“Assalamualaikum, cikgu.” Seorang wanita lingkungan 50an menegur dia yang baru sahaja menyarungkan selipar ke kaki.
Mengikut
penglihatannya mungkin sebaya ibunya atau tua sedikit sahaja. Seorang
kanak-kanak perempuan sedang bersusah payah mengheret beg sekolahnya, cuba
menyaingi langkah dia.
“Waalaikummussalam.”
Jawab dia sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Minta
maaflah cikgu, saya ambik Zahra awal sikit hari ni. Ada hal keluarga.” Ramah
wanita tersebut bercerita.
“Bukan
cikgu lah Wan, teacher.” Zahra cuba memperbetulkan panggilan yang digunakan
sambil tangan ligat menyarungkan kasut ke kaki.
“Oh
teacher. Zahra tak payah pakai stoking lah sayang, Wan nak cepat. Sarung je
kasut tu.” Arah wanita tersebut lagi.
“Alaa
Wan, yang belah kanan Ara dah pakai stoking dah. One minute Wan, one minute je
Ara pakai.” Zahra cuba berkompromi.
“Memang
hari ni je ke puan datang jemput Zahra?” Dia cuba berbual sementara menanti
Zahra siap memakai kasut.
“Tak
payah lah panggil puan. Panggil Wan je. Sebenarnya dapat berita tadi, mak ayah
Zahra kemalangan. Itu yang Wan datang jemput.” Puan Hamidah merendahkan sedikit
suaranya apabila menyebut tentang ‘kemalangan’ mungkin bimbang didengari Zahra.
“Ya
Allah! Teruk ke accidentnya? Ni Wan drive sendiri ke datang sini?”
“Anak
Wan yang bongsu bawak datang sini. Tu ada tunggu dalam kereta. Tak tahu lah
teruk ke tak sebab belum pergi tengok lagi.” Puan Hamidah menjelaskan keadaan.
“Harap-harap
tak teruklah. Dah siap Zahra?” Dia memanggil Zahra yang masih duduk berlapikkan
simen.
“Dah
teacher.” Zahra bangun lalu menyalam tangannya.
“Cikgu,
saya tak pastilah esok Zahra datang sekolah ke tak. Cikgu ni guru kelas dia
ke?”
“Guru
kelas dia Cikgu Mia. Takpe nanti saya bagi tau cikgu dia.”
“Terima
kasih cikgu. Cikgu siapa nama?” Sempat Puan Hamidah bertanya.
“Cikgu
Balqis.”
“Cikgu
Balqis. Terima kasih cikgu. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.” Balqis
memerhati langkah Puan Hamidah dan Zahra yang menuju ke arah sebuah Toyota
Vios.
**************
“Uda!”
Zahra lantas memeluk leher Udanya dari belakang.
“Hai
Zahra! Best sekolah hari ni?” Lelaki yang dipanggil Uda itu ramah bertanya.
“Best!
Teacher bagi Ara gula-gula tadi sebab Ara behave dalam kelas.” Becok mulut
Zahra bercerita sambil mengeluarkan gula-gula dari poket uniformnya.
“Ia?
Tak dapat gula-gula pun kena behave tau Zahra.” Balasnya dengan tangan kiri
menggosok perlahan kepala Zahra yang ditutupi tudung.
“Okay
Uda! Uda kita nak pergi mana? Kenapa Papa tak ambik Ara hari ni?”
“Zahra,
kita nak…” Belum sempat Puan Hamidah bercerita, pantas sahaja lelaki yang
dipanggil Uda itu memotong.
“Uda
rindu dekat Zahra. Papa kan busy, dah lama Papa tak bawak Zahra jumpa Uda.”
Lelaki yang dipanggil Uda itu memberi isyarat kepada Puan Hamidah agar tidak
memberitahu perkara sebenar.
“Pannnn”
Puan Hamidah bersuara rendah memanggil Irfan yang sedang memandu. Tidak senang
dengan tindakan anak bongsunya yang cuba merahsiakan perkara sebenar.
Irfan
meletakkan jari telunjuknya di bibir tanda supaya tidak memberitahu perkara
sebenar. Dia tidak mahu membunuh keceriaan Zahra tadi.
“Kenapa
Zahra pakai kasut lama tadi? Penat Uda tunggu Zahra dalam kereta.”
“Mana
ada Ara lambat, Wan cakap dengan teacher tadi.”
“Hmm
baik Umi tengok teacher Zahra tadi. Ramah. Nampak ikhlas je layan budak-budak.”
Puan Hamidah mengerling ke arah Irfan yang masih fokus memandu.
“Ramah
sangat sampai Pan punya lama tunggu dalam kereta. Tak faham agaknya kita ni
banyak lagi urusan nak diselesaikan. Umi tu pun satu, nampak perempuan mana pun
Umi cakap suka, baik, itu, ini…” Irfan sudah mula membebel.
“Eh
apa pulak cakap macam tu? Umi yang ajak dia sembang tadi. Kamu ni Pan, pantang
Umi cakap pasal perempuan ada je yang kamu rasa tak kena. Umur dah lanjut.” Balas
Puan Hamidah kurang senang dengan sikap anak bongsunya itu.
“Kenapa
Uda dengan Wan cakap pasal teacher Balqis? Uda nak kawin dengan teacher Balqis
ke Wan?” Selamba Zahra bertanya.
Hampir
tersedak Irfan mendengar pertanyaan dari anak buahnya. Mesti pengaruh dari Wan
dia lah ni. Sampai ke cucu berjangkit. Tak pasal-pasal dia menjadi bahan gosip
anak buahnya itu.
“Ish
Zahra ni. Mana ada. By the way, nama teacher Zahra tadi apa?”
“Teacher
Balqis.”
“Tadi
macam tak berminat, ni tanya nama pulak.” Gumam Puan Hamidah tapi masih dapat didengari
Irfan.
“Tanya
pun tak boleh Umi ni.”
Irfan
membelokkan kereta ke arah lorong menuju ke rumah Uminya. Puan Hamidah
memandang ke arah Irfan. Pelik kenapa anak bongsunya itu tidak terus sahaja ke
hospital.
“Kenapa
Pan balik rumah Umi?” Puan Hamidah bertanya. Sesekali matanya melirik ke arah
tempat duduk belakang takut Zahra terdengar.
“Pan
tahu apa Pan buat Umi. Umi tak payah risau.” Irfan memberi jaminan.
“Zahra
duduk dengan Mak Ngah Ita dekat rumah ya sayang. Uda nak bawak Wan pergi beli
barang kejap.” Irfan bersuara.
“Alaa,
Ara nak ikut Uda!” Bentak Zahra.
“Zahra
kan baru balik sekolah, mesti penat kan sayang. Nanti Uda beli coloring book
untuk Zahra okay?” Pujuk Irfan.
“Hmmm
okay.” Mudah sahaja anak kecil itu dipujuk.
Puan
Hamidah turun membuka pintu untuk Zahra. Laju sahaja Zahra masuk ke dalam rumah
apabila pintu pagar dibuka. Puan Hamidah kembali masuk ke dalam perut kereta.
Dia memandang ke arah Irfan memohon penjelasan. Irfan berpura-pura tidak nampak.
“Kenapa
Pan tak nak bawak Zahra sekali?” Lembut Puan Hamidah bertanya.
“Sebenarnya
Umi, tadi Pian call cakap condition Along teruk. Sebab tu Pan tak nak bawak
Zahra.” Satu-satu Irfan menjelaskan.
“Ya
Allah! Umi ingat accident biasa. Habis Kak Long kamu?”
“Kak
Long pun dekat ICU Umi.” Perlahan suara Irfan.
Laju
air mata menuruni pipi Puan Hamidah. Irfan menepuk belakang bahu Uminya cuba
memberi kekuatan sedangkan dia sendiri tidak berapa kuat menghadapi dugaan
tersebut. Sampai sahaja di hospital mereka terus menuju ke bilik ICU. Kelihatan
Ikhsan sedang memujuk seorang kanak-kanak lelaki yang sedang memeluk lutut.
“Pian…”
Bergetar suara Puan Hamidah memanggil anak keduanya.
Ikhsan
lantas bangun lalu tunduk menyalami tangan Uminya. Puan Hamidah memandang ke
arah anak bongsunya yang mengambil alih tempat memujuk kanak-kanak lelaki tadi.
“Umi,
Kak Long dah takde Umi.” Lambat-lambat Ikhsan menjelaskan.
Hampir
terduduk Puan Hamidah mendengar khabar dari anak keduanya. Mujur Ikhsan sempat
memaut lengannya lalu membawa dia ke tempat duduk yang disediakan. Irfan yang
turut sama mendengar khabar tersebut, lantas memeluk erat kanak-kanak lelaki
tadi.
“Uda,
Aan dah takde Mama.” Luluh hatinya mendengar rintihan anak buahnya.
“Zafran
anak lelaki, Zafran kena kuat sayang.” Irfan cuba memujuk.
“Kalau
Papa pun tinggalkan Aan, siapa nak jaga Aan dengan Ara?” Zafran memandang ke
arah Udanya.
“Jangan
cakap macam tu sayang. Uda yakin, Papa akan sihat.”
“Hmmm
Ara mana Uda? Ara tak datang sekali?” Baru Zafran sedar adiknya tiada bersama.
“Zahra
ada dekat rumah Wan.”
“Mesti
Ara sedih kalau tau kan. Tapi takpe, nanti Aan jaga Ara.”
Irfan
hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang harus dibalas. Kuatnya hati Zafran.
Anak lelaki itu yang baru sahaja masuk darjah tiga harus memikul beban sebegini
berat.
“Pan,
sini kejap.” Ikhsan mencuit bahu adiknya.
Irfan
meminta Zafran duduk bersama Uminya sebelum mengikut abang keduanya. Dia yakin
pasti ada hal penting yang mereka berdua harus bincangkan.
“Kenapa
kau tak bawak Zahra sekali?” Laju Ikhsan bertanya.
“Aku
tak sanggup tengok Zahra sedih. Kau sendiri tengok keadaan Zafran kan. Dia
nampak je kuat tapi hati dia kita tak tahu.”
“Tapi
Zahra ada hak untuk tahu. Sekejap lagi keluarga arwah Kak Long sampai, nak
tuntut jenazah. Tak kan kau tak nak bagi Zahra tengok arwah Kak Long buat kali
terakhir.” Ikhsan memandang ke arah adiknya.
“Aku
tahu apa aku buat. Selama ni pun aku yang banyak spend time dengan Zahra dan
Zafran. Kau busy dengan kerja. Along pun sama.” Sedikit tinggi suara Irfan.
“Pan,
aku tahu kau sayang diorang tu dah macam sayang anak sendiri. Tapi kalau betul
kau sayang diorang, bagi diorang tengok arwah untuk kali terakhir.”
“Zahra
baru 6 tahun. Kau rasa dia boleh ke terima semua ni? Dengan nasib Along yang
50-50.”
“Pan,
betul cakap Angah kamu tu. Zahra berhak tahu hal sebenar Pan.” Puan Hamidah
yang baru menghampiri mereka bersuara.
“Umi,
cukuplah Zafran je yang tahu. Pan tak rasa Zahra boleh terima benda ni semua.”
“Itu
jelah alasan kau. Tak boleh terima kehilangan. Belum cuba belum tahu Pan. Siapa
tahu Zahra boleh terima semua ni nanti.”
“Aku
kenal Zahra bukan sehari dua Angah. Kalau Along outstation, aku yang jaga
diorang. Aku yang hantar diorang pergi sekolah. Tangan ni! Tangan ni yang
mandikan diorang, suap diorang makan.” Irfan berkata sambil menunjuk kepada
kedua belah tangannya.
“Suka
hati kau lah Pan. Jangan sampai Zahra benci kau bila tahu kau sorok hal
sebenar.”
“One
day, Zahra akan faham kenapa aku buat semua ni.”
“Habis
apa alasan kau nak bagi dekat Zahra pasal keadaan Along dengan arwah Kak Long?”
“Pergi
Umrah.” Laju sahaja Irfan menjawab seolah-olah dia sudah merancang dari awal
lagi untuk merahsiakan hal tersebut.
“It’s
up to you. Angah tak nak masuk campur.” Ikhsan sudah malas melawan kedegilan
adik bongsunya.
Memang
dari dulu lagi adik bongsunya itu suka membuat hal sendiri. Dulu waktu arwah
ayah mereka baru sahaja meninggal, Umi meminta adik bongsunya itu duduk bersama
tapi adik bongsunya itu menolak. Katanya mahu hidup sendiri. Puas Umi mereka
memujuk tapi tak berhasil. Akhirnya dia yang mengalah, lalu duduk bersama Umi
walaupun dia baru sahaja 8 bulan berkahwin. Malah dulu Umi mahu adik bongsunya
itu menjadi doktor tapi ditolak mentah-mentah tawaran yang datang. Adiknya
memilih mahu menjadi pendidik. Memang adik bongsunya itu mengikut sikap arwah
ayah mereka. Jika hitam keputusannya maka hitamlah.
Apabila
jam menghampiri angka lima barulah mereka pulang. Jenazah Kak Long mereka sudah
dituntut dan dibawa ke rumah keluarganya di Keramat. Ikhsan bersetuju untuk menunggu
Along mereka di hospital manakala Zafran dan Puan Hamidah sudah dibawa bersama
oleh keluarga mertua Along mereka.
Irfan
meletakkan kasutnya di rak kasut yang disediakan dibelakang pintu. Zahra yang
sedang menonton televisyen segera mendapatkan Udanya. Irfan hanya tersenyum
melihat telatah Zahra.
“Mana
coloring book Uda janji tadi?” Laju sahaja Zahra bertanya.
“Coloring
book jugak dia tanya. Bagi lah Uda rest dulu. Penat tau Uda ni.”
“Uda
tunggu kejap!” Zahra sudah berlari sambil memanggil Mak Ngahnya.
Tidak
lama kemudian Zahra datang sambil membawa segelas jus oren lalu dihulurkan
kepada Udanya. Anita hanya tersenyum melihat Zahra. Dia fikir ada kecemasan apa
sampai Zahra datang kepadanya sambil berlari. Rupa-rupanya mahu meminta dia
tolong menuangkan jus oren ke dalam gelas.
“Sayangnya
Zahra dekat Uda.” Anita yang baru mengambil tempat di salah satu sofa di situ
bersuara. Niatnya ingin mengusik Zahra.
“Mestilah
Mak Ngah. Lepas Papa, Mama dengan Wan, Zahra sayang Uda. Cikgu Balqis pun Zahra
sayang.” Petah anak kecil itu bersuara.
“Ia?
Mak Ngah ni Zahra tak sayang lah?” Irfan hanya tersenyum kecil mendengar usikan
kakak iparnya.
“Mak
Ngah kan dah ada Pak Ngah. Lain lah Uda ni. Papa selalu cakap, kesian Uda duduk
sorang-sorang.” Tulus jawapan yang diberikan.
Irfan
terdiam mendengar kata-kata Zahra. Dia sedar Alongnya mahu dia segera mencari
jodoh tapi dia sendiri yang mengelak dijodohkan dengan sesiapa. Anita turut
terdiam kerana dia sedar apa yang terjadi kepada Irfan adalah salahnya juga.
Tindakannya dahulu yang membuatkan sikap Irfan berubah sama sekali.
“Uda
naik atas dulu.” Irfan sudah berdiri mahu segera pergi. Hatinya terusik dengan
kata-kata Zahra.
“Pan
tunggu kejap. Akak nak cakap sikit. Zahra naik atas dulu boleh? Dalam library
ada banyak buku cerita baru.” Zahra hanya mengangguk tanpa banyak soal. Irfan
kembali duduk tapi matanya cuba mengelak dari memandang kakak iparnya.
“Angah
ada cakap pasal Pan tak nak bagi tahu Zahra. Well, pasal condition Along and
arwah Kak Long.” Anita memulakan bicara.
“So?”
“Pan
tak rasa ke tindakan Pan ni salah? Pernah tak Pan fikir apa akan jadi pada
Zahra kalau dia tahu hal ni dari orang lain?” Anita cuba menunjukkan kepada
Irfan keputusan yang dibuat olehnya itu salah.
“Salah?
Habis tindakan kau kawin dengan Angah tu betul lah?” Sindir Irfan.
“Pan
kita cakap pasal Zahra. Hal kita dah lama lepas Pan. Aku pun dah jadi kakak
ipar kau.” Suara Anita sudah berubah nada. Sedikit tinggi berbanding tadi.
“Memanglah.
Kau yang tak sabar sangat nak kahwin sampai sanggup tinggalkan aku. Sebab tu
kau pilih Angah. Kan?”
“Pan,
kita takde ikatan apa-apa masa tu. Tiada alasan siapa tinggalkan siapa. Masa
kau dekat Perak, Ikhsan yang selalu tolong aku. Ambil berat pasal aku.”
“Kau
nak salahkan aku lah ni? Yelah, Angah orang first kenalkan kau dekat Umi kan.
Sampai kau sendiri tak sanggup tunggu aku even aku mintak tempoh before bawak
kau jumpa Umi.”
“Ikhsan
tak pernah tahu yang aku kenal kau. Masa hari nak bertunang tu baru dia tahu
yang kita berdual kenal. Aku yang salah dalam hal ni Pan, bukan Ikhsan.” Anita
cuba menyembunyikan air matanya yang sedikit lagi akan tumpah.
“Kalau
Angah tahu, kenapa dia tak putuskan je pertunangan tu?”
“Sebab
aku dah sayangkan dia. Kau sendiri pun tak pernah cakap status hubungan kita
kan? Salah ke kalau aku pilih Ikhsan?”
“Dah
lah. Aku malas nak ambik tahu hal ni. One more thing, soal Zahra biar aku je
uruskan. Malam ni Zahra duduk sini sebab aku nak tunggu Along dekat hospital.
Esok pagi aku ambik dia pergi tadika.” Irfan bangun lalu memanjat anak tangga.
Anita
hanya mampu memerhati Irfan yang sudah berlalu pergi meninggalkan dirinya
bersendirian disitu. Irfan menolak pintu library. Kelihatan Zahra sedang
membelek beberapa buah buku cerita sambil berbaring di atas sofa panjang di
dalam library itu. Perlahan-lahan dia menghampiri Zahra.
“Zahra
baca buku apa?” Irfan menegur Zahra yang langsung tidak sedar akan
kehadirannya.
“Uda
ni! Terkejut Ara. Ara baca buku Snow White.” Zahra mengunjukkan buku yang
berada ditangannya.
“Oh.
Pandai Zahra baca.”
“Ara
dah 6 years lah Uda.”
“Yelah
Zahra. Zahra, Zafran dengan Wan tak balik tau malam ni. Zafran ikut Wan pergi
rumah kawan Wan dekat KL.” Selamba Irfan memulakan penipuannya.
“Habis
Ara nak duduk dengan siapa?” Zahra mengeluh sambil menghempaskan buku cerita
yang dipegangnya.
“Zahra
duduk dengan Mak Ngah Ita okay? Pagi esok Uda ambik Zahra dekat sini then Uda
hantar Zahra pergi tadika.”
“Kenapa
Ara kena duduk sini? Papa kan boleh hantar Ara pergi tadika.”
“Ehem.
Tadi Papa call. Papa cakap yang Papa dengan Mama pergi Umrah empat minggu. So,
Zahra kena duduk sini. Okay sayang?” Irfan cuba melihat reaksi Zahra. Bimbang
juga jika Zahra menyoal lebih banyak.
“Ohhh
Umrah tu apa Uda? Macam outstation yang selalu Papa pergi tu ke?”
“Eh
tak..Umrah ni macam yang pergi Haji tu jugak. Kita solat semua tu.” Irfan
sedaya upaya mencari ayat yang mudah difahami Zahra.
“Okay.
Tapi promise, esok Uda hantar Ara pergi tadika.”
“Promise.”
Irfan mengangkat tangan kanannya seakan-akan bersumpah.
Lega hatinya Zahra tidak banyak
soal. Kalau tak, berbelit jugak lidahnya mahu menipu. Uda harap Zahra faham
kenapa Uda buat semua ni. Bisik hatinya.
Sudah
masuk hari ketiga dia berulang alik dari hospital ke rumah Uminya kemudian
pergi ke tadika menghantar Zahra. Keadaan Alongnya juga masih sama seperti
dahulu. Tiada tanda akan kembali pulih seperti sediakala. Dia memarkir kereta
tidak jauh dari tadika. Kelihatan ibu bapa yang lain sudah berada di luar pagar
menanti anak masing-masing. Pantas langkahnya di atur menuju ke arah tadika.
“Ye encik, nak ambik siapa?” Balqis menyoal kehairanan
melihat lelaki yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Kebetulan hari ini dia
perlu mengganti Alia untuk afternoon gate duty.
“Nak
ambik Zahra Safiyah. Saya Pak Cik dia.” Mendatar sahaja suara Irfan. Sempat dia
mencuri pandang nama yang tertera pada badge yang dipakai guru tersebut.
Balqis.
“Oh. Sekejap ye.” Balqis mengukir senyuman manis
sebelum menghilang ke dalam tadika.
Cantik
jugak orangnya. Manis je senyum tu. Hati Irfan berbisik nakal. Tidak lama
kemudian Zahra muncul dengan begnya diheret seperti biasa. Irfan yang tadi
berada di luar pagar entah bagaimana boleh masuk ke dalam tadika. Nasiblah cuma
masuk setakat di bahagian rak kasut.
“Cikgu,
esok saya nak ambik Zahra awal macam hari ni boleh? Nak bawak dia berjalan.”
Irfan tiba-tiba bersuara dengan tangannya ligat membantu Zahra memakai kasut.
“Boleh.
Apa salahnya. Memang encik ke yang ambik dia sekarang? Pelik jugak sebab selalu
ayah dia yang ambik.” Rancak Balqis bertanya. Irfan sudah tidak senang dengan
soalan yang diajukan.
“Zahra
tunggu dekat kereta dulu. Uda nak cakap dengan cikgu kejap.” Arah Irfan dan
Zahra seperti biasa hanya mengikut tanpa banyak soal.
“Ehem.
Cikgu Balqis.” Irfan berdehem sebelum bersuara. Kecik besar je pada pandangan
matanya Cikgu Balqis ini.
“Ayah
dia dekat ICU sekarang. Jadi, mulai hari ni saya yang ambik dia.”
“Tapi
hari tu Zahra cakap ayah dia pergi Umrah.” Balqis sedikit terkejut.
“Memanglah
sebab saya tipu dia. Tapi cikgu jangan pandai-pandai bagi tahu dia pulak.”
Kata-kata Irfan berbaur amaran.
“Encik
tak rasa ke encik tak patut tipu anak buah encik macam tu? Yang dekat ICU tu
bukan orang lain, ayah dia.”
“Yang
cikgu nak mengajar saya ni kenapa? Tahu lah saya nak handle semua ni.”
“Jangan
sampai menyesal sudahlah. Saya rasa encik ni belajar tinggi, so encik tahu
rasanya risiko bagi yang duduk dekat ICU.” Lembut tapi berbisa kata-kata
Balqis.
“Assalamualaikum.”
Tanpa menunggu salamnya dibalas Irfan terus menuju ke arah Zahra yang
menantinya di tepi kereta.
“Waalaikummussalam.”
Haih, dasar lelaki ego. Balqis berbisik sendiri.
Matanya
di fokuskan ke arah jalan. Cuba menenangkan fikirannya walaupun hakikatnya
fikiran dia saat itu serabut dengan perbualan sebentar tadi. Kata-kata Cikgu
Balqis tadi mengganggu fikirannya. Dia memang sedar risiko bagi pesakit ICU.
Keesokan
harinya, seperti biasa dia menjemput Zahra. Dia mencari-cari kelibat Balqis
tapi tidak kelihatan. Marahkah cikgu muda itu dengan dia? Sakitkah? Sudah
berhentikah? Pelbagai soalan bermain di fikirannya. Sedang dia asyik meninjau
kelibat Balqis, sebuah van berhenti di hadapan tadika. Van yang selalu
menjemput kebanyakan anak murid di tadika itu. Saat itu dia perasan kelibat
Balqis yang keluar dari tadika, mengiringi anak murid yang akan menaiki van.
Balqis berpura-pura tidak nampak pandangan Irfan terhadapnya.
“Cikgu,
saya nak cakap sekejap.” Irfan bersuara apabila tubuh Balqis berselisih
dengannya di depan pintu pagar.
Balqis
hanya diam tanpa sebarang jawapan. Selesai menghantar mereka yang menaiki van
dia kembali ke arah tadika. Irfan masih berdiri di situ walaupun Zahra sudah
lama selesai memakai kasut sekolahnya.
“Encik
cakap apa tadi?” Soal Balqis.
“Saya
nak cakap dengan cikgu sekejap. Berkenaan dengan Zahra.”
“Kalau
pasal Zahra, rasanya lebih baik encik berhubung terus dengan guru kelas dia. Sekejap
saya panggilkan.” Balqis ingin bergerak pergi tapi dihalang oleh Irfan. Balqis
memandang pelik.
“Saya
nak cakap dengan Balqis. Rasanya lagi baik hal ni saya bincang dengan Balqis.” Sudah hilang kata ganti ‘cikgu’ yang selalu
dia gunakan.
“Hmm
cakaplah.”
“Zahra
tunggu dekat kereta, nanti Uda datang.” Zahra memberi isyarat ‘ok’ sebelum
pergi.
“So?
Hal apa encik nak cakap dengan saya tu?” Tanya Balqis walaupun dia sudah dapat
mengagak apa yang ingin dibincangkan.
“Irfan.
Panggil saya Irfan.”
“Maaf
Encik Irfan, saya professional.” Tegas Balqis.
Balqis.
Irfan mengulum senyum. Ketegasan dalam kelembutan guru muda itu sedikit
sebanyak berjaya mengusik hatinya. Lebih tepat, kata-kata guru muda itu semalam
yang membuatkan dia tersedar.
“Encik
Irfan nak bincang apa? Saya banyak lagi tugas yang nak diselesaikan.” Balqis
sudah mula bosan melayan kerenah lelaki di hadapannya itu. Tersenyum-senyum
macam lelaki miang.
“Maaf
ambik masa Balqis. Saya nak tanya, Zahra dekat tadika macam mana?”
“Hmm
hari ni saya ada denda dia sebab dia main dengan kerusi dalam kelas. Tapi lepas
tu dia okay la. Boleh ikut apa saya ajar macam biasa. Subjek lain saya tak
pasti pulak.”
Jujur
Balqis memberitahu kes dia mendenda Zahra. Tidak lah sampai memukul, cuma dia
mendenda Zahra dengan menyuruh anak kecil itu duduk di atas lantai. Tapi
apabila Zahra sudah kembali mendengar kata, dia mengembalikan kerusi yang di
ambil oleh dia daripada Zahra.
“Oh.
Nakal jugak Zahra tu. Dia ada cakap apa-apa pasal Papa dia?”
“Papa
dia? Kenapa? Encik dah beritahu hal sebenar ke?” Soalan Irfan dibalas dengan
soalan. Tapi riak di wajah Irfan sudah cukup untuk dia membaca jawapannya. Tak
bagi tahu lagi lah tu!
“Belum.”
Pendek jawapan Irfan.
Haih,
dah agak dah mamat ni. Itu lah, buat keputusan tak fikir baik buruknya. Balqis
menarik nafas dan cuba menyusun ayat yang sesuai.
“Macam
ni lah Encik Irfan, sometimes kita sayang seseorang tu sampai kita cuba nak
menghalang apa je benda yang boleh merosakkan orang kita sayang. Bagi kita, apa
kita buat tu betul. Tapi kita tak sedar yang tindakan kita ni salah. Salah
sebab perasaan sayang kita tu yang akan rosakkan perasaan mereka. Mungkin
sekarang kita tak nampak buruk tindakan kita, tapi kemudian hari? Who knows
right?” Panjang lebar Balqis berhujah.
“Saya
sayang Zahra macam anak sendiri.”
“Saya
tahu. Saya boleh nampak dari cara Encik Irfan layan dia. Tapi buatlah tindakan
yang betul.”
“Maksud
Balqis?”
“Tell
her the truth.”
“Macam
mana?” Seperti orang bodoh Irfan bertanya.
“Macam
mana? Start dari awal sampai akhir, satu pun jangan tinggal. Mungkin Zahra tak
boleh terima sekarang tapi lambat laun dia akan faham.”
“Saya
dah tipu dia. Mama dia dah meninggal sebenarnya.”
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Sampai jauh macam tu awak menipu dia?
Sedar tak apa awak dah buat?” Seakan tidak percaya dia mendengar kata-kata
Irfan.
“Saya
tahu saya salah.”
“Encik
Irfan, saya harap awak betul-betul rasa bersalah and please jangan sorokkan hal
sebenar lagi.”
“Saya cuba. Terima kasih
Balqis.”
“Sama-sama.”
“Balqis, may I have your phone
number? In case ada emergency. Kalau Balqis tak kisah.” Entah kenapa dia berani
meminta nombor telefon guru tersebut.
Balqis hanya mendiamkan
diri. Lama. Serba salah sama ada dia harus memberi nombor telefonnya atau
tidak. Dia hanya berdiri tegak saat Irfan sudah menuju ke arah pintu pagar.
Mungkin bosan menanti persetujuan dari dia.
“Irfan…” Panggil Balqis perlahan.
*******
Ikhsan merapati adiknya yang masih duduk
termenung di atas sofa. Irfan sudah memberitahu perkara sebenar kepada Zahra.
Zahra tidak dapat menerima kenyataan orang yang paling dia sayang sanggup
menipu dia selama ini.
“Pannnn” Ikhsan memaut bahu Irfan.
“Memang patut Zahra marahkan aku. Memang
salah aku pun kan.” Irfan meraup wajahnya beberapa kali. Masih terngiang-ngiang
di telinganya kata-kata Zahra tadi.
‘Uda jahat! Ara benci Uda! Uda dah tipu Ara!
Ara tak nak kawan, tak nak cakap dengan Uda dah!’ Penuh kebencian wajah anak kecil itu saat
menuturkan baris ayat tersebut.
“Sabarlah. Kak Ita tengah pujuk dia tu.
Harap-harap dia okay lepas ni.” Pujuk Ikhsan.
“Angah, nanti kau bawak Zahra tengok Along.
Kalau aku yang bawak mesti dia tak nak. Disebabkan aku dia tak dapat jumpa
arwah Kak Long. Aku tak nak disebabkan aku jugak dia tak dapat jumpa Along.”
Pohon Irfan.
“InsyaAllah, esok Angah bawak dia. Sekarang
biar dia tenang dulu. Zafran pun Angah dah mintak dia cuba pujuk Zahra.”
“Thanks.” Ucap Irfan dengan senyum tawar di
bibirnya.
“Kau
pergilah rest dulu. Dah serabut sangat Angah tengok kau ni.” Ikhsan cuba
bergurau bagi menghilangkan rasa tertekan adik bongsunya.
***********
Irfan hanya
memerhatikan dari luar Zahra yang menangis melihat keadaan Papanya.
Maafkan Uda, Zahra! Irfan cuba menyembunyikan air matanya apabila terasa
bahunya dipaut oleh seseorang. Cepat-cepat dia memalingkan wajahnya ke arah
lain. Ikhsan tahu adiknya itu sedang menangis.
“Zahra akan maafkan aku tak?”
“Zahra akan maafkan kau, cuma cepat atau
lambat je.”
Mereka masih berdiri di luar menanti Zahra
yang berada di dalam.Tiada tanda-tanda Zahra akan keluar. Zafran juga ada bersama
menemani Zahra. Mujur mereka diberi kebenaran untuk melawat atas alasan mereka
berdua anak pesakit.
“Papa, Ara sayang Papa.” Perlahan Zahra
bersuara. Air matanya sudah kering kerana sejak tadi menangis.
“Ara tak marah Uda, cuma Ara sedih. Papa
selalu cakap yang Uda sayang Ara. Papa pun selalu cakap kesian dekat Uda sebab
duduk sorang. Papa…..Uda tipu Ara sebab Uda sayang Ara kan? Uda tak nak Ara
sedih. Uda tak nak Ara nangis kan Papa?” Tersekat-sekat suara Zahra.
Zafran yang berdiri di sebelah Zahra segera
memeluk adiknya. Dia tahu Zahra sedih. Apatah lagi adiknya tidak sempat melihat
arwah Mama mereka.
“Ara janji, Ara jadi baik. Papa kena cepat
baik okay?”
Diam. Ilham masih terbaring kaku di atas
katil. Hanya bunyi mesin yang kedengaran di sana sini. Zahra memandang ke arah
abangnya.
“Papa pun akan tinggalkan kita jugak ke?”
“Ara kena banyak berdoa. Mintak dekat Allah
sembuhkan Papa.” Lembut Zafran memujuk adiknya sedangkan dia sendiri tidak tahu
sama ada Papa mereka akan sembuh atau tidak.
Tiba-tiba mesin berbunyi kuat. Ilham yang
terbaring kaku tadi seperti sesak nafas. Dadanya turun naik dengan laju. Zahra
dan Zafran yang masih berdiri di sebelah katil terkejut. Kelihatan beberapa
orang jururawat dan doktor bergegas ke arah katil. Irfan dan Ikhsan menarik
mereka berdua keluar apabila diarahkan oleh jururawat disitu. Langsir segera
ditarik menutupi persekitaran katil yang menempatkan Ilham.
“Pak Ngah, Papa kenapa?” Tanya Zahra
“Sabar sayang. Doktor tengah check Papa.”Irfan
menarik Zahra ke dalam pelukannya tapi ditolak oleh Zahra. Marahnya masih
bersisa.
Irfan hanya melihat Zahra yang menghampiri
Ikhsan. Ikhsan tahu adiknya terkilan. Pantas dia memeluk Zahra menghilangkan
bimbang anak kecil itu. Irfan berdiri jauh sedikit dari mereka lalu
mengeluarkan handphonenya.
‘I need you now. Alonggg’ Terus mesej yang ditaipnya dihantar.
Tidak lama kemudian Puan Hamidah dan Anita
muncul dalam keadaan tergesa-gesa. Anita memandang Irfan sekilas lalu. Irfan
mendapatkan Uminya. Cuba menerangkan situasi yang berlaku. Pintu bilik ICU
dibuka. Mereka hanya mampu terdiam saat diberitahu Ilham sudah pergi buat
selamanya. Zafran dan Zahra sudah menangis kuat. Pantas Puan Hamidah dan Anita
memujuk mereka berdua.
“Balqis.” Irfan sedikit terkejut melihat
kelibat Balqis. Dia tidak menyangka Balqis akan datang.
Balqis berjalan laju menghampiri Irfan yang
duduk bersendirian. Jauh dari ahli keluarganya yang lain. Melihat suasana muram
yang menyelubungi mereka sekeluarga membuatkan dia tidak sedap hati.
“Irfan, Along awak?” Soal Balqis sebaik
sahaja mengambil tempat di sebelah Irfan.
“Along dah takde.” Lemah sekali suara Irfan.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Awak okay tak Irfan?”
Irfan
menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Dia membuang pandang ke arah Zahra yang
menangis dalam dakapan Puan Hamidah.
“If
you need anything, just tell me. Saya akan cuba bantu setakat yang saya mampu.”
“I
just want you to stay here.”
Balqis
hanya terdiam. Dia tunduk merenung lantai. Membiarkan Irfan melayani perasaan
sedihnya dan dia masih tetap berada disisi Irfan. Seperti mana yang dipinta
lelaki itu. Zahra yang menyedari kehadiran cikgunya memanggil Zafran
mendekatinya. Pantas dia membisikkan sesuatu ke telinga abangnya. Zafran hanya
mengangguk faham.
“Uda.”
Zafran memanggil Irfan yang duduk berteleku.
“Ya?”
Irfan membuat reaksi pelik apabila Zafran mendekatkan bibir ke cuping
telinganya. Seakan-akan mahu berbisik sesuatu.
Irfan tersenyum sedikit
apabila mendengar apa yang dibisikkan Zafran. Dia memandang ke arah Zahra.
Tanpa disedari ada mata yang memerhati.
*************
Kenduri
tahlil selesai sudah. Irfan merapati Uminya yang duduk bersendirian di atas
sofa. Angahnya masih sibuk mengiringi tetamu yang sudah beransur pergi.
“Umi.”
Irfan memanggil Puan Hamidah.
“Pan.
Umi ingat siapa tadi.”
“Umi
buat apa duduk sorang dekat sini?”
“Umi
tengah fikir. Zahra dengan Zafran macam mana nanti.”
“Umi,
Pan ingat biar diorang duduk dengan Pan jelah. Umi bukan sihat sangat nak
tengokkan diorang. Nak suruh Angah, dia pun ada keluarga sendiri.”
“Kamu
ni Pan, cakap biar fikir sikit. Tak kan kamu nak bawak diorang duduk rumah sewa
kamu tu. Apa kata kawan-kawan kamu nanti.”
“Pan
dah cari rumah sewa lain Umi. Dekat dengan tadika Zahra tu.”
“Tak
cakap dengan Umi pun.”
Perbualan
mereka terhenti apabila Anita datang dengan menatang dulang berisi tiga gelas
air. Irfan mencari kelibat seseorang di belakang Anita.
“Balqis
dekat dapur, tolong cuci pinggan.” Jawab Anita seakan memahami apa yang dicari
Irfan. Puan Hamidah hanya tersenyum kecil.
“Tak
cakap apa pun.” Irfan membalas kata-kata Anita.
“Siapa
cakap akak cakap dengan Pan?” Pantas Anita mengenakan Irfan.
“Hmm
Pan, kamu bila nak kawin? Kalau kamu kawin, senang sikit hati Umi nak biar kamu
jaga Zahra dengan Zafran.” Laju Puan Hamidah mencari peluang untuk berbicara
soal kahwin dengan anaknya.
“Umi
carilah senang.”
“Betul
ni? Tak kisah ke kalau Umi yang pilihkan?”
“Ye
Umi. Terserah pada Umi nak pilih siapa.”
“Kalau
Umi, Umi pilih yang ada depan mata jelah.” Jawab Puan Hamidah sambil melirik ke
arah Balqis yang baru selesai mencuci pinggan.
Anita
yang mendengar kata-kata ibu mertuanya tersenyum senang. Alhamdulillah, Irfan
bakal punya kehidupan sendiri. Kurang sedikit rasa bersalahnya selama ini.
“Wan,
Balqis balik dulu lah. Dah lewat sangat ni. Esok pagi Balqis datang.” Balqis
meminta diri untuk pulang.
“Biar
saya hantar Balqis lah. Bahaya balik sorang-sorang.” Irfan meletakkan gelas
yang dipegangnya lalu berdiri menghampiri Balqis.
“Hmm
elok jugak tu.” Jawab Puan Hamidah.
“Kalau
macam tu, Balqis balik dulu Wan, Kak Ita.” Balqis menghulur tangan untuk
bersalam.
“Panggil
Umi je Balqis. Tak lama lagi nak kena panggil Umi jugak. Praktis dari awal.”
Sempat Puan Hamidah berbisik.
Balqis yang tidak dapat menangkap
maksud kata-kata Puan Hamidah hanya menganggukkan kepalanya. Apa salahnya
permintaan sekecil itu. Bukan sukar mana untuk dia memanggil Puan Hamidah
‘Umi’.
**************
Irfan
mengerling Balqis yang hanya mendiamkan diri sejak tadi. Dia berdehem kuat cuba
menarik perhatian Balqis.
“Balqis,
Umi bisik apa tadi?” Irfan cuba mencari topik untuk berbual.
“Oh,
tak ada apa lah. Kenapa?”
“Nothing.
Balqis, awak tahu apa Zafran bisik dekat saya masa di hospital hari tu?”
“Mana
saya tahu. Rahsia awak dengan Zafran kan.”
“Zafran
sampaikan apa yang Zahra cakap sebenarnya.” Irfan menanti respon daripada
Balqis. Balqis mengangkat keningnya sedikit.
“Zahra
cakap, Zahra tak marahkan saya. Dia tahu saya sayangkan dia. Dia pun sayangkan
saya dan dia nak saya gembira macam mana saya cuba gembirakan dia selama ni.”
“Baguslah.”
Ringkas jawapan Balqis.
“Zahra
cakap lagi, saya nampak happy kalau dengan awak.” Sambung Irfan lagi.
Balqis
sudah tidak tahu di mana harus dia sorokkan muka dia saat ini. Dapat dirasakan mukanya merah menahan malu.
Zahra, anak kecil itu terlalu jujur!
“Balqis,
sebenarnya saya happy kalau dengan awak. Awak tak rasa macam tu?” Pertanyaan
tidak semena-mena dari Irfan itu membuatkan wajahnya semakin merona merah.
“Diam
maksudnya setuju.” Tokok Irfan lagi sambil tersenyum kecil melihat reaksi
Balqis. Perempuan! Mudah dibaca hatinya.
‘Sekukuh
mana kita bina tembok menghalang orang yang kita sayang dari terluka,
percayalah yang kebahagiaan kita yang mampu membuatkan orang yang kita sayang
tersenyum kebahagiaan. Kerana kasih, sayang dan cinta harus saling berbagi.’- Irfan
No comments:
Post a Comment