Saturday, 13 April 2013

15| Suamiku Gee























15 oleh: faizah fyn

Airis masih dalam keadaan terpinga-pinga. Aimy hanya memandang adik kembarnya yang diam seribu bahasa sejak tadi. Dah bisu ke apa adik aku seorang ni? Tapi dia sendiri terkejut dengan apa yang diberitahu Abah tadi. Tapi dalam masa yang sama gembira dengan perkhabaran itu. Abah sudah terima hajat rombongan merisik dari pihak Qaiser! Sebelum cuti semester berakhir, Airis dan Qaiser bakal ditunangkan. Bermakna kurang 2 minggu sahaja lagi!

“Aku tak mimpi kan?” Airis bersuara setelah lama mendiamkan diri.

“Tak.” Pendek Aimy membalas.

Ini bermakna dia dengan Zaid juga boleh bertunang bila-bila masa sahaja. Zaid masih dalam tempoh berbincang dengan keluarganya. Sama ada mahu mengadakan majlis pertunangan serentak atau mahu memilih tarikh lain. Tapi, mengikut hubungan baiknya dengan keluarga Zaid, mungkin tiada masalah untuk mengadakan majlis pertunangan dalam waktu terdekat ni walaupun sedikit mengejut.

“Rasa macam baru je lagi aku jumpa Qaiser bincang pasal ni. Tup tup Abah dah setuju.”

“Mungkin Abah rasa Qaiser adalah lelaki yang terbaik untuk kau. Yang mampu jaga kau seperti mana Abah jaga kau selama ni.”

“Tak pelik ke Abah setuju macam tu je?” Airis masih belum percaya yang Abahnya sudah pun bersetuju.

“Kenapa? Kau ingat Qaiser mandremkan Abah ke?”

“Hmmm boleh jadi. Kau ingat tak first day dia datang rumah? Dia ada bawak manisan Arab tu kan? Haaa mana tahu dia….” Airis sudah membuat spekulasi sendiri.

Aimy sudah ketawa sambil menekan-nekan perutnya. Ya Allah! Sungguh lah adik aku ni buat lawak. Ada ke patut ingat Qaiser guna-gunakan Abah. Kalau dia yang guna-gunakan Qaiser bagi suka Airis mungkin boleh diterima akal fikiran jugak. Memandangkan dia nak Airis kawin cepat. Tapi tak boleh salahkan adiknya juga sebab fikir macam tu. Mana taknya, Abah yang sangat berhati-hati bab ni boleh terima Qaiser tanpa banyak soal. 

“Aku serious lah! Kau gelak kenapa?”Airis memandang kakaknya yang galak ketawa.

“Lawak tau! Kau agaklah Qaiser nak guna-gunakan Abah. Dah jangan fikir bukan-bukan.” Aimy menepuk mesra bahu adiknya.

“Kurang dua minggu aku akan jadi tunang dia.”

“InsyaAllah semuanya akan okay. Serahkan segalanya pada Dia.”

“So, aku dah half way settle. Kau dengan Zaid macam mana?” Baru dia teringat tentang Zaid yang selalu menjadi sebutan kakaknya.

“Oh, dia tengah bincang dengan family dia. So tak sure lagi sama ada boleh buat majlis serentak ke tak.” 

“Mintak-mintak laa buat sekali. Malu lah aku kalau masa majlis tu nanti aku sorang je.”

“Eh, sejak bila kau pandai jadi pemalu ni?”

“Amboi mulut!” Airis sudah mengangkat bantal mahu memukul kakaknya tapi berjaya dihalang.

“Nak jadi tunang dan isteri orang mana boleh garang macam ni.” Usik Aimy.

“Eleh.” Airis sudah mencebikkan bibirnya.

“Betul apa. Silap hari bulan Qaiser pun angkat kaki tak tahan perangai gangster kau ni.”

“Alhamdulillah kalau betul. Tak payah kahwin.” Selamba Airis membalas.

“Amboi mulut tu! Kau tak nak kahwin dah tapi aku nak kawin.”

“Ye kakak ku sayanggggggggg.”

Bukannya kakak kembarnya tak tahu, dia setuju kahwin dengan Qaiser pun kerana kakaknya yang beria nak segera berkahwin dengan Zaid

*******
Ruang rehat di tingkat atas sudah penuh dengan barang-barang hantaran untuk majlis pertunangan nanti. Di sudut ruang rehat kelihatan Mamanya sibuk menggubah kemeja dan tie untuk pihak lelaki nanti. Dia hanya jadi pemerhati dan peneman Mamanya.

“Airis cubalah tolong Mama. Tolong atur bunga dekat tepi dulang tu ke apa.” Puan Sofia memandang Airis yang elok mengunyah epal merah di tangan.

“Adib tak retilah Ma. Cuba Mama suruh cuci kereta Mama tak pun Abah kan senang.” Selamba Airis membalas.

“Hish budak ni. Kalau belajar dari sekarang kan senang. Nanti nak buat hantaran masa kenduri nanti dah tau serba sikit.” 

“Kita upah orang jelah Ma. Adib tak serabut, Mama pun tak serabut. Win-win.” Airis sudah tersengih apabila Mamanya menghantar jelingan tajam.

“Nak senang je kerjanya. Tengok Aimy tu. Rajin dia gubah hantaran.” Puan Sofia menunding jari ke arah Aimy yang kelihatan sibuk.

“Alaa yang akak tu lain. Dah bertahun lamanya akak tu praktis gubah menggubah ni. Sekali dapat green light terus tunjuk skill.”

Nasib baik lah family Zaid dah setuju nak buat majlis pertunangan sekali. Maklumlah, kakak kembarnya itu kan bakal menantu kesayangan mak Zaid tu. Tapi okay jugak, takde lah dia seorang jadi perhatian masa majlis nanti.

“Eeee budak ni! Ada je nak menjawab.” Puan Sofia hanya menggelengkan kepalanya.

“Akak diam je. Haaa maknanya betul lah tu akak dah lama praktis aktiviti menggubah ni.” Airis berpura-pura tak mendengar kata-kata Mamanya.

“Diam sebab malas nak layan.” Aimy bersuara dengan tangan masih leka mengatur bunga plastik di tepi dulang.

“Yelah tu.”

“Eh dah dah. Jangan nak bergaduh pulak. Masing-masing dah nak jadi tunang orang. Belajar jadi matang sikit.” Puan Sofia cuba meredakan keadaan.

Puan Sofia sudah bangun dari silanya. Hantaran yang sudah siap digubahnya di atur ditepi dinding. Cantik. Warna yang menjadi pilihan Airis sendiri. Grey and dusky pink. Walaupun Puan Sofia mahukan warna krim pada awalnya.

“Mama nak pergi mana?” Airis bertanya apabila melihat Mamanya yang sudah berdiri.

“Lupalah tu. Kan Mama cakap semalam, petang ni nak ambik baju untuk majlis sabtu ni.”

“Baju? Ya Allah, Adib lupa.” Airis sudah menepuk dahinya.

Muda-muda lagi dah jadi pelupa. Benda penting pulak tu. Actually takde lah penting mana. Boleh je dia rembat baju kurung yang biasa dia pakai pergi kuliah untuk majlis tu nanti. Cuma Mama je nak ada baju yang khas untuk majlis tu nanti. Abah pun dah bermurah hati nak sponsor baju pertunangan dia dengan kakaknya.

“Dah. Pergi pakai tudung. Seluar pendek tu jangan lupa tukar. Aimy pun cepat pergi siap.” Puan Sofia sudah memberi arahan kalah mandur di ladang getah.

“Okay.” Aimy meletakkan kembali bunga plastik yang berada ditangan lalu berjalan menuju ke arah bilik tidurnya.

“Seluar pendek tak boleh, skirt pendek boleh kan Ma?” Airis hanya ketawa melihat riak di wajah Puan Sofia.

Kalau moyang segala moyang bos dah bagi arahan memang tak boleh ada skema jawapan subjektif mahupun objektif. Hanya ada yes and no answer question je. Kenapa lah aku boleh terlibat dalam perancangan perkahwinan gila Aimy ni? Getus hati Airis.

*******
Suasana di dalam butik tersebut riuh rendah dengan suara pereka busana dan pelanggan yang hadir. Masing-masing mencari kata sepakat dalam mencari busana yang paling terbaik untuk majlis mereka. Airis hanya diam sambil membelek katalog di atas meja. Bajunya sudah siap ditempah tapi terpaksa menunggu pereka busana mereka yang masih sibuk melayan pelanggan.

“Hai girls! Sorry lambat. Banyak betul customer hari ni! Kalau boleh belah lapan badan I ni, dah lama I belah tau.” Rozi yang baru punya kesempatan melayan mereka riuh bercerita.

Rozi memang selalu menjadi pilihan Puan Sofia jika dia perlukan pakaian yang bersesuaian untuk menghadiri majlis bersama suaminya.

“Alaa Rizal, kitorang fahamlah! Don’t worry.” Sengaja Airis mengusik Rozi dengan menggunakan nama sebenarnya.

“Shhhhh, mulut you ni kan! I sumbat dengan manik-manik baju ni nanti. Rozi lah! Apa tak kelas panggil Rizal.” Rozi sudah berpura-pura menyuakan baju yang dipenuhi manik ke arah Airis.

“Gurau pun nak sentap.”

“Ehhh you ni! Nak kawin mana boleh mulut main lepas. Nanti lari laki you! Mamat malang mana yang nak berbinikan you ni hah?”

Puan Sofia dan Aimy hanya ketawa mengekek. Airis tu memang patut kena dengan Rozi ni. Baru buku bertemu dengan ruas. Rozi ni walaupun macam jelly, tapi boleh tahan pedas jugak mulut dia tu.

“Laki malang ni yang nak berbinikan dia.” Serentak itu Qaiser mengambil tempat di sebelah Airis.

 Qaiser hanya berpakaian santai. T-shirt polo merah dan jeans berwarna biru tua bersama cap hitam. Memang tak dapat dinafikan yang Qaiser punya wajah yang kacak. Dengan penampilannya begitu lagi lah membuatkan dia kelihatan menarik. Agaknya dah berapa pasang mata tengok dia tak berkelip hari ni? Si Rozi tu pun boleh tengok dia sampai ternganga mulut. Hai jangan terpikat dah lah! Qaiser ni dah laa gee gee baby!

“Qaiser? Kau buat apa kat sini?” Terkejut Airis melihat kehadiran Qaiser. Kerja Aimy lah ni.

“Ni ke bakal suami you? Ohhhh hot nya!” Rozi dengan gaya overnya berpura-pura mengipas mukanya dengan tangan.

“Aaah hotttttt sangat. By the way bukan bakal suami, bakal tunang ye. Ada banyak beza dekat situ.” Airis mencebikkan bibirnya.

Qaiser memandang ke arah Airis. Sedikit terasa dengan kata-kata Airis. Sabarlah Qaiser, macam kau kenal Airis sehari dua. Mulut dia mana ada filter, tak pernah nak fikir perasaan orang bila cakap.

“Airissss” Puan Sofia menegur apabila melihat riak tidak senang di wajah Qaiser.

“Eh semua dah ada, bolehlah kita mula sekarang. Banyak benda I nak explain pasal baju hari tu.” Rozi cepat-cepat mengubah topik apabila suasana sedikit tegang.


p/s: sorry lambatttttt update! encik lappy rosak T.T


2 comments:

Unknown said...

hahaha! kelakarlah time dgn rozy tu! heee smbung lg please :)

faizah yaakub said...

thanks sudi baca! baru update :)