18 oleh: faizah fyn
Qaiser melangkah masuk
ke dalam rumah selepas memberi salam. Kelihatan Zaid sedang menonton televisyen
di ruang tamu rumah sewa mereka. Pantas dia berjalan lalu melabuhkan punggung
di sebelah Zaid.
“Balik dah? Ingatkan
dah tak nak balik tadi.” Qaiser dapat menghidu sinis kata-kata yang dikeluarkan
Zaid.
“Kau kenapa bro? Tak
ada angin, tak ada ribut tiba-tiba nak menyindir aku.”
Zaid menarik senyum
sinis. Ada juga yang kena belasah kejap lagi ni. Dah kau bawak bakal tuning aku
keluar berdua, boleh pulak buat tak tahu. Dunia ni kecil je yang kau nak
sorokkan dari aku. Amer yang baru keluar dari dapur bersama segelas jus oren
tidak jadi meneruskan langkah ke ruang tamu. Dia dapat merasakan bahang tidak
puas hati di antara Zaid dan Qaiser. Haikal yang berada di anak tangga menyiku
lengan Amer sambil menjuihkan bibir ke arah Zaid dan Qaiser. Amer hanya
mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“Seronok keluar dengan
Aimy?” Tanya Zaid.
Qaiser hanya tersenyum
dan berlagak tenang. Dia sudah mengagak dari tadi yang Zaid dapat tahu dia
keluar dengan Aimy. Boleh tahan cemburu juga mamat ni.
“Sebab tu ke yang kau
nak angin semacam ni? Aku keluar dengan Aimy sebab nak settle hal aku dengan
Adib. Yang mana ada kaitan dengan kau juga.” Satu persatu Qaiser terangkan.
“Adib? Aku? Maksudnya?”
“Hmmm kau tahu kan yang
Aimy tak boleh kawin unless Adib kawin sekali dengan dia. So, aku ni sebagai
bakal tunang Adib nak tahu segala rahsia Adib sebelum aku bertunang dengan dia.
Faham?” Qaiser dapat melihat riak wajah Zaid yang cuba mencerna kata-katanya.
“Kau nak bertunang
dengan Adib? Seriously? Kenapa aku tak tahu?”
“Cop! Aimy tak bagi
tahu kau ke? Aku dah lama suka Adib, so aku ambik peluang ni untuk kawin dengan
Adib sebab Aimy terpaksa cari calon untuk Adib untuk bolehkan dia bertunang
dengan kau.” Qaiser sendiri tidak faham macam mana Zaid boleh tak tahu hal
pertunangan dia dengan Adib.
“Aku tahu lah Adib nak
bertunang tapi aku tak sangka pulak dengan kau. Tapi kau tahu kan Adib macam
mana?” Soal Zaid.
“Tahu, tapi yang
penting aku dapat bersama dengan dia. Well, perlahan-lahan dia akan suka aku
juga. The most handsome and eligible bachelor in town, Qaiser Muhammad.”
Selamba Qaiser memuji dirinya.
“Oh please lah! Tapi
kau tak rasa ke benda ni tak adil?”
“Tak adil? Maksudnya?”
“Kau sorang je bahagia,
happy sebab dapat bersama dengan orang kau suka tapi Adib yang mungkin takde
perasaan dengan kau terjebak dengan benda gila ni semua.”
“Benda gila? Gila ke
kalau aku nak tolong kau dengan Aimy and at the same time tolong diri aku
sendiri untuk dapatkan orang yang aku sayang.” Balas Qaiser walaupun terkesan
sedikit dengan kata-kata Zaid.
“Aku harap kau tak
sia-siakan Adib.”
“InsyaAllah aku akan
bahagiakan Adib. Yang kau emosi lebih ni kenapa? Kau suka Adib?” Sengaja Qaiser
menyerkap jarang.
“Aimy aku nak letak
mana? Adib tu dah macam little brother bagi aku, mestilah aku nak tengok dia
happy.”
“Little brother? Dia
perempuan yang bakal diperempuankan aku okay.”
“Gila!” Meletus tawa
Zaid mendengar kata-kata Qaiser.
“Yes I am crazy, truly, deeply
in love with her.” Ujar Qaiser lagi sambil mata dipejam rapat, sengaja mahu
menyakat Zaid yang sudah kegelian.
“Kira betul lah kau tak
ada apa dengan Aimy?” Zaid menyoal sekali lagi, memohon kepastian.
“Yaaaaaaa Zaid. Unless
kau cuba nak caras Adib dari aku. Memang siap lah.”
“Tak ada maknanya okay!”
“Eh dah lah. Aku nak
naik atas, mandi.” Qaiser berlalu meninggalkan Zaid yang masih ingin menonton
televisyen.
************
Qaiser merebahkan badan
ke atas katil. Otaknya masih memikirkan perbualannya dengan Zaid tadi. Niatnya
untuk mandi dibatalkan. Airis! Dia bimbang Airis dapat tahu hal pertemuannya
dengan Aimy tadi. Entah kenapa dia bimbang jika Airis turut salah faham dengan
pertemuan mereka. Pantas dia meraba poket jeansnya mencari handphone.
‘Aku dah explain dekat
Zaid yang aku jumpa kau tadi. But please, jangan bagi Adib tahu.’
Message berjaya dihantar.
Dia menarik nafas lega. Tiba masanya Airis akan tahu perasaannya yang sebenar.
Tapi bukan sekarang waktunya.
*********
“Kenapa kau selalu
datang rumah aku?” Airis bertanya apabila melihat Qaiser terpacak di depan
pagar rumahnya.
“Aku lapar. Mama aku
busy ikut function office Papa. Mama kau masak apa?” Tanpa dipelawa Qaiser
sudah merempuh masuk terus menuju ke arah dapur.
“Tak malunya kau ni.
Order lah pizza.” Airis hanya melihat Qaiser yang sudah mengangkat tudung saji.
“Kau tak suka ke aku
datang sini Dib? Takpe lah aku balik dulu.” Sengaja kepalanya ditundukkan
merenung ke arah lantai.
“Blerghhh yelah yelah,
makan je dekat sini.” Airis mendapatkan sebiji pinggan lalu dihulur kepada
Qaiser.
“Weh, kau datang ni
bukan sebab lapar kan? Kau nak jumpa Aimy kan?” Tebak Airis.
“Mana kau tahu?”
Terbatuk Qaiser mendengar kata-kata Airis.
“Eleh, mengaku jelah
kau suka Aimy.”
“Shhhh top secret.”
Qaiser meletakkan jarinya ke bibir.
Itu kenangan semasa
mereka masih di bangku sekolah. Tapi sekarang, siapa sangka mereka akan bertemu
lagi. Adib Airis, kalaulah kau tahu yang aku hanya suka kau seorang.
I won't talk
I won't breathe
I won't move till you finally see
That you belong with me
You might think I don't look
But deep inside
In the corner of my mind
I'm attached to you
I'm weak
It's true
Cause I'm afraid to know the answer
Do you want me too?
Cause my heart keeps falling faster
I won't breathe
I won't move till you finally see
That you belong with me
You might think I don't look
But deep inside
In the corner of my mind
I'm attached to you
I'm weak
It's true
Cause I'm afraid to know the answer
Do you want me too?
Cause my heart keeps falling faster
No comments:
Post a Comment