Monday, 31 December 2012

PENGAKHIRAN DUA RIBU DUA BELAS, PERJALANAN DUA RIBU TIGA BELAS


Tik tok tik tok
Jarum jam masih berjalan seperti biasa
Perlahan dentingannya masih mampu menggegar jantung
Sedikit waktu lagi, ya sedikit lagi.

Mata masih melekap pada jam itu
Perlahan keluhan berat dilepaskan
Fikiran masih bersimpang siur
Memikirkan perjalanan dua ribu dua belas.

Ya, bagaimana perjalanan itu?
Penuh warna-warnikah?
Atau hitam dan kelamkah perjalanan yang sudah mahu berakhir itu.

Pantas fikiran ligat memutar perjalanan itu
Bagaimana diri aku?
Masih ditakuk lama tanpa ada sebarang pengisian
Rohaninya tempang, cacat di sana sini! Malu.

Kisah cinta aku?
Masih sama! Menagih cinta manusia tanpa perasaan malu
Apa lengkap cintamu pada Dia?
Apa sempurna cintamu pada Dia?
Fikirkan. Renungkan. Selami isi dasar hatimu.

Ya, perubahan harus dilakukan!
Direnung jam itu lagi, lagi, dan lagi
Senyuman manis diukirkan
Tangan digenggam kemas penuh keyakinan dan keazaman.

Dua ribu tiga belas
Kisah baru bakal diukir
Cerita baru bakal terlukis
Perjalanan baru bakal dicorak
Di atas kanvas putih
Perjalanan dua ribu tiga belas!




Till then, insyaAllah we will meet in 2013. Assalamualaikum :)




No comments: