Thursday, 5 July 2012

Cerpen| Cinta Mesin ATM


Oleh: faizah fyn


-Love is just a word until someone comes along and gives it meaning-

Sudah dua tiga kali quotes yang entah makhluk mana post dekat facebook cuba dihadamnya. Dia sendiri tak tahu maksud sebenar cinta. Orang yang cakap bila kita suka orang tu dan orang tu suka kita, itu dinamakan cinta.

Terpegun ku melihat kamu, bergetar hatiku memandang mu’. Lagu Akim AF pula bermain-main dimindanya. Dia mengeluh. Berat dan perlahan. Dua tiga hari ini dia selalu diheret dengan persoalan cinta dan seangkatan dengannya. Yang pastinya semua tu terjadi sejak dia bertemu dengan mamat tersebut. Kacak gila nak mati. Rasa macam kena curah dengan lahar gunung berapi bila dia bertentang mata dengan mamat ‘entah-siapa-nama’ tersebut. Cinta pandang pertamakah ini?

Ini bukan cinta pandang pertama dah. Ini cinta pandang kedua ketiga sampai tak terpandang. Kejadian dua hari lepas kembali bermain diingatannya. Umpama tape yang dimain berulang kali. Itu pun secara tak sengaja berlaku semasa dia menemani Intifada.
_________

Dia buat muka tak puas hati bila Intifada menarik tangannya menuju ke arah Kedai Optometrist yang terletak satu bangunan dengan makmal mereka. Kelas start pukul 2.30pm sempat lagi Intifada ni curi masa nak pergi buat cermin mata baru. Nasiblah kau ni kawan aku kalau tak dah lama aku nyanyi lagu hye hye bye bye tak pun selamat jalan Romeo.

“Kau jangan risau Iin nanti diorang bagi time slip. Kalau Cik tanya kau tunjuk je dekat dia macam polis tunjuk waran tangkap tu. Senang cerita.” Becok mulut Intifada menerangkan.

Eleh minah ni. Cakap senanglah. Tunjuk dekat Cik time slip. Macam dia tak tahu perangai Cik yang andartu tu. Mood swing memanjang. Nanti mulalah dia persoalkan kenapa pergi waktu kuliah dia. Ingat lagi masa Ikram terlambat masuk kelasnya. Kelas tinggal lagi setengah jam sebelum berakhir. Free je kena sembur dengan Cik Yanti. Pedas betul kata-kata dia masa tu.

Ikram Faisal, awak memang tak ada waktu lain ke nak sakit? Masa kuliah saya jugaklah awak nak sakit pun. Ini boleh datang kira sihat lagi lah kan? Dah pergi duduk.’

Satu dewan senyap masa tu. Cik Yanti pun satu dah mamat tu selsema nak buat macam mana. Ingat boleh postpone ke apa? Tapi tak ada siapa lagi yang berani buka mulut nak lawan cakap dia. Gerun woih!

Sampai di Kedai Optometrist hanya ada dua orang pelajar menunggu giliran. Laju Intifada menuju kaunter. Mencari namanya untuk appointment hari tersebut. Fuh lega. Jumpa namanya di baris ketiga ‘Intifada Binti Jailani’.

“Cik Intifada? Saya ingat tak jadi datang dah tadi. Janji pukul 2pm.” Salah seorang pelajar Optometry menegur.

Dia yang bertindak untuk melakukan segala check up untuk Intifada hari tersebut. Baru dia berkira untuk menelefon bimbang Intifada yang membuat appointment tidak jadi datang.

“Mana boleh bang. Hujan ribut petir pun saya sanggup datang. Tak tahan dah hidup tak ada cermin mata.” Bukan main hiperbola Intifada menjelaskan.

“Kau ni besar mandat panggil orang Abang.” Iin menegur Intifada dengan matanya masih melihat setiap bingkai cermin mata dihadapannya.

Intifada berpura-pura tidak mendengar. Kalau kau tengok muka dia mesti kau panggil Abang jugak. Desis hati Intifada.

“Tak lah. Dah pukul 2.15pm. Itu saya ingat tak datang.” Pelajar lelaki tadi kembali mencelah.

“Lepak laa bang. Baru lambat 15 minit.”

Pelajar lelaki tersebut hanya tersenyum mendengar jawapan Intifada. Baginya 15 minit itu cukup berguna. Sudahlah nak buat fully check up memerlukan sekurang-kuranya sejam. Nanti habis lambat pelajar sendiri yang merungut. Sedangkan mereka sendiri tak tepati janji.

“Saudari ni tak nak check sekali ke? Mana tau ada kabur ke apa.” Pelajar lelaki tadi menujukan soalan kepada Iin.

Iin yang masih leka menilik bingkai cermin mata didalam almari kaca tidak menjawab. Cantik pulak bingkai yang tulis Beckham ni. Tiba-tiba dia merasakan dia sedang diperhatikan. Sah! Empat pasang mata kini sedang memandangnya.

“What?” Iin berpura-pura tak bersalah.

“Abang ni tanya kau lah.” Intifada memuncungkan bibirnya menuju ke arah pelajar lelaki terbabit.

“Sorry. Abbb ang tanya apa tadi?” Tersekat-sekat dia mahu bertanya. Mamat ni?

“Kau pehal tetiba gagap ni Iin?” Intifada berpura-pura tak mengerti. Hah tadi perli aku panggil dia Abang sekarang tengok siapa yang gabra terlebih.

“Haha tak ada apalah. Eh Cik Intifada boleh kita mulakan check up sekarang. Ikut saya pergi bilik no 2.” Pelajar lelaki terbabit mengubah topik perbualan. Banyak sangat masa yang dah terbuang.

“Kau tunggu kejap. Kau beleklah apa-apa yang patut. Bye!” Intifada berlari-lari anak mengikut pelajar lelaki tadi.

‘Ya Allah! Kecilnya duniaMu.’ Desis hati kecil Iin. Tak terkejut pulak dia tadi bila melihat pelajar tadi. Iqbal. Tertera nama tersebut pada tag namanya. Tiga hari lepas dia ada insiden yang tak dapat dilupakan dengan Iqbal di mesin ATM.
_________

Pergh ramai gila student yang beratur menunggu giliran untuk mengeluarkan duit. Sudahlah ada 2 je mesin ATM. Iin memandang ke arah Intifada yang kelihatan penat. Dari tadi beratur tapi barisan pelajar masih seperti tadi. Tahulah sekarang awal semester dan kebetulan esok weekend. Mesti ramai yang nak turun KL.

“Ada, pergi ATM Agro nak?” Iin mengusulkan cadangannya.

Berbanding mesin ATM Bank Islam, Agro memang tak ramai pelajar gunakan. Maklumlah kena tolak seringgit setiap kali pengeluaran wang. Intifada seperti sedang memikirkan.

“Hmm jomlah. Aku pun dah penat beratur.” Intifada yang kedekut nak sedekahkan seringgit tu pun akhirnya bersetuju.

Nampak sangat Intifada pun malas dan penat nak beratur lebih lama. Karang tak pasal-pasal ada yang mengamuk. Sudahlah ada jenis student yang suka mintak member keluarkan duit diorang sekali. Pemalas nak beratur betul.

Iin dan Intifada beriringan menuju ke arah mesin ATM Agro. Fuh lega ada seorang student je tengah keluarkan duit. Tiba-tiba Iin teringat sesuatu. Segera langkahnya dimatikan.

“Allah! Ada aku lupa nak ambik notes yang aku hantar pergi photostat tadi. Mati aku kena dengan Cik Yanti esok.” Iin sudah menepuk dahinya. Macam mana boleh lupa ni.

“Eh! Jom lah pergi ambik. Kedai tu tutup pukul 5pm. Esok kelas pagi pulak tu.” Intifada juga turut risau.

“Sempat kan ambik duit kejap. Nanti nak bayar pakai apa.” Iin sudah menonong kehadapan.

Laju sahaja dia menuju mesin ATM. Kiri kanan langsung tak dipandangnya. Dalam kepalanya hanya ada notes yang perlu diambil dan keluarkan duit. Buk! Aduh sakitnya. Iin menggosok bahunya yang terasa sengal. Hamba Allah mana pulak aku langgar ni.

Kelihatan seorang pelajar lelaki merenung ke arahnya dan menunjukkan kad ATM yang berada ditangannya. Okey! Aku dah potong queue. Tapi dia dah lambat.

“Saudara….Iqbal. Bagi saya guna dulu saya nak cepat. Pleaseeeee.” Iin sempat menangkap tag nama pada kemeja pelajar lelaki tersebut.

Tanpa menunggu jawapan dia terus mengeluarkan duit. Gasaklah kalau mamat ni nak marah. Sungguh dia tengah kejar masa. Pelajar lelaki tadi masih terkebil-kebil. Tak memahami situasi yang sedang berlaku. Selesai mengeluarkan duit Iin terus berlalu bersama Intifada. Sempat dia berpaling ke belakang lalu sebuah senyuman diberikan.

“Sorry and thanks Iqbal!” Iin sempat menangkap senyuman yang terukir dibibir pelajar lelaki tadi.

Lepas tu memang teruklah dia kena bahan dengan Si Intifada. Kata Putera Kayangan dah turun ke bumi mencari Puteri Tujuh yang hilang. Cinta pandang pertama bagai. Kusut betul.
_______________

“Iin aku dah siap. Jom” Kata-kata Intifada mematikan lamunan Iin.

Fuh! Kantoi mengelamun. Matanya meliar sekitar Kedai Optometrist tersebut. Eh takde? Intifada yang perasan tingkah laku sahabatnya segera menegur.

“Kau cari Iqbal? Dia kat dalam tengah tulis time slip.” Intifada menerangkan. Tak payah tanya pun dia tahu siapa yang Iin cari.

Iin hanya tersengih. Seminit kemudian Iqbal datang membawa time slip. Debar didadanya jangan cakaplah. Memang kalah pelari pecut yang baru tamatkan larian. Muka pun dah panas macam udang kena bakar.

“Saudari Iin jangan lupa Jumaat ni appointment pukul 3pm.” Iqbal mengingatkan Iin tentang ‘appointment’ yang dijanjikan.

“Appointment? Appointment apa?” Iin tak memahami.

Segera dia berpaling kearah Intifada. Matanya seperti bertanya ‘kerja kau ke ni?’. Intifada turut membalas dengan mengangkat keningnya ‘ya’. Oh dah boleh jadi telangkai dah aku ni. Intifada bercakap didalam hati.

“Oh! Tadi Cik Intifada tolong buat appointment cakap saudari nak check mata. Kalau tak nak takpe kita boleh cancelkan.” Iqbal seperti dapat menangkap apa yang berlaku.

“Eh! Takpe bang. Dia ni pun dah lama mengadu mata dia pedih.” Intifada memberi alasan.

Tapi memang betul katanya. Cuma Iin tu degil. Kata leceh nak check mata apa semua. Nanti kena pakai cermin mata. Makin teruk baru dia tahu.

“Betul tu. Jumaat kan? Pukul 3pm? InsyaAllah saya datang.” Iin malas nak memanjangkan cerita.

Siap lah kau Intifada. Pandai sangatkan buat appointment tak bagitau aku. Nak je aku sekeh kepala dia ni. Nasib Iqbal ni ada kalau tak dah lama selamat Intifada ni mendarat dekat bulan akibat flying kick aku.

“Dah tak ada apa kan? Kitorang pergi dulu. Thanks.” Intifada menarik tangan Iin.

Iqbal hanya mengangguk. Comel pulak dia tengok gelagat dua pelajar perempuan ni. Seorang lasak dan laser. Yang seorang senyap tapi boleh tahan pandangan mata dia tu.
_________

Iin memasukkan nota dan alat tulisnya kedalam beg. Penat yang amat. Kelas Cik Yanti memang memenatkan otak dan badannya. Nasib baik mood Cik Yanti baik hari ni. Kalau tak gerenti dia dengan Intifada dah kena marah sebab masuk lambat.

“Cepatlah Iin. Kau ni masukkan barang dalam beg pun nak sopan santun.” Intifada sudah mula mengomel.

Apalah salah aku dapat kawan macam Iin ni? Aku dah lah nak cepat. Nanti tak pasal-pasal tak sempat nak keluarkan duit. Duit makannya minggu ni dah habis buat bayar photostat.

“Iyeeee sabarlah wahai Sabariah. Tak lari mana mesin ATM dikejar.” Sempat Iin bergurau.

“Banyaklah kau punya Sabariah. Eh pergi ATM Agro je tau. Aku malas nak beratur macam hari tu. Hehe untung sabut dapat jumpa Cik Abang kau.” Intifada sudah ketawa mengekek dengan kata-katanya sendiri.

Laju buku yang berada ditangan Iin mendarat pada bahu Intifada. Mengaduh kecil kawan baiknya tu. Tapi macam best je kalau jumpa ‘Cik Abang’ tu.

“By the way sejak bila kau jadi dermawan sangat ni? Dulu bukan main tak nak guna  ATM Agro.” Iin bertanya kepada Intifada.

“Sejak aku lebih mementingkan masa daripada duit.” Penuh keyakinan Intifada menjawab. Macam bagus je ayat dia tu.

Tiba di mesin ATM Intifada mengeluarkan kad ATMnya. Dia tersengih-sengih memandang ke arah Iin.

“Kau kenapa? Buang tebiat?” Iin menjegilkan matanya yang sedia ada bulat.

“Uuuu takutnya saya. Kau cari Cik Abang ke?” Intifada sengaja bertanya.

“Mana ada. Eh cepatlah kau ni. Aku pun nak bawak keluar duit jugak.” Iin cuba menafikan walaupun terang-terangan dia dari tadi mencari kelibat ‘Cik Abang’.

Hurmm bukan rezeki dia nak jumpa Iqbal. Tapi matanya masih meliar ke arah sekeliling. Mesin ATM ni memang dekat dengan bangunan Kedai Optometrist. Mana tahu Iqbal lalu dekat sini.

“Aku dah. Cepatlah.” Intifada menyiku lengan Iin yang masih sibuk mencari kelibat Iqbal.

Iin mengeluarkan kad ATMnya dari dalam purse. No pin ATMnya lambat-lambat ditekan. Matanya sekejap ke arah skrin ATM sekejap ke arah bangunan Kedai Optometrist.

“Cari saya ke?” Entah dari mana Si Iqbal muncul.

Terkejut katak dia bila ditegur tiba-tiba macam tu. Oh! Iqbal baru keluar dari toilet rupanya. Nak jawab apa ni? Iin sudah mati akal.

“Err mana ada.” Iin menjawab perlahan.

Apasal lambat sangat resit ni nak keluar? Dah lemah segala sendi dia berada dengan Iqbal walaupun tak sedekat mana.

“Yelah tu.” Iqbal menjawab sebelum mengambil resit yang ditunggu Iin.

“Eh?” Iin terkejut dengan perbuatan Iqbal yang tiba-tiba.

Iqbal mengeluarkan pen dari poket kemejanya sebelum menulis sesuatu dibelakang resit yang diterbalikkan. Iin hanya menunggu seperti orang bodoh. Lama gila! Apa jelah mamat ni tulis. Karangan ke apa. Desis hati Iin. Iqbal memasukkan kembali pen kedalam poket kemejanya sebelum menghulurkan kembali resit tersebut kepada Iin.

“Thanks Cik Iin. Dream me tonight! Bye take care.” Iqbal menghulurkan senyuman berserta kenyitan dimatanya sebelum berlalu meninggalkan Iin yang terkebil-kebil.

“Perghh dia tulis apa Iin? Nak tengok. Nak tengok.” Kecoh semacam Intifada yang berada disebelahnya.

‘ Cik Mesin ATM 143! 019234XXXX. Jumpa Jumaat ni 3pm. Don’t be late. –IQ’

“Kelas kau Maria! Siap nombor handphone dia bagi kau.” Intifada sudah tersenyum lebar.

Bahagia bila kawan baiknya sudah jumpa Putera Impian yang dicari. Tak sia-sia selama ni dia jadi telangkai antara Iin dan Iqbal. Memang dia dah lama agak mereka berdua suka sama suka.

“Overlah kau.” Iin turut tersenyum melihat kegembiraan kawan baiknya.

“Eh! Kau patut bersyukur tau dapat kawan yang baik macam aku ni. Tolong adjustkan kau dengan dia.” Intifada seakan bangga dengan dirinya sendiri.

“Maksud?”

“Ehem masa check mata hari tu aku tanya dia, dia suka kau ke then aku cakap kau kosong lagi. Kalau nak masuk line kena cepat-cepat nanti kena kebas. Tup tup hari ni dia bagi nombor handphone dia kat kau.” Panjang penerangan Intifada.

Ya Allah! Terima kasih kerana kurniakan aku sahabat sebaik ini. Dalam dia Iin memanjatkan kesyukuran. Lengan Intifada dirangkulnya.

“Ada. Thank you so so so much. Aku sayang kau dunia akhirat.”

Mereka berdua bertukar senyuman sebelum berlalu meninggalkan mesin ATM. Siapa sangka dia akan bertemu Iqbal di tempat sebegini. Siapa sangka dia akan bertemu Iqbal dalam insiden yang tak terduga. Alhamdulillah syukur.

“Kau kawin aku nak jadi pengapit.”

Sempat Intifada bergurau. Ketawa dia dan Intifada bersatu. Cinta Mesin ATM itu indah.



-TAMAT-

featured in: Penulisan2u (28 July 2012)




No comments: