7 oleh: faizah fyn
Qaiser
merebahkan badan di atas katil. Syiling biliknya ditilik lama. Entah apa yang
dicari dia sendiri tidak tahu. Sekejap wajah Adib Airis yang terlakar pada
syiling berwarna putih itu. Sekejap muncul wajah Aimy Adiba yang memohon
simpatinya. Tuala yang masih elok membaluti tubuhnya tidak dihiraukan. Gasaklah
kalau basah pun katil ni. Kepalanya sedang serabut memikirkan permasalahan Aimy
dan Zaid. Remote control dicapainya. Suhu aircond direndahkan sedikit.
Lagu
Monster yang dijadikan tone mesejnya menerjah gegendang telinganya. Aimy.
Pantas jarinya menekan ‘open message’. Terpampang mesej yang dihantar Aimy di
skrin telefon bimbitnya. Berulang kali dia membaca mesej tersebut. Seakan tidak
percaya. Di baca sekali lagi untuk kali entah ke berapa. Sehingga sudah dihafal
dan dihadam setiap baris perkataan dalam mesej tersebut.
‘Adib
ok. She want to meet u! Pls set up the date and place. And sorry aku tercakap
dekat Adib kau ‘gee’. Tapi for your own good jugak aku tipu.’
Hampir
melompat jantungnya membaca mesej dihantar Aimy. Gila ke apa mamat sikit punya
handsome macam aku dia cakap ‘gee’? Okay nanti aku kena jumpa dia settle benda
ni. But now, ada benda lain lebih penting.
“Hmm Adib nak jumpa. Adib nak jumpa. Okay Adib
nak jumpa.” Seperti orang hilang akal dia bercakap sendiri.
Sudah!
Entah apa yang ingin dikatakan Airis sehingga mahu bertemu dengannya. Kalau
pasal kawin kontrak tu memang itu tak diberitahu pun dia boleh agak yang itu
salah satu sebabnya. Tapi mesti ada benda lain jugak yang ingin diberitahu
Airis kepadanya sendiri, kalau tak tak ada maknanya Airis nak jumpa dengan dia.
Tengok jelah hari tu. Macam tak cukup tanah Airis melarikan diri. Tapi salah
dia jugak macam orang gila terus nak serbu anak dara orang. Hilang segala adab
dan profesionalisme! Dia meletakkan telefon bimbitnya kembali. Tidak terus
membalas mesej yang dihantar Aimy.
Qaiser
mengurut janggut sejemputnya itu perlahan. Sedang memikirkan waktu terbaik
untuk bersua muka, bertemu empat mata dengan Adib Airis. Kalau tak cukup
persiapan, silap haribulan boleh cancel angan-angan kawin kontraknya dengan
Airis. Adib Airis Ahmad. Perangainya lain macam. Sekejap dikata okay nanti tak
sampai seminit dua melenting balik. Perlahan-lahan dia bangun dari perbaringan
menuju ke arah almari. Pantas seluar dan t-shirtnya disarungkan ke badan. Tak
senang duduk dibuatnya memikirkan mesej tadi. Tiba-tiba bibirnya menguntum
senyuman. Yes! Dah jumpa penyelesaiannya.
Telefon
bimbitnya laju sahaja dicapai. Inbox messagenya dibuka. Butang reply ditekan.
Jemarinya laju menari diatas keypad telefon bimbit menaip mesej yang bakal
dihantar kepada Aimy.
‘Tomorrow
10am, I will fetch Adib.’
Nak
pikat si anak, haruslah pikat mak ayahnya dulu. Kenapalah aku tak terfikir
benda ni dari dulu? Sepatutnya balik je Malaysia aku terus buat jejak kasih
family Adib ni. Kalau dari dulu buat macam ni agaknya dah selamat si Adib tu
jadi isteri aku. Mungkin masa ni anak dah berderet-deret. Jauh Qaiser berangan
memikirkan kemungkinan jika sejak dulu dia mencari Adib sekeluarga. Encik Ahmad
dan Puan Sofia sendiri mengenali dirinya. Mana tak, dia jenis muka tak tahu
malu bila datang rumah mereka. Selamba badak masuk ikut pintu dapur, ambik
pinggan dan makan nasi tanpa dijemput. Dia memandang ke arah telefon bimbitnya
yang berbunyi minta diangkat. Aimy.
“Assalamualaikum.”
Dia memberi salam kepada pihak disana.
“Waalaikummussalam.
Qaiser kau sure nak datang ambik Adib kat rumah?!” Aimy seakan tidak berpuas
hati dengan mesej yang baru dihantarnya.
“Aku
serius lah. Kenapa?” Qaiser berpura-pura tidak memahami. Sengaja dia bermain
tarik tali.
“Kau
gila? Ingat Adib bagi kau jejak rumah ni? Parents kitorang dah laa tak tahu
menahu perancangan kita.” Geram sungguh dia dengan perangai Qaiser. Sengaja
buat tak faham.
“Siapa
cakap aku nak bagi tahu parents korang pasal idea gila kau dengan Zaid?”
“Then?
Apa masalah kau nak datang ambik Adib dekat rumah? She’s big enough! Boleh
ambik public transport sendiri.” Kalau Qaiser ada didepan matanya saat ini
memang sudah lama dia pintal-pintal kepala Qaiser macam dia pintal hujung
bantalnya.
“Haa
tu lah kau. Kalau aku datang rumah korang, lagi senang dan memudahkan kerja
kita.”
“Maksud?
Eh kau kalau tak cakap straight to the point tak boleh ke? Kelajuan otak aku
tak mampu nak kejar kelajuan otak kau tu.” Aimy sudah mula melepaskan marahnya.
“Chill
laa beb! Macam ni, kalau aku pergi mesti parents korang ingat aku dengan Adib
ada something. Lepas tu mesti diorang terfikir aku boleh dijadikan calon suami
untuk Adib sebab diorang dah lama kenal aku dengan family aku. Faham tak?”
“Kiranya
kau nak berlakon depan parents aku lah ni? Macam tu?” Aimy cuba membuat
kesimpulan berdasarkan penerangan Qaiser.
“Lebih
kurang. So takde lah nampak awkward sangat kalau tetiba aku cakap nak kawin
dengan Adib betul tak?”
“Oooo
okay. Habis aku nak cakap apa dekat Adib ni? Cakap kau nak ambik dia dekat
rumah?”
“Ishhh
itu rosakkan plan namanya. Kalau kau jujur sangat bagi tahu mesti Adib reject
punya! Kau cakap dekat Adib aku nak jumpa dia dalam lunch hour.” Qaiser
menggaru kepalanya. Payah betul nak bagi faham minah sorang ni.
“Lunch
hour? Tadi kata 10am mana satu ni? Kau ni kannnn peninglah aku!”
“Kau
ikut je. Esok pandai-pandailah aku uruskan. Make sure jangan bagi Adib tahu.”
Bukan boleh dipercaya Aimy ni, nanti dari A-Z dia bagi tahu macam kes Fairuz.
Lurus betul!
“Kau
jangan buat kerja gila!” Aimy meragui rancangan Qaiser.
“Ikut
je! Jangan risau. Esok kau tengok je lakonan Romeo Malaysia ni.” Qaiser memberi
janji.
“Kalau
esok apa kita rancang selama ni hancur, sampai lubang cacing aku dengan Zaid
cari kau. Faham?” Tegas amaran yang diberikan.
“Eleh
Zaid takdenya cari aku. Jangan risaulah! Yang penting jangan bocorkan plan ni
dekat Adib. Kalau tak plan A, plan B sampai plan Z semua hancusss.”
“Okay.
Make sure kau rancang betul-betul esok.”
“Yeeee
tau lah mak cik. Aku bukan macam kau siap cop aku ‘gee’ bagai.” Sempat dia
memerli Aimy.
“Ada
sebab okay aku cakap macam tu. Okay lah kalau macam tu. See you tomorrow. Aku
nak sambung skype dengan Zaid. Good night, assalamualaikum.”
“Perlu
ke bagi tahu aku? Waalaikummussalam. Have a nightmare!” Terus panggilan
dimatikan. Terluah gelak jahatnya. Mesti Aimy sedang memaki hamunnya saat ini.
Dia
kembali memikirkan hari esok yang bakal dilalui. Pertama sekali kena ambik hati
parents Airis dengan Aimy. Gasaklah Airis nak marah macam The Hulk sekali pun.
Tapi kalau dah dia muncul secara tiba-tiba, tak kan Airis kejam sangat nak
halaunya balik. Depan mak ayah dia pulak tu. Nampak sangat tak ada adab dan
sopan santunnya. Lepas tu baru bawak Airis keluar.
Hatinya
berdebar menanti esok. Bukan Adib Airis sahaja dia akan jumpa selepas 8 tahun
lamanya dia ikut keluarga ke US. Dia akan bertemu dengan Encik Ahmad dan Puan
Sofia juga. Entah bagaimana penerimaan mereka nanti. InsyaAllah semuanya akan
berjalan lancar, Qaiser! Dia sudah tersenyum sendiri dengan tangannya digenggam
erat.
****
Aimy
mencampakkan telefon bimbitnya ke atas katil. Bantal goleknya ditumbuk sekuat
hati. Sekejap dia menggigit hujung bantal goleknya. Bengang apabila Qaiser
memerlinya lalu terus menamatkan panggilan.
“Eeee
geramnya aku dengan mamat ni! Dasar bakal adik ipar derhaka! Kena daulat aku
baru dia tahu! Geramnya! Geramnya! Boleh kencing manis aku macam ni. Eh darah
tinggi.” Aimy sudah mengomel memikirkan tindakan Qaiser tadi.
Airis
yang baru sahaja masuk ke bilik kakak kembarnya menghantar pandangan pelik.
Entah jin mana masuk dalam badan kakak aku ni? Tiba-tiba cakap sorang-sorang.
Aimy yang sedar akan kehadiran Airis tersenyum malu. Aisey man, kantoi!
“Kau
dah kenapa? Buang tabiat? Ke lupa makan ubat?” Airis berkata sambil belakang
tapak tangannya diletakkan pada dahi kakak kembarnya. Tak panas.
“Aku
okay lah. Ish.” Aimy menepis tangan Airis yang mendarat pada dahinya.
“Okay?
Cakap sorang tu okay lah?”
“Aku
lepas geram je tadi. Eh kau bukan dah keluar ke tadi? Masuk bilik aku tak bagi
salam ni kenapa?” Matanya memandang Airis atas-bawah-atas-bawah.
“Wo!
Dah macam pegawai imigresen scan dekat airport je! Dan sejak bila masuk bila
kau, aku kena mintak permission?” Airis memandang kakaknya. Sah. Kena sampuk.
“Sejak
5 minit yang lepas. Lepas ni nak masuk bilik aku kena ketuk pintu dulu. Aku
bagi masuk, baru kau masuk. Ada faham?”
Memang
kena buat arahan baru berkuatkuasa malam ni! Kalau tak habis! Payah dia nak
memasang plan dengan Qaiser kalau adiknya itu main aci redah biliknya. Tak ke
haru kalau adiknya itu dengar segala perbualannya dengan Qaiser. Wo! Bahaya!
Memang habis kena pancung empat belas juta kali.
“Yang
kau terhangguk tergeleng kepala ni kenapa? Yelah lepas ni aku ketuk sampai
redah pintu bilik kau. 21 tahun hidup bersama baru nak buat arahan luar alam.
Haih.”
Aimy
berpura-pura tak mendengar. Malas melayan bebelan Mak Murai. Aimy memandang
adiknya yang terjenguk kiri kanan dari tadi. Meliar ke seluruh pelosok
biliknya. Seperti mencari sesuatu.
“Hah
yang kau masuk bilik aku kenapa? Lepas tu macam pegawai JAIS tengok bilik aku!
Jangan risau aku tak simpan Zaid dalam bilik ni. Aku belum gersang lagi.” Aimy
sudah bangun bercekak pinggang.
“Ish.
Aku cari handphone aku lah. Entah mana aku letak. Cuba kau miss call. Rasanya
aku bawak masuk dalam bilik kau tadi.” Airis sudah berbaring ala tentera di
atas lantai mencari handphonenya.
“Kejap.
Kau tak silent kan?” Aimy mencapai hanphonenya lalu didail nombor Airis.
Kedengaran
lagu Monster sayup-sayup dari bawah katil. Laju tangan Airis mencapai
handphonenya. Lega. Jumpa jugak akhirnya.
“Macam
mana boleh jatuh bawah katil? Kita sembang bawah katil ke tadi?” Airis bertanya
soalan bodoh.
Aimy
hanya mampu tersengih bak kerang busuk. Mesti kes dia bertinju bantal golek.
Handphone Airis jadi mangsa sampai terjatuh bawah katil. Tapi salah Airis jugak
letak merata. Baru 21 tahun ingatan tak kuat.
“Eh
yang kau tercegat dekat sini lagi buat apa? Tak reti nak keluar?” Aimy
memandang Airis yang masih tercegat didalam biliknya. Menilik handphone
ditangan takut ada yang rosak.
“Bisinglah
kau! Nak keluar lah ni. Kecoh. Lain kali pagar bilik kau dengan kawat duri.
Biar semua tak boleh masuk.” Airis berlalu keluar dari bilik tersebut dengan
kaki sengaja dihentakkan tanda protes.
“Fuh
lega. Mintak-mintak dia tak dengar apa aku cakap dengan Qaiser tadi.” Aimy
mengurut dadanya tanda kelegaan.
No comments:
Post a Comment