4 oleh: faizah fyn
Tok!
Tok! Tok! Ketukan pintu yang bertalu-talu mematikan lamunannya. Terpacul wajah
ibunya di pintu. Tu dia pucuk dicita ulam mendatang. Macam tau-tau je ibu ni
aku nak turun bawah bincang dengan ibu. Rezeki kau lah Es!
“Han
dah makan belum? Ibu masak ayam ros hari ni.” Puan Orked bertanya.
Hannan
menggelengkan kepala. Anaknya yang seorang itu disuruh makan barulah makan.
Kalau tidak sampai esok tak makan pun boleh ditahannya. Menyesal pulak dia
belikan TV untuk anaknya itu. Maklumlah seorang itu sahaja anak perempuannya.
“Ibuuuuuuuu”
Panggil Hannan dengan mata yang sengaja dikelipkan beberapa kali. Pengaruh
daripada Eshan. Membunuh sungguh taktik tu.
“Aduh!
Silaunya mata ibu. Bercahaya betul mata anak ibu.” Gurau Puan Orked.
“Ibu
ni. Han ada benda nak cakap kat ibu. Tadi……….” Hannan memulakan bicara.
“Pasal
handphone baru tu jangan risau. Babah dah cakap kat ibu weekend ni dia bawak
Han pergi beli.” Laju Puan Orked memotong kata-kata Hannan.
“Bukan
pasal tu bu. Tadi kawan Han call. Dia mintak Han tolong jaga nenek dia lagipun
Han kan dah habis belajar.” Perlahan Hannan menuturkan baris ayatnya.
“Kawan
Han tu lelaki ke perempuan? Bakal menantu ibu ke?” Tanya Puan Orked yang seakan
lebih berminat untuk tahu tentang kawan yang dikatakan anaknya itu.
“Ibu
ni kesitu pulak perginya. Kawan baik Han lah ibu. Lelaki. Nama dia Eshan Lee.”
Hannan cuba menjelaskan.
“Ye
ke kawan baik? Tapi kenapa pelik sangat nama dia tu?” Sekali lagi Puan Orked
bertanya soalan lain.
“Trust
me ibu. Dia tu mix Chinese. Boleh tak ibu?” Hannan masih cuba memancing ibunya
ke arah topik sebenar.
“Ibu
tak kisah tapi takut babah tak bagi. Bukan kamu tak tahu perangai babah.” Jawab
Puan Orked.
Hannan
masak dengan perangai babahnya. Dulu selepas habis SPM dia pergi temuduga untuk jadi krew KFC. Sudah diterima babahnya
pulak tidak mengizinkan. Teruk dia dimarahi babahnya kerana tidak meminta
pendapatnya terlebih dahulu. Tahu-tahu dia sudah diterima bekerja. Terpaksa dia
menelefon En Karim manager KFC tersebut untuk memberitahu yang dia tidak jadi
bekerja.
Babah
memang tegas orangnya. Kata babah selagi dia mampu untuk menanggung
anak-anaknya selagi itu mereka hanya disuruh belajar. Tak habis makan harta
babah. Itu ayat yang selalu didengarnya. Tapi yang pelik Along dengan Angah
boleh pula babah izinkan bekerja. Nasib badan jadi anak tunggal perempuan dalam
keluarga En Iman.
“Takpe
lah bu. Nanti Han cuba pujuk babah. Lagi pun rugi Han belajar tapi tak apply
benda tu semua.” Tutur Hannan dengan penuh keyakinan.
“Pandai-pandai
Han lah. Ibu tak masuk campur. Eh ni nak makan ke tak?” Puan Orked mengalihkan
topik perbualan.
“Nak
laa bu. Lapar ni.” Hannan tersenyum kambing.
“Tahu
pun lapar. Kalau ibu tak panggil makan mahu tak berkurung dalam bilik hadap
muka siapa tu? Cook?” Omel Puan Orked.
“Cook?
Jong Kook lah ibu.” Hannan meledakkan ketawanya.
“Apa-apa
jelah. Kalau kawin nanti jangan buat perangai macam ni dah. Mahu tak berasap
dapur tu. Suami mati kebulur.” Tambah Puan Orked lagi.
“Baik
mem. Saya sedia menurut perintah.” Jawab Hannan.
Ibu
bukan boleh dilayan. Nanti mula masuk bab nikah kahwin. Bab jadi isteri
solehah. Alahai ibu ni. Calon pun dia tak ada macam mana nak kawin. Nak kawin
dengan Eshan? Huh mamat tu taste lain macam.
“Ibu
pasal handphone tadi tu kan. Jadi kan bu?” Hannan teringat kata-kata ibunya
tadi.
“Hurmm
jadi. Ingat tak nak. Baru ibu nak call babah suruh cancel.” Usik Puan Orked.
Hannan
tidak menghiraukan usikan ibunya. Dia mula membayangkan handphone baru yang
bakal dimilikinya. Oh! Selamat tinggal handphone lamaku.
Keluarga
En Iman seperti biasa meriah dengan gelak tawa tiga putera dan seorang puteri
mereka. Masing-masing sedang menikmati makan malam yang disediakan Puan Orked.
Kebetulan Afiq dan Affan sedang bercuti maka mereka sekeluarga dapat berkumpul
beramai-ramai.
Puan
Orked memang handal dalam bab memasak. Malah Puan Orked lebih senang untuk
memasak buat suami dan anak-anaknya berbanding mengambil orang gaji yang
kebiasaannya dilakukan orang lain. Baginya isteri harus masak untuk suami bukannya
mengharapkan orang gaji.
Malam
itu Puan Orked memasak ikan keli salai masak lemak, bawal putih masak stim,
kangkung goreng belacan, tauhu sumbat dan puding roti. Malah jus tembikai juga
dibuatnya sendiri. Penuh berselera suami dan anak-anaknya makan. Terutama
sekali Afiq yang sudah lama tidak pulang ke rumah. Maklumlah anaknya yang
sulung itu belajar di Australia.
Selesai
makan En Iman dan ketiga-tiga anak lelakinya berkumpul di ruang tamu. Sambil
menonton berita di televisyen mereka bertukar-tukar cerita. En Iman amat
mengambil berat akan pelajaran anak-anaknya. Manakala Puan Orked dan Hannan
masih di dapur mencuci pinggan mangkuk yang digunakan tadi.
Selesai
mencuci pinggan mangkuk Puan Orked membancuh teh panas dan membawa lebihan
puding roti ke ruang tamu. Puan Orked duduk di sebelah suaminya. Hannan terus
mencelah di antara Along dan adiknya, Alif.
“Kau
gerak situ Lip. Confirm Angah kalah.” Hannan cuba mengajar Alif yang sedang
bermain chess bersama Angahnya.
“Thanks
kak. Nasib kau nampak.” Alif mula tersenyum kegembiraan. Kalah lah Angah kali
ni.
“Kau
ni kan Han. Memang tak boleh join chess tournament. Nanti asyik menyibuk nak
ajar orang bagi menang.” Affan mula bising.
Dari
dulu Hannan memang begitu. Pantang kalau dia main chess dengan Alif pasti dia
akan join pakatan adik bongsunya itu. Hannan antara yang terror dalam bermain
chess tapi jarang menyertai pertandingan. Katanya leceh dan kesian jika
lawannya kalah. Dasar Berlagak Kelas Satu! Tapi satu yang Affan tidak tahu
adiknya itu tidak pernah sekali pun menang bila berlawan dengan Eshan.
“Alah
Ngah. Mengaku jelah kau takut kalah.” Alif sengaja mencurah minyak kedalam api
yang sedang menyala.
Pap!
Satu tamparan hinggap pada bahu Alif. Dia menyeringai kesakitan. Berbisa
sungguh tangan Angahnya ini. Tahu lah dulu bekas taiko sekolah. Tapi setaiko
Angahnya itu berjaya juga jadi orang.
“Affan
Muhammad Iman, jangan pukul adik macam tu.” Lembut tapi tegas kata-kata Puan
Orked.
Ibunya
kalau panggil nama penuh mesti betul-betul tak suka apa yang dibuat anaknya.
Affan hanya mengangkat tangan tanda meminta maaf. Sempat dijeling adiknya yang
cuba menahan ketawa. Dasar budak kecik manja! MANJALITIS bak kata Hannan.
“Tadi
Han bukan ada benda nak bincang dengan babah ke?” Tiba-tiba Puan Orked bersuara.
Hannan
tersentak. Ish ibu ni lah. Orang tak ready lagi ibu dah bocor rahsia kat babah.
En Iman memandang Hannan menanti Hannan bersuara. Alongnya yang sedang leka
melihat permainan Angah dan adiknya juga turut memandangnya. Malah Angah dan
adiknya turut menghentikan permainan mereka. Masing-masing kini memandangnya.
“Han
nak cakap apa dengan babah?” Soal En Iman tidak sabar.
“Sebenarnya
Han..Han..Err Han kan.” Terketar-ketar Hannan mahu berkata-kata.
“Han
kau nak kawin ke? Alhamdulillah Along tak kisah kau nak langkah bendul.” Afiq
bersuara tiba-tiba.
“Ish
bukanlah. Along ni kan suka main-main.” Hannan seperti tidak berpuas hati.
“Fuh!
Nasib baik. Babah pun ingat Han nak kawin tadi.” En Iman mengurut dadanya tanda
lega. Anaknya baru 21 tahun takkan nak dikahwinkan.
“Han
nak kerja bah. Jaga nenek kawan Han. Boleh kan bah?” Hannan mula menceritakan
duduk perkara sebenar.
“Kerja?
Tak cukup ke makan dekat rumah ni? Tak cukup elaun bulanan babah bagi sampai
Han nak kerja?” En Iman mula meninggikan suara. Pantang baginya dengar
perkataan kerja.
Hannan
terdiam. Dipandang ibunya. Tapi Puan Orked hanya mengangkat bahu tanda tidak
mahu masuk campur. Angah yang dari dulu selalu berada dipihaknya juga tidak
bersuara. Siapa tidak takut dengan babahnya yang garang. Terpaksa lah dia
kautim sendiri dengan babahnya.
“Bukan
macam tu bah. Semua cukup. Tapi Han teringin nak kerja.”
“Tak!
Babah tak setuju. No!” Tegas En Iman.
“Please
bah. Kalau tak sia-sia je Han belajar. Masa ni laa Han nak guna tolong orang
lain.” Jawab Hannan.
“Han,
babah suruh Han ambik nursing untuk jaga babah dengan ibu bila dah tua. Bukan
untuk Han kerja atau apa.” En Iman masih belum mahu mengalah.
“Han
tahu tu bah. Tapi sekali ni je Han mintak kat babah.” Hannan cuba menahan air
matanya dari mengalir.
“Mula
laa tu nak nangis. Belajar dekat ibu lah ni suka nangis.” Perli En Iman.
Puan
Orked memandang suaminya. Pandangan tidak puas hati bila dia dikaitkan dalam
soal tersebut. Masa zaman bercinta dulu memang dia mudah menangis. Mana taknya
dia dia Malaysia tapi En Iman yang kini menjadi suaminya belajar di UK. Sudah
lah duduk di ceruk kampung. Bukan macam zaman sekarang boleh skype dengan YM.
Duduk beribu batu pun boleh berhubung.
“Please
bah. Besar pahala bah bila buat benda ni semua. Babah sayang Han kan?”
En
Iman memandang anaknya. 21 tahun dia membesarkan Hannan tak pernah sekali pun
anaknya itu jauh darinya. Sekali pun dia pergi outstation pasti Hannan dan
isterinya akan dibawa bersama. Tapi itu Hannan yang dulunya anak kecil yang manja
dengannya. Sekarang Hannan sudah dewasa. Sudah tiba waktunya dia melepaskan
Hannan untuk belajar berdikari.
“Han
nak pergi naik apa? Han bukan ada lesen kereta.” En Iman mula melonggarkan
suaranya.
Hannan
memandang babahnya. Matanya bercahaya. Babahnya itu seakan sudah mengizinkan.
“Eshan
cakap mak dia boleh ambik Han dekat LRT.” Tanpa sedar nama Eshan terlepas dari
mulutnya.
“Eshan?
Kawan Han tu lelaki? Oh no! Babah tak setuju.” En Iman kembali tegas.
“Bah,
dia kawan baik Han je. Dari sekolah lagi bah.”
“Betul
bah. Alif pun kenal dengan abang Eshan. Top student kat sekolah.” Tiba-tiba
Alif mencelah.
Alif
terdiam bila En Iman memandangnya. Okay harus zip mulut. Babah ni macam nak
makan orang je. Macam mana lah ibu boleh sangkut dekat babah. Alif mengomel
didalam hati.
“Kawan
baik ke tak baik ke even separa baik, kalau namanya lelaki macam-macam boleh
jadi.” En Iman menunjukkan kerisauannya.
“Bah,
Eshan tu 7 tahun Han kenal dia sekali pun tak pernah ambil kesempatan dekat
Han. Dia hormat Han bah.” Hannan cuba mempertahankan sahabat baiknya.
Tapi
bila difikir balik memang Eshan tak pernah mengambil kesempatan keatasnya.
Pernah mereka menonton wayang bersama tapi Eshan tidak pula berbuat perkara
tidak baik padanya. Mungkin disebabkan taste Eshan yang luar biasa. Meremang
bulu romanya bila memikirkan jika Eshan berbuat apa-apa kepadanya.
“Betul
ni Han? Babah tak nak one day Han balik rumah nangis dekat ibu dengan babah.
Masa tu apa pun tak guna.”
“Betul
bah. Han akan jaga diri Han baik-baik.” Hannan cuba meyakinkan.
“Kalau
macam tu babah setuju. Bila mulanya?” En Iman kembali berlembut walaupun dia
tidak sepenuhnya bersetuju.
“Tak
tahu lagi bah. Han kena bagi tahu kawan Han dulu.”
En
Iman menganggukkan kepalanya. Tentang gaji tidak pula dia bertanya. Baginya
gaji itu soal kecil berbanding soal kawan lelaki anaknya itu. Sudah lah anak
perempuannya satu sahaja. Jadi apa-apa mahu tak menyesal seumur hidup.
“Tapi
kan bah ada ke orang selera kat Han? Perangai macam anak jantan.” Affan yang
diam sedari tadi mencelah.
“Affan
Muhammad Iman jaga adab bercakap tu.” Puan Orked sekali lagi memanggil nama
penuh anak keduanya itu.
Sudah!
Mak Encik Besar dah bagi amaran kedua. Harus zip mulut. Nak bergurau pun tak
boleh. Tapi ada benar kata-katanya. Kalau dia pun tidak selera dengan adiknya
yang mengalahkan anak jantan. Mungkin disebabkan dikelilingi adik beradik
lelaki Hannan berperangai begitu.