Tuesday, 20 November 2012

10| Suamiku Gee


10 oleh: faizah fyn


Airis memandang ke arah Qaiser yang sudah menghidupkan enjin kereta. Hmm dah ada janggut sejemput. Berbeza dari dulu. Of course lah lain kalau dah sebelas tahun tak jumpa! Tali pinggang keledar dikenakan. Dia hanya memerhatikan segala tingkah laku Qaiser yang seperti tiada apa yang berlaku. Abah, Mama dan kakaknya masih berdiri di depan pintu pagar. Poof! Matanya bertemu dengan mata Qaiser. Kantoi tengok anak teruna orang.

“Handsome sangat ke? Lama betul tengok. Boleh tembus sampai ke hati.” Galak Qaiser menyakat. Airis sudah tertunduk malu. Terasa mukanya meruap menahan malu.

“Perasan.” Gumam Airis.

“Pakailah tali pinggang tu. Ke nak aku yang tolong pakaikan?” Qaiser menunjukkan ke arah tali pinggang yang masih belum dipakai.

“Oh.” Airis mahu sahaja mengetuk kepalanya saat itu. Kenapalah dia blur sangat hari ni.

Selesai Airis memakai tali pinggang, Qaiser sudah bersedia keluar dari kawasan perumahan tersebut. Qaiser membunyikan hon sambil mengangkat tangan kanannya ke arah tiga insan yang masih setia terpacak di depan pintu pagar. Encik Ahmad mengangkat tangan kembali. Laju mini cooper merah tersebut meluncur.

Suasana di dalam kereta sunyi. Hanya kedengaran suara Bruno Mars menyanyi lagu The Lazy Song. Masing-masing melayan perasaan atau lebih tepat tidak tahu topik apa yang harus mereka bualkan. Mungkin senyap itu lebih baik. Atau perlukah sesi ice breaking dibuat? Okay, dah gaya macam pergi kem motivasi siap nak ada ice breaking!

“Today I don’t feel like doing anything, I just wanna lay in my bed.” Suara macho lelaki itu menerjah telinganya. Cair.

Airis memusingkan kepalanya ke arah kanan. Amboi! Bukan main lagi dia menyanyi. Siap jari ketuk-ketuk stereng kereta. Aku sikit punya tak tentu arah. Jantung macam dah nak terkeluar duduk berdua dalam kereta ni. Qaiser sengaja membiarkan Airis memandangnya. Dari mata turun ke hati. Getus hati Qaiser.

“Kalau tahu malas duduk jelah dekat rumah.” Airis mengeluarkan suara emasnya yang dari tadi tersimpan di anak tekak.

“Huh? Kau cakap dengan aku ke?” Qaiser berpura-pura tidak faham.

“Eh tak, cakap dengan dashboard. Dashboard, kalau malas duduk jelah dekat rumah. Lepak atas katil. Tak payah susahkan diri nak keluar bagai.” Airis membalas geram. Lelaki itu sengaja menduga kesabaran dia.

“Gila rupanya. Habislah aku dapat isteri gila!” Qaiser masih belum mahu mengalah. Airis. Airis. Sikapnya masih tak berubah.

“Isteri? Oh pleaseee. Eh kita nak pergi mana sebenarnya ni?” Airis bertanya apabila Qaiser mengambil jalan menuju ke arah Setiawangsa. Gaya macam nak pergi Ampang je mamat ni.

“Kenapa? Tak sudi jadi isteri aku? Kita pergi Great Eastern eh? Sana tak ramai manusia sangat. Privacy.” Sengaja perkataan privacy itu dia gunakan intonasi suara perlahan atau lebih mudah romantik.

“Tak kisah.” Airis malas nak ambil pusing. Janji makan.

“Don’t feel like picking up my phone, so leave a message at the tone. ‘Cause today I swear I’m not doing anything. Nothing at all.” Qaiser masih menyanyi lagu The Lazy Song walaupun Justin Bieber sudah mengambil tempat.

“Eee perasan suara dia tu sedap!” Airis menutup telinganya tanda tidak suka.

“Dib, dari telinga turun ke hati haha.” Qaiser ketawa melihat kelakuan Airis di sebelah tempat duduk pemandu.

Airis malas mahu membalas. Ada sahaja nanti kata-kata balasan dari Qaiser untuk menyakatnya. Tapi kenapa entah, di saat itu jantungnya berdegup laju. Berbeza dengan saat dia bersama Fairuz. Ah! Lelaki itu. Kenapa waktu ini aku teringat dia?

“Dib, you know what? Thinking back all those time and all, I wanna chill with you all over again.” Qaiser bersuara tiba-tiba. Memancing Airis untuk berbual.

“Haha the time when us sing uu , ii , u a a , ding , ding ?” Airis ketawa bila mengingati detik itu. Kanak-kanak ribena!

Dari kecil mereka bersama. Belajar dan bermain bersama-sama. Qaiser ikut sama ketawa bila Airis tanpa segan silu membuat bunyian tersebut. Walaupun hampir sebelas tahun mereka tak bersua.

“Haha so funny! Dib you sound like a monkey! Ooo eee ooh ah ah ting tang walla walla big bang!" 

“Everytime you make me angry and I don’t want to talk, you always make those sounds. Don’t you man?” Airis memandang Qaiser yang masih ketawa.

“Yup! Because I know you well Adib! You always smile after I make those sounds. Ahh I miss ‘our’ cute little girl Adib.” Qaiser memberhentikan keretanya apabila lampu isyarat bertukar merah.

“But I have grown up now!  Don’t you think I become a woman now?” Airis mengangkat keningnya sedikit.

“Ahah a woman? I think now you a sememeh big girl ha-ha.” Qaiser menunding jarinya kepada pakaian Airis.

“Oh man! You’re too much! This is the best outfit that I have.” Airis sudah menarik muncung. Sampai hati cakap aku sememeh.

“Oh really? If this is the best outfit then sure kau pakai ni sebab nak pikat aku. But this is not soooo my type haha.” Qaiser sengaja menambah merajuk Airis.

“Ah! Shut up!” Airis meletakkan jarinya ke bibir. Lagi sepatah ayat keluar dari mulut Qaiser ni, memang aku jadi gila!

“Alright sememeh Adib!”

“Urghhh youuuuu.” Airis sudah mahu mengangkat tangannya menampar lengan Qaiser.

“Hey! I’m driving. Please don’t disturb me.” Airis baru sahaja perasan yang lampu isyarat sudah bertukar hijau. Tapi salah Qaiser juga mengusiknya.

“Tapi kan, kenapa kau hitam sangat sekarang? Kata duduk US bertahun.” Airis menunjukkan ke arah lengan Qaiser yang ternyata gelap kulitnya. Jauh berbeza dari dulu.

“Of course laa gelap. Dah dekat 8 tahun aku balik Malaysia. What do you expect? Unless Malaysia ni turun salji.” Qaiser membalas.

“Okayyy. Next time steal some of your sister’s sunblock lotion! So that you won’t look half-baked.” Pedas Airis membalas.

“This half-baked handsome man will be your husband Adib Airis.”

Tersentak Airis mendengar pengakuan berani mati dari Qaiser. Confident sungguh yang dia akan jadi suami aku! Macam aku setuju je nak kawin dengan dia. Mana tau masa hari nak akad nikah aku dah lari pergi entah ke mana. Korea ke, Zimbabwe ke tak pun pergi Alaska.

“Okay dah sampai. Secret Recipe. Are you okay with that?” Qaiser bertanya kepada Airis yang terdiam bila dia menyebut husband tadi.

“Secret Recipe? Hmmph Mat Saleh. Aku okay je.” Airis bersetuju. Sempat dia memerli Qaiser.

Qaiser berpusing di sekitar parking area mencari ruang kosong. Kebanyakannya sudah penuh. Nasib mereka baik hampir 5 minit berpusing mereka berjaya mendapat ruang kosong walaupun jauh sedikit dari escalator. Qaiser dan Airis sama-sama turun dari kereta berjalan menuju ke arah escalator. Mereka ke Level 1.

Sampai sahaja di Secret Recipe, Qaiser memilih tempat yang berada berhampiran dengan pintu kaca menuju ke arah meja yang berada di luar. Airis hanya mengikut sahaja Qaiser. Dia tidak pernah ke situ. Lebih baik ikut sahaja segala perlakuan Qaiser. Qaiser seperti nampak familiar dengan tempat tersebut.

“Selalu datang sini?” Airis bertanya setelah mereka berdua duduk.

“Hmm boleh dikatakan.” Qaiser membelek menu yang diberi oleh pekerja di situ.

Mereka diam memilih menu yang mereka gemari. Airis membelek menu yang tertera. Kalau lunch better makan nasi. Qaiser sudah meletakkan kembali menu ke atas meja. Selesai bertanya kepada Airis dia memanggil pelayan tadi.

“Stewed aussie beef steak, Grilled black pepper chicken, 1 crispy chicken salad and two sheperd’s pie.” Qaiser memberitahu pesanan mereka satu demi satu.

“Drink, hmm iced caffe mocha and frosty lemon tea.” Qaiser menambah pesanan untuk minuman.

Pelayan tadi mengulang satu demi satu pesanan yang disebut Qaiser. Pelayan tersebut berlalu meninggalkan mereka setelah menu dipastikan.

“Banyaknya kau order! Siapa nak makan semua tu?” Airis bertanya dengan matanya membuntang terkejut.

“Who? Of course you babe! Kurus sangat. So I nak bagi you chubby sikit haha.”

“Uuuu ingat aku Dewan Bandaraya? Sumbat segala jenis makanan tu dalam perut aku ni?” Airis membuat jenaka dalam marah.

“Dewan Bandaraya? Hmm new words! I should use that to my sister since dia asyik makan non stop!” Qaiser sudah sengih jahat mengenangkan kakaknya.

“Keji gila! Hmm sebut pasal your sis, apa cerita dia sekarang? Sihat?” Airis bertanya. Teringat dia akan Kak Qistina.

“Aku dekat depan mata takde pun kau tanya sihat ke tak..Yang jauh dekat US tu jugak dia nak ambik tahu.” Qaiser sudah membuat muka sedih.

“Childish! Kau sihat je aku tengok. Siap boleh nyanyi. Eh cepatlah Kak Qis apa cerita?”

“Okay. Okay. She’s doing good. Well after finished her study, dia kerja dekat office Papa.” Qaiser menerangkan sedikit tentang kakaknya. Satu-satunya adik beradik yang dia ada.

“Ohh.  Cantik macam dulu tak?” Entah kenapa soalan itu yang dia tanya.

Tapi memang dia admire dengan kecantikan asli kakak Qaiser, Qistina. Mungkin kena kenan Mat Saleh dekat US terus dia pun jadi cantik macam mereka. Kulit putih kemerahan, tinggi dan hidung mancung.

“Haha perempuan memang suka tanya soalan tu eh? Aimy pun tanya soalan sama. Actually dia dah tak cantik macam dulu. Serious! Banyak makan sampai dah naik berat badan.” Qaiser mengembungkan pipinya dan menunjukkan gaya seperti orang gemuk.

“Serious? Takkan lah! Kak Qis dari dulu jaga badan dia kan.”

“Tak percaya sudah. Tunggu laa bila jumpa dia nanti….” Qaiser tidak meneruskan kata-katanya apabila pekerja tadi menghantar pesanan mereka.

Selesai pekerja tadi meletakkan semua pesanan, Airis memandang ke arah Qaiser. Qaiser mengangkat sudu dan garfunya tanda mahu makan.

“Wait! Sambung laa dulu ayat kau. Ini terus nak melantak.” Gumam Airis. Marah.

“Ohh kalau jumpa nanti kau dengan Aimy mesti terkejut. Tu je. Dah cepat makan.” Qaiser sudah memotong beef steaknya.

“Doa baca belum?” Qaiser sengih mendengar soalan Airis.

Pantas dia menadah tangan membaca doa makan. Airis ikut sama menadah tangan dan mengaminkan doa tersebut.

“Rasa macam husband and wife pulak. Husband baca doa, wife pulak tolong aminkan. Awww that’s so sweet!” Qaiser senyum kepada Airis.

“Eeee. Berangan ke laut! Eh kau yang gelojoh makan ni kenapa? Bukan tadi baru breakfast je ke?” Airis memandang ke arah beef steak Qaiser yang sudah separuh dihabiskan.

“Breakfast? Hah breakfast sangat! Aku tak boleh hadam bihun goreng Aimy yang pedas macam tertumpah sekilo cili tau!” Qaiser mengingatkan Airis kembali tentang bihun goreng tadi.

“Eleh, aku makan okey je.” Airis menjuihkan bibir. Mengejek.

“Tak baik buat mulut macam tu. Derhaka dengan suami tu!”

“Since when kita kawin?”

“Coming soonnnnnn.” Qaiser sudah senyum sendiri.

“Psycho! Eh tu. Tu.” Airis menggunakan garfunya menunjuk ke arah Qaiser.

“Tu? Tu what?” Qaiser pelik melihat Airis dengan garfunya menunjuk ke arah dia.

“Ada sos ke apa entah dekat tu. Tu bibir kau.” Airis masih dengan garfunya.

“Lapkan.” Qaiser sudah menyuakan mukanya mendekati wajah Airis.

“Pervert!” Airis menolak kepala Qaiser yang sudah mendekati dirinya.

“Haha it was a joke okay!” Qaiser menarik tisu lalu dilap pada bibirnya.

“Joke. Joke.” Airis membebel sendiri.

“Tapi selalunya orang ambik benda macam ni lah nak beromantik pun. Guna jari tolong lapkan tak pun kiss terus haha.” Qaiser masih dengan imaginasinya. Sengaja mengusik Airis.

“Hmphh selalu kau buat macam tu dengan minah saleh kat sana?” Pedas soalan Airis.

“Come on Dib! Perempuan? Aimy tak cakap ke?” Qaiser bersuara rendah.

“Cakap apa?” Airis memandang pelik.

“About me? Perempuan errr.”

“Oh ya! Sorry lupa. Tapi betul ke kau? Hmm tu. Err tu lah.” Airis tidak dapat mencari ayat yang sesuai.

“Hmm we talk about this later. Now you finish your what so nasi black pepper chicken. Dari tadi macam tu je. Or you want me to change the order?” Qaiser bertanya kepada Airis melihatkan makanan Airis tak berusik.

“It’s okay. Maybe dah makan tadi so lambat sikit nak hadam yang ni.”

“Hmm okay.” Qaiser malas bersoal jawab banyak.

Masing-masing kembali menyepikan diri. Menikmati makanan yang terhidang di depan mata. Cuma sesekali Airis membuka mulut bertanya perihal keluarga Qaiser.

******
Aimy memandang wajah Abah dan Mamanya bersilih ganti. Qaiser ni sungguhlah mendera aku. Aku juga kena bersoal jawab dengan dua orang polis ni.

“Betul Qaiser ada jumpa Adib dekat Perak?” Encik Ahmad bertanya memohon kepastian.

“Itu Aimy tak tau pulak. Qaiser ada cakap nak pergi Perak. Tapi takde pulak cakap jumpa Adib ke apa.” Bohong Aimy.

“Kiranya kamu pun tak tahu lah mereka selalu jumpa?” Puan Sofia pula bertanya.

“Tak Ma. Aimy dengan Adib kan lain Uni so kitorang jarang spend time berdua. Sebab tu kot Adib takde cerita apa.” Aimy bohong lagi.

“Ohh. Tapi Mama berkenan tengok Qaiser tu. Dari dulu lagi.” Puan Sofia memandang suaminya.

“Hah awak mulalah tu. Entah budak berdua tu kawan je. Jangan nak berharap lebih sangat.” Encik Ahmad dapat menangkap apa yang ingin disampaikan isterinya.

“Eh awak ni. Awak tak suka ke anak kita Airis tu kawin? Qaiser tu pun baik budaknya.”

“Apa-apa jelah. Adib balik nanti awak jangan tanya bukan-bukan pulak.”

“Tahulah saya.” Puan Sofia memandang Aimy. Menghantar isyarat mereka akan berbincang berdua nanti.

“Dah laa. Saya nak naik atas. Nak rehat kejap.” Encik Ahmad sudah bangun dari duduknya.

“Hmm yelah.” Puan Sofia hanya melihat suaminya yang berjalan menuju ke arah tangga.

Puan Sofia senyum ke arah Aimy. Aimy memahami maksud senyuman Mamanya itu. Elok sahaja Encik Ahmad hilang dari pandangan, Puan Sofia mengubah tempat duduknya ke sisi Aimy. Dia membisikkan sesuatu ke telinga Aimy.



No comments: