9 oleh: faizah fyn
“Siapa Aimy?” Puan Sofia bertanya.
“Qaiser.” Airis langsung memalingkan wajahnya ke
arah kakaknya. Terkejut.
“Qaiser?” Encik Ahmad dan Puan Sofia saling
memandang satu sama lain.
Airis
memandang ke dalam anak mata kakaknya. Angin tak ada, rebut tak ada macam mana
Qaiser boleh sampai ke rumah mereka. Seingat dia, kakaknya itu langsung tak ada
bercakap tentang Qaiser mahu datang ke rumah mereka. Aimy sudah berlalu ke
pintu utama. Dalam hatinya, hanya dia yang tahu perasaannya saat itu. Sungguh
dia lupa nak beritahu Airis tentang Qaiser mahu berjumpa dengannya hari ini.
Aimy
sudah membuka pintu utama. Kelihatan Qaiser berkemeja kotak berwarna biru tua
dan jeans. Qaiser melambai ke arahnya. Tangan kiri Qaiser memegang satu
bungkusan plastik. Entah apa yang dibawa Qaiser pun dia tak tahu. Teknik
memikat mak ayah mereka barangkali. Aimy hanya mengukir senyuman sebelum
menekan remote pintu pagar automatik rumahnya. Qaiser melangkah yakin ke arah Aimy.
“Assalamualaikum.”
Qaiser menghulur salam.
“Waalaikummussalam.
Awal kau datang? Kata lunch nak jemput Airis.”
“Kau
lupa eh? Aku nak ambik dia 10am lepas tu bawak dia lunch dekat luar. Kau cakap
dekat dia tak aku nak jumpa dia hari ni?” Qaiser memandang wajah Aimy yang
kelihatan serba salah.
“Hmm
tak bagi tahu laa tu. Tapi takpe, boleh je aku tukar plan.” Memang dia bersiap
sedia sebarang kemungkinan jika plannya tak berjalan seperti dirancang.
“Sorry
weh! Serius aku lupa nak cakap.”
“It’s
ok. Ehem tak nak jemput aku masuk ke?” Qaiser sudah senyum senget.
“Eh
masuklah. Mak ayah aku semua dekat dapur. Tengah sarapan.” Aimy mencapai
bungkusan plastik yang dihulur Qaiser. Damas Sweet.
“Sarapan?”
Qaiser melihat jam ditangannya. 9.40 pagi.
“Hee
aku dengan Airis masak so jadi lambat sikit.” Jujur Aimy mengaku. Qaiser hanya
menganggukkan kepala dan menuruti langkah Aimy ke dapur.
Encik
Ahmad sudah bangun dari kerusi menuju ke arah Qaiser. Airis sudah membuang
pandang ke arah tingkap. Hatinya saat itu hanya Allah yang tahu.
“Assalamualaikum Uncle.” Qaiser memberi salam sebelum menghulur tangan.
“Waalaikummussalam.
Kamu ni anak Zulkifli ke?” Encik Ahmad bertanya.Qaiser seingat dia nama kepada
anak kawan baiknya. Tapi kawannya itu kini menetap di United States.
“Ya
uncle. Dulu selalu datang rumah uncle kalau papa dengan mama sibuk kerja.”
“Ya
Allah! Tak sangka dapat jumpa kamu. Papa dengan Mama tak datang sekali ke?”
Encik Ahmad menepuk mesra bahu Qaiser sambil matanya melilau ke arah belakang
Qaiser mencari kelibat kawan baiknya.
“Papa
dengan Mama dekat US lagi. Saya balik seorang je. Study dekat sini.”
“Oh.
Kamu sarapan belum ni? Jom lah makan sekali. Adib dengan Aimy masak.”
“Aah
Qaiser. Marilah makan sekali.” Puan Sofia yang dari tadi senyap mengajak Qaiser
ikut sama bersarapan.
“Takpe
ke ni uncle, auntie? Saya datang pun tiba-tiba.” Qaiser bertanya sopan.
“Apa
salahnya. Uncle tak kisah. Kamu datang ni lagi Uncle suka. Dah duduk. Makan
sekali.”
Qaiser
hanya menurut. Dia mengambil tempat duduk disebelah Encik Ahmad. Tempat duduk
yang sudah dikosongkan Puan Sofia untuknya. Airis bangun dari duduknya menuju ke
arah kabinet.
“Nak
pergi mana Adib?” Encik Ahmad bertanya apabila melihat Airis bangun.
“Ambil
pinggan dengan cawan.”
“Haa
eloklah tu.”
Qaiser
menuruti lenggok Airis yang sedang mencapai pinggan di dalam kabinet dapur.
Airis sama seperti dahulu. Tak banyak beza hanya rambut pendek itu yang lain.
Dulu rambut Airis cecah ke bahu tapi sekarang hanya lebih sedikit dari
telinganya.
“Mana
dapat alamat rumah ni Qaiser?” Qaiser tersentak mendengar pertanyaan Encik
Ahmad.
“Oh,
ehem saya satu university dengan Aimy. Memang selalu jugak lepak sama-sama.”
“Lah
kalau satu university kenapa tak dari dulu je datang sini?” Puan Sofia
bertanya.
“Baru-baru
ni je saya terjumpa Aimy. Hari ni pun saya datang sebab ingat nak keluar dengan
Adib. Itu pun kalau uncle dengan auntie izinkan.” Tanpa berselindung Qaiser
menyatakan niatnya.
“Eh
apa salahnya. Kamu dengan Adib bukan orang lain. Kawan baik dari kecik.” Encik
Ahmad memberi keizinan.
“Selama
ni jumpa Aimy je kan. Jumpa Adib pun baru sekali dua. Uncle dengan Auntie.
Dekat 11 tahun rasanya.” Dia terpaksa ikut keluarganya berpindah ke US. Ikutkan
hati dia mahu tinggal sahaja di Malaysia.
“Sebelas
tahun rasanya. Masa tu Adib dengan Aimy baru darjah Empat. Menangis diorang
masa dekat airport dulu.” Encik Ahmad ketawa mengimbau kenangan dulu.
“Kamu
ada jumpa Airis sebelum ni?” Puan Sofia bertanya kehairanan. Shah Alam dengan
Perak jauh jugak. Macam mana boleh berjumpa.
“Ada.
Kadang-kadang saya turun Perak jumpa Adib. Minta maaf saya tak minta kebenaran
Uncle dengan Auntie dulu.” Bohong Qaiser. Pandangan mata Airis tak dihiraukan.
“Oh
kira kamu still rapat dengan Adib lah ye?” Encik Ahmad bertanya.
“Aah
Uncle. Rapat sangat” Qaiser tanpa rasa bersalah berbohong.
Airis
memandang ke arah Qaiser dan Aimy bersilih ganti. Tidak faham situasi yang
sedang berlaku. Sejak bila Qaiser ada pergi Perak berjumpa dengannya? Siap
cakap mereka rapat lagi!
“Eh
Qaiser makanlah.” Puan Sofia menghulur pinggan yang berisi bihun goreng kepada
Qaiser.
“Terima
kasih. Uncle dengan Auntie makanlah sekali.”
Qaiser
menadah tangan membaca doa. Sesuap bihun goreng di masukkan ke dalam mulut. Mukanya
sudah berubah merah. Pedas!
“Kenapa
Qaiser? Tak sedap ke?” Puan Sofia perasan perubahan wajah Qaiser.
“Eh
tak. Sedap tapi pedas.” Qaiser sudah melilau mencari air.
Airis
yang perasan terus menuang air kosong ke dalam gelas lalu dihulurkan kepada
Qaiser. Muka Qaiser yang merah akibat penangan pedas bihun goreng kakaknya
membuatkan dia hampir meluahkan ketawa. Sekelip mata segelas air kosong
dihabiskan.
“Haha.
Mat saleh rupanya. Uncle dengan Auntie pun makan sikit je tadi. Pedas sangat.
Uncle ingat kamu tahan pedas.” Encik Ahmad sudah ketawa melihat reaksi Qaiser.
“Dah
lama tak makan pedas Uncle. Balik Malaysia pun selalu pergi makan fast food.”
Jujur Qaiser memberitahu.
Sejak
menetap di US memang dia hanya makan mengikut selera orang putih. Balik
Malaysia pun dia hanya makan fast food. Cuma kadang-kadang dia memasak
spaghetti sendiri di rumah.
“Hmm
takpe Uncle faham. Eh kamu nak keluar dengan Adib pukul berapa?” Encik Ahmad
melihat jam yang sudah menunjukkan angka 10 pagi.
“Ingat
pukul 10 nak bawak Adib keluar lepas tu lunch dekat luar. Tapi Adib pun belum
siap lagi.”
“Ye
tak ye. Adib kamu kenapa tak siap awal-awal dah tahu nak keluar hari ni?” Encik
Ahmad memandang anak gadisnya yang masih berbaju t-shirt dan tracksuit.
Airis
memandang Abahnya. Serba salah. Tak tahu apa yang perlu dijawab. Nak bersiap
apa kalau dia sendiri tak tahu yang dia akan keluar dengan Qaiser hari ni.
“Adib
lupa agaknya. Semalam pun last minute saya mesej dia ajak keluar.” Tiba-tiba
Qaiser bersuara menyelamatkan keadaan.
“Aah
Abah. Lupa. Sibuk buat sarapan tadi lagi lah lupa terus.” Airis menarik nafas
lega.
“Hmm
dah pergi siap. Nanti lama pulak Qaiser tunggu.” Puan Sofia memberi arahan.
“Okay.
Abah, Adib naik atas dulu. Qaiser, kau makanlah dulu. Kakak jom!” Pandai Airis
berlakon. Berlagak tenang sedangkan hatinya antara serba salah dan marah.
Sengaja dia mengajak kakaknya sekali.
“Err
Aimy pun naik atas dulu.” Laju Aimy mengikut Airis. Habislah nak menjawab
dengan Inspektor Airis nanti.
****
Sampai sahaja di bilik Airis memeluk tubuh merenung kakaknya. Aimy buat bodoh dan terus sahaja membuka almari pakaian Airis. Berpura-pura mencari baju yang sesuai untuk adiknya itu.
“Weh,
cuba explain kenapa mamat tu ada dekat sini? Dekat rumah ni.” Airis sudah mula
bertanya. Geram melihat kakaknya yang sengaja buat tak faham.
“Kan
Qaiser cakap nak ajak kau keluar, lunch sama-sama.”
“Tapi
kenapa tiba-tiba? At least cakaplah dekat aku dulu. Ini tak tetiba je dah
terpacak depan rumah. Nasib Abah dengan Mama tak banyak soal.”
“Aku.
Aku lupa nak cakap. Tapi okay what? Abah dengan Mama macam suka je Qaiser
datang. Senanglah nanti.”
“Eee
kau kan! Benda penting macam ni boleh lupa. And what do you mean with SENANG?”
“Hmm
senang sebab nanti tak payah susah-susah nak yakinkan Abah dengan Mama nak
terima Qaiser sebagai menantu.”
“Ahah!
So ini lah plan sebenar korang? Biar Abah dengan Mama setuju nak bagi aku kawin
dengan Qaiser?” Geram betul dengan perangai kakaknya. Plan sendiri tanpa
pengetahuan dia.
“Yup!
Actually ini idea Qaiser jugak. Eh cepatlah siap. Nanti kau tanya terus dekat
Qaiser rancangan sebenar dia okay?” Aimy malas nak bersoal jawab lebih lanjut.
“Hmm
nak pakai apa ni?” Airis memandang kakaknya memohon pertolongan.
“Pakai
baju yang Nampak feminin sikit. Biar Abah dengan Mama rasa pelik. Mesti diorang
ingat kau dengan Qaiser ada something sebab tu kau pakai cantik-cantik.”
“Feminin?
Eeee tak nak aku! Baik aku pakai je macam biasa.” Airis sudah menarik keluar
jeans dan baju berwarna mustard. Baju yang sedikit longgar itu dapat
menyembunyikan tubuhnya yang sedikit kurus.
“Dib!
Apa pulak pakai baju tu?” Aimy menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.
“Ok
apa! Atau kau nak aku pakai t-shirt dengan cardigan je?” Sengaja dia mengugut
kakaknya.
“Oh!
Lagi lah tak boleh. Fine pakai je baju ni. Tapi make sure tambah bangles ke
apa.”
“Baik!
Pinjam bangles kau boleh? Aku mana ada rantai, subang, bangles semua ni.”
“Hmmph
kejap.” Aimy keluar menuju biliknya. Memang dia banyak koleksi aksesori.
Tidak
berapa lama kemudian Aimy kembali dengan sebuah kotak berwarna emas. Terus
segala macam isi didalam kotak tersebut diluahkan ke atas katil. Dia membelek
satu demi satu isi yang dikeluarkan. Dia mengambil bangles berwarna hitam dan
kelabu lalu disuakan kepada Airis.
“Pakai
yang ni? Matching ke?” Airis bertanya sebelum menyarungkan bangles tersebut ke
pergelangan tangannya.
“Matching!
Hmm cantik jugak kau pakai baju ni. Selalu selekeh pakai jeans, t-shirt dengan
sneakers.” Aimy memandang adiknya atas bawah.
“Eh!
Aku nak pakai kasut apa ni?” Baru dia teringat. Dia hanya ada selipar dan
sneakers yang bermacam warna.
“Sneakers
pun boleh tapi jangan kau pakai sneakers kau yang dah koyak rabak macam apa tu.
Fesyen apa jelah pakai koyak rabak.”
“Sneakers
aku beli semalam tu okey tak?” Airis berjalan mengambil kotak berisi sneakers
yang dibeli dengan Amina semalam.
“Yes!
Sesuai! Jeans kau grey match dengan sneakers grey kau ni. Okay jalan.” Aimy
mengangkat ibu jarinya tanda berpuas hati.
Airis
menyapu nipis krim vitamin E dan bedak ke mukanya. Dia memang tidak gemar
bermekap tebal. Lipstick berwarna pink lembut dicalitkan ke bibir. Siap. Dia
berdiri di hadapan kakaknya. Berpusing kiri dan kanan untuk pemeriksaan
kakaknya.
“Okay
cun! Pandai pun kau ni bergaya. Sengaja selama ni pakai ikut suka hati.” Aimy memberi
komen. Airis hanya senyum.
“Dah
siap Airis?” Puan Sofia yang tiba-tiba muncul di muka pintu bertanya.
“Ma!
Terkejut orang.” Aimy mengurut dadanya. Mana tak terkejut tiba-tiba ditegur
Mamanya.
“Dah
Ma.” Airis mencapai sling bagnya yang berwarna hitam di atas kerusi.
“Amboi
cantiknya anak Mama.” Puan Sofia turut memuji pakaian Airis yang berbeza dari
hari biasa. Mesti Qaiser seseorang yang istimewa.
“Thanks
Ma. Qaiser dah siap makan ke Ma?” Airis bertanya.
“Dah.
Tu dekat bawah tengah sembang dengan Abah.”
Airis
mengangguk sebelum mengikut Mamanya turun ke bawah. Tangannya tiba-tiba berubah
suhu. Sejuk. Entah kenapa dia berdebar mahu keluar dengan Qaiser. Aimy yang
spserti dapat membaca isi hati adiknya memegang bahu adiknya memberi semangat.
****
Rancak
Encik Ahmad berborak dengan Qaiser. Bertanya perkembangan kawan baiknya di
United States.
“Papa
dengan Mama takde cakap bila diorang nak balik?” Encik Ahmad bertanya kepada
Qaiser.
“Takde
pulak Uncle. Kalau diorang nak balik, saya bagi tahu Uncle dengan Auntie.”
“Hmm
rindu sangat Uncle dengan Papa kamu tu. Uncle nak pergi lawat Papa kamu tapi
sibuk dengan kerja.”
“Uncle
berhubung lagi dengan Papa?” Qaiser bertanya sedikit terkejut. Selama ini dia
fikirkan memang mereka dah terputus hubungan sama seperti hubungannya dengan
Aimy dan Airis.
“Mestilah.
Cuma sekarang jarang berhubung sebab Uncle memang sibuk sangat.”
“Oh.”
Pendek Qaiser membalas.
“Mana
Adib ni? Lambat betul siapnya.” Encik Ahmad memandang ke arah tangga. Kelibat
Aris masih belum kelihatan. Isterinya yang disuruh melihat Airis jugak tidak
turun dari tadi.
“Ehem.”
Puan Sofia berdehem.
Serentak
Encik Ahmad dan Qaiser memandang ke arah tangga. Cantik. Getus hati Qaiser.
Airis hanya menundukkan kepala. Segan bila semua mata memandang ke arahnya.
“Cantik
anak Abah. Patutlah lama bersiap.” Encik Ahmad senyum ke arah Qaiser yang
seperti terpana dengan Airis.
“Adib
pun dah siap. Kitorang gerak dululah Uncle. Takut lambat pulak sampai.”
“Haa
yelah! Lambat nanti tersangkut dekat jalan pulak. Orang nak keluar pergi lunch.”
“Adib.”
Qaiser memanggil Airis perlahan. Menandakan yang mereka perlu keluar segera.
“Abah,
Mama, Adib pergi dulu.” Airis bersalam dengan Encik Ahmad dan Puan Sofia
diikuti Qaiser.
“Elok-elok
keluar tu. Qaiser tengokkan Airis sekali.” Puan Sofia menitipkan pesan.
“InsyaAllah
Auntie.”
Encik
Ahmad dan Puan Sofia menghantar Airis dan Qaiser hingga ke pagar. Aimy
mengambil remote pintu pagar. Pantas pintu pagar dibuka.
“Kereta
parking mana?” Encik Ahmad bertanya.
“Dekat
bawah pokok tu je Uncle.” Qaiser menunding jari ke arah mini cooper berwarna
merah yang terletak di bawah pokok mangga.
“Hati-hati
memandu tu. Jangan lewat sangat. Boleh makan malam dekat sini nanti.” Puan
Sofia bersuara.
“Aah
makan malam dekat sini jelah nanti Qaiser. Boleh?” Encik Ahmad bertanya.
“Lain
kali lah kot Uncle, Auntie. Saya pun memang teringin nak makan masakan Auntie.”
Qaiser menolak sopan pelawaan Encik Ahmad dan Puan Sofia.
“Takpe
nanti kalau nak datang cakap je. Uncle boleh suruh Auntie masak.”
“Baik
Uncle. Kalau macam tu kami pergi dululah Uncle, Auntie. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Encik
Ahmad, Puan Sofia dan Aimy memandang ke arah Qaiser dan Airis yang sudah
berjalan menuju ke arah kereta.
No comments:
Post a Comment