Sunday, 21 October 2012

6| Suamiku Gee


6 oleh: faizah fyn



Airis berjalan perlahan menuju ke arah katil. Aimy yang menyedari kehadiran adiknya segera menamatkan panggilan video di skype. Pasti ada yang tidak kena. Kalau tidak wajah Airis tidak akan muram sebegitu.

“Kau dari mana?” Aimy bertanya apabila Airis kelihatan seperti berada diawangan.

“Hah?”

“Kau tu dari mana? Muncung semacam. Ini mesti pergi bilik Abah minta duit tapi Abah tak bagi.” Aimy cuba menembak penyebab adiknya berkeadaan begitu.

“Mana ada.”

“Kalau kau nak, kau pinjamlah duit aku dulu.” Aimy sudah mengeluarkan pursenya dari dalam bag yang berada di atas kerusi.

Airis mengeluh keras sehingga didengari kakaknya. Baiknya kakak, tapi aku tak pernah nampak dan faham keadaan yang kakak hadapi sekarang. Pentingkan diri ke aku ni? Abah dengan mama pun buat semua ni untuk kebahagiaan dan masa depan aku. Semua sayangkan aku, tapi aku tak cuba untuk berkongsi sedikit sayang tu untuk mereka semua. Matanya bersatu dengan mata kakaknya. Air mata yang tadinya sudah kering kembali menitis.

“Dibbbb kau kenapa? Janganlah nangis, cuak aku tengok kau macam ni. Takde angin takde ribut tetiba nangis.” Aimy sudah bergerak kesisinya.

“Kak, kau betul nak kawin dengan Abang Zaid?” Dari banyak-banyak soalan dimuka bumi, soalan itu dia ajukan.

“Dib, sebab aku dengan Abang Zaid ke kau nangis? Kalau kau tak nak kawin, aku tak paksa.”

“Jawab soalan aku dulu. Kau betul nak kawin ni?” Sekali lagi dia meminta kepastian.

Perlahan Aimy menganggukkan kepalanya. Memang dia ingin berkahwin dengan Zaid. Lelaki yang sekian lama bertakhta di hati dia. Kalau dia hanya main-main, takkan sejauh ini dia berusaha untuk meyakinkan Abah.

“Tapi kalau kau still tak boleh lupa apa yang Fairuz buat dulu, aku tak paksa. Aku pun tak nak rosakkan masa depan adik aku sendiri.”

“Jangan sebut nama dia!” Airis memberi amaran yang bercampur dengan getaran suaranya menahan marah.

Fairuz. Nama yang cukup dia benci! Nama yang seboleh mungkin untuk dia lenyapkan dari memorinya. Sudah lama nama itu cuba dia elak dari diungkitkan. Cukup hanya sekali dia jelaskan perihal Fairuz untuk buat pertama dan terakhir kalinya kepada Abah, Mama dan kakak kembarnya. Dia tidak mahu nama itu dibangkitkan lagi.

“Sorry. Kalau betul aku nak kawin dengan Zaid, kau sanggup nak kawin?” Giliran Aimy pula bertanya. Menyesal membangkitkan perihal Fairuz.

“Aku sanggup, kalau itu boleh bahagiakan kau, Abah dengan mama. Tapi kau tahu kan aku..”

“Kau takde calon?” Terus terang Aimy bertanya.

Aimy tersenyum melihat adiknya menganggukkan kepala tanda mengiakan. Perjanjian dia dengan Qaiser! Mungkin ini masa yang terbaik untuk dia beritahu rancangan yang sekian lama dia dan Qaiser fikirkan.

“Aku ada calon. Tapi aku tak tahu sama ada kau nak terima atau pun tak.”

“Siapa?”

“QAISER.”

“Qqqq Qaiser? Are you mad?!” Sebanyak-banyak lelaki di muka bumi ni, kenapa lelaki yang satu itu juga dipetiknya?

“No. I’m not! I already talk about this with him. Seems like he like you too my dear. Well as a friend. Why don’t you guys give it a try?” Aimy cuba meyakinkan.

“GIVE IT A TRY? This is about my life. What if I end up as a ‘janda’? That’s scary!”

“You and me know him well, don’t we? Inside and outside. Lagi pun korang kawin kontrak jelah. Just sedapkan hati Abah dengan Mama.”

“Contract? Lepas tu habis contract dia ceraikan aku? Macam mana kalau dalam tempoh perkahwinan tu dia buat apa-apa dekat aku?”

“Alaa dia tu Gee lah Dib!” Pantas Aimy menutup mulutnya. Gee? Kenapa tiba-tiba aku cakap macam ni?

“Gee?” Airis memandang kakaknya. Gee? Gee gee baby or G yang ‘G’?

“Yup! Dia ‘gee’. Confirm dia tak akan buat apa-apa dekat kau.” Alang-alang terlepas cakap, teruskan jelah! Jangan Qaiser marah dah laa yang dia menipu.

“Serious? Kenapa selama ni aku tak tahu pun.” Airis seperti berjauh hati. Sepanjang kenal Qaiser lelaki tu takde pun tunjuk cirri-ciri ‘gee’ tu.

“Itu tak penting. Yang penting kau tahu kan dia ‘gee’ so kau selamatlah dengan dia.”

“ Tapi kalau betul he’s a ‘gee’. Kalau aku tersuka dia macam mana? Dia tak boleh suka aku balik kan?” Kemungkinan yang satu itu buat dia takut untuk mencuba perkahwinan yang dicadangkan kakaknya itu.

“Jodoh itu semua dah tertulis Dib. Siapa tahu, one day Allah buka pintu hati dia untuk kembali kepada fitrah sebuah hubungan yang sebenar. Kalau korang suka sama suka, korang boleh teruskan perkahwinan ni. At least kau kenal dia, dari Mama atau Abah pilih calon entah mana-mana kau nak?” Bersungguh-sungguh dia cuba meyakinkan.

“Hmm aku tau tu. Aku pun tak nak Abah dengan Mama carikan. Tapi betul kau ada cakap benda ni dengan dia? Nanti aku terhegeh cakap sudi kawin kontrak dengan dia tapi dia tak ingin pun dengan aku.”

“Yup! Aku ingat sebijik sebijik our conversation on that day.”

****

“Pleaseeeee kesian lah kat Zaid sahabat dunia akhirat kau tu.”

“Kesian dekat Zaid ke dekat kau sebenarnya ni?”

“Errr dua-dua haha.”

Qaiser terdiam. Di sudut kiri itu sungguh ia berdegup 240km/j saat memandang wajah Adib Airis. Di satu sudut lagi berada di right upper quadrant of abdominal cavity below the diaphragm yang mana terletak hatinya, sudah lama terpahat kukuh nama itu.

“Well, Adib Airis. She is my bestfriend who keeps me on my feet and my brain straight. Who slap me back to reality. Kau tahu macam mana aku dulu kan?” Qaiser menghela nafas.

“Then?” Aimy masih mahu dia meneruskan kata-katanya.

“I don’t think I’m ever going to lose her. We’re already family. No need to make it even more official.” Dia menguis straw di dalam gelas yang sudah kosong. Seperti mencari jawapan dalam kata-katanya sendiri.

“Qaiser, memang aku tak nafikan family kau family kitorang rapat. Aku tahu macam mana baiknya kau dengan Adib. Everyone will be happy in the end kalau korang kawin.”

“EVERYONE? Do you think Adib will be happy with this ‘marriage’? I don’t think so.”

“Yes. She will. She needs someone who can take care of her. Someone who loves her. Sampai bila kita semua nak tengok Adib macam tu?”

“Macam tu? Maksud kau?”

“Fairuz?” Aimy mengerutkan dahinya. Tak kan lupa kot Qaiser ni.

“Ahah and now apa kaitan dengan mamat nama Fairuz? Ada yang aku tak tau ke sepanjang aku dekat US?” Qaiser senyum senget.

“God! Aku lupa.” Macam mana boleh terlupa ni? Aimy menggigit bibir bawahnya.

Sungguh dia lupa. Bukan sengaja dia mahu mengungkit sejarah Adib Airis yang satu itu. Sejarah yang sudah dilipat rapi dan disimpan jauh. Cukup hanya mereka sekeluarga yang tahu. Tapi sekarang dia hampir membocorkan rahsia itu. Dia sudah membuka sedikit pintu yang menutup sejarah adik kembarnya.

“It’s okay kalau kau tak nak cakap sekarang pasal mamat tu. Sooner or later kau kena beritahu jugak kaitan mamat tu dengan my future wife.” Sengaja dia tekankan perkataan future wife.

Aimy hanya tersengih sambil mengangguk kepalanya. Mati aku! Apa aku nak jawab dengan Airis kalau dia tahu pasal ni? Mesti dia tolak mentah-mentah nak kawin dengan Qaiser. Especially bila Qaiser tahu sejarah dia.

“Tapi betul aku tak nak kehilangan Adib. Macam mana kalau aku dengan dia kawin, kitorang tak boleh jadi macam dulu? Tak boleh bergurau, tak boleh cakap macam biasa dan paling penting aku tak nak kehilangan kawan baik aku.”

“InsyaAllah tak ada apa yang akan berubah. Korang still best friend forever cuma ada tambah lagi satu pangkat iaitu husband and wife.”

“Adib okay ke?”

Itu yang paling merisaukan dia. Dia memanglah okay sebab dia suka Adib Airis. Tapi si cantik manis, si garang singa, si manja kucing Airis tu okay atau tidak dengan dia?

****
Panjang lebar Aimy menceritakan kembali perbualan antara dia dengan Qaiser. Cuma tidak sepenuhnya dia ceritakan. Tentang Qaiser sebenarnya bukan gee, Qaiser menyukai dia dalam diam sejak mereka kecil dan paling penting tentang Fairuz! Memang menempah maut kalau dia beritahu Airis tentang dia hampir membocorkan tentang hal itu kepada Qaiser.

“Hmmm kira dia dah okay. Aku yang tak berapa okay boleh dicuba untuk okay kan.”

“Kira kau setuju lah ni?” Aimy sudah tersenyum gembira.

“Wait! I will agree but with one condition.” Senyum di bibir Aimy mati. Sudah. Main syarat bagai pulak dah adik aku ni.

“Hmm apa? Make sure bukan yang pelik-pelik.”

“Aku just nak jumpa Qaiser sebelum kita cakap benda ni officially dengan Abah and Mama.”

“Oh boleh sangat!” Fuh lega. Kalau jumpa memang Qaiser pun ada cakap nak jumpa dengan Airis terlebih dahulu.

“Aku nak jumpa dia as soon as possible. Sem break pun dah tak lama ni. Nanti aku dekat ceruk hutan dia pulak dekat sini macam mana nak jumpa.” Airis mengingatkan kakaknya.

“Amboi tak sabar jumpa bakal suami nampak.”

Airis sudah menghantar jelingan maut. Nanti ada jugak yang mati kena cekik dengan aku. Lepas tu esok masuk paper muka depan, terpampang muka dia yang sedang pakai baju tidur gambar strawberry shortcake! Aimy mengangkat tabik hormat memohon maaf.

“Tau pun takut.” Airis tersenyum kemenangan.

“Nanti aku cakap dengan Qaiser then set up korang punya date. Eh silap perjumpaan.”

“Date date. Sekeh jugak kepala tu. So nanti kau inform aku. Eh dah laa aku nak tidur.” Airis sudah bangun dari duduknya.

“Tidur ke blogging? Bukan boleh percaya kau tu.”

“Diamlah!”

Aimy tersenyum kelegaan melihat Airis yang sudah keluar dari biliknya. Alhamdulillah selesai satu masalah. Airis dah Berjaya diyakinkan. Langkah kedua sekarang adalah pertemukan Qaiser dan adiknya itu. Langkah terakhir adalah beritahu kepada Abah dan Mama dan insyaAllah apa yang dia dan Zaid mahukan akan tercapai. Tangannya mencapai telefon bimbit. Pantas jemari menaip mesej.

‘Adib ok. She want to meet u! Pls set up the date and place. And sorry aku tercakap dekat Adib kau ‘gee’. Tapi for your own good jugak aku tipu.’

Message sent. Hanya menanti pihak disana membalas mesejnya. Janganlah Qaiser marah pasal aku cakap dia ‘gee’ tu.



No comments: