3 oleh: faizah fyn
Airis hanya
menggelengkan kepalanya melihat kakak kembarnya masih terbongkang diatas katil.
Penat sangat ke minah sekor ni? Tahu lah semalam dia stay up sebab nak siapkan
assignment tapi berpada jugaklah nak qada tidur pun.
Pap! Satu tamparan
hinggap pada paha kakak kembarnya. Aimy yang sedang lena diulit mimpi terus
terjaga. Pandangan matanya tajam menikam ke wajah Airis yang sedang ketawa
mengekek. Dia paling pantang bila tidurnya diganggu.
“Kau gelak Dib. Nahas
kau nanti.” Aimy membuat ugutan berani matinya.
“Woo chill laa kak.
Yang kau pun satu matahari dah nak terbenam pun tidur lagi. Orang tua cakap
senja macam ni tak elok tidur.” Airis teringat kembali kata-kata nenek mereka
semasa dikampung dahulu.
“Baik nenek tua. Eh kau
dari mana ni?” Aimy yang masih terpisat-pisat membelek barang yang dibawa balik
Airis.
“Sunway. Teman Amina
beli barang lepas tu aku belilah sneakers baru. Eh bukan aku dah cakap dekat
kau ke semalam yang aku nak keluar?” Jelas Airis sambil mengambil kembali
sneakersnya dari tangan Aimy. Baru beli siapa tak sayang beb!
“Aku lupa. Eh kau ni kekedutlah!
Aku belek je pun. Abah dah balik ke? Akak rasa tadi macam mama masuk bilik
cakap Abah balik.” Dia tidak pasti sama ada kenyataan atau mimpi masa dia tidur
tadi.
“Aah Abah balik. Tu ada
kat bawah tengah dating dengan mama. Kak kau nak dengar story tak?” Airis
berkira-kira mahu bercerita tentang lelaki yang mengejarnya tadi.
“Apa? Kau jumpa mamat
tough macam Jong Kook ke?” Bukan dia tak tahu adik kembarnya tu memang gila
dengan permanent members Running Man tu. Celah mana handsome pun dia tak tahu. Handsome lagi Zaid.
“Kalau tough macam Jong
Kook aku tak lari. Aku kejar dia balik. Eh sebelum tu aku nak tanya. Kau solat
belum ni? Tidur kemain lama.”
“Aku bendera jepunlah.
Kalau boleh solat takde maknanya aku tidur lama macam ni.”
“Oh okay. Haa tadi aku kena kejar
dengan mamat mana entah. Lintang pukang aku dengan Amina lari. Tak gila pulak
tengah tempat awam macam tu dia jerit nama aku sambil kejar. Aku rasa dia stalk
aku lah.” Bersungguh-sungguh Airis bercerita siap dengan pakej memek muka lagi.
“Oh aku tau dah.”
Pendek jawapan Aimy seperti tak berminat.
“Kau tahu? Kau agaklah
kak nak menipu pun. Tau lah kau kembar aku takkan aku kena kejar tadi kau boleh
tau. Nampak benor nipunya.” Airis kurang yakin dengan jawapan kakaknya.
“Oh well, aku yang
suruh dia jumpa kau.” Aimy menanti reaksi daripada Airis.
“Uhuh maksud?” Airis
masih belum dapat menangkap duduk perkara sebenar.
Takkan kakak dia ni
kejam sangat sampai nak upah orang suruh kejar dia. Dia ada buat salah ke
sampai kakak kembarnya bertindak sebegitu. Seingat dia kesalahan paling besar
dia buat pun masa mereka masih di tadika. Patung Barbie kakaknya dia humban ke
dalam longkang belakang rumah. Alasannya sebab dia ngeri tengok mata anak
patung tu boleh berkelip. Tapi takkan sebab tu kot?
“Kau tak ingat ke dia
siapa?” Aimy masih mahu berteka-teki dengan adiknya. Seronok dia melihat muka
blur adiknya tu.
“Tak. Aku kenal dia
ke?” Berkerut dahi Airis cuba mengingati dimana dia jumpa lelaki tersebut.
“Qaiser.” Sepatah nama
terbit dari bibir Aimy.
“Qaiser? Anak Mak Cik
Tipah?” Seingat dia hanya seorang Qaiser yang dia kenal.
Tapi dah bertahun dia
tak jumpa Qaiser sejak keluarga Qaiser berpindah semasa dia dan kakaknya darjah
Empat. Qaiser teman sepermainan mereka dari kecil. Tiap petang kayuh basikal
keliling taman. Pernah dia tampar Qaiser bila Qaiser masukkan cicak kering
kedalam beg sekolahnya.
“Yup! Ingat pun.” Aimy
tersenyum gembira bila Airis masih ingat rakan baik mereka.
“Mana akak jumpa dia?”
Sampai hati kakaknya tak beritahu tentang Qaiser selama ni.
“Dia satu fact dengan Abang Zaid. Akak pun tak sangka dapat jumpa dia. Kecik je kan dunia ni and dia dah balik Malaysia
8 years ago my dear!” Aimy menjelaskan.
“Dah nak tiga tahun
akak dekat sana akak baru jumpa dia?”
“Itulah. Macam pelik je
kan. Tu pun dia tegur akak masa dekat kafe. Sumpah akak terkejut gila.”
Siapa sangka bertahun
terpisah akhirnya mereka bertemu. Kalau Qaiser tak beranikan diri menegurnya
mungkin sampai sekarang dia tak tahu Qaiser satu faculty dengan Zaid.
“Paling penting. Dia
ambik Mechanical Engine.”
“Mechanical Engine?
Means dia satu course dengan Zaid?” Memang kecik gila dunia!
Aimy hanya
menganggukkan kepalanya beberapa kali. Lepas dia tahu Qaiser satu course dengan
Zaid memang mereka selalu lepak sama-sama. Cuma dia tak berkesempatan nak
beritahu adiknya. Lagi pun Qaiser sendiri cakap dia nak jumpa Airis sendiri
cuti semester nanti. Last-last benda lain pulak yang jadi.
“Eh kiranya dia dah tak
balik US lah lepas ni?”
“Uncle Zul still ada
kat US cuma Qaiser balik sini sebab nak ambik SPM. Kira dia still akan balik US
lepas ni.”
Airis terdiam.
Nampaknya lepas Qaiser habis ijazahnya dia akan balik US! Dia kena jumpa
Qaiser tak kira apa pun yang berlaku. Tapi baru sekejap tadi dia dah lepaskan
peluang dia untuk berjumpa dengan Qaiser. Mesti Qaiser berkecil hati dengan
dia! Kakak laa ni tak nak bagi tahu awal-awal kalau tak mesti dia tak lari
tadi.
“Kak! Aku nak jumpa dia.” Perlahan Airis meluahkan
kata-katanya.
Aimy tersenyum mendengar kata-kata adiknya. Ini saat
yang dia tunggu-tunggu selama ni. Nampaknya rancangan dia akan berjalan seperti
yang dirancang. Abah mesti dah tak ada alasan untuk menolak keinginannya jika
Airis bertemu dengan Qaiser. Qaiser pun dah beri green light bila dia usulkan
cadangannya tu.
“Boleh tapi ada benda penting yang kau kena tahu
before jumpa dia.”
“Penting? Apa dia kak?”
Airis dapat merasakan ada sesuatu yang kakak
kembarnya sorokkan dan yang pastinya benda tu tak bagus untuk dia. Tapi apa?
Dia merenung kakak kembarnya yang tersenyum lebar. Sah! Mesti dia ada rancangan
jahat ni! Kalau tak mana dia nak senyum lebar sampai macam tu. Dia berani kerat
jari yang kakaknya tu tengah merancang sesuatu.
“Ehem nanti aku bagi tau. Oh lagi satu benda ni ada
kaitan dengan Abang Zaid” Ujar Aimy sebelum bangun dari katil.
Cepat Airis menangkap pergelangan tangan kakaknya.
Dia merenung tajam ke arah kakaknya. Dia rasa dia tahu apa yang kakaknya cuba
sampaikan. Tapi tak mungkinlah dia dengan Qaiser! Woah! Mati hidup semula dia
akan cuba mengelak dari perkara tu terjadi. Memang gila sungguh jika telahannya
betul.
“Kak jangan cakap…baik kau cakap cepat apa benda
penting tu!” Airis sudah mula mendesak.
“Chill dear! Bagi aku mandi dulu. Nak masuk Maghrib
dah ni kang tak pasal je Abah bising.”
“Promise kau cakap lepas ni.” Airis memandang ke
arah kakaknya memohon janji.
“Promise! Dah baik kau pergi mandi bersiap nak solat
Maghrib. Kang gunung berapi meletup baru tau!”Aimy mengingatkan adiknya.
“Allah kak! Aku lupa Abah ada kat rumah.”
Airis
bingkas bangun dari duduknya. Memang mereka sekeluarga akan solat berjemaah
jika abahnya ada dirumah. Sejak kecil lagi abah mereka dah terapkan dalam
keluarga mereka untuk solat berjemaah.
“Tau pun.” Aimy hanya menggelengkan kepalanya melihat adiknya yang kelam kabut
keluar dari biliknya.
