diam. Memikirkan ayat yang sesuai. Qaiser masih
memandangnya. Sabar menanti dia bercerita.
“Kau tahu kan yang Adib
tak rapat sangat dengan lelaki kecuali dengan kau. Dari kecil lagi korang
selalu main sama-sama. Dia pun jenis lasak. Tapi lepas family kau pindah pergi
US, Adib jadi pendiam. Jauh berbeza dengan Adib yang kitorang kenal.” Aimy
berhenti sebelum menyambung kata-katanya.
“Sampailah satu hari
tu, ada student yang baru pindah dekat sekolah. Fairuz. Memang dia antara yang
hot dekat sekolah lepas dia pindah dekat sekolah kitorang. He got fame, money
and look. One more thing, top student dekat sekolah lama dia. Ramai yang minat
dia tapi dia tak layan. Kecuali Adib.”
“Adib? Macam mana dia
boleh baik dengan Adib?”
“Adib selalu lepak
library sejak kau pindah. Dulu masa kau ada, lepas sekolah korang main
basketball sama-sama. Tapi rutin dia dah berubah lepas tu. Dia spend time dekat
library. Tahu kenapa dia study gila-gila lepas kau pindah?” Tanya Aimy.
“Kenapa?”
“Dia cakap dia nak
study dekat US, nanti boleh jumpa dengan kau balik.”
“Dia tak pernah cakap
dengan aku pasal tu.”
“Adib kan jenis
perahsia. Nak dijadikan cerita, Fairuz pun selalu lepak dekat library. Dari
situ diorang selalu jumpa tapi tak pernah bertegur sapa. Fairuz tu pulak, kalau
dia pergi library mesti ada budak perempuan yang kacau dia apa semua. Adib dia
bengang sangat sebab bising, terus sound Fairuz tu. Cakap lain kali study
tempat lain kalau nak bawak girlfriends.”
“Habis apa jadi lepas
tu?”
“Lepas tu Adib dah tak
study dekat library. Dia pergi court basketball then study situ sebab court tu
kan memang jarang guna. Team basketball practice situ time weekend je. Masa tu
lah Fairuz tegur dia. Fairuz join team basketball.” Aimy menyedut gummy bear di
dalam gelas. Penat bercerita.
“Fairuz tegur kenapa
study dekat situ, kenapa tak dekat library je? Dekat court tak bising ke? Lepas
tu Adib jawab mana bising sebab court tu guna time weekend. Fairuz tu je yang
gedik guna time lepas sekolah. Adib cakap Fairuz tu tak puas hati dengan dia ke
apa. Yelah dekat library dia bising, sekarang dekat court pulak.”
“Then?”
“Fairuz cakap kenapa
Adib macam benci gila dengan dia. Adib diam je tak jawab apa. Tahu apa Adib
buat lepas tu?” Soal Aimy.
“Buat apa?”
“Dia nak lawan
basketball dengan Fairuz. Kalau dia menang Fairuz tak boleh guna court tu time
dia ada dekat situ.”
“Gila! Fairuz tu
setujulah?”
“Setuju lah. Tapi Adib
kalah dengan dia siap dia punya wrist terseliuh lagi. Tiga hari jugak tangan
Adib berbandage. Yang peliknya Fairuz tak pernah datang court lepas tu. Dia
cakap Adib boleh guna court tu.”
“So start dari hari tu
lah diorang bercinta?”
“Tak. Adib bukan taste
Fairuz. Diorang bercinta sebab Fairuz bet dengan kawan-kawan dia. Diorang tahu
Adib bukan jenis layan lelaki kecuali kau. Kira diorang nak tengok power ke tak
Fairuz ni bab pikat girls.”
“Adib tahu tak?”
“Tak tahu. Dia ingat
Fairuz tu ikhlas. Sebab Fairuz tu selalu tanya tangan dia okay ke tak, bila
Adib study dekat court dia bawak roti dengan air and balik je dia tunggu Adib.
Weekend pun dia ajak Adib main basketball. Kira Adib macam ada pengganti kau.
Bezanya perasaan dia dekat kau macam adik dengan abang. Mulanya Adib takde
feeling apa pun dengan Fairuz sampai lah Fairuz yang make a move first.”
“Kira Adib terima lah
bila Fairuz ajak diorang couple?”
“At first Adib reject.
Tapi entahlah bila dah lama tu diorang jadi rapat and Adib pun suka dekat dia.
Mungkin faktor sunyi sebab kau takde lepas tu ada orang take care pasal dia
yang buat dia terima Fairuz.”
“Lama ke diorang couple
before Adib tahu yang diorang saja nak kenakan dia?”
“Hmm lama jugak. Masa
nak dekat SPM tu baru Adib dapat tahu, Tu pun secara tak sengaja. Dia on the
way pergi court, masa tu dia terdengar perbualan Fairuz dengan kawan-kawan dia.
Diorang tanya sampai bila dia nak couple dengan Adib? Dia dah suka dekat Adib
ke? SPM dah nak dekat, takkan sampai habis sekolah nak couple. Yang buat Adib
kecewa, jawapan Fairuz dekat kawan-kawan dia.”
“Fairuz jawab apa?”
“Dia cakap, tak mungkin
dia suka Adib yang perangai macam lelaki tu. Kira Adib tu dia anggap macam
kawan lelaki dia yang lain. Dia cakap dia belum habis lagi kenakan Adib. Dia
nak balas dendam sebab Adib cabar dia lawan basketball dulu. Adib malukan dia
sebab sound dia masa dekat library. Alasan
dia yang last sekali tu buat Adib marah, kecewa sangat-sangat. Alasan
yang ada kaitan dengan kau.”
“Ada kaitan dengan aku?
Fairuz tahu pasal aku?”
“Adib selalu cerita
pasal kau dekat Fairuz. Sebab Fairuz tanya kenapa dia study gila-gila. Fairuz
macam jealous dengan kau pun ada jugak. Yelah dia ada depan mata Adib, tapi
Adib sibuk cakap pasal kau. Dia nak make sure, Adib patah hati sebab kena tipu
dengan dia so Adib tak boleh focus study. Kau tahu yang dia berjaya sebab Adib
down gila lepas tu sebab orang asyik perli dia dekat sekolah. Dia tak dapat
score masa SPM, so tak dapat further study dekat US. Niat Fairuz tak nak bagi
dia jumpa kau memang berhasil. Tapi kuasa Allah, korang tak lama lagi akan
bertunang.”
“Memang diorang dah tak
contact langsung ke lepas tu?”
“Tak. Memang putus
terus. Sejak tu Adib tak percaya lelaki. Yang dia percaya cuma dua orang je.
Abah dan kau. Sebab tu aku yakin nak bagi korang berdua kawin walaupun ni semua
sebab nak tolong aku dengan Zaid. Aku
yakin yang Adib sebenarnya suka dekat kau. Cuma dia confuse dengan hubungan
adik-abang korang tu.”
“Adib suka aku?” Qaiser
bertanya, sedikit terkejut.
“Bila fikir balik,
lepas kau pindah perangai dia berubah. Dia study semata-mata nak jumpa kau
balik. Kau tak rasa ke semua tu sebab dia suka kau?”
“Mungkin sebab dia
anggap aku abang dia. Kawan baik mungkin?” Qaiser cuba menidakkan.
“Aku yakin one fine
day, dia akan suka kau. By the way kenapa kau nak sangat tahu pasal Fairuz?”
Baru Aimy berpeluang bertanya.
“Aku dengan Adib ada
terserempak dengan dia hari tu.”
“What???” Hampir terjerit
Aimy mendengar pengakuan Qaiser.
1 comment:
bila nak smbg sG. what happen next
Post a Comment