Tuesday, 13 November 2012

Cerpen| Rintik Rindu Sang Hujan




Jendela yang terbuka sengaja dibiarkan tidak ditutup. Tempias hujan yang menimpa mukanya langsung tidak mengganggu dirinya. Kalau ibu tahu pasti sudah dimarahi. Habis basah tilam yang terletak berdekatan dengan tingkap biliknya. Tapi sungguh dia suka dengan cuaca hujan yang selalu sahaja turun dua tiga hari ini. Sejuk. Yang paling penting cuaca hujan itu membuatkan sel-sel romantik yang sudah lama tersembunyi mula memunculkan diri.

“Tik,tik,tik.” Kedengaran rintik hujan menimpa atap zink rumahnya. Kuat sehingga mampu didengarnya dengan jelas.

“Hana, dul, set, net, daseot, yeoseot…” Awim mengira setiap rintik hujan tersebut.

Setiap kali dia mengira, setiap kali itulah hatinya menyebut ‘rindu’. Sebanyak mana rintik hujan yang turun itu sebanyak itulah juga rindunya pada si dia. Dia yang entah dimana. Di rumahkah? Di tempat kerja membanting tulang mencari sesuap rezekikah? Dia yang entah sedang melakukan apa saat itu. Dia yang entah sihat atau tidak. Yang paling penting, adakah dia turut merinduinya saat itu. Awim mengiring ke kiri. Ahh tidak kena. Mengiring ke kanan. Masih sama. Sungguh dia merindui ‘dia’ itu.

Beep. Bunyi menandakan mesej masuk. Tangannya mencapai handphone yang berada di tepi bantal. Encik Tunang. Senyum di bibir sudah tergantung hingga ke telinga. Pantas jari menekan open message. Larian jantung usah diceritakan. Laju! Teramat laju.

‘Hujan’ Pendek dan bermakna mesej yang dihantar.

Masih dia ingat yang dia pernah memberitahu Encik Tunang dia suka akan hujan. Bukan hanya kerana hujan itu satu rahmat, tapi hujan turut datang membawa pelbagai rasa dan emosi. Hujan yang galak membasahi bumi itu menandakan amarah dan menandakan rindu yang membuak-buak. Manakala hujan rintik itu seakan sebuah melodi dari piano Sang Hujan. Cukup indah cukup romantis. Lama dia memikirkan apa yang harus dibalas. Nah!

‘Sini juga, Love Rain barangkali’

“Haih.” Awim mengeluh perlahan.

Entah sejak bila dia sudah pandai berpuitis sebegitu. Love Rain? Hahaha bagaimana dia terfikir untuk menaip dua perkataan itu? Sungguh ‘dia’ itu sudah mengubah dirinya yang dulunya hanya tahu Do Re Mi kini sudah tahu mengubah Do, Re dan Mi itu kepada sebuah alunan cinta. Ahh jiwang sungguh! Kata sahabatnya ‘jiwa kacau’. Dia ketawa sendiri. Parah! Jatuh cinta dengan Encik Tunang setiap hari.

‘Love Rain atau Raining Cats and Dogs?’ Pantas ‘dia’ disana membalas.

“Nak balas apa ni? Kang aku bantai jugak jawab Raining Ducks and Chickens.” Awim membelek handphonenya. Diletak ke tepi bantal semula. Aci redah! Tak payah balas.

Ahh ‘dia’ itu memang suka menduga hatinya! Tidak membalas mesej ‘dia’ itu lebih baik. Bukan tak biasa dia tidak membalas mesej ‘dia’ itu. Kalau dulu mudah sahaja dia membalas mesej dari ‘dia’ tapi sejak bertunang entah kenapa dia malu dan risau dengan setiap perkataan yang ingin dibalasnya. Tapi bila difikirkan tidak baik pula membiarkan ‘dia’ ternanti-nanti balasan darinya. Awim senyum nakal. Pantas jari menaip mesej untuk dibalas.

‘Raining Frogs and Ong gedek-gedek! ROTFLOL’

Terus handphone dicampakkan ke tepi. Nakalnya kau Awim! Sekali-sekala mahu bergurau apa salahnya. Sudah hampir sebulan dirinya menjadi tunangan ‘dia’. Masih dia ingat bagaimana  pertemuan itu membawa dirinya dan ‘dia’ kepada fasa bertunang dan tidak lama lagi akan bernikah. Sungguh dia bersyukur dengan pertemuan yang satu itu.

******
Jam di pergelangan tangan dibeleknya. Jarum pendek berada di nombor lima dan jarum panjang di nombor tujuh. Sudah 5.35 petang! Langit yang gelap menandakan hujan akan turun bila-bila masa sahaja membuatkan keadaan sekarang seperti sudah pukul tujuh. Guruh dari tadi berdentum di langit.

La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim.” Pantas Awim menyebut kalimah itu bila kilat sabung-menyabung di langit. Menghilangkan sedikit ketakutan dan debaran dihatinya.

Bas yang dinanti masih juga belum tiba. Menyesal pun ada kerana tidak ikut Ain balik ke kolej menggunakan tangga. Tapi buku yang banyak memaksa dia untuk mengambil bas. Buku Research dan Management yang sememangnya dia perlu pinjam di library tadi untuk membolehkan dia lebih memahami dan menghadam apa yang di ajar lecturernya. Sekadar mengharapkan nota yang diberi memang tidak cukup. Vroommmm.

Sebuah motorsikal berwarna hijau hitam berdesup laju. Awim sudah menyumpah didalam hati. Show off! Macam dia seorang yang ada motor dekat muka bumi ni. Kalau nak tumpangkan ke takpe lah jugak. Ini setakat bagi aku asap baik tak payah. Motor hijau hitam itu sudah hilang dari pandangannya. Bawak macam pelesit. Awim malas ambil pusing dan memanjangkan lehernya kembali berharap bas akan muncul. Hampa.

“Eh?” Awim sedikit terkejut. Motor hijau hitam itu.

“Tadi bukan baru lalu je ke motor tu? Kenapa ada lagi?” Awim sudah mula diserang kebimbangan. Entah-entah peragut tak? Ke perogol bersiri?

Motor hijau hitam itu semakin dekat dengan tempat menunggu bas yang dia berada sekarang. Perlahan-lahan motor itu berhenti di hadapannya. Wajah si penunggang tidak dapat dilihatnya. Hanya sepasang mata yang redup sahaja dapat dilihat. Awim mengangkat keningnya sedikit. Seakan bertanya kenapa berhenti dekat sini? Si penunggang turun dari motornya. Langkah di atur menuju ke arah Awim yang masih tegak berdiri.

“Tunggu bas?” Nah! Baru bersuara.

Si penunggang motorsikal membuka helmetnya. Rambut yang sedikit tak terurus dirapikan. Kacak. Getus hati Awim. Chill Awim! Muka kacak entah-entah penjenayah. Jangan terpedaya dengan rupa luaran.

“Err dekat bus stop mestilah tunggu bas. Takkan tunggu lori.” Awim membalas dengan sedikit sindiran. Apa ke bangang soalan yang ditanya.

“Amboi kecil-kecil cili api. Comel-comel cili padi.” Si penunggang tadi membalas. Sengaja perkataan kecil dan comel itu ditekankan. Merujuk kepada fizikal Awim.

“Encik ni siapa? Dah ada motor kenapa duduk sini? Dah tu peramah mengalahkan wakil rakyat.” Awim memberanikan diri bertanya.

Si penunggang tadi memandang setiap sudut tempat menunggu bas tersebut. Entah apa yang ingin ditiliknya. Pelik sungguh perangai.

“Hmm dekat sini takde pun tulis ‘ORANG YANG BAWAK MOTOR DILARANG DUDUK DI SINI.” Si Penunggang menjawab dengan senyum senget di bibir. Perli!

“Ok fine.” Awim mengetap bibir bawah. Eeeee sakitnya hati!

Masing-masing kembali membisu. Kenal pun tak mustahil nak sembang bagai nak rak macam dah dua puluh tahun kenal. Awim sendiri malas nak melayan kalau sekadar kata-kata lelaki itu berupa perlian. Hanya sesekali kedengaran rintik hujan menyentuh bumbung tempat menunggu bas. Tepat jangkaannya, langit yang gelap memberi petanda hujan akan turun. Cepatlah bas muncul! Makin lebat pulak hujan ni nanti.

Hana, dul, set…” Si Penunggang tadi mengeluarkan suara machonya yang tersimpan. Kedengaran asing bahasa yang digunakan.
“Korea?” Awim menoleh ke arah Si Penunggang yang masih menyebut bahasa asing itu. Jampi serapah ke apa ni?

“Yup! Satu, dua, tiga?” Si Penunggang menjawab dengan mata masih memandang ke arah bumbung tempat menunggu bas. Dapat dilihat senyuman terukir dibibirnya.

“Oh, encik kira apa?” Awim bertanya. Gelagat Si Penunggang itu menarik minatnya.

“Hmmm rintik hujan?” Si Penunggang memandang ke arahnya sebelum menundukkan wajah. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya. Manis.

“Rintik hujan? Oh.” Awim terkedu. Berfikir relevannya Si Penunggang itu mahu mengira rintik hujan. Kalau kira bintang tu dah biasa dia dengar. Kambing biri-biri ke. Ini rintik hujan?

“Setiap titis hujan tu bersamaan dengan rindu untuk seseorang.” Seakan memahami apa yang ada difikirannya, Si Penunggang memberi penjelasan.

Awim hanya menganggukkan kepalanya. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Mahu ketawa terasa kurang ajar pulak.

“Kenapa diam? Saya pelik ye?” Si Penunggang bertanya.

“Eh tak. Cuma jarang jumpa orang macam encik. By the way saya suka hujan.” Entah kenapa dia memberitahu Si Penunggang itu.

“Oh. Unik itu saya. Ganjil itu saya. Pelik itu saya. Aneh itu pun saya. Tapi orang cakap yang suka hujan tu, romantik orangnya.” Antara bergurau dan kenyataan Si Penunggang berkata.

“Haha. Unik, ganjil, pelik dan aneh bukan sama ke?”

“Haha saja bagi banyak sikit. Nak menunjukkan betapa uniknya seorang Muslim.”

“Seorang MUSLIM?” Awim mengangkat keningnya sedikit. Memohon penjelasan.

“Lupa pulak. Saya Muslim. Awak?” Si Penunggang memperkenalkan diri.

“Awim.” Pendek Awim membalas.

“Awim? Unik.” Muslim menganggukkan kepalanya sedikit. Menghadam nama yang baru didengarinya.

“Unik, ganjil, pelik dan aneh itu saya.” Awim menggunakan jenaka yang sama digunakan Muslim tadi.

“Haha well nampaknya kita ada persamaan.”

“Persamaan untuk penggunaan empat perkataan tu.” Awim mengiakan.

“Awim, awak selalu tunggu bas sorang-sorang ke? Mana kawan awak?” Muslim mengubah topik perbualan.

“Diorang dah balik dulu. Saya pergi library kejap tadi.” Awim menunjukkan buku-buku yang dipegangnya kepada Muslim.

“Oh. Tapi bahaya awak tahu. Dengan cuaca macam ni. Gelap pulak tu.” Muslim menunjukkan keprihatinannya.

“Jangan risau. Allah bersama saya.” Awim mengukir senyuman.

Muslim ikut senyum mendengar jawapan Awim. Di kejauhan muncul bas yang dari tadi ditunggu Awim. Awim sudah bangun dari duduknya. Begitu juga Muslim yang ikut sama bangun dan mencapai helmet yang berada disisinya.

“Awim, lain kali ajak teman ok? Saya tahu Allah bersama awak tapi apa salahnya kita berhati-hati. Dari tadi ada orang tengok awak. Bahaya.” Muslim mengingatkan Awim sekali lagi.

“Ada orang tengok saya? Mana? Jadi sebab tu awak patah balik?” Awim bertanya. Sedikit terharu dengan kebaikan yang ditunjukkan Muslim.

“Dia dekat dengan bangunan fakulti belakang tempat tunggu bas ni.” Muslim memberitahu. Awim sudah ingin menoleh ke belakang melihat ‘orang’ yang dikatakan Muslim.

“Jangan pandang. Nanti dia tahu kita nampak dia.” Muslim menghalang. Awim menganggukkan kepala tanda memahami.

“Jadi betullah awak patah balik sebab tunggu saya?” Awim masih inginkan kepastian dari Muslim.

“Bas awak dah sampai. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Muslim mengenakan helmet ke kepalanya. Tidak menjawab pertanyaan Awim.

Bas berhenti betul-betul dihadapan Awim. Pantas Awim masuk ke dalam perut bas. Salam yang diberikan Muslim hanya dijawab didalam hati. Awim mengambil tempat duduk berhampiran tingkap. Muslim mengangkat tangan ke arahnya sebelum berlalu pergi dengan motor hijau hitamnya. Awim teringat kata-kata Muslim tadi. Mata melilau mencari kelibat ‘orang’ yang dikatakan Muslim. Tepat seperti yang dikatakan Muslim. Ada seseorang yang berada di fakulti memerhatikannya. Tapi tidak dapat dilihat dengan jelas wajah ‘orang’ tersebut kerana jarak yang jauh. Perlahan-lahan bas bergerak meninggalkan tempat tersebut. ‘Orang’ yang dikatakan Muslim turut sama menghilang.

‘Siapa Muslim tu ye?’ Desis hati Awim. Indahnya nama seorang Muslim sama seperti indahnya keprihatinan dan kebaikan yang ditunjukkannya. Jatuh hati kah aku dengan insan bernama Muslim itu? Ahh jatuh hati dengan keperibadiannya.

******
Terkocoh-kocoh dia berlari menuju ke arah dewan kuliah. Terbangun lambat hari ni! Hujan pulak pagi ni mana dia tak hanyut dalam keempukan tilam dan kehangatan selimut. Entah macam mana lepas Subuh dia boleh terlelap. Kasut yang dipakainya kotor sedikit. Terkena tanah yang basah akibat hujan. Gasaklah!

“Ehem. Laju jalan.” Suara entah turun dari planet mana menyapanya.

Awim meliarkan matanya ke arah sekelilingnya. Mencari gerangan manusia yang menegurnya. Itu dia! Muslim dengan berbaju melayu hitam lengkap bersampin songket emas. Amboi! Nak pergi nikah ke pergi solat Jumaat ni? Tapi. Tapi. Kacak gila nak mati!

“Lambat. Kelas pukul 9 pagi.” Awim membalas dengan suaranya termengah-mengah kepenatan.

“Oh. Lepak laa baru pukul 8.40 pagi.” Muslim membalas sambil menunjukkan jam ditangannya.

“Lecturer tu kalau datang Angin Timur Laut, belum pukul 9 dia dah sampai.” Awim sudah tak tentu arah. Mana nak layan soalan Muslim, mana nak mengejar masa lagi.

“Oh okay. Sorry. Ehem by the way ni untuk saudari Awim.” Muslim menghulurkan satu sampan kertas kecil berwarna striking pink.

“Untuk?” Awim terpinga-pinga.

Apa kes bagi aku sampan kertas? Nak suruh aku dayung sampan pergi kelas dalam cuaca hujan ni ke? Atauuuu dia suruh aku naik sampan so tak payah susahkan diri tunggu bas? Awim membuat kesimpulan yang entah apa-apa.

“Untuk awak tengok dan baca. Eh kata nak cepat tadi.” Muslim mengingatkan Awim yang sudah terlambat untuk ke kelas.

“Oh okay. Thanks for errr sampan comel ni? See ya!” Awim senyum sebelum berlalu pergi dengan sampan yang masih ditangannya.

Lima minit sebelum pukul 9 Awim sampai di dewan kuliah. Matanya melilau mencari kelibat dua orang rakannya. Di barisan tengah kelihatan dua gadis manis bertudung merah dan hijau. Langkahnya diatur menuju ke arah sahabatnya.

“Awim! Lambatnya kau. Duduk sini.” Ain menepuk kerusi disebelahnya.

“Sorry. Korang pun bukan nak kejutkan aku.” Awim sudah melabuhkan punggungnya.
“Selalu kitorang ketuk pintu bilik kau, kau dah siap. Alih-alih hari ni kau tak bangun lagi.” Ain menjelaskan duduk perkara sebenar.

“Hmm okay.” Awim mengakui yang salahnya juga dia terbangun lambat.

“Awim, sampan apa tu? Mana kau ambik?” Zulaikha yang dari tadi memerhati sampan kecil di tangan Awim bertanya.

“Oh. Ini? Hmmm macam mana nak cakap eh?” Awim mengurut dagunya. Mencari ilham bagaimana ingin dimulakan kisah seorang Muslim itu.

“Haaaaa…ehem ehemkah?” Ain sudah tersenyum lebar.

Awim dapat merasakan aura panas bak lahar gunung berapi dicurahkan ke atas mukanya yang licin tanpa sebarang jerawat. Saat ini jika dilihat wajahnya pasti bukan rona merah jambu atau merah saga sahaja, pasti ada warna ungu, biru, hijau, kuning dan seangkatan dengannya. Lengkap berwarna-warni seakan campuran perasaan malu dan bahagia.

“Oh, Awim! Sudah bertemukah anda dengan Sultan Mansur Syah yang dicari? Tujuh keturunan Puteri Hang Awim mencari. Dari Melaka turun kemari. Hantaran sampan kolek dijadikan pengutus isi hati.” Malek yang entah dari mana membuat sketsa di pagi hari.

Riuh dewan kuliah bila mendengar ‘sketsa’ kanak-kanak riang dari Malek. Sungguhlah Malek ni nak kena cepuk dengan aku. Bikin malu company saja! Mana nak sorok mukanya saat ini?

“Kau kenapa Malek? Ada masalah?” Awim bersuara perlahan. Antara menahan perasaan marah dan malu.

“Puteri Hang Awim, kami lima bersaudara sudah melihat adegan romantik tersebut. Jangan kamu menidakkan apa yang kami lihat.” Malek masih dalam mood entah zaman mana.

“Ahhh shut up!” Awim sudah naik geram.

Macam mana boleh kantoi dengan Malek ni? Dah laa dasar mulut tempayan. Habis satu kelas nak di bagitahunya. Kenapa tak tampal je notis terus. Biar satu kampus tahu.

“Malek cakap pasal apa Awim?” Ain yang dari tadi hanya menjadi pemerhati dan pendengar bertanya.

Wajah Awim sudah berubah masam mencuka. Tangannya menunjuk ke arah sampan kecil. Sampan kecil itu yang menjadi punca Malek membuat ‘sketsa’ sebabak. Dalam banyak-banyak manusia dekat muka bumi ni kenapalah mesti Malek yang nampak? Kenapa bukan Helfi? Helfi? Sudah! Awim menoleh ke arah barisan belakang. Itu dia jejaka yang dicari. Berbaju melayu merah lengkap bersongkok.

“Kau tengok siapa Awim? Helfi? Dia merajuk dengan kau.” Malek masih giat menyakat Awim. Awim menunjukkan penumbuknya yang kecil itu.

Helfi masih membelek buku yang ada di atas mejanya. Tidak ambil pusing kata-kata Malek. Malah pandangan Awim kepadanya juga tidak dihiraukan. Bukan urusannya. Awim hanya mengeluh perlahan. Dia tidak tahu sejauh mana kesahihan kata-kata Malek dan budak lelaki yang lain tentang perasaan Helfi terhadapnya. Helfi. Lelaki yang sudah dianggap sahabat. Mana mungkin mahu pergi lebih jauh dari itu. Sekali pun dia menyukai lelaki lain, dia tetap mahu menjaga perasaan Helfi. Perasaan untuk sahabat kepada sahabat. Perasaan yang kadangkala ada turun naiknya.

“Puan dah datang!” Amirah menjerit kepada seluruh isi dewan. Terus suasana berubah sunyi.

******
Usai kelas Awim menuju ke arah Helfi. Helfi sedang mengemas nota yang disalinnya tadi. Menyedari kehadiran Awim, Helfi mengangkat wajahnya. Senyuman dihulurkan.

“Fi aku mintak maaf.” Entah kenapa dia merasakan yang dia perlu meminta maaf.

“Untuk? Aku yang sepatutnya mintak maaf sebab Malek tadi.” Helfi seakan memahami perasaan Awim saat itu.

“Tapi kau pun tak pasal je terbabit sama kan? Aku tak suka bila hal peribadi aku babitkan orang yang sikit pun tak bersalah.”

“Takpe aku faham. Apa pun aku tumpang bahagia untuk kau. Kalau tak keberatan nanti kenalkan Sultan Mansur Syah tu dekat aku. Dan lagi satu diorang tu yang salah faham bila kita berdua rapat.” Helfi berkata sambil menjuihkan bibir kepada empat makhluk yang dari tadi memerhati.

“Fi! Kau percaya cakap Malek? Hmm tapi memang empat ekor tu menyibuk!” Awim mengiakan dan dalam masa yang sama seakan marah dengan gurauan Helfi.

“Chill! It was a joke okay! Tapi kalau betul apa salahnya. Tapi jangan risau, nanti aku basuh empat ekor yang kacau privacy kau tu.” Helfi yang sudah siap mengemas notanya bersedia untuk pergi.

“Basuh kasi baik punya!” Awim ketawa sendiri dengan gurauannya.

“Don’t worry! Hang Helfi tahu apa yang harus dibuat.” Helfi masih dengan nada bergurau.

Awim menggelengkan kepalanya. Sungguh laa berjangkit penyakit Malek dekat Helfi ni. Tapi betul ke Helfi tu okay? Betul ke dia cuma anggap aku sebagai kawan? So, selama ni apa yang Malek cakap tu tipu jelah? Mana satu ni? Awim sudah serabut mencerna duduk perkara sebenar.

“Hello! Awim kau mengelamun kenapa? Tinggal kita dua je ni dalam dewan! Kang free je kena ‘wet catch’. Jom blah. Nanti bising empat ekor tu tunggu aku.” Helfi memetik jarinya dihadapan Awim yang seperti sudah hilang ke dunia lain.

“Sorry terrrr.” Awim sudah senyum malu. Baru dia sedar empat ekor makhluk tadi sudah keluar dari dewan. Hanya tinggal dia dan Helfi.

“Dah jom! Aku lapar.” Helfi sudah bergerak kehadapan mendahului Awim.

“Fi ‘wet catch’ tu TANGKAP BASAH ke? Teruk gila penggunaan bahasa kau!” Awim berkata sambil menyaingi langkah Helfi yang ternyata lebih panjang dan laju darinya.

“Lebih kuranglah haha.”

******
Empat ekor makhluk yang berada dihadapannya merenungnya lama. Tadi bukan main rancak cakap laparlah. Kebulurlah. Mengalahkan orang yang setahun tak makan. Bila makanan dah depan mata takde pulak nak makan. Agaknya bila tilik mukanya yang handsome tu terus kenyang agaknya.

“Malek, Pian, Epul dan Man sila jemput makan. Faham?” Helfi memecahkan kesunyian mereka berlima. Dia sudah menadah tangan membaca doa makan.

“Fi kau rasa tak apa yang kitorang rasa?” Malek menjawab soalan dengan soalan.

“Rasa apa? Aku tak rasa apa kecuali lapar.” Sengaja dia cuba mengelak hala tuju soalan Malek. Dia dapat mengagak destinasi soalan tersebut.

“Bro! Kau jangan buat lawak boleh? Ini soal serius. Jodoh bro, jodoh!” Malek menarik pinggan Helfi kepadanya. Mahu Helfi menumpukan perhatian kepada topik perbincangan.

“Malek aku L-A-P-A-R! Nanti aku tak boleh fokus kalau lapar dan bila tak boleh fokus, aku tak boleh jawab soalan gila kau tu.” Helfi menarik kembali pinggannya daripada Malek.

“Aku setuju dengan Malek. Ingat kitorang bodoh? Tak nampak perasaan yang jelas tertulis dekat dahi kau tu?” Epul yang dari tadi mendiamkan diri bersuara.

“Kusut! Apa korang nak sampaikan ni? Rasa, jodoh, perasaan lepas tu dahi! Nonsense!” Helfi sudah naik angin.

“Se tiga suku kitorang ni, kitorang tak bodoh nak baca perasaan kau dekat Awim!” Epul teruss menuju kepada topik sebenar. Tak faham jugak tak tahulah nak cakap apa.

“Okay sekarang apa pulak kaitan dengan Awim?” Helfi meletakkan sudu dan garfu yang berada ditangannya.

“Kau suka Awim kan? Ingat kitorang tak tahu apa kau buat selama ni?” Malek bertanya.

“Apa yang korang tahu? Kalau aku suka Awim pun kenapa?”

“Kitorang tahu kau selalu duduk dekat fakulti bila Awim balik sorang, kau pergi library senyap-senyap bila Awim study dekat sana sampai lewat petang.” Pian yang biasanya pendiam turut bersuara.

“So? Dia perempuan dan kawan aku. Kenalah aku jaga keselamatan dia.”

“Tapi tak semua perempuan kau buat macam tu kan? Tak semua kawan kau jaga macam tu.” Kata-kata Pian disambut anggukan tiga yang lain. Bersetuju dengan kata-kata Pian.

“I want to be her knight in shining armor.” Perlahan kata-kata Helfi menyusup masuk ke sanubari empat sahabat dihadapannya.

“Tak salah Fi. Tapi kau dah biarkan another knight masuk dalam hidup dia.” Epul merujuk kepada Sultan Mansur Syah yang dilihat mereka berlima pagi tadi.

“Awim bukan barang yang boleh aku cop. Bukan perempuan yang boleh aku cakap dia milik aku. Lelaki mana pun yang masuk dalam hidup dia aku tak boleh halang. Kecuali lelaki tu berniat tak baik dengan dia, ya aku kena ke depan untuk pertahankan dia.” Panjang lebar Helfi menjelaskan.

“Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. Kitorang kenal kau Fi. Kitorang yakin kau boleh jaga dan bahagiakan Awim. Awim pun bukan perempuan sembarangan. Dalam bergurau dia tetap dia tahu batas pergaulan yang dia kena jaga.” Pian memandang tepat ke dalam anak mata Helfi.

“Tapi aku tak boleh halang qada’ dan qadar Allah. Kalau lelaki tu yang Allah ciptakan untuk Awim, aku kena terima.” Helfi meraup wajahnya perlahan. Mencari kekuatan yang sedikit goyah.

“Jadi kau nak buat apa? Biar je macam tu? Make a move bro!” Malek menolak bahu Helfi lembut.

“You know what Malek? Allah made a noble tradition in Islam which is MARRIAGE. A barrier between halal and haram. Aku tak nak rosakkan diri aku dengan Awim dalam hubungan cinta kalau perkahwinan tu adalah yang lebih baik dan diredhai Allah.” Kata-kata Helfi membuatkan rakan-rakannya terdiam.

“Aku sokong apa juga keputusan kau.” Pian tersenyum. Memahami kemahuan Helfi.

Malek dan yang lain ikut tersenyum. Menghormati keputusan Helfi. Helfi tahu apa yang terbaik buat dirinya dan juga Awim.

******
Perlahan-lahan dia membuka lipatan sampan kecil yang diberi Muslim. Ada nota pendek yang ditulis dengan dakwat hitam. Cantik tulisannya. Klasik! Seperti awan larat.

Awim, sudi awak menjadi sahabat saya?
Sahabat yang awak kenal saat hujan turun.
Sahabat yang mahu mendayung bersama awak saat susah dan senang.
Sahabat yang mahu berkongsi keceriaan pelangi bersama.
-Khairul Muslim-

Di penjuru kiri kertas tertulis nombor telefon lelaki bernama Muslim itu. Sahabat? Muslim mahu menjadi sahabatnya? Sungguh dia bertuah jika mempunyai sahabat sebaik Muslim. Muslim dirinya seperti Helfi juga. Prihatin. Dia bersyukur Allah kurniakan dia sahabat sebaik mereka.

******

Sejak kejadian sampan kecil diberi Muslim, dia semakin rapat dengan lelaki itu. Kadang-kadang bila dia ke library lelaki itu yang menemaninya. Jika dia pulang lewat sekali pun pasti lelaki itu akan sabar menantinya sehingga dia selamat menaiki bas. Tapi ada satu perkara yang buat dia rasa aneh. Helfi seakan menjauhkan diri daripadanya. Entah dimana silapnya. Pasti ada sahaja alasan diberi Helfi untuk mengelak dari bersembang mahupun meluangkan masa untuknya.

“Awimmmm kau berangan eh? Tu siapkan dulu assignment.” Muslim yang menyedari Awim hilang fokus bertanya.

“Opss! Sorry.” Awim mengetuk kepalanya dengan pen. Jauh mengelamun!

“Kau berangan apa ni? Tak nak share?” Muslim menolak bukunya ketepi. Bersedia menadah telinga buat Awim.

“Hmm member aku macam menjauh dari aku sekarang. Aku pun tak tahu apa salah aku.” Awim memulakan cerita berharap Muslim mampu memberi nasihat untuknya.

“Member. Hmm that guy yang tinggi putih tu ke? Yang selalu berlima dengan member dia yang lain tu?” Muslim merujuk kepada Helfi.

“Wow! How did you know?”

“Hmmm selain Ain dengan Zulaikha aku rasa kau rapat dengan mamat tu kan? Apa nama dia? Helfi?”

“Yup Helfi. Tapi betullah dia lain sekarang. Lain sangat.” Awim mengeluh perlahan.

“Aku cakap kau slow nanti kau marah. Kau tak nampak atau buat-buat tak nampak?” Muslim senyum jahat.

“Maksud? Sorry aku lampi sikit.”

“Hmm dia jealous lah tu kau asyik dengan aku. Haih tak faham-faham lagi.”

“Dia? Nak jealous aku dengan kau? Okayyyyy.” Awim menunding jarinya ke arah Muslim dan dirinya bersilih ganti.

“Percayalah apa aku cakap. Aku lelaki. Tindak tanduk dia aku boleh baca.”

“Kenapa pulak dia nak jealous? Aku dengan kau bukan ada apa-apa. Kawan. Tak lebih tak kurang.” Awim menegaskan kedudukan sebenar.

“Hmm memanglah. Tapi itu kata kau. Bagi dia? Dia tahu ke kita kawan je? Kalau aku jadi dia pun aku salah faham.”

“Apa yang kau nak cuba sampaikan ni?” Awim sudah gelisah apabila ceritanya tadi sudah ke
arah lain.

“Senang cerita. Helfi tu ada perasaan dekat kau.” Jujur Muslim memberitahu.

“Ha-ha-ha tak lawak! Kau jangan memandai reka cerita.”

“Kau tak percaya atau tak nak percaya? Awim, kau pun suka dia kan?”

Kalau tengah makan saat ini pasti dia sudah tersedak mendengar pertanyaan Muslim. Gila! Straight to the point sungguh.

“Ini dah kenapa nak kaitkan dengan hati dan perasaan aku?”

“Jadi kau mengakulah kau suka dia jugak?” Nah! Soalan perangkap.

“Aku tak cakap pun aku suka dia. Kau yang cakap.”

“Aku boleh baca hati kau Awim. Cara kau lihat dia, cara kau layan dia. Semua menunjukkan kau suka dia.”

“Kalau aku suka dia pun kenapa?”

“Then? Go for it! Aku tahu Helfi lelaki baik.”

“Go for it? Maksud kau bagi tahu dia yang aku suka dia then couple? Macam tu? Itu bukan cara aku.” Awim menggelengkan kepalanya tidak bersetuju.

“Kenapa? Perempuan tak boleh mulakan dulu? Nak tunggu lelaki yang cakap dulu baru nak mengaku? Macam tu?” Bertubi-tubi soalan dari Muslim.

“Bukan itu. Aku tak nak bercinta. Bawak sama ayah aku share dosa aku. Perkahwinan ada dalam Islam kenapa mesti nak pilih bercinta?” Awim menjelaskan.

“Itu yang buat aku tabik dengan kau Awim. Kau perempuan berpendirian.”

“Please drop off the topic. Sambung study okay?” Awim menunjukkan buku Muslim yang ditolak ke tepi tadi.
“Kalau dia ajak kau kawin? Kau nak? I mean dalam usia ni?” Muslim masih mahu mengorek rahsia.

“Bergantung. Kalau mak ayah aku izinkan. Usia bukan penghalang untuk berkahwin. Eh kau tanya ni macam dia nak je kawin dengan aku. Dah! Dah! Study.”

“Haha okay.”

******

Dia bergerak laju menuju ke arah lima lelaki yang sedang rancak bersembang. Orang yang dicari turut berada disitu. Gayanya saat itu seperti mahu mencari gaduh.

“Assalamualaikum. Bro, Helfi kan?” Dia memberi salam kepada lelaki yang berbaju kemeja hitam.

“Waalaikummussalam. Aah kenapa?” Helfi merenung lelaki yang berada dihadapannya.

“Aku Muslim. Khairul Muslim.” Dia menghulur tangan mahu berjabat salam. Salamnya disambut.

“Kawan Awim kan? Kenapa?” Helfi bertanya. Pelik tidak ada urusan lelaki itu datang berjumpa dengannya.

“Boleh aku cakap dengan kau? Alone.” Muslim meminta kebenaran sambil memandang kea rah empat lagi lelaki yang berada disitu.

“Wooo bro! Kau nak cari gaduh ke apa? Asal pulak nak cakap dengan Helfi je? Kitorang ni member dia kot. Agak ahh.” Malek sudah naik angin.

“Malek.” Helfi menekankan intonasi suaranya. Tidak mahu Malek mencari pasal.

“Aku ada hal privacy nak bagi tahu. Pasal Awim.” Muslim menanti reaksi dari Helfi.

“Kalau pasal Awim kitorang semua kawan dia. So diorang berhak tau. Kalau kau tak kisah.” Helfi memutuskan.

“Okay.” Muslim mengambil kerusi kosong lalu dibawa  ke arah meja lima lelaki tadi.

******
Masing-masing membisu mendengar kata-kata Muslim tadi. Helfi menundukkan wajahnya. Malek dan yang lain menanti Helfi bersuara. Sungguh mereka tak sangka dengan apa yang dikatakan oleh Muslim.

“Kau yakin?” Helfi memandang ke arah Muslim meminta kepastian.

“Aku yakin. Dia sendiri cakap. Kalau kau lambat bertindak aku sedia mengambil tempat.” Tanpa berselindung Muslim meluahkan.

“Dia ada mana sekarang?” Helfi tak mengambil pusing kata-kata Muslim.

“Library. Pergilah. Dia perempuan baik. Jangan sampai kehilangan dia.” Muslim menepuk belakang Helfi.

“Guys aku pergi dulu.” Helfi bangun meninggalkan mereka yang lain.

Awim! Awim! Kenapa kau tak pernah cakap dekat aku? Aku ingat kau dengan Muslim ada apa-apa. Tak pasal je aku mengelak dari kau. Kalau kau tahu aku pun ada rasa yang sama.

“Mus, apa maksud kau tadi? Sedia ambil tempat.” Malek bertanya kepada Muslim apabila Helfi sudah hilang dari pandangan.

“Perempuan sebaik Awim. Siapa pun akan jatuh hati.”

“Eh kau! Nah ini bayaran untuk pertolongan kau. Aku tak sangka kau sanggup berdepan dengan Helfi. Plan asal nak suruh jealouskan Helfi je.” Malek menghulurkan beberapa not lima puluh ringgit kepada Muslim.

“Sorry bro. Aku buat ikhlas untuk Awim dengan Helfi. Mungkin Awim bukan untuk aku tapi kebahagiaan dia cukup untuk aku. Terima kasih. Assalamualaikum.” Muslim menolak duit yang dihulurkan sebelum berlalu pergi meninggalkan Malek tercengang-cengang.

Malek memandang tiga sahabatnya yang lain. Tidak menyangka dengan tindakan Muslim yang diupah mereka. Malek mengambil duit yang berada di atas meja.

“Nah! Ambik balik duit korang. Hmmm kesian pulak aku dekat Muslim tu.” Malek membahagikan duit tadi kepada tiga yang lain.

“Siapa sangka plan asal nak upah dia jealouskan Helfi so diorang dapat bersatu. Sekali dia boleh terjatuh hati dekat Awim.” Epul sendiri tidak menyangka.

“Kita upah laa sesiapa tolong Muslim dapatkan jodoh pulak.” Man mengusulkan idea tanpa riak di wajahnya. Selamba.

Serentak tiga pasang mata memandangnya. Man menjongketkan bahunya tanda kenapa? Pelik melihat pandangan menuju ke arahnya.

“Gila! Aku dah letak jawatan jadi telangkai.” Kata-kata Malek disambut gelak tawa Epul dan Pian.

“Takpe lah. Allah dah sediakan perempuan yang lagi baik untuk dia.” Pian cuba menyedapkan hati dia dan rakannya yang lain.

******

Deringan handphone mengejutkan Awim yang terlelap ketika mengingat kembali kisah dahulu. Tertera nama Encik Tunang di skrin telefon bimbitnya. Dia berdehem mengelakkan suara baru bangun dari tidurnya dikesan Encik Tunang. Yakin suaranya normal dia menjawab panggilan.

“Assalamualaikum.” Awim memberi salam.

“Waalaikummussalam. Tidur? Suara serak.” Encik Tunang berjaya menghidu suara serak yang cuba dia lindung.

“Aah. Terlelap.” Jujur Awim mengakui.

“5 petang. Dah solat Asar belum?” Encik Tunang bertanya.

“Tertidur makanya belum lagi.” Jawapan jujur lagi.

“Hmm dah bangun tidur, mandi dan ambik wudhu’ terus solat. Okay saudari Awim?” Encik Tunang memberitahu satu persatu.

“Baik encik!” Awim membuat tabik hormat seakan Encik Tunang dapat melihatnya.

“Lagi satu, mesej tu jangan lupa baca. Orang tunggu dia balas. Patut lambat rupanya tertidur.”

“Okay.” Awim menepuk dahinya. Pasti Encik Tunang risau dia tak membalas mesej.

“Hmm okay then. Jangan lupa solat. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.”

Selesai meletakkan telefon pantas Awim membuka inboxnya. Laju dia membuka mesej yang dihantar Encik Tunang.

Disaat awan mendung memayungi bumi
Diriku tebayang redup sinar matamu
Di saat hujan membasahi bumi
Diriku turut sama basah dalam rindu yang mencurah
Dalam rancaknya tarian Sang Hujan
Diriku turut sama menarikan rentak degupan Sang Jantung
Di saat hujan menghentikan persembahannya
Dan DIA hadirkan Sang Pelangi hadiah buat dirimu
Dalam asyiknya dirimu menghayati kecantikan Sang Pelangi
Diriku disini masih membisikkan rintik rindu tidak putus-putus!

Awim tersenyum lebar. Bukan sel romantik dia sahaja yang diaktifkan malah Encik Tunang juga. Terus dia mendail nombor telefon Encik Tunang.

“Assalamualaikum. Aih, cepat solat?” Laju Encik Tunang bertanya selepas memberi salam.

“Waalaikummussalam. Fi dah baca mesej tu! Thank you!” Awim terus ke point sebenar.

“Welcome Awim. Tu je?” Helfi bertanya.

“Anddd romantic?” Awim mengusik.

“Haha baru tahu Fi romantik? Dah kawin nanti lagi romantik tahu.”

“Okeyyy dah melalut.” Awim malas melayan.

“Ehem permulaan lebih romantik lagi 2 minggu je. Start from today, call me ABANG please!” Helfi masih giat mengusik.

“Eeee tak malu!” Muka Awim sudah merona merah.

“Eleh padahal dia suka. Eh Muslim ada call tak?” Baru Helfi teringat akan Muslim.

“Oh dia cakap jangan risau one week before majlis dia turun KL. Kalau tak datang Fi carilah pengapit lain.” Awim sudah ketawa mengekek.

“Amboi. Takde pengapit tak kawin awak tu. Eh dah laa pergi solat.”

“Okay. Fi laa tetiba tanya Muslim. Hmm nanti sembang lain okay. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Helfi meletakkan panggilan.

Dia bersyukur kerana Muslim dia dan Awim akhirnya akan disatukan. Awim dan dia sendiri sudah tahu perihal Muslim yang diupah oleh Malek. Cuma satu perkara yang masih disembunyikan dari Awim. Tentang perasaan Muslim. Muslim sendiri yang meminta dia merahsiakan perkara itu dari Awim.

‘Datang dan perginya hujan, perasaan aku pada Awim akan turut terhapus oleh rintik hujan.’- Khairul Muslim.


featured in: Penulisan2u (23 December 2012)




No comments: