14 oleh: faizah fyn
Pagi-pagi
lagi Mama sudah riuh satu rumah. Maklumlah Qaiser nak datang. Dikerah semua isi
rumah ikut pergi pasar pagi. Nak cari barang untuk masak tengahari nanti kata
Mama. Qaiser nak datang bersemangat sungguh Mama nak masak. Agaknya kalau jadi
dia kawin dengan Qaiser mesti Mama layan dia special punya! Kalah servis dekat
five star hotel.
“Aimy,
Airis..dah siap belum? Ya Allah kamu berdua ni, nak pergi pasar je pun tak
payah laa pakai lawa-lawa.” Sekali lagi Mama naik ke tingkat atas dengan mulut
masih membebel panjang.
“Dah
nak siap Ma.” Airis menjerit dari biliknya.
Sudah
laa dia nak mandi tadi Mama tak bagi izin. Kata Mama kalau dia mandi nanti
terlambat pergi pasar. Bila lambat pergi pasar tak dapat pilih ikan yang segar.
Arghhh busuknya! Tak selesa pulak tu keluar dengan tak mandi. Terus dia sembur
perfume banyak-banyak ke baju yang dipakainya. Itulah Airis, masa bangun Subuh
tadi tak nak mandi terus! Padan muka keluar rumah tak mandi.
“Apa
sengih-sengih?” Tanya Airis kepada kakaknya.
“Problemo?”
Sengaja Aimy mengusik sambil menutup hidungnya. Mahu memerli adiknya.
“Shhh”
Airis meletakkan jarinya ke bibir menyuruh kakaknya itu diam.
“Lek
ahh..pergi pasar nanti berpeluh balik. Siap pakej bau hanyir ikan. Better pergi
pasar tak mandi. Balik baru mandi.”
Aimy
cuba menyedapkan hati adiknya. Tapi ada benar katanya. Memang kebiasaannya bila
ikut Mama ke pasar pagi, balik rumah sahaja dia akan mandi sekali lagi. Tak
tahan apabila bajunya melekat dengan bau ikan dan bermacam bau lagi.
“Aimy…Airis….”
Sekali lagi Mama menjerit.
“Yaaaa
datang!” Kelam kabut mereka berdua berlari menuruni anak tangga.
*******
Banyak
sungguh barang yang Mama beli. Bahunya senget sebelah membawa ‘hasil’ belian
Mamanya. Aimy hanya sengih melihat adiknya itu dibuli. Kata anak jantan. Geram
Airis melihat kakaknya hanya berlenggang kangkung membawa sayur-sayuran yang
jauh lebih ringan berbanding barang basah yang dibawanya.
“Cepat
Airis. Dah pukul berapa ni. Nak masak lagi.” Mama yang sudah jauh di hadapan
menyuruh dia berjalan laju.
“Kalau
Abah ada kan best.” Gumam Airis.
“Hah,
mengumpat laa tu.” Aimy yang berada di hadapan sedikit darinya berkata apabila
melihat mulutnya terkumat-kamit.
“Tak
kuasa okay!” Jawab Airis sambil menjelirkan lidah.
Sampai
sahaja di rumah Airis laju meletakkan barang ke atas meja makan lalu berlari
menuju biliknya. Puan Sofia memandang ke arah Aimy. Pelik melihat gelagat Airis
itu.
“Mandi.”
Pendek jawapan Aimy mengundang senyum di bibir Puan Sofia.
“Aimy
nak mandi dulu ke?” Soal Puan Sofia.
“Rasa
macam nak mandi dululah Ma. Dah rasa macam ikan pulak sebab bau hanyir.”
“Hmm
pergilah. Mama siang ikan ni dulu.” Izin Puan Sofia.
“Okay.”
Riuh
rendah dapur apabila Aimy dan Airis selesai mandi. Encik Ahmad hanya menjadi
pemerhati melihat gelagat isteri dan anak kembarnya. Seperti biasa, isterinya
itu akan jadi supervisor di dapur mengarah itu ini. Aimy dan Airis hanya
mengangguk dengan bibir muncung panjang. Memang anak kembarnya itu tak suka
masuk dapur.
“Abah,
next time kalau pergi pasar Abah ikut tau.” Airis yang sedang memotong bawang
besar bersuara.
“Kenapa?”
Encik Ahmad mendekati Airis.
“Adib
kena buli bawak barang berat.”
Encik
Ahmad ketawa sambil memeluk bahu Airis. Nampak je ganas tapi kena buli sikit
dah mengadu. Airis, Airis.
“Boooo
tak malu mengadu. Kata anak jantan.” Provok Aimy.
“Diamlah.”
Airis sudah meletakkan pisau ditangannya lalu bercekak pinggang.
“Eh
dah dah. Kang ada jugak Abah buat gulai nanti. Dekat dapur pun nak gaduh.”
“Tapi…”
Airis tak berpuas hati.
“Okay,
next time Abah join ya Adib.” Pujuk Encik Ahmad.
“Promise?”
“Yes
I’m promise.”
Ting
tong. Ting tong. Bunyi loceng mematikan perbualan mereka. Serentak
masing-masing memandang satu sama lain. Tetamu yang di nanti dah sampai ke?
Makanan belum sedia lagi.
“Abah
pergi tengok kejap.” Encik Ahmad berlalu meninggalkan dapur.
Kelihatan
satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya berdiri di depan pintu pagar dengan
menjinjing satu beg kertas.
“Qaiser,
awal sampai.” Tegur Encik Ahmad.
“Saja
datang awal sikit. Takut jalan jam tengahari nanti.” Balas Qaiser dengan senyum
tak lekang dari bibirnya.
“Oh
ye ke. Eh masuklah” Pelawa Encik Ahmad sambil menyambut huluran salam Qaiser.
“Ni
ada buah tangan sikit.” Qaiser menghulurkan beg kertas yang dibawa bersamanya
tadi.
“Susah-susah
jelah kamu ni.”
“Tak
susah mana pun Uncle.”
Encik
Ahmad melabuhkan punggung di atas sofa di ikuti Qaiser. Kelihatan Puan Sofia
berjalan menuju ke ruang tamu.
“Qaiser
ke datang. Auntie belum siap masak lagi.”
“Eh
takpe Auntie. Saya ni yang datang awal sangat.” Qaiser cuba meredakan kerisauan
Puan Sofia.
“Kamu
duduk sembang dengan Uncle dulu. Dah siap nanti Auntie panggil.”
Qaiser
menganggukkan kepala sambil tersenyum. Tak lama selepas Puan Sofia hilang ke dapur,
muncul Airis menatang dulang berisi dua gelas air oren dan sepiring kuih yang
dibeli Puan Sofia pagi tadi. Qaiser memerhati setiap langkah yang di atur
Airis. Tanpa sedar, Encik Ahmad memerhati gelagatnya. Hilang sahaja Airis ke
dapur, Encik Ahmad berdehem mematikan tingkah Qaiser. Qaiser dapat merasakan
mukanya merah menahan malu. Kantoi tengok anak dara orang.
“Minum
Qaiser.”
Qaiser
senyum dan menyambut gelas yang dihulurkan Encik Ahmad. Masing-masing membisu
sambil menjamah kuih yang dihantar Airis.
“Qaiser,
Uncle nak tanya sikit.”
Sudah.
Qaiser dapat merasakan debarang di dadanya. Uncle nampak ke aku pandang Airis
tadi? Ke Uncle nak tanya aku dengan Airis ada apa-apa ke tak. Mungkin betul
Uncle dah ada calon untuk Airis. Bermacam-macam persoalan berada di mindanya.
“Qaiser.”
Encik Ahmad memanggil Qaiser yang kelihatan sedang mengelamun.
“Hah.
Eh ya Uncle.” Tergagap-gagap dia menjawab panggilan Encik Ahmad.
“Your
father call me yesterday. Guess what we talk about.”
“Papa
call Uncle?”
“Yup.
I’m so surprise actually. Lagi-lagi Uncle baru je jumpa Qaiser balik.”
“So
Papa cakap apa?”
“About
you….and of course about Adib.”
Qaiser
merasakan air liurnya sukar untuk ditelan saat itu. Apa yang Uncle dengan Papa
bincang. Uncle bagi tahu Papa yang dia tak nak aku dekat dengan Airis ke?
“Ohhh.
Kenapa dengan Adib?” Lambat-lambat dia bertanya.
“Okay
let’s get into the main point. Your father told me that you and Adib are in
love.”
Tersedak
Qaiser apabila mendengar kata-kata jujur dari mulut Encik Ahmad. Papa, kenapa
lah Papa baik hati sangat bagi tau Uncle ni? Qis pun satu kecoh sangat mulut
tu.
“Qaiser are
you okay?”
“Errr
yes. Yes I’m okay.”
“So?”
Encik Ahmad mengangkat keningnya memohon penjelasan dari Qaiser soal dia dan
Airis.
“Sebelum
tu saya minta maaf sebab Uncle dapat tahu hal ni dari Papa bukannya saya atau
Adib.” Penuh hati-hati Qaiser mengatur ayat. Melihat Encik Ahmad diam dia
meneruskan kata-katanya.
“Memang
saya dengan Adib sekarang macam Papa cakap.”
Habis
kalau Airis tahu ni. Aku terpaksa. Papa sendiri dah buka mulut tak kan dia nak
menidakkan pulak. Nanti bercanggah apa yang masing-masing cakap.
“So
kamu serious ke dengan Adib?”
Soalan
berani mati dari Encik Ahmad. Di pihak
dia, memang dia serius dengan Airis. Tapi di pihak Airis dia tak seratus
peratus pasti.
“Saya
serius.” Pendek jawapan Qaiser.
Encik
Ahmad cuba menyembunyikan senyum di bibirnya. Lega akhirnya apabila Qaiser
mengaku. Dia sendiri tak berapa yakin dengan apa yang dibualkan oleh dia dan
sahabat baiknya, Zulhilmie.
“Hello.”
Terdengar suara yang asing di pendengarannya. Pekat sungguh bahasa Inggerisnya.
“Yes
hello.”
“Can
I talk to Mr Ahmad?”
“Yes
speaking. May I know who is this?”
“Amat!
I’m Zul. Do you remember me?” Ceria suara yang memperkenalkan dirinya sebagai
Zul itu.
“Zul?”
“Yes.
Zulhilmie Mirza.”
“Allahuakbar.
Zul! How are you?” Gembira Encik Ahmad apabila mengetahui dia sedang bercakap
dengan sahabat baiknya.
“I’m
fine. How about you?”
“Alhamdulillah.
I’m fine. Zul, did you changed your phone number?”
“Yup
since I lost my phone during holidays in Ireland.”
“Oh
I see. So how’s your life?”
“Same
as usual. Busy in the office. Ifah told me that Qaiser met you. Is that true?”
“He
came to my house and he told me that he’s the only one who live in Malaysia.
Zul, when you’re going back to Malaysia? 11 years in US man!”
“Oh
I see. Hmm I just getting use live in here. Maybe if Qaiser marry with someone
from Malaysia then I will go back.” Jujur jawapan Encik Zulhilmie.
“Haha
what kind of excuse.”
“Amat,
I have something to ask you. Regarding my son and your daughter.”
“Adib
or Aimy?”
“Of
course Adib.”
“Kenapa
dengan Adib?”
“I
know it’s not proper I talk about this in phone but I need to clarify this
matter.”
“Seems
like it’s a big thing.”
“Yes
it is. Ifah told me that Qaiser want to get married. And the bride is Adib.”
“Adib
and Qaiser are getting married? Seriously I don’t even know about this.”
“That’s
why I ask you since I’m so happy if it is true.”
“I
think we need to talk with our children.”
“Could
you do me a favour?”
“Yes
sure.”
“I
want you to ask Qaiser about this.”
“What?”
Encik Ahmad sedikit terkejut.
“Uncle.
Uncle.” Qaiser memanggil beberapa kali.
“Hah?
Maaf Uncle mengelamun pulak.” Encik Ahmad memohon maaf apabila sedar dia
mengelamun jauh.
“Dekat
mana kita tadi?”
“About
my feeling towards Adib.”
“Jadi
kamu memang betul-betul serius lah ni?”
“Yes
Uncle. I’m serious. Adib and I already have a deep conversation about this. We
just wait for the best time to tell the others.”
“But
you already told your Papa right?”
“Again
I’m sorry. Saya cakap dengan Qis je pasal ni. But she told my mom and of course
my father knew about this from my mom.”
“Hmm
kalau macam tu tak apa lah. So apa plan kamu dengan Adib?”
“Cadangnya
saya nak bagi tahu Uncle dulu. Bila Uncle okay baru bagi tau my parents. Takut
datang tiba-tiba, Uncle dah ada calon lain.” Jujur Qaiser menjawab.
“Kira
kamu nak mintak persetujuan Uncle dulu lah ni?”
Qaiser
menganggukkan kepalanya. Dapat dirasakan bahunya yang sebelum ini berat memikul
perancangan selama ini sedikit ringan. Tapi kini tangannya berubah sejuk
menanti jawapan dari Encik Ahmad yang mana bakal menentukan hala tuju
perancangan dia dan Adib Airis.
“Bismillahirrahmanirrahim.
Uncle setuju.” Penuh keyakinan Encik Ahmad member persetujuan.
“Alhamdulillah.”
Qaiser meraup wajahnya penuh kesyukuran.
“Nanti
kamu bagi tau Papa kamu pasal ni. Bila dah ready boleh datang dengan mengikut
adat kita orang Melayu.”
“Terima
kasih Uncle.”
“Sama-sama.”
“Rancak
berbualnya tu.” Puan Sofia yang baru selesai memasak tiba-tiba muncul.
“Biasalah
hal lelaki.” Encik Ahmad menjawab pantas.
Qaiser
hanya tersenyum melihat isyarat dari Encik Ahmad meminta dia berdiam diri.
Mungkin Encik Ahmad mahu memberitahu isterinya sendiri tentang apa yang mereka
bincangkan sebentar tadi.
“Hmm
patut lah. Eh makanan dah siap. Jom lah makan.” Puan Sofia mengajak suaminya
dan Qaiser.
Encik
Ahmad dan Puan Sofia bangun serentak mengikut Puan Sofia menuju ke arah dapur.
Encik Ahmad memeluk mesra bahu Qaiser. Gembira Qaiser bakal menjadi sebahagian
dari keluarganya nanti.
p/s: maaf lambat update..terlalu sibuk menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan :) Semoga Allah merahmati anda semua. Till then, Assalamualaikum
2 comments:
sukaa laa baca story nii .. ada sambungannya tak ?? :D
Sambunglah lagi... :(
Post a Comment