2 oleh: faizah fyn
Airis membuka pintu
utama menggunakan kunci yang sememangnya abahnya berikan kepada setiap penghuni
rumah mereka. Senang kata abah. Tak payah menyusahkan sesiapa nak pergi buka
pintu tu. Pelik betul. Sunyi je rumah ni. Aku bagi salam pun tak ada orang jawab.
Biarlah dia malas nak ambik port.
Dia merebahkan badan di
atas sofa. Ah leganya dapat baring dan bermalasan macam ni. Bukan senang nak
dapat peluang macam ni. Cuti semester macam ni jelah pun dia nak berseronok
sikit. Kalau tak asal balik kampus je mesti menggunung assignment lecturer
bagi. Ingat student ni robot ke apa?
Remote controll yang
berada di atas meja kopi dicapainya. Dari satu channel ke satu channel dia
tukar. Tak ada rancangan yang menarik minat. Layan jelah hitz ni. Boleh cuci
mata tengok mamat-mamat Kpop. Automatik kepalanya digelengkan mengikut rentak
lagu Bonamana. Kalau ada Abah mesti dah lama dia kena bebel.
“Ehem. Saudara Adib
bahagia nampak?” Gelengan di kepalanya dihentikan.
Suara jantan mana tegur
aku ni? Perompak ke? Sejak bila ada manusia berjantina lelaki dalam rumah aku
ni? Seingat dia dalam rumah ni cuma ada mama dengan kakak dia je. Patut rumah
sunyi semacam je sejak dia sampai tadi. Mesti mama dengan kakak dah perompak
kurung dalam bilik. Abah! Adib takut! Dia cuba memberanikan diri. Perlahan-lahan
kepalanya dipusingkan kebelakang. Kus semangat.
“Abah! Haish saja je
kan nak tengok anak jantan abah ni mati keras. Buatlah selalu.” Airis sudah
menarik muka empat belas.
“Amboi salahkan abah
pulak. Kamu tu yang dari tadi terhangguk tergeleng kepala tu. Hah baguslah ikut
budaya yang entah apa-apa.” Panjang bebelan Encik Ahmad.
“Pandai je abah
menyedapkan cerita. Mana ada Adib terhangguk kepala tadi.” Airis masih cuba
mempertahankan dirinya. Kalau cakap dengan Abah memang payah.
“Yelah Adibbbb. Ni Adib
dari mana? Petang macam ni baru balik.” Bukan dia tak tahu perangai anaknya
yang seorang tu tapi saja dia mencari modal nak berborak.
“Biasalah bah. Keluar
dengan Amina. Eh abah bila balik? Tak cakap pun.” Airis menghulurkan tangannya
untuk bersalam. Lupa yang dia belum bersalam dengan abahnya.
Abahnya memang sibuk.
Asyik outstation je. Dah tu mahu tak berminggu-minggu. Kesian mama kena tinggal
sorang. Nasiblah mamanya tu jenis yang faham kerja abahnya. Kalau orang lain
mahu dah bercerai-berai sebab selalu kena tinggal. Macam orang tak berlaki je.
“Tengahari tadi abah
sampai. Ini pun abah balik seminggu je. Lepas tu kena pergi Sabah. Ada projek
baru dekat sana.”
“Hish tak patut betul
abah ni. Baru nak bermanja-manja. Tak nak geng dengan abah lah macam ni.” Airis
sengaja berpura-pura merajuk. Bukan selalu nak mengusik abahnya.
“Patutlah saya cari
suami saya dia tak ada. Cik Airis kidnap rupanya.” Mamanya yang entah dari mana
tiba-tiba muncul.
“Hah tu mama datang.
Pergilah geng dengan mama. Tak nak geng dengan abah sangat kan tadi.” Giliran
Encik Ahmad pula mengusik.
“Ala mama. Tak cool lah
panggil Airis. Adib sedap sikit kan bah?” Airis berpura-pura tak nampak
jelingan maut mamanya.
“Banyaklah tak cool. Ni
dah Asar belum? Balik je terus jadi ular sawa. Berlingkar atas sofa tu. Eloklah
tu bapak dengan anak. Serupa je.” Puan Sofia sudah bercekak pinggang.
“Eh abang baru duduk
dekat sini. Tu anak awak yang dari tadi dekat sini. Awak marah dia.” Encik
Ahmad cuba mengelak dari bebelan isterinya.
“Abah belot Adib ye!
Takpe takpe. Nanti Adib tak nak teman abah tengok bola.” Airis cuba mengugut
abahnya.
“Mana ada belot. Abah
kena ambik hati mama. Nanti mama tak nak masak siapa susah? Adib nak tolong
masak ke makan malam nanti?” Encik Ahmad sudah mengangkat keningnya dua tiga
kali.
“Okay okay. Eh Adib nak
pergi mandilah. Busuk dah badan ni. By the way mama masak apa malam ni?” Airis
sudah bangun dari duduknya.
“Mama cakap malam ni
nak buat ayam masak kurma.” Encik Ahmad menjawab bagi pihak isterinya.
“Mana aci! Tu lauk
favourite abah. Ma masak kangkung goreng belacan tau. Special punyaaaa.” Airis
menelan liur membayangkan kangkung goreng belacan kegemarannya.
“Amboi-amboi dua
beranak ni. Ingat kedai makan ke apa order suka hati. Yang nak masak ni jugak.”
Puan Sofia menggunakan jari telunjuk menunjuk kearah dirinya.
“Alah awak ni bukan
selalu. Awak masak kan sedap. Kalah masakan hotel.” Encik Ahmad cuba membeli
hati isterinya. Dia tahu isterinya cuma bergurau.
Puan Sofia hanya
menjuihkan bibirnya mendengar pujian dari suaminya. Dia tahu bukan senang dia
nak berjumpa dengan suaminya yang sibuk. Bila waktu begini sahaja dia mampu
bergurau dengan suaminya. Airis yang berada
dikaki tangga mematikan langkahnya. Rasa lucu melihat abah dengan mamanya
bergurau begitu. Haih macam orang tengah bercinta je! Kalah Kak Aimy dengan
Abang Zaid.
“Eleh tau lah dah lama
tak jumpa. Nak bagi Adib jeleslah tu buat drama sebabak.” Airis tersengih
mengusik.
“Kalau jealous kawinlah
cepat Airis. Dapat mama timang cucu.” Encik Ahmad hanya ketawa mendengar
kata-kata isterinya.
“Mama!” Ish mama ni ada
ke suruh aku kawin. Dah tau anak dia ni macam mana.
“Airis! Jangan lupa
tengok akak dekat bilik. Dah bangun ke belum mak cik sorang tu.” Sempat Puan Sofia menitipkan pesan kepada Airis yang
sudah melangkah menuju ke tingkat atas.
“Kakak tak bangun lagi
Ma?” Airis bertanya. Langkahnya terhenti. Terkejut.
“Belum agaknya.Tengahari
tadi pun tak turun lunch. Duduk dalam bilik berhibernasi gamaknya.” Puan Sofia
membalas pertanyaan Airis. Berbaur sindiran.
Aduh! Kau ni Adib!
Silap besarlah kau pergi tanya mama macam tu. Kan bos besar dah membebel. Lain
kali buat je apa bos besar suruh. Jangan ramah sangat pergi tanya macam-macam.
“Apa salahnya. Malaysia
sekarang musim sejuk. Biarlah Aimy jadi beruang sekejap.”
Airis ketawa mengekek
mendengar jawapan Abahnya. Abah memang terbaik. Ada je jawapan nak matikan
bebelan mama.
“Hah bagus. Bagus
sangat awak tu bela anak dara awak. Bangun lambat. Matahari elok terpacak atas
kepala. Bukannya nak bangun awal tolong saya masak ke apa.”
Airis sudah berlari ke
tingkat atas. Malas nak masuk campur. Pandai-pandailah Abah pujuk mama. Abah
kan romeo! Ada je ayat nak cairkan hati mama. Yang kakak aku ni pun satu. Tidur
punya lama!