Friday 16 August 2013

20| Suamiku Gee



















20 oleh: faizah fyn

Puas dia mendail nombor telefon Qaiser tapi satu pun tak diangkat. Merajuk betul ni. Aku ni dah lah jenis tak pandai bab pujuk memujuk. Nanti aku jadi hati batu, buat don’t know je makin parah pulak. Esok dah majlis, buatnya mamat tu buat kerja gila nak cancelkan macam mana? Yang aku risau dia nak cancel tu kenapa? Bagus jugak sebenarnya, tak payah aku kahwin dengan dia. Tapi Aimy? Dilema..Dilema.

“This is the voice mailbox……” Minah salih mana pulak ni?

Adoi lah! Serabut otak, serabut perut! Dah rasa macam terbelit usus sendiri je aku rasa. Teruk sangat merajuk sampai off handphone ni. Tunggu jelah esok pagi. Kalau dia datang, Alhamdulillah. Kalau taka da memang kena bawak bala tentera pergi pujuk anak mat salih celup sorang tu. Qaiser, kau saja bagi aku tak senang duduk kan?

“Hah? Ini dah kenapa muncung macam tikus mondok?” Aimy yang dari tadi memerhati kegelisahan adik kembarnya bertanya.

“Tak ada apa lah.” Handphone diletakkan ke atas meja kecil di sebelah sofa.

“Bergaduh dengan Qaiser? Haih..korang ni kan sampai bab berapa nak bergaduh, baik, bergaduh. Bawaklah berdamai Adib oih!” Aimy yang seakan tahu apa yang berlaku sudah memberi tazkirah percuma.

“Ehhhh bila pulak aku cakap aku bergaduh dengan dia?”

“Aku dah lama kenal kau. Kita kan womb mate, aku boleh agak apa yang jadi. Muka kau macam tu bila bergaduh dengan Qaiser je. Apa pulak kau buat kali ni?”

“Hmmm macam mana nak cakap eh?” Airis menggigit bibir bawah. Tak tahu harus dimulakan dari mana.

“Cakap jelah,itu pun payah.”

“Tadi aku terlepas cakap yang orang macam dia tu boleh ke bagi aku ni pregnant. Sumpah! Aku tak sengaja nak cakap macam tu.” Dia menarik nafas lega setelah bercerita.

“What? Ini benda paling stupid aku dengar. Kau ni memang tak reti jaga mulut kan? Habis tak minta maaf dengan dia?” 

Nasiblah kau ni adik aku, kalau tak memang aku cili je mulut tu. Nak dicili nanti, mereka tu womb mate, nanti dia ikut sama rasa pedas cilinya. Aimy mengurut dadanya menahan marah.

“Aku try call dia banyak kali tapi tak angkat. Sekali masuk voice mailbox.”

“Tinggalkan jelah pesanan kat dia. Kedekut sangat kau ni dengan mak cik voice mailbox tu. Bukan orang lain, bakal tunang merangkap bakal suami kau jugak.” Aimy menepuk perlahan paha adiknya sebelum berlalu. Pandai-pandailah Airis fikir.

“Nak cakap apa?” Tanya Airis.

“I don’t know.” Laung Aimy dari tingkat atas.

Ada kakak pun tak membina jugak. Tadi bukan main lagi bagi idea lepas tu dibiarkan aku terkontang-kanting dekat sini. Nanti aku bagi sajak dekat Qaiser tu mahu gelak berguling-guling mamat tu. Setahun pun tak habis malu. Nak cakap aku ni bila menggelabah habis slurred speech. Menyanyi? Hmmm try and error. Pantas dia mendail nombor telefon Qaiser. Dengar sahaja suara minah salih voice mailbox terus dia mula menyanyi.

I’m not a perfect person
There’s many things I wish I didn’t do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I’ve found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I’m sorry that I hurt you
It’s something I must live with every day
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That’s why I need you to hear

I’ve found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

**********

Qaiser hanya mengeluh mendengar suara Airis yang mendayu menyanyikan lagu The Reason. Dia tahu dia tak mampu merajuk lama dengan Airis. Airis seperti ada suatu kuasa yang mampu membawa dia jauh dan menarik dia untuk kembali dekat. Tapi hatinya masih sakit dengan kata-kata Airis. Aku maafkan kau tapi untuk lupakan apa yang kau cakap mungkin ambil masa.

“Qais, termenung apa lagi tu? Masuk dalam tolong Mama dengan Kak Qis kejap.” Panggil Puan Latifah dari dalam rumah.

Qaiser yang dari tadi duduk di luar rumah sambil merenung ke langit berpaling sebelum menganggukkan kepala. Nescafe yang masih bersisa di dalam mug diteguk sekali lalu dibawa bersama ke dalam rumah. Pasti Mama mahu dia membantu menyiapkan hantaran untuk esok.

“Sejak bila jadi payung rindukan bulan ni?” Qistina yang duduk bersandar di dinding sambil menyusun bunga hidup di dalam bekas hantaran bertanya.

“Pungguk lah bukan payung.” Qaiser membetulkan peribahasa yang digunakan Qistina.

“Whatever. Eh cepatlah tolong hiaskan bunga ni. Dia yang nak bertunang, kita pulak yang kena bersengkang mata. Kesian baby.” Qistina menjuihkan bibir sambil mengusap perutnya.

“Taktik! Baby nanti jangan ikut perangai Mama awak tu. Kuat merajuk. Ikut uncle takpe, jadi anak lelaki yang tough.”

“Tough? Tengok lepas kawin nanti tough ke tak.” Usikan Qistina menyebabkan seisi rumah ketawa.

“Tak senonoh. Eh bak lah sini bunga tu. Biar mat romeo ni tolong hiaskan.”

Qistina hanya ketawa melihat reaksi adiknya. Main-main lagi kan dah kena sebijik. Terdiam terus bila kena usik macam tu.

“Adib ada telefon tak?” Puan Latifah yang tekun memberikan sentuhan terakhir pada hantaran bertanya.

“Tak. Esok kan dah majlis, dia sibuk lah tu.” Bukan Airis tak telefon, dia yang sengaja mematikan telefon bimbit.

“Tak apa Ma, nanti dah kawin tak payah telefon dah. 24 hours berkepit.” Usik Qistina lagi.

Masa ini lah nak membalas dendam kepada adiknya. Sewaktu dia mahu berkahwin dulu tak putus-putus dia menjadi bahan usikan adiknya.

“24 hours dalam bilik?” Encik Zulhilmie yang duduk bersama kaum lelaki bertanya tiba-tiba. Sekali lagi gamat rumah dengan gelak tawa.

“Berkepit Pa, bukan dalam bilik. Papa ni lagi dasyat dari Qis.” Qistina membalas dengan tawa yang masih bersisa. Apa lawak sangat Papa malam ni.

“Ohhh mana Papa dengar. I’m getting old you know.”

“Nasib sedar diri dah tua. Jangan awak tiba-tiba menggatal pulak nak kawin lagi satu. Berkepit pun dengar bilik.” Puan Latifah menjeling ke arah suaminya seakan memberi amaran.

“Mama ni, sensitive. Papa bagi hint nak baby baru laa tu. Kan Pa?” Pantas tangan Puan Latifah mencubit lengan Qaiser.

“Gatal. Ikut perangai Papa lah ni.” Qaiser hanya menyeringai kesakitan apabila dicubit Puan Latifah. Berbisa!

“You nak baby ke Pah?” Encik Zulhilmie ikut sama dalam usikan Qaiser. Bila lagi nak mengusik isterinya.

“Cukuplah yang dua orang ni. Saya ni elok jaga cucu je sekarang.”

“Qais, tak dapatlah baby baru. Qais kena mintak dengan Adib sebab Mama dah tutup kilang.”

“Abang!” Puan Latifah sudah bercekak pinggang.

“Gurau jelah. Awak ni usik sikit tak boleh.” Encik Zulhilmie berjalan merapati isterinya.

“Duduk dekat-dekat ni kenapa?” Puan Latifah menyiku suaminya supaya duduk jauh sedikit.

“Nak tengok isteri pun tak boleh? Saya tengok orang lain nanti awak marah pulak.”

“Sweetnya Papa dengan Mama ni. Kalau kilang buka lagi memang dapat adik baru lah kitorang ni.” Qistina menjeling ke arah Qaiser.

“Dah dah..cepat siapkan hantaran ni. Layan awak dengan anak awak dua orang ni, habis kerja tak jalan.” Bebel Puan Latifah.

“Yes boss!”

“Tapi kan, baru Qis perasan yang Qais punya perangai romeo ni dapat dari siapa. Hmmm dapat dari Papa.” Encik Zulhilmie mengangkat keningnya ke arah Qaiser seakan mengiakan.

“Well, like father like son.” Balas Encik Zulhilmie sambil merangkul bahu Qaiser.

**************

Dadanya berdebar laju saat Rozi yang juga menjadi juru andamnya hari itu memberitahu pihak lelaki sudah sampai. Keluarga Zaid tiba setengah jam lebih awal. Tak sabar agaknya mahu bertunang dengan Aimy. Maklumlah sudah lama mereka merancang baru sekarang ia Berjaya di realisasikan. Tadi risau juga dia andai kata Qaiser mahu menarik diri dari bertunang dengan dia. Nasib muncul juga akhirnya. Katanya Qaiser terlupa di mana dia letakkan cincin pertunangan. Rupa-rupanya cincin ada di dalam handbag Mamanya. Haih macam-macam.

Dari luar kedengaran jelas sesi berbalas pantun di antara rombongan Zaid dan Pak Long yang menjadi wakil bagi pihak perempuan. Apa klasik sangat family Zaid ni nak berbalas pantun. Sarung cincin dah lah. Nasib lah Pak Long tu dulu wakil sekolah dalam pantun. Jangan family Qaiser pun nak ikut sama pantun sudah. Aku dah lah panas duduk dalam bilik ni. Aircond yang dipasang 16 tu pun bagai tak terasa. Ditambah dengan make up setebal 2 inci yang ditempek pada mukanya. Jenuh juga dia berkompromi dengan Rozi. Ikut kan mamat ayu tu memang dia nak tempek sampai 4 inci. Katanya kulit aku tak selicin kulit Aimy. Ceh! Tak sedar kulit muka dia tu macam kulit buaya.

“Alhamdulillah..Jadi bolehlah ye ibu pihak lelaki masuk untuk sarung cincin?” Kedengaran suara ayah Zaid dari ruang tamu.

“Sila-sila. Sofia, awak bawak ibu Zaid ni masuk ke dalam.”

Kelihatan ibu Zaid masuk ke dalam bilik diiringi oleh Puan Sofia. Aku tengok Kak Aimy relaks je. Dah lama praktis agaknya. Eh ada ke orang praktis nak bertunang?

“Angkat sikit tangan tu cik adik oiiii.” Rozi sudah bising menyuruh Aimy menghulurkan tangannya untuk disarungkan cincin.

“Alhamdulillah. Kakaknya dah selesai, sekarang giliran adik pulak.” Ujar Encik Ahmad sebaik sahaja ibu Zaid keluar dari bilik.

Encik Zulhilmie hanya tersenyum sambil memandang ke arah Puan Latifah. Rombongan mereka hanya lapan orang. Berbeza dengan rombongan Zaid yang hampir lima belas orang. Qaiser masih diluar rumah bersama Zaid. Memang mereka dinasihatkan supaya tunggu di luar sehingga majlis selesai.

“Kami ni buat simple jelah Amat, tak ada pantun semua. Tak apa Amat?” Soal Encik Zulhilmie.

Segan juga dia kerana tidak menyediakan apa-apa pantun seperti pihak Zaid. Bahasa Melayunya juga kurang fasih, inikan pula mahu mereka pantun. Kot disuruh baca sajak Shakespeares tu bolehlah agaknya.

Airis sudah menarik nafas lega. Phewww lega tak ada pantun. Dia kalau boleh mahu yang sesimple mungkin. Sarung je cincin dah, selesai.

“Kau duduk elok sikit. Kalah jantan kau ni. Ini majlis bertunang bukannya nak wrestling.” Laju tangan Rozi hinggap pada pahanya.

“Habislah nak kena samak lepas ni.” Perli Airis.

“Kau mulut! Eeee macam mana lah mamat hot tu boleh terfikir nak bertunang dengan kau. Duduk macam jantan, mulut takde filter. Tu make up, dah berapa kali aku touch up kau pergi lap dengan tisu. Nanti gambar bertunang kau buruk jangan salahkan aku.”

Mulut Airis terkumat-kamit mengajuk Rozi sambil tangannya sibuk meniru gaya Rozi. Haih, tak kuasa aku nak melayan mamat ayu ni.

“Assalamualaikum. Cantiknya Adib hari ni.” Tanpa di beri amaran, Puan Latifah masuk diikuti Puan Sofia dibelakangnya.

Mencerlung mata Puan Sofia memandang ke arah Airis. Opss! Jangan cakap diorang dengar apa yang aku bergaduh dengan Rozi tadi. Mati!

“Hulur tangan tu Adib.” Airis menghulurkan tangannya apabila di suruh oleh Puan Sofia.

Nasib aku dah lumur lotion satu badan. Gaya macam nak sarung cincin satu badan je aku ni! Airis tersentak apabila Puan Latifah memeluknya sambil menghadiahkan ciuman di kedua belah pipinya.

“Jaga Qaiser elok-elok.” Sempat Puan Latifah berpesan. Pesanannya hampir sama dengan Qistina.

Selesai sahaja sesi menyarungkan cincin, rombongan Zaid dan Qaiser di jemput untuk makan. Awal pagi lagi dia dan kakaknya dikerah untuk menolong Mama di dapur. Kata Mama masa ini lah nak tunjuk skill memasak pada bakal mertua.

“Adib tolong panggil Qaiser kat luar. Dari tadi tak masuk lagi. Tadi pun dia tak breakfast. Boleh Adib?” Boleh Puan Latifah ni macam arahan bukan pintaan je aku dengar.

Aiseyman macam mana nak cakap dengan mamat tu? Dah lah tengah perang dingin. Tapi dianggukkan juga kepala kepada Puan Latifah. Jaga hati bakal mak mertua kan.

“Hah tercegat apa lagi tu Adib? Cepat panggil Qais makan. Dia nak tuan puteri jemput tu.” Usik Qistina.

“Kak Qis ni. Ye, Adib nak pergilah ni.” Lambat-lambat dia berjalan menuju ke luar rumah.

Hah! Itu dia gerangan yang dicari. Handsome gila nak mati pakai baju melayu berwarna kelabu bersama kain sampan songket warna emas. Tapi, ewah-ewah sempat bergayut pulak dia. Tunang dekat sini tak nak pulak di ajak bersembang. Entah siapa jelah dia call.

“Yes my dear. I’m officially enganged today.”

Entah dengan siapa Qaiser berbicara. Yang pastinya langkahnya terus mati. Dear? Dear who? Girlfriend gee dia? Oh-M-Gee!