Saturday, 12 January 2013

14| Suamiku Gee





















14 oleh: faizah fyn

Pagi-pagi lagi Mama sudah riuh satu rumah. Maklumlah Qaiser nak datang. Dikerah semua isi rumah ikut pergi pasar pagi. Nak cari barang untuk masak tengahari nanti kata Mama. Qaiser nak datang bersemangat sungguh Mama nak masak. Agaknya kalau jadi dia kawin dengan Qaiser mesti Mama layan dia special punya! Kalah servis dekat five star hotel.

“Aimy, Airis..dah siap belum? Ya Allah kamu berdua ni, nak pergi pasar je pun tak payah laa pakai lawa-lawa.” Sekali lagi Mama naik ke tingkat atas dengan mulut masih membebel panjang.

“Dah nak siap Ma.” Airis menjerit dari biliknya.

Sudah laa dia nak mandi tadi Mama tak bagi izin. Kata Mama kalau dia mandi nanti terlambat pergi pasar. Bila lambat pergi pasar tak dapat pilih ikan yang segar. Arghhh busuknya! Tak selesa pulak tu keluar dengan tak mandi. Terus dia sembur perfume banyak-banyak ke baju yang dipakainya. Itulah Airis, masa bangun Subuh tadi tak nak mandi terus! Padan muka keluar rumah tak mandi.

“Apa sengih-sengih?” Tanya Airis kepada kakaknya.

“Problemo?” Sengaja Aimy mengusik sambil menutup hidungnya. Mahu memerli adiknya.

“Shhh” Airis meletakkan jarinya ke bibir menyuruh kakaknya itu diam.

“Lek ahh..pergi pasar nanti berpeluh balik. Siap pakej bau hanyir ikan. Better pergi pasar tak mandi. Balik baru mandi.”

Aimy cuba menyedapkan hati adiknya. Tapi ada benar katanya. Memang kebiasaannya bila ikut Mama ke pasar pagi, balik rumah sahaja dia akan mandi sekali lagi. Tak tahan apabila bajunya melekat dengan bau ikan dan bermacam bau lagi.

“Aimy…Airis….” Sekali lagi Mama menjerit.

“Yaaaa datang!” Kelam kabut mereka berdua berlari menuruni anak tangga.

*******
Banyak sungguh barang yang Mama beli. Bahunya senget sebelah membawa ‘hasil’ belian Mamanya. Aimy hanya sengih melihat adiknya itu dibuli. Kata anak jantan. Geram Airis melihat kakaknya hanya berlenggang kangkung membawa sayur-sayuran yang jauh lebih ringan berbanding barang basah yang dibawanya.

“Cepat Airis. Dah pukul berapa ni. Nak masak lagi.” Mama yang sudah jauh di hadapan menyuruh dia berjalan laju.

“Kalau Abah ada kan best.” Gumam Airis.

“Hah, mengumpat laa tu.” Aimy yang berada di hadapan sedikit darinya berkata apabila melihat mulutnya terkumat-kamit.

“Tak kuasa okay!” Jawab Airis sambil menjelirkan lidah.

Sampai sahaja di rumah Airis laju meletakkan barang ke atas meja makan lalu berlari menuju biliknya. Puan Sofia memandang ke arah Aimy. Pelik melihat gelagat Airis itu.

“Mandi.” Pendek jawapan Aimy mengundang senyum di bibir Puan Sofia.

“Aimy nak mandi dulu ke?” Soal Puan Sofia.

“Rasa macam nak mandi dululah Ma. Dah rasa macam ikan pulak sebab bau hanyir.”

“Hmm pergilah. Mama siang ikan ni dulu.” Izin Puan Sofia.

“Okay.”

Riuh rendah dapur apabila Aimy dan Airis selesai mandi. Encik Ahmad hanya menjadi pemerhati melihat gelagat isteri dan anak kembarnya. Seperti biasa, isterinya itu akan jadi supervisor di dapur mengarah itu ini. Aimy dan Airis hanya mengangguk dengan bibir muncung panjang. Memang anak kembarnya itu tak suka masuk dapur.

“Abah, next time kalau pergi pasar Abah ikut tau.” Airis yang sedang memotong bawang besar bersuara.

“Kenapa?” Encik Ahmad mendekati Airis.

“Adib kena buli bawak barang berat.”

Encik Ahmad ketawa sambil memeluk bahu Airis. Nampak je ganas tapi kena buli sikit dah mengadu. Airis, Airis.

“Boooo tak malu mengadu. Kata anak jantan.” Provok Aimy.

“Diamlah.” Airis sudah meletakkan pisau ditangannya lalu bercekak pinggang.

“Eh dah dah. Kang ada jugak Abah buat gulai nanti. Dekat dapur pun nak gaduh.”

“Tapi…” Airis tak berpuas hati.

“Okay, next time Abah join ya Adib.” Pujuk Encik Ahmad.

“Promise?”

“Yes I’m promise.”

Ting tong. Ting tong. Bunyi loceng mematikan perbualan mereka. Serentak masing-masing memandang satu sama lain. Tetamu yang di nanti dah sampai ke? Makanan belum sedia lagi.

“Abah pergi tengok kejap.” Encik Ahmad berlalu meninggalkan dapur.

Kelihatan satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya berdiri di depan pintu pagar dengan menjinjing satu beg kertas.

“Qaiser, awal sampai.” Tegur Encik Ahmad.

“Saja datang awal sikit. Takut jalan jam tengahari nanti.” Balas Qaiser dengan senyum tak lekang dari bibirnya.

“Oh ye ke. Eh masuklah” Pelawa Encik Ahmad sambil menyambut huluran salam Qaiser.

“Ni ada buah tangan sikit.” Qaiser menghulurkan beg kertas yang dibawa bersamanya tadi.

“Susah-susah jelah kamu ni.”

“Tak susah mana pun Uncle.”

Encik Ahmad melabuhkan punggung di atas sofa di ikuti Qaiser. Kelihatan Puan Sofia berjalan menuju ke ruang tamu.

“Qaiser ke datang. Auntie belum siap masak lagi.”

“Eh takpe Auntie. Saya ni yang datang awal sangat.” Qaiser cuba meredakan kerisauan Puan Sofia.

“Kamu duduk sembang dengan Uncle dulu. Dah siap nanti Auntie panggil.”

Qaiser menganggukkan kepala sambil tersenyum. Tak lama selepas Puan Sofia hilang ke dapur, muncul Airis menatang dulang berisi dua gelas air oren dan sepiring kuih yang dibeli Puan Sofia pagi tadi. Qaiser memerhati setiap langkah yang di atur Airis. Tanpa sedar, Encik Ahmad memerhati gelagatnya. Hilang sahaja Airis ke dapur, Encik Ahmad berdehem mematikan tingkah Qaiser. Qaiser dapat merasakan mukanya merah menahan malu. Kantoi tengok anak dara orang.

“Minum Qaiser.”

Qaiser senyum dan menyambut gelas yang dihulurkan Encik Ahmad. Masing-masing membisu sambil menjamah kuih yang dihantar Airis.

“Qaiser, Uncle nak tanya sikit.”

Sudah. Qaiser dapat merasakan debarang di dadanya. Uncle nampak ke aku pandang Airis tadi? Ke Uncle nak tanya aku dengan Airis ada apa-apa ke tak. Mungkin betul Uncle dah ada calon untuk Airis. Bermacam-macam persoalan berada di mindanya.

“Qaiser.” Encik Ahmad memanggil Qaiser yang kelihatan sedang mengelamun.

“Hah. Eh ya Uncle.” Tergagap-gagap dia menjawab panggilan Encik Ahmad.

“Your father call me yesterday. Guess what we talk about.”

“Papa call Uncle?”

“Yup. I’m so surprise actually. Lagi-lagi Uncle baru je jumpa Qaiser balik.”

“So Papa cakap apa?”

“About you….and of course about Adib.”

Qaiser merasakan air liurnya sukar untuk ditelan saat itu. Apa yang Uncle dengan Papa bincang. Uncle bagi tahu Papa yang dia tak nak aku dekat dengan Airis ke?

“Ohhh. Kenapa dengan Adib?” Lambat-lambat dia bertanya.

“Okay let’s get into the main point. Your father told me that you and Adib are in love.”

Tersedak Qaiser apabila mendengar kata-kata jujur dari mulut Encik Ahmad. Papa, kenapa lah Papa baik hati sangat bagi tau Uncle ni? Qis pun satu kecoh sangat mulut tu.

“Qaiser are you okay?”

“Errr yes. Yes I’m okay.”

“So?” Encik Ahmad mengangkat keningnya memohon penjelasan dari Qaiser soal dia dan Airis.

“Sebelum tu saya minta maaf sebab Uncle dapat tahu hal ni dari Papa bukannya saya atau Adib.” Penuh hati-hati Qaiser mengatur ayat. Melihat Encik Ahmad diam dia meneruskan kata-katanya.

“Memang saya dengan Adib sekarang macam Papa cakap.”

Habis kalau Airis tahu ni. Aku terpaksa. Papa sendiri dah buka mulut tak kan dia nak menidakkan pulak. Nanti bercanggah apa yang masing-masing cakap.

“So kamu serious ke dengan Adib?”

Soalan berani mati dari Encik Ahmad.  Di pihak dia, memang dia serius dengan Airis. Tapi di pihak Airis dia tak seratus peratus pasti.

“Saya serius.” Pendek jawapan Qaiser.

Encik Ahmad cuba menyembunyikan senyum di bibirnya. Lega akhirnya apabila Qaiser mengaku. Dia sendiri tak berapa yakin dengan apa yang dibualkan oleh dia dan sahabat baiknya, Zulhilmie.

“Hello.” Terdengar suara yang asing di pendengarannya. Pekat sungguh bahasa Inggerisnya.

“Yes hello.”

“Can I talk to Mr Ahmad?”

“Yes speaking. May I know who is this?”

“Amat! I’m Zul. Do you remember me?” Ceria suara yang memperkenalkan dirinya sebagai Zul itu.

“Zul?”

“Yes. Zulhilmie Mirza.”

“Allahuakbar. Zul! How are you?” Gembira Encik Ahmad apabila mengetahui dia sedang bercakap dengan sahabat baiknya.

“I’m fine. How about you?”

“Alhamdulillah. I’m fine. Zul, did you changed your phone number?”

“Yup since I lost my phone during holidays in Ireland.”

“Oh I see. So how’s your life?”

“Same as usual. Busy in the office. Ifah told me that Qaiser met you. Is that true?”

“He came to my house and he told me that he’s the only one who live in Malaysia. Zul, when you’re going back to Malaysia? 11 years in US man!”

“Oh I see. Hmm I just getting use live in here. Maybe if Qaiser marry with someone from Malaysia then I will go back.” Jujur jawapan Encik Zulhilmie.

“Haha what kind of excuse.”

“Amat, I have something to ask you. Regarding my son and your daughter.”

“Adib or Aimy?”

“Of course Adib.”

“Kenapa dengan Adib?”

“I know it’s not proper I talk about this in phone but I need to clarify this matter.”

“Seems like it’s a big thing.”

“Yes it is. Ifah told me that Qaiser want to get married. And the bride is Adib.”

“Adib and Qaiser are getting married? Seriously I don’t even know about this.”

“That’s why I ask you since I’m so happy if it is true.”

“I think we need to talk with our children.”

“Could you do me a favour?”

“Yes sure.”

“I want you to ask Qaiser about this.”

“What?” Encik Ahmad sedikit terkejut.

“Uncle. Uncle.” Qaiser memanggil beberapa kali.

“Hah? Maaf Uncle mengelamun pulak.” Encik Ahmad memohon maaf apabila sedar dia mengelamun jauh.

“Dekat mana kita tadi?”

“About my feeling towards Adib.”

“Jadi kamu memang betul-betul serius lah ni?”

“Yes Uncle. I’m serious. Adib and I already have a deep conversation about this. We just wait for the best time to tell the others.”

“But you already told your Papa right?”

“Again I’m sorry. Saya cakap dengan Qis je pasal ni. But she told my mom and of course my father knew about this from my mom.”

“Hmm kalau macam tu tak apa lah. So apa plan kamu dengan Adib?”

“Cadangnya saya nak bagi tahu Uncle dulu. Bila Uncle okay baru bagi tau my parents. Takut datang tiba-tiba, Uncle dah ada calon lain.” Jujur Qaiser menjawab.

“Kira kamu nak mintak persetujuan Uncle dulu lah ni?”

Qaiser menganggukkan kepalanya. Dapat dirasakan bahunya yang sebelum ini berat memikul perancangan selama ini sedikit ringan. Tapi kini tangannya berubah sejuk menanti jawapan dari Encik Ahmad yang mana bakal menentukan hala tuju perancangan dia dan Adib Airis.

“Bismillahirrahmanirrahim. Uncle setuju.” Penuh keyakinan Encik Ahmad member persetujuan.

“Alhamdulillah.” Qaiser meraup wajahnya penuh kesyukuran.

“Nanti kamu bagi tau Papa kamu pasal ni. Bila dah ready boleh datang dengan mengikut adat kita orang Melayu.”

“Terima kasih Uncle.”

“Sama-sama.”

“Rancak berbualnya tu.” Puan Sofia yang baru selesai memasak tiba-tiba muncul.

“Biasalah hal lelaki.” Encik Ahmad menjawab pantas.

Qaiser hanya tersenyum melihat isyarat dari Encik Ahmad meminta dia berdiam diri. Mungkin Encik Ahmad mahu memberitahu isterinya sendiri tentang apa yang mereka bincangkan sebentar tadi.

“Hmm patut lah. Eh makanan dah siap. Jom lah makan.” Puan Sofia mengajak suaminya dan Qaiser.

Encik Ahmad dan Puan Sofia bangun serentak mengikut Puan Sofia menuju ke arah dapur. Encik Ahmad memeluk mesra bahu Qaiser. Gembira Qaiser bakal menjadi sebahagian dari keluarganya nanti.


p/s: maaf lambat update..terlalu sibuk menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan :) Semoga Allah merahmati anda semua. Till then, Assalamualaikum



2 comments:

Ms. Sherlock said...

sukaa laa baca story nii .. ada sambungannya tak ?? :D

Unknown said...

Sambunglah lagi... :(