2 oleh: faizah fyn
“Dik
nak hujan dah ni. Tak nak balik ke?” Suara Pak Mat pengawal keselamatan sekolah
mengejutkan lamunan Eshan.
Eshan
tersenyum dan menganggukkan kepalanya sedikit sebelum menuju ke kereta yang di
parkir diluar kawasan sekolah.
Titis-titis
hujan jatuh pada cermin matanya. Pandangan matanya sedikit terhalang. Hannan.
Hanya sebaris nama itu yang dia fikir sekarang. Pasti Hannan akan basah kuyup
terkena hujan yang semakin galak membasahi bumi.
Sudahlah
Hannan tidak boleh terkena hujan. Terkena sedikit sudah boleh menyebabkan dia
demam. Eshan mula risau. Pantas enjin kereta dihidupkan dan berlalu
meninggalkan sekolah yang semakin jauh dari pandangannya.
Kelibat
Hannan masih belum kelihatan. Sudah dua tiga kali dia berpusing di sekitar
kawasan taman perumahan tersebut. Di perhentian teksi dan bas juga Hannan tidak
kelihatan. Eshan putus asa dan terus memecut pulang ke rumah.
Bajunya
basah lencun saat dia tiba di perhentian teksi. Dia menggigil kesejukan. Sudah
banyak kali dia bersin. Ah! Pasti esok dia akan demam. Perutnya juga mula
berkeroncong akibat tidak bersarapan pagi tadi. Dia mula membayangkan keenakan
nasi goreng Aunty Mun. Lehernya dipanjangkan sedikit untuk melihat jika ada
teksi yang lalu di kawasan tersebut.
Nasibnya
baik apabila sebuah teksi oren berhenti setelah ditahan olehnya. Dia sedikit
ragu untuk memasuki ke dalam perut teksi kerana bajunya yang basah kuyup. Pasti
teksi tersebut akan berbau hapak jika dia naik.
Mujur
pemandu teksi tersebut baik hati. Surat khabar dijadikan alas pada tempat duduk
penumpang untuk mengelakkan ia menjadi basah. Teksi tersebut memecut laju
melawan hujan yang lebat menuju destinasinya.
Tiba
di rumah teres dua tingkat tersebut hatinya mula gusar. Apa kata Aunty Mun jika
melihat dia dalam keadaan basah kuyup begitu. Dia mengeluarkan not lima ringgit
dan dua keping duit seringgit lalu dihulurkan pada pemandu teksi. Sebelum turun
dia sempat mengucapkan terima kasih.
Seperti
diduga dia bertembung dengan Aunty Mun yang tika itu sedang mengatur makanan
tengahari diatas meja yang diperbuat daripada kayu. Bau masakan Aunty Mun
menusuk rongga hidungnya. Perutnya yang tadi lapar semakin rancak berkeroncong.
Sambal sotong! Dia arif dengan bau tersebut.
“Han
kenapa basah kuyup ni? Mana Es? Pergi mandi lepas tu makan dengan aunty.”
Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Puan Munirah.
Dia
hanya diam seribu bahasa dan terus berlalu ke biliknya di tingkat atas. Puan
Munirah dibiarkan terkebil-kebil tanpa sebarang jawapan.
Hannan
menolak pintu bilik dan menguncinya dari dalam. Dia merebahkan badannya di atas
katil. Bajunya yang basah langsung dia tidak berniat untuk menyalinnya.
Persekitaran
bilik dipandang kosong. Dia masih keliru dengan kata-kata Eshan tadi. Tidak
diduga niat Eshan membawanya ke sekolah tadi adalah untuk mengucapkan kata-kata
cinta.
Ajakan
Aunty Mun untuk makan juga bukan sengaja tidak diendahkan. Rasa bersalah
menerpa ke dalam dirinya. Aunty Mun tak salah. Tapi kenapa dia bersikap kurang
ajar dengan tidak membalas pelawaan Aunty Mun tadi?
Maafkan
Han. Kalaulah Aunty Mun tahu kenapa dia jadi begitu. Aunty Mun orang yang
paling gembira jika tahu yang anaknya Eshan menyintainya. Sudah banyak kali
Aunty Mun berkias untuk jadikannya menantu dan tiap kali itulah dia memberi
alasan yang mereka hanya kawan baik.
Deruan
enjin kereta yang masuk ke garaj dapat didengar dengan jelas. Eshan sudah
pulangkah? Atau Dr Hafiy yang datang?
Tapi hari ini hari Ahad. Kebiasaannya Dr Hafiy akan datang pada hari Selasa dan
Jumaat.
Hannan
bangun dari perbaringan dan menuju ke tingkap. Langsir diselak sedikit untuk
melihat kearah garaj. Tanpa diduga pandangan matanya bertemu dengan Eshan.
Pantas dia menarik kembali langsir dan menuju semula kearah katil. Eshan kenapa
kau buat aku macam ni?
Eshan
hanya memandang langsir yang kembali ditarik. Hannan sepertinya tidak mahu
berbicara dengannya buat masa ini. Tapi dia sedikit lega kerana berjaya
meluahkan isi hatinya. Kakinya melangkah masuk kedalam rumah. Tiba di ruang
tamu yang dihiasi pelbagai perabot berkonsepkan English style dia disambut oleh ibunya.
“Kenapa
dengan Han tu Es? Ibu ajak makan tadi dia diam je.” Soal Puan Munirah.
Dia
pelik dengan sikap Hannan. Jarang Hannan tidak menjawab pertanyaannya. Selama
ini jika dia dalam mood yang tidak baik sekalipun dia tetap akan melayan setiap
pertanyaannya.
Hannan
juga pulang bersendirian tadi. Sedangkan pagi tadi dia melihat Hannan menaiki
kereta bersama Eshan. Malah dia sendiri yang menghantar Hannan hingga ke pintu
pagar. Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena telah terjadi.
“Dia
penat tu bu. Tak pun Jepun serang. Itu yang jadi macam tu.” Eshan memberi
alasan yang tidak berapa logik bagi Puan Munirah.
“Ibu
kenal Han tu Es. Kamu berdua bergaduh ke? Tadi elok je keluar sama-sama.”
Puan
Munirah masih belum berpuas hati dengan jawapan Eshan. Naluri keibuannya
mengatakan ada alasan lain mengapa Hannan berubah sikap. Paling penting
perubahan itu ada kaitan dengan anaknya.
“Suka
hati ibulah. Es penat nak tidur.” Eshan terus memanjat anak tangga menuju
biliknya.
Dia
tidak terus masuk ke bilik tapi berhenti di hadapan pintu bilik Hannan. Sejak
Hannan menjaga neneknya bilik tamu itu menjadi bilik Hannan. Lama dia berhenti
dihadapan pintu bilik tersebut.
Perlahan
dia memulas tombol pintu tersebut. Ternyata pintu tersebut berkunci dari dalam.
Eshan mengeluh. Niat dihatinya untuk memujuk Hannan supaya makan terbantut.
Sejak pagi tadi Hannan belum menjamah apa-apa makanan.
Kerana
mahu cepat dia menolak pelawaan ibunya untuk bersarapan dengan nasi goreng
buatan ibunya. Dia fikir jika Hannan menerima cintanya dia ingin meraikannya
dengan makan bersama-sama. Tapi ternyata lain yang terjadi.
Akhirnya
Eshan masuk ke biliknya. Laptop yang
terletak di atas meja belajarnya di ambil lalu dibawa ke atas katil. Pantas
jarinya menekan butang on. Folder yang terletak pada desktop laptopnya dibuka. Gambar
sebanyak 100 lebih itu terpapar satu demi satu.
Hatinya
terasa sayu. Kenapa baru sekarang dia sedar akan perasaan halus itu? Pelbagai
posisi gambar Hannan ditatapnya lama. Ada gambar yang diambil saat pertama kali
Hannan menjejakkan kaki kerumahnya. Dia masih ingat dengan jelas bagaimana
Hannan boleh berada dirumahnya untuk menjaga neneknya.
3
Lagu
Firework sudah dua tiga kali kedengaran. Hannan yang ketika itu sedang mandi
tidak mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Selesai mandi Hannan keluar dari
bilik mandi dan menuju ke biliknya.
Trit
trit. Telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk. Pantas tangannya
mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja soleknya. Tangannya yang masih
basah tidak dihiraukan. Terpapar gambar Eshan pada skrin telefonnya. Jarinya
menekan open message.
-
Han
call me back. Urgent!
Hannan
tidak terus membalas. Dia memakai baju dan mengeringkan rambutnya terlebih
dahulu. Urgent? Hmm jarang Eshan hantar mesej kepadanya. Tapi kali ini Eshan
menghantar mesej malah dikatakan penting. Tadi dia sempat melihat ada 4 missed
call daripada Eshan.
Jarinya
menekan speed dial nombor 2. Lagu Aizat jelas pada pendengarannya. Tidak lama
kemudian panggilannya disambut.
“Hello
Han. Dapat tak mesej aku? Lama aku tunggu kau call balik.” Laju Eshan bertanya
tanpa salam diberi.
“Assalamualaikum.”
Hannan memberi salam.
“Waalaikummussalam.
Sorry sorry.” Eshan membalas dan sempat meminta maaf.
Penting
sangat sampai dia terlupa memberi salam. Mukanya terasa panas. Dapat dirasakan
mukanya merah menahan malu. Nasib Hannan tidak berada dihadapannya saat itu.
“Ada
apa yang penting sangat tu Es? Kau nak kahwin ke?” Tanya Hannan. Sempat dia
bergurau kepada Eshan.
“Kau
tahu kan bibik aku dah balik Indonesia?” Eshan tidak terus menjawab.
Lain
macam je soalan mamat ni. Apa kaitan Bibik Enah balik Indonesia dengan aku?
Takkan Bibik Enah nak jodohkan aku dengan Dude Herlino kot. Eh okey jugak tu
aku pun dah lama single. Hannan berkata pada dirinya sendiri.
“Han,
still there? I’m asking you my dear.” Eshan menaikkan suaranya sedikit.
Tidur
ke apa minah ni. Aku tanya bukannya nak jawab. Bukan tidak pernah terjadi
Hannan tertidur semasa dia menelefonnya. Esoknya Hannan menghantar mesej yang
dia tertidur akibat kepenatan baru pulang dari hospital.
“Yeah
still here. Haa kenapa dengan Bibik Enah? Kau nak aku carikan bibik baru ke?”
Hannan
sedikit terkejut. Aduh kantoi berangan pulak. Eshan ni pun satu tak boleh ke
cakap slow sikit. Ini bukan main kuat lagi suara dia.
“That’s
it. Actually bukan bibik tapi lebih kepada nurse peribadi.” Eshan mengiakan.
“Nurse?
Macam nak suruh aku je.” Hannan sedikit cuak. Dah datang dah penyakit gila
Eshan ni.
“Yes
my dear. Can you? Pleaseeeeeeeeeee” Sengaja dia membuat suara manja.
Satu
kelemahan Hannan ialah bila dia meminta tolong dengan menggunakan suara manja
pasti Hannan tak akan menolak. Malah matanya sengaja dikelipkan bila berhadapan
dengan Hannan. Kata Hannan dia seperti bugsy didalam movie Bedtime Stories bila
berkelakuan begitu.
Disebabkan
itulah dia selalu menggunakan taktik tersebut. Hannan Nur. Satu nama yang
baginya cuba berlagak kasar tapi hatinya tetap seorang perempuan. Tanpa sedar
segaris senyuman terukir di bibir Eshan.
“Es
bapak kau kan banyak duit. Baik ambik qualified nurses daripada aku ni.” Hannan
cuba menolak. Gila!
“But
I trust you more than anybody else Han. Alah kau jaga nenek aku je. Lagi pun
ada Dr Hafiy. Dia boleh tolong kau apa.” Eshan masih cuba memujuk.
“Sigh.
Dr Hafiy? That guy yang aku terserempak masa datang rumah kau tu? Yang muka
macam Daniel Henney tu?” Hannan seakan tertarik.
“Yelah
yang mana lagi. Nak tak? Boleh laa Han. Nanti aku jodohkan kau dengan dia.”
“Promise?
Kalau macam tu aku nak lah. Tapi aku nak naik apa pergi rumah kau?” Hannan mula
terfikirkan soal pengangkutan.
“Yang
tu kau jangan risau. Kau naik laa LRT lepas tu ibu aku ambik kau kat situ.”
Penuh yakin Eshan membalas.
“Tak
menyusahkan ibu kau ke? Kesian pulak aku.” Hannan tidak berpuas hati.
“Aku
dah bincang semalam dengan ibu aku pasal ni. Ibu aku pun setuju.”
“Nanti
aku tanya ibu dengan babah aku. Malam aku mesej kau. Boleh?” Usul Hannan.
“Boleh.
Please pujuk parents kau.” Gesa Eshan.
“Aku
tak janji apa-apa tau Es.” Jawab Hannan sebelum menamatkan panggilan.
Dia
sebenarnya pernah bertemu dengan nenek Eshan sebelum ini.Seingatnya nenek Eshan
tidak boleh berjalan dan hanya terbaring di atas katil. Baginya itu bukan
masalah besar kerana selama ini dia
pernah menjaga pesakit di hospital.
Tok!
Tok! Tok! Ketukan pintu yang bertalu-talu mematikan lamunannya. Terpacul wajah
ibunya di pintu. Itu dia pucuk dicita ulam mendatang. Macam tau-tau je aku nak
turun bawah bincang dengan ibu. Rezeki kau lah Es!