Tuesday, 4 December 2012

11| Suamiku Gee


11 oleh: faizah fyn



Qaiser memandang ke arah Airis yang seperti terkena sumpahan Mak Tanggang. Kaku. Sikit pun tak bergerak. Takkan gila sangat idea aku ni kot? Baru sekejap tadi dia bagi tahu Airis tentang ideanya. Ini nasib baik lepas makan bagi tahu, kalau sebelum agaknya terus hilang selera makan Airis ni. Tapi yang pelik Airis ni dari tadi terdiam, terkaku, terkelu macam tu. Sikit pun tak beri respond. Bernafas ke tak lagi budak sekor ni?

“Dib, are you okay?” Qaiser menyentuh bahu Airis sedikit.

“Ooo okay. Okay.” Airis macam baru tersedar dari mimpi.

“So?” Matanya merenung tepat ke dalam anak mata Airis.

“Perlu ke benda ni?” Airis menunjukkan ke arah sehelai kertas dihadapannya.

“It’s up to you Dib. Aku tak kisah kalau kau tak nak, aku cuma nak berlaku adil dengan kehidupan aku dengan kau.” Qaiser menyandarkan badannya pada kerusi. Mencari keselesaan untuk berbincang.

“Bukan maksud aku perlu ke tak perjanjian ni. Maksud aku perlu ke kita kawin?” Airis menerangkan apa yang ada di dalam fikirannya saat itu.

“Pulak dah. It’s okay if you don’t want us proceed with this marriage. Tapi Aimy okay ke?” Sengaja Qaiser menggunakan nama Aimy untuk mengingatkan Airis situasi sekarang.

“Tapi…” Airis tak jadi menyambung kata-katanya apabila Qaiser menunjukkan kertas tadi tepat dihadapan mukanya.

“You read this first Adib! Then you decide.” Usul Qaiser.

Airis mencapai kertas yang diunjukkan Qaiser. Terang, jelas dan nyata ‘tajuk’ kertas tersebut. Siap di bold, caps lock dan underline kan!

“PERJANJIAN PERKAHWINAN KONTRAK QAISER MUHAMMAD DAN ADIB AIRIS.” Kuat Airis membaca ‘tajuk’ kertas tersebut.

“Shhh slow down your voice Dib! Orang dengar nanti.” Qaiser mengingatkan Airis dimana mereka berada sekarang.

Airis memandang ke sekeliling Secret Recipe tersebut. Eleh! Gelabah lebih mamat ni! Bukan ada orang pun. Yang ada cuma sebuah keluarga berada berdekatan dengan meja mereka. Tapi dari isi perbualan macam bukan warganegara Malaysia. Tak bunyi Melayu langsung! Dekat meja luar jelah yang ramai pun. Siapa jelah yang boleh dengar kalau dia cakap kuat-kuat?

“Kecoh!” Sepatah Airis membalas.

Mata Airis mengekori setiap baris isi perjanjian. Amboi teliti sungguh Qaiser ni! Bila masa entah dia siapkan benda alah ni.

  1. Perkahwinan secara kontrak ini akan dirahsiakan dari semua pihak
  2. Masing-masing ada hak untuk menamatkan perkahwinan jika mahu
  3. Masing-masing tidak boleh mencampuri hak peribadi satu sama lain

“Tiga je?” Airis bertanya pelik.

“Setakat ni tiga jelah sebab itu paling penting. Lepas ni kalau kau rasa nak tambah apa-apa tambah laa.” Qaiser menjelaskan.

“Kiranya kalau ada antara kita nak tambah syarat sepanjang perkahwinan boleh lah?” Airis memohon kepastian.

“Yup. Biar adil dan saksama.”

“Kenapa tak letak tidur berasingan sekali?” Airis bertanya perlahan.

“Hmm?” Qaiser mengangkat keningnya.

Airis dapat merasakan muka sudah merah menahan malu. Nampak sangat gatal bila bangkitkan isu ni. Kawin pun belum dah fikir tidur berasingan. Tapi sebagai perempuan mestilah dia nak pencerahan dalam bab ‘tidur’ ni.

“Haha kau risau aku buat apa-apa ke? Dib you’re not my taste don’t worry.” Qaiser ketawa perlahan.

Airis terdiam. Sedikit terasa sebenarnya. Tapi betul juga apa kata Qaiser. Dia tu bukannya taste Qaiser. Qaiser kan lain macam. So, kira selamatlah dia kalau kawin dengan Qaiser pun.

“Okay. Since kau macam tu tak payah lah tulis rasanya.” Airis memutuskan.

“So?”

“So what?” Airis tidak memahami.

“Hmm so kita teruskan atau macam mana?” Qaiser mengeluh perlahan. Slow betul dia ni!

“Aku sayang Aimy. Jadi…” Airis menarik nafas sebelum menyambung.

“Jadi?” Qaiser sudah tidak sabar.

“Jadi kita teruskan. Tapi....” Nah! Terluah juga keputusan itu walau berat sebenarnya.

“Dah jadi ada tapi lagi?” Qaiser sudah hilang sabar.

“Kau tahu kan aku tak berapa suka lelaki, cinta, bla bla bla.”

“Jadi?”

“Macam mana aku nak hidup dengan kau?”

“Dib, sebenarnya kalau kita kawin. Lagi memudahkan dan selesaikan masalah kita.”

“Maksud kau?” Airis masih belum dapat menangkap apa yang ingin disampaikan.

“Macam kau cakap yang kau tak berapa suka lelaki dan cinta, dan aku tak suka perempuan so lagi bagus untuk kita kawin.”

“Aku tak dapat tangkap lagi.”

“Maknanya kau tak payah serabut nak cari calon nak kawin kalau Abah kau suruh since kau tak suka lelaki. Dan aku tak payah susah cari calon nak kawin since aku tak suka perempuan. Faham?”

“Tak.” Qaiser menepuk dahinya mendengar jawapan jujur Airis.

“Kiranya dengan kita berdua yang jenis tak suka kaum selain kita, kalau kawin dah settlekan masalah kita. Kalau kita hidup berdua pun takde apa Dib. Kita dah macam adik beradik bukan kawan dah.

“Jap jap. Aku rasa aku dapat tangkap apa kau nak sampaikan.” Airis diam mencantumkan semua yang dijelaskan Qaiser.

“Hah! Maksud kau untuk elak kemungkinan akan datang, parents kita suruh kita cari calon untuk kawin..lagi baik kita berdua kawin sekarang. Macam tu?”

“Yeah! Tepat sekali.” Qaiser sudah tersenyum lebar. Faham pun dia ni!

“So, macam mana sekarang? Kira aku setuju jelah idea kau dengan Aimy. Aku pun malas nak fikir bila Abah dengan Mama asyik tanya pasal lelaki ni semua.”


“Nanti aku discuss dengan parents aku. Diorang kan jauh.”

“Kiranya nak dalam bulan ni jugak ke apa?” Airis bertanya seperti orang bodoh.

“Dib! Tak agak laa nak kawin bulan ni. Aih tak sabar dah ke?” Qaiser mengangkat keningnya dua tiga kali.

Airis sudah menundukkan wajahnya. Dua kali dah ni. Adib! Adib! Sejak bilalah kau jadi hilang focus sampai malukan diri sendiri ni?

“Err tak maksud aku yang kau nak discuss dengan parents kau tu?” Airis cuba cover kesalahannya tadi.

“Kena lah discuss. Cuti semester dah tak lama. Aimy plan dalam cuti semester ni kan nak bertunang?” Soal Qaiser.

“Dengarnya macam tu lah tapi faham jelah Abah tu nak semua orang dalam rumah ikut cakap dia je. Dia je nak menang.” Tanpa sedar Airis sudah membebel.

“Dah nama ketua keluarga mestilah semua kena dengar cakap dia.”

“Hmm” Airis malas mengulas lebih lanjut.

“Dah bincang dengan parents aku baru aku inform kau dengan Aimy.” Qaiser memutuskan.

“Okay.”

“Kau ni hmm, okay..dengar tak apa aku cakap?” Qaiser memandang Airis yang seperti berada di tengah-tengah alam realiti dan fantasi.

“Dengar.”

“Kalau parents aku dengan parents kau okay, dalam cuti semester ni kita bertunang dulu. Kau dah habis study baru fikir step seterusnya.” Panjang lebar Qaiser menjelaskan.

“Okay.” Airis menjawab sambil berusaha mengambil ketul ais dari dalam gelas menggunakan straw ditangannya.

“Duhhh tension cakap dengan kau. Aku je beria nak settle benda ni.”

“Ya.” Jawab Airis lagi. Tak berminat. Janji dia dah bagi keputusan ‘SETUJU’ tadi.

“Eh dah laa. Kau ni kerja kunyah ais je! Tak senonoh betul.” Bukan dia tak nampak dan dengar apa yang Airis buat dengan ketul ais tu.

“Suka hati.” Airis menjuihkan bibirnya. Memang itu habitnya dari dulu. Kunyah ketul ais.

“Dah habis makan belum? Jom lah gerak.” Qaiser sudah menolak kerusinya kebelakang.

“Kau bayar kan?” Sempat Airis bertanya. Jangan sampai kaunter dia cakap bayar asing pulak.

“Kalau aku suruh bayar kau nak bayarkan ke? Tak kan?”

“Errr tapi kau yang order semua, kau lah kena bayar.” Airis membuat muka selamba. Betul apa katanya itu!


“Yes Adibbbb. Aku bayar.” Qaiser malas melayan. Terus dia bangun menuju ke arah cashier.

Selesai membuat pembayaran, dia menggamit Airis yang masih seronok menguyah ketul ais. Terkocoh-kocoh Airis bangun dari duduknya mengejar Qaiser yang sudah berjalan menuju pintu keluar.


No comments: