8 oleh: faizah fyn
“Ehem.” Puan Munirah yang berada di muka pintu
berdehem.
Hannan dan Eshan memandang ke arah Puan Munirah.
Eshan yang tadi ingin membalas balik kata-kata Hannan mematikan niatnya. Bukan
sekarang Es.
“Dah lap belum Es?”
“Dah bu. Ibu Es nak
keluar kejap ada hal.”
Eshan sudah bangun dari
birai katil. Malas nak berlama di situ. Kata-kata Hannan menyakitkan hatinya.
Mujur ibunya muncul tepat pada masanya. Kalau tidak mungkin dia dengan Hannan
akan bergaduh besar lagi.
“Nak pergi mana pulak?
Seminggu tak balik rumah tak kan dah panas punggung duduk rumah ni?” Perli Puan
Munirah.
“Es nak pergi ambil
barang Es dekat rumah Edwin. Tertinggal semalam.” Bohong Eshan.
“Jangan tak balik pulak
malam ni. Ayah dah bising anak manja dia jarang lekat dekat rumah.”
“Ibu tak bagi tahu ayah
ke Es tidur rumah Edwin?”
“Ya Allah! Ibu ingat
awak dah bagi tahu ayah. Dah lah pergi cepat ambik barang awak. Takut tak
sempat makan malam sekali.”
“Kalau Es tak sempat
balik ibu cakap dekat ayah Es pergi rumah Edwin.”
“Hmm yelah.” Puan Munirah
sudah malas nak berurusan dengan anak tunggalnya itu.
Eshan menghulurkan
tangannya untuk bersalam dengan ibunya. Puan Munirah meletakkan talam yang
berisi semangkuk bubur dan susu suam ke atas meja sebelum menyambut tangan
Eshan. Puan Munirah hanya menggelengkan kepalanya melihat Eshan keluar dari
bilik.
“Kena beli rantai beruk
baru duduk rumah agaknya.”
Hannan ketawa mendengar
kata-kata Puan Munirah. Haih kalaulah Aunty Mun tahu yang Eshan berbohong pasti
Aunty Mun kecewa. Dia tahu Eshan terasa dengannya. Sebab itu Eshan mahu segera
pergi. Tapi sungguh dia kecewa dengan sikap Eshan. Mujur dia tidak termakan
dengan kata-kata Eshan pagi tadi.
“Han nak makan? Biar
aunty suap. Nanti boleh makan ubat.”
“Thanks aunty. Han
menyusahkan aunty je kan?”
Dia terharu dengan
kebaikan yang ditunjukkan oleh Puan Munirah. Kalau dia berada di rumah sekarang
pasti ibunya akan melakukan perkara yang sama.
“Tak susah mana Han.
Ini sebagai ganti Es buat Han macam tu tengahari tadi.”
Dia hanya tersenyum.
Tidak tahu apa yang harus dibalasnya. Eshan. Sikapnya susah dijangka. Adakah
Eshan akan menghilangkan diri lagi seperti seminggu yang lepas? Dia berjumpa
dengan Vince lagikah? Semakin serabut otaknya memikirkan insan bernama Eshan
Lee.
Puan Munirah menyua
sudu ke mulut Hannan. Pantas Hannan membuka mulutnya. Malu pun ada memikirkan
yang sudah besar begitu masih disuap. Tangannya bukan tidak boleh digunakan
tapi memandangkan Aunty Mun mahu menyuapnya terpaksa dia akur. Dia tidak mahu
wanita yang sudah dianggap ibunya terasa hati.
“Sedap.” Hannan memuji.
“Sedap? Kalau nak lagi
Han kena hari-hari demam.” Gurau Puan Munirah.
“Tak nak lah. Nanti
hari-hari Es lap dahi dengan rambut Han.”
Kenapa tiba-tiba dia
terfikirkan Eshan? Mukanya panas tiba-tiba. Dia masih malu memikirkan adegan
tadi. Tapi Han dia masih berjumpa dengan Vince. Kata-kata yang terlintas
didalam fikirannya segera mematikan adegan yang membuat dia tidak tentu arah
tadi.
“Kenapa muka merah ni
Han? Malu Es tolong lap tadi?” Puan Munirah sengaja mengusik.
“Eh mana ada aunty.
Merah sebab panas agaknya.” Hannan cuba mengelak. Dia tidak mahu Puan Munirah
menaruh harapan yang dia dan Eshan akan ada apa-apa.
“Tapi sayang kan. Han
dah ada Hafiy. Kempunan aunty nak bermenantukan Han.”
“Aunty..Jangan buat Han
rasa bersalah. Han dah anggap aunty macam ibu Han sendiri.”
“Jangan risau Han.
Aunty sentiasa doakan kebahagiaan Han.”
Pantas Hannan memeluk
Puan Munirah. Puan Munirah turut membalas pelukannya. Kalau Eshan bukan seperti
itu dan kalau dia tidak pernah mengenali Dr Hafiy mungkin dia dan Eshan akan
menjadi seperti yang Puan Munirah harapkan. Tapi kalau sahaja tidak cukup untuk
mengubah apa-apa.
“Han nak lagi tak bubur
ni? Sejuk dah tak sedap.” Tanya Puan Munirah sambil meleraikan pelukan Hannan.
“Mestilah nak. Bila
lagi nak bermanja dengan aunty.”
Habis juga semangkuk
bubur Hannan makan. Jarang dia ada selera untuk makan bila demam. Tapi bubur
yang dimasak Puan Munirah sangat sedap dan mampu membuka seleranya. Puan
Munirah menghulurkan susu suam kepada Hannan. Rakus Hannan meneguknya.
“Perlahan Han. Tersedak
nanti.” Tegur Puan Munirah.
“Sorry. Dahaga sangat
aunty.”
“Ini panadol dengan air
kosong. Dah makan baru tidur balik.”
Puan Munirah meletakkan
dua biji panadol dan air kosong di atas meja. Mangkuk yang sudah licin dan
gelas kosong dikemaskan. Puan Munirah sudah bangun untuk keluar dari bilik.
“Baik aunty. Nanti Han
makan.” Jawab Hannan sambil membuat gaya tabik hormat.
“Ada-ada je Han ni. Eh
Han boleh solat tak?” Puan Munirah baru teringat yang Maghrib sudah hampir
habis waktunya.
“Period.”
“Kamu dengan Es memang
kawan baik kan? Kamu period pun Es boleh tau.”
Puan Munirah
teringatkan kata-kata Eshan tengahari tadi apabila dia bertanya tentang Hannan
yang hanya mendiamkan diri. Dia sangka Eshan hanya bergurau.
“Oh.” Hanya itu yang
terkeluar dari mulut Hannan.
Hannan tidak memahami
situasi sebenar. Eshan tahu dia period? Maksud? Ingin bertanya lebih lanjut dia
malu dengan Puan Munirah.
“Kamu sambung lah
tidur. Aunty turun bawah dulu. Nanti uncle balik nak makan.”
“Ok. Thanks again
aunty.” Hannan mengucapkan terima kasih.
“You’re welcome.” Balas
Puan Munirah sebelum menutup pintu.
Dia tidak terus makan
panadol yang diberi Puan Munirah. Tangannya mencapai handphone yang berada di
tepi bantal. Ada dua mesej dan lima panggilan tidak dijawab. Dr Hafiy. Pasti Dr
Hafiy risau bila tidak dapat menghubunginya. Pantas jemarinya mencari nombor
telefon Dr Hafiy sebelum mendial.
Lama dia menunggu tapi
panggilannya tidak bersambut. Ah! Doktor muda itu sibuk barangkali. Hannan
sudah berkira untuk menghantar pesanan ringkas kepada Dr Hafiy tapi
handphonenya sudah berbunyi terlebih dahulu. Panggilan dari Dr Hafiy. Automatik
bibirnya menguntum senyuman. Tanpa berlengah dia menekan butang answer.
“Assalamualaikum
sayang.” Terdengar suara Dr Hafiy memberi salam.
Hatinya berbunga
bahagia mendengar perkataan sayang daripada Dr Hafiy. Di dalam mesej dan
telefon sahaja Dr Hafiy memanggilnya begitu. Di hadapan keluarga Eshan mereka
hanya menggunakan saya-awak.
“Waalaikummussalam.
Hafiy call ke tadi?”
“Dari petang lagi Hafiy
call tapi sayang tak angkat. Call aunty dia cakap sayang demam.”
“Sayang tertidur.”
“Ubat dah makan? Nak
Hafiy pergi sana ke? Boleh Hafiy check takut demam makin teruk.”
Terharu Hannan
mendengar kata-kata Dr Hafiy. Lelaki itu memang sayangkan dia. Mendapat khabar
dia demam sudah risau begitu sampai mahu melihat keadaan dirinya. Sungguh dia
bersyukur dipertemukan dengan lelaki sebaik Dr Hafiy.
“Dah makan. Tak payah
lah Hafiy datang, demam biasa je. Tak kan nak tinggalkan klinik tu.”
Bohong sunat. Sedangkan
panadol yang diberi Puan Munirah tadi masih belum dimakannya. Dia memang tak
suka makan ubat. Kalau Dr Hafiy tahu dia belum makan ubat pasti lelaki itu akan
berkejar datang ke rumah Eshan untuk memaksanya makan ubat.
“Dear please take care
of yourself. Jangan buat Hafiy risau okey?”
“Okey Doktor Hafiy.
Saya jaga diri baik-baik.” Hannan ketawa dihujung ayatnya.
“Kalau Hafiy tak busy
insyaAllah Hafiy datang esok.”
“Tak payah susahkan
diri. Sayang okey je. Esok baiklah.”
Hannan tidak mahu Dr
Hafiy menyusahkan diri untuknya. Dia tahu lelaki itu sibuk dengan kerjanya di
klinik. Masih ramai lagi orang yang perlu dirawat. Tak kan hanya disebabkan dia
demam Dr Hafiy perlu bersusah payah sebegitu.
“Tak susah mana pun
kalau untuk orang tersayang.”
“Terima kasih Hafiy.”
“Sama-sama kasih.”
Gurau Dr Hafiy.
Dia hanya ketawa senang
mendengar gurauan Dr Hafiy. Ada sahaja kata-kata lelaki itu yang membuatkan dia
dilambung bahagia.
“Sayang, got to go. Ada
patient. I’ll call you back my dear.”
“Okey. Take care!”
Sempat Hannan menitipkan pesan.
“Thanks.
Assalamualaikum.” Dr Hafiy memberi salam sebelum menamatkan panggilan.
“Waalaikummussalam.”
Hannan meletakkan
kembali handphonenya di tepi bantal. Dia sudah lupa tentang panadol yang diberi
Puan Munirah. Dia menarik sedikit selimut untuk menutup hujung kakinya.
Badannya yang masih lagi lemah membuatkan matanya cepat sahaja terlelap.