5 oleh: faizah fyn
Puan
Sofia menolak pintu bilik. Suaminya sedang duduk di meja. Tekun menghadap
kerjanya. Encik Ahmad menoleh sedikit, sedar dirinya diperhatikan. Matanya
kembali menatap PC yang sedia terbuka.
“Awak
nak cakap pasal Aimy ke?” Encik Ahmad bersuara, mata masih melekap pada PC.
“Puas
hati awak? Tengok Aimy macam tu.”
“Saya
buat semua tu untuk kebaikan kita sekeluarga. Kita ni entah berapa lama lagi
boleh hidup. Sekurang-kurangnya Aimy dah ada Zaid. Tapi Adib? Adib pun anak
kita Sofia.”
“Oh
Airis jelah anak awak? Awak tahu apa Aimy cakap dekat saya hari tu?”
“Apa
dia? Dia nak kawin lari?”
“Encik
Ahmad tolong serius. Aimy cakap dia pun anak awak, tapi kenapa awak tak cuba
faham apa yang dia nak?”
Encik
Ahmad terdiam. Dia tidak menyangka Aimy berjauh hati sampai begitu sekali. Tapi
dia juga kena memikirkan masa depan Airis.
“Awak
yang didik Airis macam tu. Jadi awak jangan kaitkan Aimy dalam hal Airis. Kalau
betul awak nak mereka berdua kawin juga serentak, awak carilah mana-mana calon.”
Puan Sofia memutuskan.
“Jadi
awak nak tolak segala masalah yang jadi tu dekat saya lah?” Memang dia sedar
silap dia tapi tak kan semua masalah yang ada sekarang dia kena tanggung
sendirian.
“Habis
apa lagi pilihan yang kita ada? Anak kita tak lama lagi habis belajar. Zaid tu
entah dekat tempat mana nanti dia kerja kita mana tahu.”
“Kalau
ada jodoh Aimy dengan Zaid, takkan kemana Sofia. Tak lari mana gunung tu
dikejar.”
“Saya
kesian dekat Aimy tu.”
“Awak
ingat saya tak sedih tengok Aimy? Aimy tu pun anak saya Sofia. Saya sedar salah
saya didik Airis macam tu. Saya yang nak sangat anak lelaki.”
“Jadi
awak salahkan saya? Tak lahirkan anak lelaki untuk awak?” Perlahan baris ayat
itu dituturkan.
Encik
Ahmad memandang wajah sayu isterinya. Lantas dia bangun dari kerusi menuju ke
arah katil. Bahu isterinya dipeluk kejap. Melukakan hati isterinya adalah satu
perkara yang dia cuba untuk elakkan.
“Sofia,
saya tak pernah salahkan awak. Ini semua qada dan qadar Allah. Aimy dengan Adib
dah cukup bahagiakan saya. Saya tahu awak pun tak nak semua ni terjadi kan?”
Selepas
melahirkan Aimy dan Airis memang dia dan isteri cuba untuk mendapatkan anak
lagi. Tapi sampai sekarang tiada rezeki mereka. Hampir 3 tahun mereka menunggu kehadiran
Aimy dan Airis selepas kehilangan anak pertama mereka. Adib Aiman. Anak mereka yang
meninggal dunia pada usia 3 tahun akibat kemalangan.
“Saya
rindu Aiman.” Air mata Puan Sofia menitis saat nama itu dia ungkapkan.
“Sofia,
Allah lebih sayangkan Aiman. Ingat tu.” Rambut isterinya dielus perlahan. Sebak
didada memang tak mampu untuk disorok lagi.
Dia
juga rindukan gelak tawa Aiman. Tapi Allah hanya pinjamkan Aiman untuk mereka
hanya 2 tahun. Masa yang terlalu sekejap buat mereka berdua. Masih terbayang
saat pertama kali dia mendukung Aiman, dikucup ubun-ubun Aiman penuh rasa
kasih. Anak pertama. Memang segala perasaan kasih dan sayang dicurahkan kepada
Aiman.
Tapi
siapa mampu menghalang takdir Illahi. Petang itu. Cuaca redup membuatkan dia
dan isterinya bercadang untuk minum petang di halaman rumah. Aiman dibiarkan
bermain bola sendirian. Pantas sekali kejadian tersebut berlaku.
Bola
kepunyaan Aiman bergolek ke luar pagar. Dia langsung tak menyedari yang Aiman
berjalan ingin mengambil bola sebelum dia dan isteri mendengar bunyi dentuman
dari luar pagar. Aiman sudah terbaring di atas jalan. Pemandu kereta tersebut
hanya mampu meminta maaf. Tapi Aiman disahkan meninggal dunia sebaik tiba
dihospital. Aiman mengalami pendarahan yang teruk. Kehilangan Aiman memang
cukup dirasai mereka berdua.
3
tahun mereka berusaha mendapatkan zuriat. Dalam masa 3 tahun itu juga dia
menyibukkan diri dengan urusan kerja. Memang dia sedar dia mengabaikan perasaan
isterinya. Isterinya seboleh mungkin tidak mengungkit mengenai Aiman. Sehingga
hari ini, nama itu kembali dibangkitkan.
“Saya
minta maaf, saya abaikan perasaan awak. Saya cuma fikirkan kesedihan saya bila
hilang satu-satunya anak lelaki saya.” Isterinya dipeluk erat.
“Saya
tahu awak sayangkan Aiman. Tapi saya mohon jangan jadikan Airis pengganti
Aiman. Lambat laun Airis akan kembali kepada fitrah sebenar seorang perempuan.”
“Saya
tahu. InsyaAllah saya akan cuba yakinkan Adib.”
Puan
Sofia mengangkat wajahnya. Mencari kepastian disebalik wajah suaminya. Senyuman
yang terukir dibibir suaminya membuatkan dia menarik nafas lega.
****
Airis
yang sejak tadi berdiri di sebalik dinding mengesat air mata yang membasahi
pipinya. Dia sayangkan Abahnya. Dia tahu Abahnya cukup sayangkan Aiman. Abang
kandung yang tidak pernah langsung dia kenali. Hanya gambar menjadi tanda
sebuah hubungan antara adik dan abang. Dia berpakaian seperti lelaki malah
kelakuannya tak ubah seperti lelaki. Dia tahu Abahnya mahukan anak lelaki dan
dia sanggup untuk mengisi tempat tersebut.
Pernah
dia melihat Abah duduk bersendirian di dalam library kecil milik Abah. Perlahan
dia mendekati Abah. Abah terlena dengan gambar yang elok berbingkai melekap
didadanya. Kelihatan gambar seorang kanak-kanak lelaki tersenyum riang. Sejak
hari itu dia berjanji untuk bahagiakan Abahnya. Keinginan Abahnya dia turuti.
Malah sehingga lewat pagi dia sanggup menemani Abah menonton perlawanan bola.
Tapi
itu 14 tahun dahulu. Sekarang Abah mengharapkan dia untuk berkahwin. Punya
keluarga sendiri. Maafkan Airis Abah! Permintaan Abah yang satu itu, Airis tak
mampu nak tunaikan. Cukup sakit untuk Airis lupakan kenangan tu. Airis tak nak
lalui kenangan yang sama sekali lagi.
No comments:
Post a Comment