16 oleh: faizah fyn
Selesai
mengambil baju mereka berempat bersedia untuk pergi. Qaiser memberi isyarat
kepada Aimy supaya dia pergi dahulu bersama Airis. Cepat sahaja Aimy menangkap
maksud isyarat yang diberikan. Laju tangannya disilangkan dengan tangan Airis
lalu menariknya pergi dari butik tersebut.
“Adib
you jaga sikit makan, nanti tak muat baju I tu masa majlis nanti!” Jerit Rozi
melihat Airis sudah mahu pergi.
Telinga
Airis sempat menangkap kata-kata Rozi. Ingin dibalas tapi tidak sempat kerana
dirinya sudah ditarik terlebih dahulu oleh kakaknya. Yang buat dirinya pelik,
Mama elok bersembang dengan Qaiser seperti tidak kisah melihat mereka berdua
sudah jauh ke hadapan.
“Yang
kau nak cepat sangat ni kenapa kak? Mama balik dengan kita ke dengan Qaiser?”
Gesa Airis melihat Mamanya sudah jauh ketinggalan di belakang.
“Kau
jalan je boleh tak? Kita tunggu jelah Mama dekat kereta. Aku nak beli jambu
batu depan tu kejap.” Aimy memberi alasan.
“Ehhhh
kau! Baru nak bertunang, mengidam kau macam orang mengandung anak sulung!” Perli
Airis.
“Diam.
Kau ikut je boleh tak? Pot pet pot pet macam mak nenek.”
Qaiser
yang melihat Airis sudah dibawa pergi tersenyum kemenangan. Siap kau Adib! Mama
ada dekat dalam tadi memang lah aku tak boleh balas apa. Ini Qaiser lah! Otak
aku punya geliga kalah budak kecik macam kau. Tau lah aku nak balas dendam
nanti.
“Ermm
Ma, sebenarnya Qaiser nak mintak Mama punya permission.” Satu demi satu dia
mengatur ayat. Lidahnya juga sudah terbiasa menggunakan panggilan Mama sejak
ditegur di dalam butik tadi.
“Ada
apa Qaiser?”
“Qaiser
nak bawak Adib keluar makan kejap boleh?”
“Lah
mestilah boleh. Kenapa? Airis tak nak pergi ke yang Qaiser mintak permission
Mama ni?” Lembut Puan Sofia bertanya.
“Eh
takde lah Ma. Adib yang cakap elok tanya Mama sendiri. Maklumlah majlis dah nak
dekat, takut Mama tak bagi keluar berdua.” Laju sahaja mulutnya menipu.
“Mama
tak kisah, tapi make sure balik sebelum maghrib okay.”
“Thanks Ma!” Qaiser tersenyum senang.
Bukan
susah mana nak membeli hati Puan Sofia. Kalau pandai menyusun ayat, senang
sahaja diberi kebenaran. Tapi itu bukan tiket untuk dia mengambil kesempatan,
Cuma kali ini dia terpaksa menipu. Ada perkara yang perlu diselesaikan sebelum
majlis berlangsung.
“Patutlah
laju dua orang ni. Singgah beli jambu batu rupanya.” Puan Sofia tersenyum
sambil menggelengkan kepala.
“Kakak
ni Ma. Tak menyempat tunggu Mama, laju je dia nak pergi beli.”
“Alah,
pergi dengan Mama pun bukan Mama boleh makan. Batuk je nanti kalau Mama makan.”
Balas Puan Sofia sambil mengerling ke arah Aimy yang leka mengunyah jambu batu.
“Kenapa
Mama lambat sangat tadi?” Aimy berpura-pura bertanya.
“Saja
lah sembang dengan bakal menantu Mama ni. Eh Airis nak keluar dengan Qaiser
kan? Korang berdua pergilah dulu. Nanti lambat pulak balik.” Puan Sofia menolak
sedikit tubuh Airis supaya menghampiri Qaiser yang berdiri di antara mereka
sejak tadi.
“Keluar?
Bila masa pulak Adib nak keluar dengan Qaiser Ma?” Airis bertanya kehairanan.
“Tak
payah risaulah, Qaiser dah cakap dekat Mama tadi. Mama pun dah izinkan.
Pergilah.”
“Errr
tapi kan Ma….”
“Betul
cakap Mama tu. Jom! Pergi dulu Ma.” Laju sahaja Qaiser memintas kata-kata Airis
sebelum bersalam dengan Puan Sofia.
“Aah
jom lah.” Airis mengiakan.
Airis
memandang ke arah kakaknya yang saling bertukar pandang dengan Qaiser. Tak
habis-habis dua ekor ni buat plan sendiri. Namun tangannya tetap juga bersalam
dengan Puan Sofia sebelum mengikut Qaiser pergi.
“Senang
hati Mama tengok Airis dapat lelaki sebaik Qaiser tu.” Tanpa diduga Puan Sofia
meluahkan rasa.
“Yelah
Ma.” Aimy malas komen dengan lebih lanjut. Kalau hati dah berkenan.
*******
“Cop!
Cop! Wait! Kejap! Tunggu apa plan kau sebenarnya ni hah?” Airis menolak kasar
lengan pejal Qaiser. Fuyoh biceps dia!
“Apa
yang kau gelabah sangat ni? Dah la ambil kesempatan pegang biceps aku.” Qaiser
tidak mengendahkan Airis. Menonong sahaja langkahnya.
“Ok
fine tak nak cakap. Aku balik sekarang nak?” Ugut Airis.
Pantas
Qaiser memalingkan badannya supaya berhadapan dengan Airis. Airis yang tidak
sempat memperlahankan langkahnya terus terhantuk kepada dada bidang Qaiser.
Amboi, dada Iron Man ke apa ni? Keras gila!
“This
is your second time, take advantage on me PERVERT!” Ejek Qaiser.
“Mana
ada. Ok aku balik!” Airis sudah mahu bergerak pergi tapi Qaiser terlebih dahulu
menghalang.
“Kita
tak selesai lagi. Masuk dalam kereta dulu, then aku cakap plan aku terhadap
kau. Faham?”
“Tak
nak! Aku tak kan pergi mana selagi kau tak cakap plan busuk kau tu.” Tegas
Airis.
“Come
on! Kau nak aku dukung kau ke apa ni? Ikut jelah.” Qaiser sudah hilang sabar.
Sudahlah kes dalam butik tadi belum reda panasnya.
“Tak
Nak! Tak Nak! Faham tak?” Bentak Airis.
“Ikut
jelah!” Jerit Qaiser sebelum mengheret tangan Airis.
“Lepaslah.
Sakit tau tak!”
Qaiser
tidak mengendahkan kata-kata Airis. Yang dia tahu, dia harus segera heret Airis
pergi dari situ sebelum banyak lagi mata memandang adegan mereka berdua. Tidak
dihiraukan Airis yang mengaduh kesakitan akibat cengkaman tangannya yang kuat.
“Adib
Airis?” Seorang lelaki yang berada berhampiran dengan ruang pejalan kaki
menegur mereka berdua.
“Fairuz.”
Tergamam Airis melihat lelaki yang menegurnya.
Airis
tidak sedar perubahan riak wajah Qaiser. Cemburu dan tidak senang dengan
kehadiran lelaki tersebut. Fairuz berjalan merapati mereka berdua. Tangannya
menangkap tangan Airis didalam pegangan Qaiser.
“Boyfriend?”
Fairuz bertanya tanpa segan silu.
“Bukan.”
Sepatah jawapan Airis.
“Then?
Scandal? Ke you still ada hati dekat I?” Fairuz menyindir sinis.
“Bukan
boyfriend tapi bakal tunang.” Airis membalas tenang. Setenang yang mungkin.
“Oh.
Tak nak kenalkan dekat I ke? Almost four years dah kita tak jumpa kan.” Fairuz
masih cuba berbasa-basi.
“Yup almost four years.
Ini Qaiser and Qaiser this is my friend during highschool, Fairuz.”
Qaiser
hanya menganggukkan kepalanya sedikit tanda hormat. Dia sedar Airis tidak
senang berada lama disitu. Dia sendiri tidak senang jika bekas kekasih orang
yang dia sayang ada disitu. Bukan dia tidak nampak pandangan liar Fairuz
terhadap Airis. Ikut hati dah lama mata mamat nama Fairuz ni dia cungkil lepas
tu diuli buat cekodok.
“Highschool
friend huh? Lagi tepat, ex boyfriend. Don’t you think so Adib Airis?” Sengaja
Fairuz menduga hati Airis. Masih sekukuh tembok China kah?
“Past
is past. Sorrylah bro. Kitorang nak cepat. Nak balik dinner dekat rumah bakal
in laws aku. Majlis nanti kitorang bagi kad jemputan.” Sengaja Qaiser menekan
perkataan bakal in laws.
Tanpa
menunggu balasan dari Fairuz, Qaiser terus membawa Airis pergi. Buat sakit mata
dan sakit hati jika mereka berlama di situ. Biarlah Fairuz cop dia sebagai
sombong ke apa, janji perasaan Airis terjaga. Walaupun dia sendiri tidak tahu
perasaan Airis saat itu. Airis hanya mendiamkan diri sehingga mereka tiba di
kereta. Tidak seperti awal tadi, cuba melawan dari diheret olehnya. Tanpa
menunggu sebarang arahan, Airis terus menghenyakkan tubuhnya pada kerusi
penumpang di sebelah pemandu.
“Kita
balik.” Hanya dua perkataan itu yang keluar sebaik sahaja Qaiser menghidupkan
enjin kereta.
“We
are not done yet Adib.”Qaiser masih mahu bertegas.
“Aku
cakap, aku nak balik. Susah sangat ke kau nak faham?” Bulat mata Airis
memandang Qaiser. Geram dengan sikap tak faham bahasa Qaiser.
“Hal
Fairuz tu hal lain. Sekarang kita nak settle hal kita.” Qaiser memasukkan gear
reverse, cuba keluar dari kotak parking.
“Pleaseee
aku nak balik. Aku takde mood. Next time kita settle apa je yang kau tak puas
hati.” Airis cuba meraih simpati.
Perkataan
‘please’ itu membuatkan Qaiser hampir sahaja termakan pujukan Airis. Tapi sikap
egonya membuatkan dia tidak ambil peduli. Kerana pertemuan tadi, hilang terus
mood Airis. Jelas sekali, masih ada sedikit perasaan Airis terhadap Fairuz.
Sedangkan dia yang ada di depan mata, sikit pun tak mampu meraih tempat di hati
Airis sehingga dia perlu gunakan taktik kotor bagi mendapatkan Airis.
“I
said no means no.”
“Kau
tak faham.” Luluh hati Airis melihat Qaiser yang masih belum mahu bertolak
ansur dengannya. Saat ini dia mahu bersendirian.
“Memang.
Memang aku tak faham dan aku tak nak faham perasaan kau dekat mamat tadi.”
Kasar suara Qaiser. Hilang segala usikan dia kepada Airis selama ini.
Airis
tidak mahu ambil peduli ke mana hala tuju kereta yang dipandu Qaiser. Dia sudah
tawar hati dengan sikap kebudak-budakan Qaiser. Kasar sungguh bahasa yang
digunakan Qaiser terhadapnya hari ini.
“Dah
sampai.” Qaiser membuka seat belt yang dipakainya.
Airis
masih duduk berpeluk tubuh disebelahnya. Tiada tanda-tanda yang Airis mahu
turun dari kereta. Dia mengeluh keras. Rambutnya yang sedikit panjang dikuak ke
belakang. Lama matanya menatap wajah Airis yang mendung. Dia sedar dia terlalu
berkasar dengan Airis dan itu bukan cara yang baik jika dia mahu mendapatkan
cinta Airis.
“Dibbbb
I’m sorry. I really mean it okay.” Perlahan suaranya meminta maaf.
Diam.
Tiada sebarang jawapan dari Airis. Dia yakin Airis benar-benar marah
terhadapnya kali ini. Tidak mustahil jika Airis membatalkan pertunangan mereka
setelah melihat sikap panas barannya sebentar tadi.
“Adib, please say something.”
“Aku
penat, aku nak balik.” Airis membuang pandang ke luar tingkap.
“Okay,
aku admit aku terlalu kasar dengan kau. Tapi aku marah dengan kau. Marah sebab
dalam butik tadi kau cakap aku bakal tunang, bukan bakal suami kau. Apa maksud
semua tu? Maknanya kau tak ada hati pun nak kawin dengan aku kan? Semua yang
kau buat ni untuk Aimy je kan? Aku malu Dib kau cakap macam tu depan orang
luar. Macam aku ni takde harga diri, aku ni yang terhegeh nak kawin dengan kau.
Lelaki mana pun, kalau orang cakap macam tu akan terasa hati.” Senafas Qaiser
meluahkan segala yang terbuku.
“Sebab
tu je? Listen, aku gurau je tadi dan aku ingat kau tak ambil hati. For your
information, kalau aku tak nak kawin dengan kau, dah lama aku tolak idea gila
Aimy. Marrying you is not the worst idea Qaiser. Kau jangan risau, sebab masa
hari nak tunang ke, akad ke aku tak akan buat kerja gila pergi lari ke apa. Aku
belum sampai tahap nak rosakkan kebahagiaan kakak kembar aku, darah daging aku
sendiri. Puas hati? Sekarang boleh kita balik Mr Qaiser Muhammad?” Sinis
kata-kata Airis.
“Semua
ni sebab Aimy je kan.” Gumam Qaiser tapi masih dapat didengari Airis.
Tanpa
sebarang kata Qaiser terus memecut laju keretanya menuju ke arah rumah Airis.
Sepanjang perjalanan mereka berdua menyepikan diri. Bermain dengan pelbagai
perasaan dan emosi. Sesekali Airis melirikkan matanya ke arah Qaiser. Tegang
sekali wajah Qaiser. Salahkah kata-kata dia tadi? Dia sendiri tidak tahu kenapa
Qaiser sensitif sebegitu sekali sedangkan dari awal lagi, plan mereka untuk
berkahwin hanya kerana Aimy. Tapi kata-kata Qaiser tadi seperti ada maksud
lain. Seakan-akan berjauh hati dengannya.
“Tak
nak turun ke?” Perli Qaiser melihat Airis yang masih kaku di tempat duduknya.
“Hah?”
Tersentak Airis ditegur tiba-tiba. Baru dia sedar yang mereka sudah tiba
dirumahnya.
“Cepatlah
turun. Dah turun! Turun! Turun!” Qaiser memanjangkan tangannya membuka pintu di sebelah pemandu. Geram
melihat Airis yang masih terpinga-pinga.
“Tak
nak dinner sini?” Airis cuba mengumpul kekuatan untuk bertanya.
“Kenyang.
Kalau aku gastrik sekali pun bukan urusan kau and please turun cepat. Aku takde
masa nak jadi penunggu setia kau dekat sini.” Sedikit pun Qaiser tidak
memandang ke arah Airis.
“Qaiser,
I thought you get mad because of Fairuz. Sorry and thanks for today.”
Sejurus
mengucapkan kata-kata tersebut, Airis terus keluar dari perut kereta. Sengaja
pintu dihempas kuat. Qaiser mendengus kasar lalu sekali lagi memecut laju
keretanya. Sengaja pedal minyak ditekan bagi menghilangkan tekanan. Adib Airis.
Nama yang membuatkan dirinya cukup kusut hari ini.
******
“Eh
Airis. Cepat balik, Mama ingat kamu nak pergi dinner terus dengan Qaiser.” Puan
Sofia yang kebetulan bertembung dengan Airis di ruang tamu bertanya.
“Qaiser
ada hal sikit. Nak jumpa kawan dia. Itu yang balik cepat.” Bohong Airis.
“Habis
sempat tak pergi makan? Qaiser bukannya boleh kalau lambat makan. Boleh tahan teruk gastrik
dia tu tau.”
“Tadi
sempat drive thru Mc’D.” Bohong Airis lagi.
“Hmm
okay lah tu. Buat alas perut. Risau jugak Mama dengan Qaiser tu.” Puan Sofia
masih menunjukkan keprihatinannya terhadap Qaiser.
“Yelah
Ma. Ma, Adib naik atas dulu. Nak pergi mandi, melekit dah ni.” Airis meminta
diri.
Airis
berlari menaiki anak tangga melihat Mamanya yang tekun menonton televisyen.
Sampai sahaja dibiliknya, dia mencapai handphone di dalam begnya. Terus dia
mencari nama seseorang di dalam contact numbers. Dia menarik nafas sebelum
menaip mesej. Lama juga dia mencari kata-kata yang sesuai.
‘Marah
macam mana pun, jangan lupa makan. Nanti gastrik takde orang nak tengokkan.
Take care! <3’
Laju
jarinya delete simbol love sebelum menghantar mesej. Nanti lain pulak si Qaiser
tu fikir. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri. Namun senyumnya mati apabila
terdengar bunyi beep menandakan mesej masuk.
‘Otw
to Mc’D! I’m a modern Hulk, marah pun still makan. Don’t worry and thanks my
future wife!’
Senyum
yang tadinya mati kembali berbunga. Qaiser, perangai sebijik macam budak-budak!
p/s: On the way siapkan cerpen baru ^ ^
No comments:
Post a Comment