Monday, 22 October 2012

#1 Kisah Kentang Dan Sebuah Kemaafan





-Seorang guru  bercadang membuat satu permainan  untuk anak muridnya

Guru tersebut meminta setiap muridnya membawa satu beg plastik berisi kentang. Setiap kentang mewakili satu nama yang dibenci oleh anak muridnya dan jumlah kentang bergantung kepada seberapa ramai orang yang mereka benci.


Hari yang dinanti tiba, dan semua murid masing-masing membawa plastik yang berisi kentang bersama nama yang mereka benci seperti yang diarahkan. Ada yang mengandungi 3 biji kentang dan ada juga sehingga 5 biji kentang.

Guru tersebut meminta semua muridnya membawa plastik berisi kentang tersebut ke mana sahaja mereka pergi (mahupun ke tandas) selama seminggu.


Hari berganti hari, dan mereka mula merungut bau busuk yang dikeluarkan oleh kentang yang sudah busuk  tersebut. Bagi yang mempunyai 5 kentang, plastic tersebut semakin memberat. Selepas seminggu, mereka semua lega kerana permainan tersebut sudah tamat.


Guru tersebut bertanya:

 “bagaimana perasaan kamu apabila membawa kentang tersebut selama seminggu?”

Murid-murid tersebut berkongsi tentang masalah yang mereka terpaksa lalui seperti membawa beg pastik yang berat dan kentang yang berbau kemana sahaja mereka pergi.

Guru tersebut pun memberitahu makna yang tersembunyi disebalik permainan tersebut. 

“Ini adalah situasi yang sama dimana kamu membawa perasaan benci terhadap seseorang di dalam hati kamu”


Perasaan benci akan menguasai hati kamu dan kamu akan membawa ia kemana sahaja kamu pergi. Jika kamu tidak boleh menerima bau dari kentang busuk tersebut, cuba kamu bayangkan bagaimana kamu mampu membawa perasaan benci didalam hati kamu sepanjang hidup? 

*************

"Throw away any hatred for anyone from your heart so that you will not carry sins for a lifetime. Forgiving others is the best attitude to take. "Learn to Forgive and Forget." 







No comments: