15 oleh: faizah fyn
Airis
masih dalam keadaan terpinga-pinga. Aimy hanya memandang adik kembarnya yang
diam seribu bahasa sejak tadi. Dah bisu ke apa adik aku seorang ni? Tapi dia
sendiri terkejut dengan apa yang diberitahu Abah tadi. Tapi dalam masa yang
sama gembira dengan perkhabaran itu. Abah sudah terima hajat rombongan merisik
dari pihak Qaiser! Sebelum cuti semester berakhir, Airis dan Qaiser bakal
ditunangkan. Bermakna kurang 2 minggu sahaja lagi!
“Aku
tak mimpi kan?” Airis bersuara setelah lama mendiamkan diri.
“Tak.”
Pendek Aimy membalas.
Ini
bermakna dia dengan Zaid juga boleh bertunang bila-bila masa sahaja. Zaid masih
dalam tempoh berbincang dengan keluarganya. Sama ada mahu mengadakan majlis
pertunangan serentak atau mahu memilih tarikh lain. Tapi, mengikut hubungan
baiknya dengan keluarga Zaid, mungkin tiada masalah untuk mengadakan majlis
pertunangan dalam waktu terdekat ni walaupun sedikit mengejut.
“Rasa
macam baru je lagi aku jumpa Qaiser bincang pasal ni. Tup tup Abah dah setuju.”
“Mungkin
Abah rasa Qaiser adalah lelaki yang terbaik untuk kau. Yang mampu jaga kau
seperti mana Abah jaga kau selama ni.”
“Tak
pelik ke Abah setuju macam tu je?” Airis masih belum percaya yang Abahnya sudah
pun bersetuju.
“Kenapa?
Kau ingat Qaiser mandremkan Abah ke?”
“Hmmm
boleh jadi. Kau ingat tak first day dia datang rumah? Dia ada bawak manisan
Arab tu kan? Haaa mana tahu dia….” Airis sudah membuat spekulasi sendiri.
Aimy
sudah ketawa sambil menekan-nekan perutnya. Ya Allah! Sungguh lah adik aku ni
buat lawak. Ada ke patut ingat Qaiser guna-gunakan Abah. Kalau dia yang
guna-gunakan Qaiser bagi suka Airis mungkin boleh diterima akal fikiran jugak.
Memandangkan dia nak Airis kawin cepat. Tapi tak boleh salahkan adiknya juga
sebab fikir macam tu. Mana taknya, Abah yang sangat berhati-hati bab ni boleh
terima Qaiser tanpa banyak soal.
“Aku
serious lah! Kau gelak kenapa?”Airis memandang kakaknya yang galak ketawa.
“Lawak
tau! Kau agaklah Qaiser nak guna-gunakan Abah. Dah jangan fikir bukan-bukan.”
Aimy menepuk mesra bahu adiknya.
“Kurang
dua minggu aku akan jadi tunang dia.”
“InsyaAllah
semuanya akan okay. Serahkan segalanya pada Dia.”
“So,
aku dah half way settle. Kau dengan Zaid macam mana?” Baru dia teringat tentang
Zaid yang selalu menjadi sebutan kakaknya.
“Oh,
dia tengah bincang dengan family dia. So tak sure lagi sama ada boleh buat
majlis serentak ke tak.”
“Mintak-mintak
laa buat sekali. Malu lah aku kalau masa majlis tu nanti aku sorang je.”
“Eh,
sejak bila kau pandai jadi pemalu ni?”
“Amboi
mulut!” Airis sudah mengangkat bantal mahu memukul kakaknya tapi berjaya
dihalang.
“Nak
jadi tunang dan isteri orang mana boleh garang macam ni.” Usik Aimy.
“Eleh.”
Airis sudah mencebikkan bibirnya.
“Betul
apa. Silap hari bulan Qaiser pun angkat kaki tak tahan perangai gangster kau
ni.”
“Alhamdulillah
kalau betul. Tak payah kahwin.” Selamba Airis membalas.
“Amboi
mulut tu! Kau tak nak kahwin dah tapi aku nak kawin.”
“Ye
kakak ku sayanggggggggg.”
Bukannya
kakak kembarnya tak tahu, dia setuju kahwin dengan Qaiser pun kerana kakaknya
yang beria nak segera berkahwin dengan Zaid
*******
Ruang
rehat di tingkat atas sudah penuh dengan barang-barang hantaran untuk majlis
pertunangan nanti. Di sudut ruang rehat kelihatan Mamanya sibuk menggubah
kemeja dan tie untuk pihak lelaki nanti. Dia hanya jadi pemerhati dan peneman
Mamanya.
“Airis
cubalah tolong Mama. Tolong atur bunga dekat tepi dulang tu ke apa.” Puan Sofia
memandang Airis yang elok mengunyah epal merah di tangan.
“Adib
tak retilah Ma. Cuba Mama suruh cuci kereta Mama tak pun Abah kan senang.”
Selamba Airis membalas.
“Hish
budak ni. Kalau belajar dari sekarang kan senang. Nanti nak buat hantaran masa
kenduri nanti dah tau serba sikit.”
“Kita
upah orang jelah Ma. Adib tak serabut, Mama pun tak serabut. Win-win.” Airis
sudah tersengih apabila Mamanya menghantar jelingan tajam.
“Nak
senang je kerjanya. Tengok Aimy tu. Rajin dia gubah hantaran.” Puan Sofia
menunding jari ke arah Aimy yang kelihatan sibuk.
“Alaa
yang akak tu lain. Dah bertahun lamanya akak tu praktis gubah menggubah ni.
Sekali dapat green light terus tunjuk skill.”
Nasib
baik lah family Zaid dah setuju nak buat majlis pertunangan sekali. Maklumlah,
kakak kembarnya itu kan bakal menantu kesayangan mak Zaid tu. Tapi okay jugak,
takde lah dia seorang jadi perhatian masa majlis nanti.
“Eeee
budak ni! Ada je nak menjawab.” Puan Sofia hanya menggelengkan kepalanya.
“Akak
diam je. Haaa maknanya betul lah tu akak dah lama praktis aktiviti menggubah
ni.” Airis berpura-pura tak mendengar kata-kata Mamanya.
“Diam
sebab malas nak layan.” Aimy bersuara dengan tangan masih leka mengatur bunga
plastik di tepi dulang.
“Yelah
tu.”
“Eh
dah dah. Jangan nak bergaduh pulak. Masing-masing dah nak jadi tunang orang.
Belajar jadi matang sikit.” Puan Sofia cuba meredakan keadaan.
Puan
Sofia sudah bangun dari silanya. Hantaran yang sudah siap digubahnya di atur
ditepi dinding. Cantik. Warna yang menjadi pilihan Airis sendiri. Grey and
dusky pink. Walaupun Puan Sofia mahukan warna krim pada awalnya.
“Mama
nak pergi mana?” Airis bertanya apabila melihat Mamanya yang sudah berdiri.
“Lupalah
tu. Kan Mama cakap semalam, petang ni nak ambik baju untuk majlis sabtu ni.”
“Baju?
Ya Allah, Adib lupa.” Airis sudah menepuk dahinya.
Muda-muda
lagi dah jadi pelupa. Benda penting pulak tu. Actually takde lah penting mana.
Boleh je dia rembat baju kurung yang biasa dia pakai pergi kuliah untuk majlis
tu nanti. Cuma Mama je nak ada baju yang khas untuk majlis tu nanti. Abah pun
dah bermurah hati nak sponsor baju pertunangan dia dengan kakaknya.
“Dah.
Pergi pakai tudung. Seluar pendek tu jangan lupa tukar. Aimy pun cepat pergi
siap.” Puan Sofia sudah memberi arahan kalah mandur di ladang getah.
“Okay.”
Aimy meletakkan kembali bunga plastik yang berada ditangan lalu berjalan menuju
ke arah bilik tidurnya.
“Seluar
pendek tak boleh, skirt pendek boleh kan Ma?” Airis hanya ketawa melihat riak
di wajah Puan Sofia.
Kalau
moyang segala moyang bos dah bagi arahan memang tak boleh ada skema jawapan
subjektif mahupun objektif. Hanya ada yes and no answer question je. Kenapa lah
aku boleh terlibat dalam perancangan perkahwinan gila Aimy ni? Getus hati
Airis.
*******
Suasana
di dalam butik tersebut riuh rendah dengan suara pereka busana dan pelanggan
yang hadir. Masing-masing mencari kata sepakat dalam mencari busana yang paling
terbaik untuk majlis mereka. Airis hanya diam sambil membelek katalog di atas
meja. Bajunya sudah siap ditempah tapi terpaksa menunggu pereka busana mereka
yang masih sibuk melayan pelanggan.
“Hai
girls! Sorry lambat. Banyak betul customer hari ni! Kalau boleh belah lapan
badan I ni, dah lama I belah tau.” Rozi yang baru punya kesempatan melayan
mereka riuh bercerita.
Rozi
memang selalu menjadi pilihan Puan Sofia jika dia perlukan pakaian yang
bersesuaian untuk menghadiri majlis bersama suaminya.
“Alaa
Rizal, kitorang fahamlah! Don’t worry.” Sengaja Airis mengusik Rozi dengan
menggunakan nama sebenarnya.
“Shhhhh,
mulut you ni kan! I sumbat dengan manik-manik baju ni nanti. Rozi lah! Apa tak
kelas panggil Rizal.” Rozi sudah berpura-pura menyuakan baju yang dipenuhi
manik ke arah Airis.
“Gurau
pun nak sentap.”
“Ehhh
you ni! Nak kawin mana boleh mulut main lepas. Nanti lari laki you! Mamat
malang mana yang nak berbinikan you ni hah?”
Puan
Sofia dan Aimy hanya ketawa mengekek. Airis tu memang patut kena dengan Rozi
ni. Baru buku bertemu dengan ruas. Rozi ni walaupun macam jelly, tapi boleh
tahan pedas jugak mulut dia tu.
“Laki
malang ni yang nak berbinikan dia.” Serentak itu Qaiser mengambil tempat di
sebelah Airis.
Qaiser hanya berpakaian santai. T-shirt polo merah dan jeans berwarna biru tua bersama cap hitam. Memang tak dapat dinafikan yang Qaiser punya wajah yang kacak. Dengan penampilannya begitu lagi lah membuatkan dia kelihatan menarik. Agaknya dah berapa pasang mata tengok dia tak berkelip hari ni? Si Rozi tu pun boleh tengok dia sampai ternganga mulut. Hai jangan terpikat dah lah! Qaiser ni dah laa gee gee baby!
“Qaiser?
Kau buat apa kat sini?” Terkejut Airis melihat kehadiran Qaiser. Kerja Aimy lah
ni.
“Ni
ke bakal suami you? Ohhhh hot nya!” Rozi dengan gaya overnya berpura-pura
mengipas mukanya dengan tangan.
“Aaah
hotttttt sangat. By the way bukan bakal suami, bakal tunang ye. Ada banyak beza
dekat situ.” Airis mencebikkan bibirnya.
Qaiser
memandang ke arah Airis. Sedikit terasa dengan kata-kata Airis. Sabarlah
Qaiser, macam kau kenal Airis sehari dua. Mulut dia mana ada filter, tak pernah
nak fikir perasaan orang bila cakap.
“Airissss”
Puan Sofia menegur apabila melihat riak tidak senang di wajah Qaiser.
“Eh
semua dah ada, bolehlah kita mula sekarang. Banyak benda I nak explain pasal
baju hari tu.” Rozi cepat-cepat mengubah topik apabila suasana sedikit tegang.
p/s: sorry lambatttttt update! encik lappy rosak T.T

2 comments:
hahaha! kelakarlah time dgn rozy tu! heee smbung lg please :)
thanks sudi baca! baru update :)
Post a Comment