Tuesday, 3 July 2012

1| Suamiku Gee



1 oleh: faizah fyn

Pam! Pintu yang ditutup tergesa-gesa berdentum kuat. Gasak. Yang penting dia selamat dari lelaki yang entah turun dari langit mana mengejar dia tadi. Airis tercungap-cungap di dalam tandas. Dah lama tinggalkan zaman kegemilangan jadi atlet sekolah mana tak pancit.

Siapa lelaki tu? Tapi muka lelaki tu macam pernah dia lihat tapi dia lupa dekat mana. Yang buat dia lagi pelik bila lelaki tu panggil nama dia masa kejar dia tadi. Dia dah perasan sejak keluar dari Tropicana Life ada lelaki mengekori dia dengan Amina. Amina! Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa kawan aku sorang tu. Entah-entah dah kena culik dengan mamat tadi. Pantas dia mencari handphonenya didalam beg. Nombor Amina didailnya. Pehal lambat sangat Min angkat handphone ni?

“Adib!!!! Sampai hati kau tinggalkan aku macam tu je!” Suara Amina memecahkan gegendang telinganya. Cepat-cepat dia menjauhkan sedikit handphonenya.

“Min. Kau slow sikit boleh tak? Sakit telinga aku.” Airis menggosok telinganya beberapa kali. Fuh. Nasib baik boleh dengar lagi.

“Kau kat mana ni Dib? Mamat tu ikut kau lagi tak?” Amina yang sedang menyorok didalam fitting room merendahkan suaranya sedikit. Bimbang lelaki tadi masih ada disekitarnya.

“Aku kat toilet. Dia kejar aku sampai aku tak cukup tanah. Kau kat mana?”

“Haha aku dalam fitting room ni. Peliknya asal dia kejar kau je kot? Kau ada buat jenayah apa ke Dib?”  Amina cuba membuat spekulasi sendiri.

Amina ni memang lah. Banyak sangat tengok cerita polis dengan CSI bagai. Ada ke patut muka yang sikit punya suci murni ni dia cop buat jenayah. Nak bunuh semut seekor pun aku was-was nak buat jenayah apatah lagi!

“Jenayah apa pulak kau ni Min? Serabut otak aku.” Airis menggaru kepalanya yang tidak gatal. Serabut otak tapi aku garu kepala ni dah kenapa?

“Kau sudah gaharu cendana pula. Kau kan penjenayah kelas satu masa sekolah dulu.” Amina sudah ketawa memikirkan reaksi Airis mendengar kata-katanya.

“Minnnnnn kau kan. Aku rasa dia dah blah. Aku jumpa kau dekat surau. Lepas zohor kita chow ok?” Airis membuat keputusan. Dah nak dekat sejam tak kan mamat tu terpacak lagi depan toilet ni.

“Ok bos! Kalau dia ada lagi aku jerit nama kau kuat-kuat. Boleh kau lari selamatkan diri.”

“Min! Dah lah. Bye.” Min ni haru betul lah. Boleh buat lawak lagi. Aku sikit punya cuak kena kejar tadi.

Perlahan-lahan dia menolak pintu tandas. Hatinya lega lelaki tadi sudah tiada. Pantas langkahnya diayun laju menuju ke arah surau. Tanpa dia sedari ada seseorang melihatnya dari jauh.

****
Qaiser yang dari tadi menyorok di sebalik tiang hanya mampu melihat Airis dari jauh. Boleh tahan minah ni lari. Lepas tu pandai pulak dia menyorok dalam toilet. Bukan rezeki aku nak jumpa dengan dia hari ni. Handphonenya yang berada didalam poket jeans dikeluarkan.

Mana minah ni? Pehal tak angkat phone pulak ni. Dia mencuba buat kali kedua. Tersenyum lebar dia bila mendengar empunya suara.

“Aimy! Aku dah jumpa dia tapi dia lari. So kau kena buat plan baru. Aku tak kira!” Macam bertih jagung Qaiser bercakap.

“Wo wo. Slow sikit der! Cuba cerita satu-satu.” Aimy yang berada dihujung talian menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kalut betul mamat ni.

“Aku jumpa Airis dengan member dia. Tapi bila aku kejar terus dia cabut.” Qaiser menjelaskan.

“Hadoi laa. Kau bangang pergi kejar dia kenapa? Mana budak tu tak cuak. Kau ni otak ada pakai laa. Kau nak buat apa sekarang?” Dia ingat ni drama polis kejar penjenayah ke apa? Qaiser. Qaiser.

“Mana aku tau dia nak lari. Bukan aku kejar dia pakai senapang ke apa. Kau ada idea tak nak buat apa? Aku tak tau nak buat apa dah.” Kalau bab memerah idea memang dia fail habis.

“Hmm yelah. Aku jugak kena fikir untuk kau kan. Nanti lah aku tengok macam mana. Kau ni semua nak harap aku.” Aimy sudah mengeluh. Pehal entah dia pilih mamat ni.

“Excuse me! Siapa yang mintak tolong siapa dulu?” Qaiser cuba mengingatkan Aimy kembali.

“Fine. Fine. Menyesal aku pilih kau.” Mamat ni ada je idea dia nak selamatkan diri.

“Kau buat plan baru lepas tu bagi tau aku. By the way dah pukul 1 sekarang ni. Bangunlah mak cik!” Selesai berkata-kata Qaiser menamatkan panggilan.

Siot betul mamat ni! Tahu je aku tengah tidur lagi. Memang weekend dia selalu bangun lambat. Dah lah semalam dia berjaga siapkan assignment.

Qaiser merenung handphonenya. Nasib kau lah Zaid dapat makwe bangun lambat. Tak tahu lah apa jadi bila Zaid berkahwin dengan Aimy nanti. Mahu tak merana kawan baiknya tu. Pukul 1 lunch tak siap lagi sebab bini belum bangun.


“Adib Airis.” Tanpa sedar nama itu meniti dibibirnya.

Siapa sangka dia dapat bertemu dengan kakak kembar kepada gadis pujaan hatinya sejak zaman kanak-kanak. Yang paling penting idea yang diusulkan secara bergurau oleh Aimy Adiba seakan orang mengantuk yang disorongkan bantal.

“Qaiser, aku nak kawin dengan Zaid tapi…Haih abah aku nak Adib kawin serentak dengan aku. Tapi Adib tu kau faham jelah. Serabut otak aku ni.” Aimy meluahkan segala masalahnya.

“Kenapa dengan Adib?” Qaiser bertanya penuh minat.

“Dia mana percaya dekat lelaki, tengok je perangai dia tu. Mengalahkan anak jantan.”

“So, apa plan kau sekarang? Jadi andartu laa kau kalau nak tunggu Adib haha.”

“Mulut jaga sikit! Hmmm kalau aku buat macam dalam novel tu boleh? Suruh kawin kontrak?”

Qaiser terdiam. Gangster habis minah sekor ni! Ingat adik dia yang cun melecun tu patung Barbie ke apa nak suruh kawin kontrak. Buatnya bakal suami kontrak tu penjenayah ke, perogol bersiri ke haih.

“Kau ni dah gersang sangat ke sampai nak suruh Adib kawin kontrak?”

“Wo! Takde laa gersang. Tak punnnn” Aimy mengangkat keningnya sambil tersengih jahat.

“Kau sengih semacam ni..Mesti ada idea jahat kau nak babitkan aku kan?”

“Pandai pun kau! Kau jelah kawin dengan Adib!” Tanpa ragu Aimy menyatakan idea gilanya tu.

“Aku? Aku?”

“Dia kenal kau. Mesti dia okey setakat nak kawin kontrak dengan kau. Macam korang tak biasa main kawin-kawin masa kecik dulu.”

Terburai ketawa Qaiser mendengar kata-kata Aimy. Memang dulu dia selalu main kawin-kawin dengan Adib. Tapi sekarang ni nak kawin kontrak! Even kontrak still ada akad nikah semua.

“Pleaseeeee kesian lah kat Zaid sahabat dunia akhirat kau tu.”

“Kesian dekat Zaid ke dekat kau sebenarnya ni?”

“Errr dua-dua haha.”

Dan termeterai satu perjanjian diantara dia dan Aimy Adiba. Sekarang dia berada disini untuk bersua muka dengan insan yang bakal menjadi isteri kontraknya.