4 oleh: faizah fyn
Airis
bingkas bangun dari duduknya. Memang mereka sekeluarga akan solat berjemaah
jika abahnya ada dirumah. Sejak kecil lagi abah mereka dah terapkan dalam
keluarga mereka untuk solat berjemaah.
Aimy
mengambil handphonenya yang terletak di sebelah bantalnya. Yakin yang adiknya
sudah tiada dia mendail nombor telefon Qaiser. Lama dia menunggu tapi
panggilannya tak bersambut.
“Haih…
mana pulak mamat ni pergi?” Aimy mula merungut.
Aimy
meletakkan kembali handphonenya. Dia berkira mahu menelefon Qaiser malam nanti.
Dia bingkas bangun lalu mencapai tuala yang disangkut pada kerusi. Dia mahu
segera mandi dan bersiap untuk menunaikan solat berjemaah nanti.
“Eh
aku mana boleh solat.” Aimy tersengih bila memikirkan yang dia masih belum
mandi wajib.
Aimy
berkira mahu mandi kemudian turun ke bawah menunggu mereka yang lain selesai
menunaikan solat Maghrib. Usai solat berjemaah mereka sekeluarga makan malam bersama. Menu malam itu memang
istimewa kerana Encik Ahmad ada dirumah. Walaupun Encik Ahmad jarang berada
dirumah tapi hubungan suami isteri antara Encik Ahmad dan Puan Sofia tetap
utuh. Mungkin masakan Puan Sofia yang membuatkan Encik Ahmad masih setia dengan
isterinya itu.
“Universiti
okey Aimy, Adib?” Encik Ahmad memulakan perbualan.
Aimy
hanya menganggukkan kepalanya sedikit. Mahu membalas tapi mulutnya penuh dengan
nasi. ‘Kelas okey, pasal Zaid je tak okey’ kata-kata itu hanya mampu diluahkan
didalam hati. Tak tahu mahu dimulakan dari mana. Bimbang tersalah cakap,
Abahnya melenting. Memang Abahnya sporting tapi kalau tak kena cara mahu kena
marah free.
“Adib?”
Encik Ahmad memandang anaknya yang satu itu.
“Uhmm
ba banyak assignment.” Tersekat-sekat Airis menjawab.
“Ish!
Kunyah bagi habis dulu nasi dalam mulut tu.” Encik Ahmad menggelengkan
kepalanya.
“Anak
jantan kan bah.” Selamba Airis menjawab.
“Airis”
Perlahan tapi tegas suara Puan Sofia. Pantang baginya bila Airis berkata
begitu.
Puan
Sofia menjeling ke arah suaminya. Encik Ahmad berpura-pura tidak Nampak jelingan
mata isterinya. Dia sedar dia banyak mendidik Airis seperti lelaki. Airis yang
sedar akan kata-katanya hanya terdiam. Alamak! Mulut ni takde filter langsung!
“Abah,
Mama..Aimy ada benda nak cakap.” Perlahan Aimy bersuara.
Encik
Ahmad memandang isterinya. Matanya seakan bertanya ada apa? Aimy memang rapat
dengan isterinya berbanding Airis. Kalau ada apa-apa masalah pasti Aimy akan
merujuk isterinya terlebih dahulu. Berbeza dengan Airis yang lebih senang
berkongsi dengannya. Walau sesibuk mana dia bekerja pasti akan diluangkan
sedikit masa untuk Airis.
“Ada
apa Aimy?”
“Errr
pasal Zaid.” Semakin perlahan suara Aimy bertanya. Ahh mati aku!
Airis
memandang kakaknya. Kakak aku ni gila ke apa! Masa ni nak cakap pasal Zaid.
Abah dah laa pantang kalau cakap bab Zaid tu. Bukan Abah je pantang, aku ni dua
tiga ribu juta kali pantang bila benda tu dibangkitkan. Sebabnya permasalahan
kakaknya yang satu itu pasti akan dikaitkan dengan dia. Alahai kakak aku ni.
Aku dah laa stress dengan study ini mahu tak stress bila Abah cakap pasal kawin.
Airis membebel didalam hatinya.
“Abah
tak nak cakap pasal tu. Nanti kita bincang.” Encik Ahmad bangun menuju ke
sinki. Tangannya dibasuh sebelum keluar dari ruangan dapur.
Suasana
sunyi. Aimy menguis nasi yang masih berbaki didalam pinggan. Tangannya sudah
mencapai pinggan mahu menuju ke sinki. Seleranya mati.
“Aimy
duduk. Habiskan nasi tu. Jangan ikut perangai Abah.” Tegas suara Puan Sofia.
Aimy
tidak jadi bangun. Airis memandang mama dan kakaknya bersilih ganti. Puan Sofia
masih meneruskan suapannya. Dia tidak tahu bagaimana mahu melembutkan hati suaminya
itu. Keluarga mereka bukan tidak kenal dengan Zaid tapi kerana satu hal itu
menyebabkan hubungan yang boleh dirapatkan lagi itu tidak dapat dilaksanakan.
Adib Airis. Syarat yang dari dulu ditetapkan suaminya. Bukan Aimy tidak pernah
bersuara tentang Zaid kepadanya tapi suaminya itu yang degil. Mahu Aimy dan
Airis berkahwin serentak! Masih dia ingat perbualan antara dia dan Aimy beberapa
hari yang lepas.
******
“Ma,boleh
Aimy masuk?” Aimy bertanya sambil pintu dikuak.
Kelihatan
mamanya sedang duduk di atas katil sambil membelek majalah Wanita. Memang dari
dulu hobi mamanya adalah membaca. Sudah banyak koleksi majalah dalam simpanan
mamanya. Puan Sofia menganggukkan kepalanya sedikit tanda mengizinkan. Aimy
berjalan menuju ke arah katil. Punggungnya dilabuhkan disisi katil. Perlahan
keluhan dilepaskan.’
“Ada
apa Aimy? Macam ada masalah je?” Puan Sofia mengelus rambut Aimy yang panjang
mengurai. Jauh berbeza dengan Adib yang lebih selesa berambut pendek.
“Pasal
Zaid.” Wajah kelam Aimy dipandang lama.
“Aimy
tahu kan syarat Abah? Mama tak boleh buat apa. Aimy cakap dengan Zaid tak pasal
tu?”
“Kenapa
mesti Abah tetapkan syarat tu? Aimy pun anak Abah. Aimy pun nak bahagia jugak.”
Aimy sudah menahan sebak didadanya.
“Aimy..jangan
cakap macam tu. Abah nak berlaku adil sebab tu Abah buat macam tu. Kalau Aimy
seorang je kawin tapi Airis sampai tua hidup sorang macam mana? Mana tahu umur
mama dengan Abah tak panjang.” Panjang lebar Puan Sofia menjelaskan.
“Tapi
Zaid dah banyak kali tanya. Kitorang dah kenal lama ma. Sejak dari semester 1.
Mama dengan Abah pun dah pernah jumpa Zaid kan?”
“Mama
tahu. Abah pun suka perangai Zaid tu. Tapi syarat tetap syarat.”
“Habis
mama dengan Abah nak Aimy buat apa? Tunggu lagi 30 tahun baru kawin dengan
Zaid? Aimy boleh tunggu tapi Zaid?”
“Macam
Abah pernah cakap. Kalau Zaid betul-betul sayang Aimy mesti dia sanggup tunggu.
Lagi pun kamu tu baru 21 tahun. Panjang lagi perjalanan tu.”
“Memang
Aimy muda lagi ma. Tapi apa salahnya kawin awal? Mengelakkan benda yang tak
baik dari berlaku ma.” Aimy masih cuba meyakinkan.
“Benda
tak baik? Mama kenal anak mama. Anak mama akan jaga maruah diri dengan baik.
Atau Aimy tak percaya dengan Zaid?”
“Aimy
percaya ma. Tapi” Kata-katanya terhenti. Tidak tahu apa lagi yang boleh
diperkatakan untuk meyakinkan mama dan abahnya.
“Aimy
doa banyak-banyak. Mohon Allah bukakan hati Abah. InsyaAllah. Allah itu Maha
Mendengar.”
“Tapi
nanti Zaid dah habis degree mesti dia dah kerja. Nanti Aimy study tempat lain,
dia kerja tempat lain. At least kalau kawin Zaid mesti cari kerja dekat dengan
tempat Aimy nak study.”
“Hmm
nantilah mama cuba slow talk dengan Abah ok? Yang penting mama nak Aimy focus study
dulu. Dah final year kan.” Lembut suara Puan Sofia memujuk anaknya.
“Okay.
Promise ma?”
“Promise.”
****
Tapi
siapa sangka hari ini Aimy sendiri membuka mulut. Mahu berbincang mengenai hal
tersebut dengan Abahnya. Selama ini dia cuba meyakinkan suaminya tapi tak
berhasil.
“Aimy
dah siap makan.”
Puan
Sofia hanya memandang Aimy yang bangun dari duduknya. Setelah bayangan Aimy
hilang dari pandangan Puan Sofia bersuara.
“Airis,
mama tanya sikit boleh?”
“Tanyalah
ma.” Airis sudah dapat mengagak apa yang ingin ditanya mamanya.
“Airis
tak ada sesiapa ke? Airis tahu kan pasal kakak dengan Zaid.”
“Tak
ada ma. Mama tahu kan Airis tak suka benda-benda ni. Abah tu yang degil sangat.”
“Kalau
Airis saying kakak, mama dengan abah. Mama nak Airis fikir balik benda ni
semua. Boleh sayang?”
“InsyaAllah
ma. Tapi Airis tak janji apa-apa.”
“Mana
tahu kalau Airis kawin, terbuka hati Airis nak terima lelaki. Benda yang jadi
dulu tu Airis cuba lupakan. Tak boleh selamanya hidup dalam kenangan.”
“Ma,
please jangan cakap pasal benda tu lagi.”
Kenangan
yang membuatkan dia sakit hati, benci dengan lelaki. Kenangan yang cuba dia
lupakan tapi makin dilupakan makin sebati dalam diri dia. Fairuz! Ah lelaki tu.
Entah di dunia mana dia tercampak.
“Kalau
Airis susah sangat nak cari calon, kawan mama ramai ada anak lelaki.”
“Ma!”
Sungguh dia tak mahu dikahwinkan atau dijodohkan dengan sesiapa.
“Mama
serius ni. Airis fikirkanlah.”
No comments:
Post a Comment