18
tahun yang lalu,
Dapat
dirasakan dadanya berdetak laju. Mana taknya hari ini adalah hari pertama dia
akan mengajar di tadika itu. Mampukah dia yang tidak mempunyai kelulusan dalam
bidang pendidikan awal kanak-kanak itu untuk mengajar pelajarnya nanti? Terasa
berat amanah yang diberikan kepadanya. Tapi dia harus menjadikan ini semua
sebagai pengalaman berharga baginya. Walaupun usianya saat ini hanya lapan
belas tahun.
Perlahan-lahan
dia menolak sliding door kelasnya. Dari luar tadi dia dapat melihat bakal
pelajarnya itu bukan main rancak lagi berparty. Berlari ke sana sini di dalam
kelas walaupun sudah berusia 6 tahun! Ada juga yang mengganggu rakan yang lain.
Melangkah sahaja dia ke dalam kelas itu masing-masing terdiam. Mungkin terkejut
melihat dirinya yang selama ini mereka tak pernah lihat. Ya, memang dia antara
wajah baru di tadika itu manakala ada di kalangan pelajarnya adalah pelajar
lama disitu.
Langkahnya
di atur kemas dan penuh keyakinan. Dia meletakkan begnya yang ternyata jauh
lebih besar dari badannya ke atas meja yang khas disediakan untuk guru.
Kemudian dia memandang satu demi satu wajah comel di hadapannya. Die berdehem
sebelum bersuara.
“Assalamualaikum
khalifah.” Dia terpaksa menguatkan sedikit suaranya kerana suaranya memang
sedia ada perlahan.
“Waalaikummussalam
teacherrrrrr……” Wajah comel di hadapannya memandang satu sama lain.
“My
name is teacher Ariana.” Pantas dia bersuara apabila melihat wajah penuh tanda
tanya anak muridnya.
“Waalaikummussalam
teacher Ariana.” Sekali lagi wajah comel itu menjawab salamnya.
“How
are you today khalifah?” Dia bertanya lagi. Sekadar mengikut skrip yang memang
kebiasaannya guru disitu gunakan.
“Alhamdulillah.
I’m fine thank you teacher Ariana. May Allah bless you teacher Ariana.”
Serentak
wajah comel itu membalas. Penuh ceria dan bersemangat. Mungkin kerana hari ini
adalah hari pertama persekolahan. Masing-masing gembira bertemu semula
rakan-rakan.
“May
Allah bless you too khalifah.”
Tangannya
mencapai teacher hand book yang berada di dalam isi begnya. Mahu mengambil
kedatangan pelajarnya itu.
“When
I call your name, please raise up your hand.”
Ssatu
demi satu nama pelajarnya di panggil. Tiba di satu nama yang membuatkan Ariana
sedikit gugup dan berdebar tiba-tiba.
“Safiy
Aizat.” Dia berusaha mengawal getar pada suaranya.
“Me!”
Suara yang sedikit kuat menerjah pendengarannya.
Perlahan-lahan
Ariana mendongakkan kepalanya. Mencari gerangan empunya suara. Di sudut kanan
kelas kelihatan seorang pelajar lelaki mengangkat tangannya sambil tersenyum
malu. Ariana senyum sedikit sebelum memberi isyarat meminta pelajar itu
menurunkan tangannya. Dan debaran di dadanya semakin laju dan rancak.
‘Ya
Allah, kebetulan apakah ini? Nama yang sama tapi berbeza pemiliknya.’ Bisik
Ariana di dalam hati.
“Teacher
hari ni belajar apa?” Soal pelajar bernama Safiy Aizat itu.
“Ehem,
today we are going to learn about alphabet ABC and D. Before that, I want you
to recite dua for a good knowledge.” Balas Ariana.
Perasaannya
saat itu sukar digambarkan. Bertemu dengan pelajar yang mempunyai nama sama
dengan lelaki yang dulu pernah dicintainya. Perasaan kedua, apabila murid yang
baru berusia 6 tahun mampu membaca doa bersama makna di dalam bahasa Inggeris.
Selesai membaca doa dia memulakan tugasnya sebagai guru bahasa Inggeris hari
itu. Rata-rata pelajarnya memang bijak. Mana taknya dia mengajar kelas paling
pandai disitu.
Selesai
mengajar dia memberi buku kepada setiap anak muridnya. Mahu mereka membuat
latihan di dalam buku tersebut. Bersorak riang anak muridnya apabila mendapat
buku.
“Teacher,
buat yang mana? Saya tak tau.” Safiy Aizat bertanya kepadanya yang kebetulan
lalu bersebelahan meja Safiy Aizat.
“Okay
Safiy, you do exercise from page one until ten.” Pantas jemarinya menyelak
helaian buku Safiy Aizat.
“Teacher,
teacher panggil dia Aizat.” Maia yang duduk semeja dengan Safiy Aizat bersuara.
“Aizat?
Safiy Aizat, is it okay if I call you Safiy instead of Aizat?” Dia bertanya
kepada Safiy Aizat yang sedang mengikut garisan huruf A pada bukunya.
“Hmmm
okay.” Perlahan Safiy Aizat bersuara.
“Tapi
kitorang panggil dia Aizat teacher.” Kedengaran suara Hafiy yang duduk di meja
paling hadapan di ikuti anggukan kepala dari yang lain.
“Okay,
from now on I will call you Aizat.” Dia mengalah akhirnya.
Bukan
dia tidak suka dengan nama Aizat itu. Tapi lelaki yang dulu pernah dicintainya
dan akhirnya melukai dia juga dipanggil Aizat. Kali ini dia mahu memanggil
pelajarnya itu dengan nama Safiy walaupun kedua-dua mereka mempunyai nama yang
sama, Safiy Aizat. Ahhh tapi mana mungkin dia mahu menyamakan Safiy Aizat
muridnya dengan lelaki itu? Malah jarak umur mereka berdua sangat jauh. Tapi
debaran yang dirasainya masih sama.
Kelasnya
pada hari itu berjalan lancar walaupun ada dikalangan pelajarnya yang tidak mendengar
kata. Ada juga yang dua tiga kali datang ke hadapan meminta izin mahu ke
tandas.
“Teacher,
nak kencing.” Farhan yang memang dilihat antara murid paling nakal datang
kepadanya.
“Nak
kencing?” Dia bertanya dengan kening diangkat sedikit.
“Aah
nak kencing.” Farhan berkata lagi sambil tangannya memegang seluar. Nampak
seperti tidak tahan mahu ke tandas.
“Nak
kencing?”
Sekali
lagi dia bertanya diikuti gelak tawa muridnya yang lain. Mungkin pada mereka
lucu kerana dia bertanya soalan sama pada Farhan dua tiga kali. Tapi baginya
itu tidak lucu kerana sebagai guru bahasa Inggeris dia mahu pelajarnya
menggunakan bahasa Inggeris.
“Nak
kencing. Eh nak toilet.” Farhan memperbetulkan ayatnya.
“You
want toilet?” Dia bertanya dengan nada sedikit terkejut.
“Eh,
teacher may I go to toilet?” Kali ini Farhan menggunakan ayat lain.
“Okay
good. You may go Farhan.”
Laju
Farhan berlari menuju ke arah tandas apabila dia menolak sliding door kelas,
memberi Farhan ruang untuk keluar.
“No
running.” Jeritnya sedikit.
Rutinnya
setiap hari hampir sama. Mengajar lima kelas untuk bahasa Inggeris. Anak
muridnya juga sudah mampu mendengar kata-katanya. Safiy Aizat? Safiy Aizat itu
memang manja dengan dia. Bila nampak sahaja dia lalu bersebelahan mejanya pasti
Safiy Aizat itu memanggilnya.
“Teacher
dah penat.” Safiy Aizat mengeluh.
“You’re
tired? Okay you may stop and continue after this.” Kasihan dia melihat Safiy
Aizat yang keletihan itu.
Setiap
hari mereka belajar empat huruf sudah tentu latihan yang diberikan juga sama
banyaknya dengan huruf tersebut. Banyak bagi mereka yang berusia 6 tahun yang
masih terkial-kial mahu menulis dengan pantas seperti orang dewasa.
******
“Ari, awak
dapat tawaran sambung belajar ke?” Tanya Kak Syifa salah seorang supervisor di
situ.
“Aah. Dila
cakap dekat akak eh?” Seingat dia, dia hanya beritahu pada Dila tentang dia
dapat tawaran sambung belajar ke matrik.
“Yup Dila
cakap. So bulan 6 laa eh Ariana sambung study?”
“Macam tu
lah nampaknya kak. So awal bulan 6 kot Ari resign.” Balas Ariana sedikit sedih.
“Hmmm sayang
pulak nak lepaskan Ari. Ari pun dah lima bulan kan dekat sini.”
“Itulah
kak. Ari pun dah rapat dengan budak-budak tu.”
Memang tak
dinafikan yang dia sudah semakin rapat dengan anak muridnya. Kasih sayangnya
sudah tumpah kepada mereka. Tunjuk ajar dia, tawa dia dengan mereka serta marah
dia kepada mereka sudah sebati dengan dirinya. Rasa seperti baru semalam dia
menjejakkan kaki di tadika itu. Kini dia terpaksa meninggalkan warga tadika itu
untuk mencapai cita-citanya.
“Kiranya
Ari tak jadi lah ye sambung diploma?”
“Parents
suruh sambung matrik sebab boleh terus buat degree.”
“Takpe lah
Ari, mana-mana pun sama janji dapat belajar.”
Mereka
sama-sama tersenyum walaupun dalam hati mereka sedih kerana terpaksa berpisah.
Tapi ini jalan terbaik untuk dia. Mencari ilmu hingga ke peringkat yang lebih
tinggi.
“Teacher,
nanti teacher dah takde ke dekat sini?” Soal Maia.
“How did
you know? I need to pursue my study sayang.” Dia membelai kepala Maia yang
ditutupi dengan tudung.
“Tak best
laa teacher takde.” Giliran Irma pula bersuara.
“It’s
okay. After this you will get a new teacher and if I have a free time I will
come here okay?”
“Promise
teacher?” Safiy Aizat yang tiba-tiba muncul dari celahan rakan kelasnya yang
lain bersuara.
“InsyaAllah
Aizat.” Dia menarik tangan Safiy Aizat untuk menghampirinya.
“Tak boleh
ke teacher duduk sini?” Tanya Safiy Aizat lagi. Matanya sudah bergenang dengan
air mata.
“I want to
stay here Aizat but I can’t. This is my opportunity to further my study and I
want to grab it.” Seboleh mungkin dia cuba menjelaskan.
“Okay.”
Safiy Aizat sudah mengalirkan air mata.
Rakan
sekelasnya yang lain ikut sama menangis melihat Safiy Aizat menangis. Pantas
dia memeluk mereka semua walaupun tangannya itu tidak cukup panjang untuk
memeluk mereka serentak.
“Okay, now
we need to start our class.” Dia melonggarkan pelukannya sedikit.
Anak
muridnya mengangguk kepala masing-masing sebelum mengelap air mata mereka. Ada
yang menggunakan lengan baju dan ada yang menggunakan tudung. Safiy Aizat masih
menangis tapi tidak serancak tadi.
“Come
Aizat.” Dia menggamit tangannya.
Dia
menyapu air mata yang membasahi pipi anak kecil itu. Sayu hatinya melihat air
mata itu tumpah.
“Safiy
sayang teacher.” Penuh keikhlasan Safiy Aizat berkata.
Safiy.
Safiy Aizat menggunakan panggilan nama itu tiga hari sebelum dia pergi
meninggalkan tadika itu. Nama yang dia pernah minta untuk digunakan pada hari
pertama dia mengajar di tadika itu.
“Kitorang
pun sayang teacher.” Serentak anak muridnya bersuara.
Sekali
lagi mereka semua menangis dan dia terpaksa memujuk mereka. Kelasnya hari itu
terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu untuk meredakan tangisan mereka. Mujur
Kak Syifa ada untuk membantunya. Kalau tak payah juga dia mahu memujuk mereka
semua.
Hari
terakhir,
“To staff
and students who with me during this journey in Tadika Khalifah, thanks for good
memories we share together. Forgive me if I made mistakes all this time. May
Allah bless all of you and pray for my success. Thank you.” Ringkas sahaja
ucapannya hari itu.
Dia tidak
menyangka pihak tadika mengadakan farewell party untuknya. Sungguh dia terharu
dengan layanan kali terakhir daripada mereka. Ada juga anak muridnya memberikan
hadiah sebagai kenang-kenangan untuknya.
“Teacher..”
Panggil Safiy Aizat sambil menghulurkan sesuatu.
Dia
menyambut satu bungkusan yang dibalut dengan pembalut hadiah warna hitam
keemasan itu. Dari sentuhan dan pegangannya dia kira itu satu bingkai gambar.
Dia memandang wajah mendung Safiy Aizat.
“Thank you
Aizat.” Dia tersenyum manis.
“Teacher
bukak laa.” Arah Safiy Aizat kepadanya.
“You want
me to open it here?”
“Yes.”
“Okay.”
Pantas jemarinya membuka pembalut hadiah itu.
Tepat
jangkaannya. Sebuah bingkai kayu bersama ukiran pelangi. Cantik. Didalamnya
terdapat sekeping gambar dia bersama Safiy Aizat semasa sport day di tadika
itu. Safiy Aizat menjadi maskot tomato. Comel dan ceria wajah Safiy Aizat.
“Thank you
Aizat! It’s beautiful.” Pantas dia memeluk bahu Safiy Aizat.
“Teacher
simpan elok-elok tau.” Pinta Safiy Aizat kepadanya.
“I will
Aizat. Again thank you for this gift.” Dia dan Safiy Aizat berbalas senyuman.
Kini,
sudah dua tahun dia meninggalkan Tadika Khalifah. Kenangan bersama anak
muridnya kadangkala menjengah fikirannya. Tapi kesibukan sebagai warga UiTM
sedikit sebanyak mampu melupakan rasa rindu dia pada mereka.
“Aizat dah
masuk darjah dua tahun ni.” Tiba-tiba dia bersuara.
Pantas
matanya dialihkan pada bingkai gambar di atas meja belajarnya. Gambar yang
seringkali ditanya oleh sahabatnya. Setiap kali ditanya siapa kanak-kanak di
dalam bingkai gambar itu pasti dia menjawab anak murid. Tapi ada dikalangan
rakannya yang tidak percaya. Mana mungkin gambar anak murid mahu diletakkan di
atas meja belajar. Special sangatkah anak muridnya itu? Dan dia hanya mampu
tersenyum apabila disoal tentang isu special itu.
Satu yang
dia pasti, Safiy Aizat itu berbeza dari Safiy Aizat yang pernah melukakan
hatinya dulu. Lelaki yang meninggalkan parut yang cukup dalam dihatinya. Masih
terasa sakitnya hati apabila ditipu lelaki itu. Cinta zaman persekolahan.
Kenangan dia bersama Safiy Aizat itu perlahan-lahan bermain di fikirannya.
“Ari, saya
dapat tawaran sambung belajar dekat MRSM.” Safiy Aizat yang berada di
hadapannya bersuara.
Memang
mereka berdua selalu bertapa di library untuk membuat ulangkaji bersama.
Mungkin bagi pelajar tingkatan 4 yang lain, tahun ini tahun untuk honeymoon
tapi tidak bagi dia Safiy Aizat. Mereka punya impian yang tersendiri. Safiy
Aizat dari dulu bercita-cita mahu menjadi seorang doktor. Katanya dia tidak
mampu merawat cinta jadi cukup jika dia mampu merawat penyakit yang lain. Dia
pula tidak sebijak Safiy Aizat.
Dia hanya
mampu menempah tempat ke kelas akaun. Mana mungkin dia mahu ke bidang
kedoktoran jika dia sendiri jauh dari bidang sains. Sehingga suatu hari Safiy
Aizat mencadangkan supaya dia mengambil bidang kejururawatan. Bidang
kejururawatan yang mungkin mudah sedikit buat dia walaupun dia mengambil kelas
akaun.
“So? Awak
pergi ke?” Dia meletakkan pen ke atas meja. Hilang moodnya untuk belajar.
“Awak tahu
kan cita-cita saya?”
“Doktor.
Tapi kalau belajar dekat sini pun boleh kan?” Dia cuba memancing Safiy Aizat
supaya meneruskan persekolahannya disitu.
“Tapi
dekat MRSM mungkin lagi banyak yang boleh saya dapat. Peluang datang sekali
Ari.”
Dia tidak
mampu menyangkal yang majoriti pelajar MRSM bijak semuanya. Mungkin itu salah
satu sebab Safiy Aizat mahu kesana. Supaya dia sentiasa bersemangat untuk
belajar bagi menyaingi rakan yang lain dan mendapat keputusan terbaik di dalam
SPM tahun hadapan.
“Confirm
lah ni awak pindah ke sana?”
“Yup.
Jangan risau, separuh hati saya akan ditinggalkan disini.”
“Kenapa
separuh je?” Dia mengerutkan dahinya.
“Kalau
semua tinggal dekat sini, takde hati lah saya nanti.” Jawab Safiy Aizat sambil
ketawa.
“Ish, buat
lawak pulak dia ni. Make sure jangan cari lain.”
“InsyaAllah.”
Janji
tinggal janji. Enam bulan sebelum menghadapi peperiksaan SPM, Safiy Aizat
memutuskan hubungan mereka. Katanya mereka tak sehaluan. Hakikatnya? Safiy
Aizat sudah bertemu insan lain. Hampir putus semangatnya saat itu. Tapi dia
berusaha bangkit untuk buktikan pada Safiy Aizat yang mereka mampu berdiri sama
tinggi. Cuma satu yang tak mampu dia elak, rasa serik mahu jatuh cinta lagi.
Sehinggalah
dia bertemu dengan Safiy Aizat anak muridnya. Safiy Aizat yang menceriakan
harinya dengan keletah manjanya. Sedikit demi sedikit rasa benci pada lelaki
bernama Safiy Aizat itu terhapus.
Selepas 18
tahun,
“Kak, kak.”
Panggil doktor muda dihadapannya.
Dia
tersentak apabila tangan doktor muda itu digawangkan dihadapannya beberapa
kali. Ya Allah, bagaimana dia boleh mengelamun sejauh itu. Tapi sungguh dia tak
percaya dengan apa yang dilihatnya saat ini.
“Ya
doktor.” Tergagap-gagap dia membalas.
“Akak
ingat suami ke kak? Tak, saya baru order PCM STAT untuk patient ni. Tinggi sangat
suhunya. Akak incharge cubicle ni kan?” Doktor muda itu mengulang sekali lagi
apa yang dikatakannya tadi.
Suami
apanya sedangkan dia sendiri belum berkahwin. Walaupun usianya sudah 36 tahun!
Selayaknya dia itu sudah bergelar isteri dan seorang ibu. Tapi entahlah,
mungkin belum tiba jodohnya walaupun ada juga ibu bapanya cuba menjodohkan dia
dengan anak sahabat mereka.
“Doktor
dah tulis ke dalam medication chart?” Dia meminta kepastian.
“Dah. Akak
bagi sekarang eh. Dua biji.” Ujar doktor muda itu sambil menunjukkan medication
chart yang berada ditangannya.
“Okay.”
Pantas dia berlalu dari katil pesakit yang dikatakan doktor itu tadi.
‘Safiy’.
Dia berbisik sendiri. Matanya dapat menangkap nama yang tertera pada name tag
doktor muda itu tadi. Dia kah? Sungguh jantungnya berdetak laju. Senyuman yang
sama. Dia kenal senyuman itu. Dia sudah bergelar doktor. Sama seperti ayahnya.
“Kak Min,
nurse tadi tu nama apa?” Soal doktor muda itu tadi kepada seorang jururawat
yang sedang menulis reportnya.
“Lah,
doktor tak pernah nampak ke? Dah lama Ari tu dekat hospital ni.” Jawab Kak Min.
“Saya
sebelum ni kan dekat wad Gynaecology.”
“Lupa.
Tapi Ari tu sebelum ni dekat wad medical, ni baru pindah ke sini.” Ramah Kak
Min memberitahu.
“Ari? Nama
penuh apa kak?” Penuh minat doktor muda itu bertanya.
“Aih
doktor, berkenan ke? Nama dia Ariana tapi staf sini panggil Ari je.” Kak Min
kembali menulis reportnya yang sudah separuh siap.
“Berkenan
apa kak? Isteri orang tu.” Doktor muda itu ketawa sambil menggelengkan
kepalanya.
“Isteri
orang? Setahu akak, Ari tu belum kawin.” Kak Min menggaru kepalanya yang tidak
gatal.
Memang
sepanjang Ariana di hospital itu, belum pernah dia mendengar yang Ariana itu
sudah berkahwin. Kalau sudah berkahwin,
pasti staf disitu ada menerima undangan perkahwinan darinya.
“Belum
kawin?” Sedikit terkejut doktor muda itu.
“Belum
rasanya. Doktor cubalah tanya dia.”
“Ish, ada
pulak nak tanya orang tu dah kawin ke belum.”
“Haha mana
lah tau, doktor ada chance.” Usik Kak Min.
“Doktor
mintak medication chart tu.” Ariana yang muncul tiba-tiba mematikan perbualan
mereka berdua.
“Nah ambil
lah.” Medication chart itu beralih tangan.
Selesai
memberi ubat, Ariana berlalu meninggalkan katil pesakit itu. Tanpa sedar doktor
muda itu mengekorinya dari belakang. Kak Min hanya tersenyum melihat isyarat
dari doktor muda itu. Menyuruhnya supaya senyap.
“Ehem.”
Doktor muda itu berdehem kepada Ariana yang sedang membasuh tangannya.
“Ya
doktor?” Ariana berpaling ke arah doktor muda yang berdiri di muka pintu itu.
“Ariana
kan?” Pertanyaan dari doktor muda itu membuatkan dia sesak nafas.
“Ya saya.”
Hampir tak kedengaran suaranya.
“Ingat
saya lagi?”
Sungguh
dia tak tahu mahu melakukan apa saat itu. Beginikah pertemuan mereka? Siapa
sangka selepas 18 tahun lamanya mereka akan bersua. Tapi betulkah dia yang
berdiri dihadapannya saat ini orang yang sama?
“Ikut pada
name tag tu tulis Safiy. Doktor Safiy? Doktor yang baru order PCM untuk patient
bed 12 tadi.” Dia cuba bergurau bagi menutupi rasa gugupnya.
Ya Allah,
aku mohon dia yang berdiri dihadapanku saat ini bukan dia 18 tahun dulu. Doa Ariana
didalam hati. Semakin sesak dan sempit dadanya apabila doktor Safiy itu
menghampirinya.
“Doktor
Safiy Aizat.” Nah! Memang dia.
“Tahniah,
awak jadi doktor akhirnya.” Dia cuba mengukir senyuman. Ternyata tawar
senyumannya.
“Dah
kawin?” Entah kenapa laju soalan itu meluncur dari mulut Safiy Aizat.
“Perlu ke
saya jawab soalan tu Aizat?”
“Perlu.
Sangat perlu dan penting.”
“Belum.”
Pendek jawapannya.
“Masih
menanti Safiy Aizat?” Berani sungguh soalan yang ditanya itu.
“Awak nak
apa sebenarnya Aizat?” Dia sudah hilang sabar.
“Saya nak
apa? Saya nak teacher panggil saya Safiy.” Jawab Safiy Aizat sambil tersenyum
manis.
“Aizat
please, be professional.” Pinta Ariana.
“Safiy.”
Sekali lagi Safiy Aizat menyuruhnya memanggil Safiy bukannya Aizat.
“Okay
Safiy, saya mohon kisah dulu kita simpan. Sekarang, saat ini awak doktor dan
saya nurse dekat sini.” Ariana cuba untuk berlalu pergi tapi dihalang oleh
tangan Safiy Aizat.
“Teacher
simpan lagi bingkai gambar tu?”
“Simpan.
Puas hati?” Ariana cuba bergerak ke kiri tapi dihalang oleh tubuh yang tegap
dan tinggi Safiy Aizat.
Dula Safiy
Aizat ni kecik je. Sekarang dah sama besar dengan dirinya. Terasa janggal pun
ada bila anak kecil yang dulu dipeluk dan dimanjainya sekarang sudah menjadi
lelaki dewasa.
“Saya
sayang teacher.”
Pengakuan
dari Safiy Aizat itu membuatkan dirinya terkejut. Dapat dirasakan mukanya
merona merah. Andai Safiy Aizat itu berusia 6 tahun mungkin biasa baginya. Tapi
tidak jika pengakuan itu lahir dari mulut Safiy Aizat yang berusia 24 tahun!
“Saya
banyak kerja lagi Safiy. Saya minta maaf.” Pantas dia memboloskan diri dari
celah pintu yang dihadang oleh Safiy Aizat.
‘You don’t
read it don’t you?’ Safiy Aizat berkata didalam hati.
Harinya
hari ini menjadi sedikit kelam kabut. Safiy Aizat itu sengaja mahu membulinya
sedangkan ada sahaja jururawat lain di dalam wad tersebut. Tapi sengaja Safiy
Aizat itu menyuruhnya membuat itu ini. Sehinggalah kepada mencari syringe pun
disuruhnya sedangkan doktor lain boleh sahaja mengambil sendiri di dalam
injection trolley. Dia sendiri tidak faham apa mahunya lelaki bernama Safiy
Aizat itu.
“Ari,
balik nanti belek betul-betul bingkai gambar tu.”
Entah dari
mana Safiy Aizat itu muncul. Tahu-tahu sudah berada disebelahnya. Apa lagi yang
dia ni nak? Tapi apa maksud dia dengan belek betul-betul? Sudahlah guna
panggilan nama sahaja. Mungkin Safiy Aizat menganggap professional itu
menggunakan nama panggilan bukannya ‘teacher’.
“Dengar
tak Ari?” Safiy Aizat bertanya lagi.
“Dengar.”
“Okay
good.”
Balik
sahaja dari hospital pantas dia mengambil bingkai gambar yang berada di dalam
almarinya. Memang sejak dia meninggalkan tadika itu dia membawa bingkai gambar
itu bersama. Cuma sejak masuk ke alam pekerjaan bingkai gambar itu diletakkan
di dalam almari. Manakala gamabr bersama ahli keluarganya mengambil tempat di
atas meja. Kepenatan bertugas di hospital tadi tak dihiraukan. Dia membelek
penuh teliti bingkai gambar tersebut. Masih belum menemui apa-apa. Tergerak
hatinya mahu mengeluarkan gambar tersebut dari bingkai gambar itu. Dan dua
baris ayat di belakang gambar itu membuatkan dia sesak nafas.
‘Teacher
pelangi buat saya. Saya sayang teacher.’
Safiy Aizat.
Saat ini kepalanya ligat memikirkan apa yang dimaksudkan oleh dua baris ayat
itu. Sayang anak murid buat cikgunya kah? Tapi tadi di hospital sekali lagi
Safiy Aizat menyebut baris ayat itu. Apa maknanya?
*******
Pagi itu
dia ke hospital seperti biasa. Tapi lebih awal kerana ada urusan yang harus dia
selesaikan. Dia mencari Safiy Aizat di dalam wad tapi tak kelihatan.
“Kak Ros,
ada nampak Doktor Safiy tak?” Dia bertanya kepada Kak Ros yang sedang menyusun atur fail pesakit di
atas trolley.
“Dekat surau
kot. Kenapa?”
“Takde apa
lah Kak Ros.” Dia berlalu ke pantry dengan wajah hampa.
Sementara
menanti jururawat shif malam pass over report dia duduk di pantry. Fikirannya
menerawang jauh kepada baris ayat yang dia temui semalam.
“Ehem.
Awal sampai.” Safiy Aizat muncul dari pintu belakang pantry.
“Dari
surau?” Dia bertanya kepada Safiy Aizat yang menarik sebuah kerusi yang
disediakan.
“Aah.”
Safiy
Aizat kelihatan penat. On call agaknya. Beberapa kali Safiy Aizat menguap.
Timbul rasa kasihan di hatinya.
“Teacher
pelangi buat saya. Saya sayang teacher. Apa maksud awak?”
Pantas
Safiy Aizat mengangkat wajahnya. Hilang terus rasa mengantuknya apabila
mendengar dua baris ayat itu.
“Hmm
teacher dah jumpa?” Safiy Aizat menarik senyum.
“Dah.”
“18 years
I’m waiting for you. Try to find you. Tapi teacher hilang macam tu je. Sekali
pun teacher tak pernah datang ke tadika.” Safiy Aizat membuka bicara.
“Kenapa
awak cari saya?”
“Entah.
Saya sendiri tak tahu. Mungkin sebab saya sayang teacher.”
“Sebab tu
je? Awak tahu kan hidup seorang pelajar. Sibuk. Sangat sibuk. Saya tak sempat
curi masa nak jenguk awak semua.” Ariana menjelaskan.
“Hmm
yelah. Tapi siapa sangka saya terjumpa facebook teacher dekat page tadika.”
“Awak
terjumpa? Then?”
“Nak add
tapi takut teacher tak kenal saya. Atau teacher dah lupakan saya.”
“Safiy,
sikit pun saya tak pernah lupa anak murid saya.”
“Tapi saya
ada baca blog teacher. And I know about another Safiy Aizat in your life.”
Zapp! Saat
itu tangkai hatinya bagai direntap. Safiy Aizat tahu tentang kisahnya? Silapnya
juga tidak delete segala apa yang dia tulis tentang lelaki itu di blognya.
“Sebab tu
ke teacher tak kawin sampai sekarang? Are you still waiting for him?”
“Safiy….”
Dia menggigit bibirnya cuba menahan tangis.
“You still
love him even he hurt you right?”
“Safiy….”
Kali ini dia memandang Safiy Aizat dengan pandangan berkaca.
“Yes
teacher?”
“Please
stop it.”
“Kenapa?”
“Dah lama
saya tutup kisah tu.”
“But I
want to know your feelings right now.”
“Penting
sangat ke awak nak tahu perasaan saya pada dia?” Ariana sudah bangkit dari
duduknya. Lebih lama dia disitu pasti dia akan menangis.
“Penting.
Because I love you since the day you leave the kindergarten.”
“Safiy!”
Dia menjerit sedikit tapi masih cuba mengawal suaranya.
“Tak layak
ke saya untuk teacher? I’m not a 6 years old boy. I have grown up. I’m already
24 years old.”
“Tapi saya
tetap teacher awak kan Safiy?”
“Dulu ya,
tapi sekarang saya melihat teacher sebagai Ariana bukan teacher yang mengajar
saya dulu.” Jujur Safiy.
“Enough
Safiy.” Pantas dia meninggalkan pantry tersebut.
Entah
kenapa di suatu sudut dia senang dengan pengakuan Safiy dan di satu sudut lagi
dia tidak mahu hubungan antara guru dan murid berubah kerana pengakuan itu.
Takutkah dia untuk jatuh cinta lagi? Lewat tengahari itu dia menerima sehelai
kertas yang dilipat daripada Kak Min. Kata Kak Min, Safiy yang memberinya.
Perlahan dia membuka lipatan kertas itu.
‘SAFIY
AIZAT..Aizat membawa luka, menghantar hujan lebat dalam hati awak Ariana..Tapi
Safiy membawa pelangi, menghantar keceriaan dalam hati awak. Pilihlah yang
terbaik untuk diri awak, dia dan saya.’
Terus air
matanya mengalir laju saat dia selesai membaca isi kertas tersebut. Ya Allah,
diakah orangnya? Selepas 18 tahun lamanya?
Kini,
Ariana
hanya tersenyum memandang ke langit. Hujan baru sahaja berhenti. Dan
perlahan-lahan kelihatan pelangi terukir di kaki langit.
“Kenapa
senyum sorang?” Safiy Aizat menghampirinya.
“Suka
tengok pelangi tu.”
“Suka
pelangi je? Safiy tak suka ke?” Safiy Aizat hanya menyeringai kesakitan apabila
Ariana mencubit lengannya.
“Amboi
gatal. Tak cukup umur dah gatal.”
“Eh apa
pulak. 24 tahun dah cukup dewasa okay. Lain lah kalau 6 tahun.”
“Masa umur
6 tahun pun awak gatal jugak. Saya sayang teacher.” Ariana mengusik Safiy yang
sudah menjuihkan bibirnya.
“Gatal-gatal
pun, akhirnya jadi suami awak jugak. Tak sia-sia saya suruh Mama belikan
bingkai tu untuk saya.” Safiy sudah menarik Ariana menghampirinya.
“Eeee
nasib suruh Mama beli bingkai je, kalau suruh tulis sekali belakang gambar tu
tak tau lah. Mana saya nak sorok muka ni?”
“Takpe,
Mama okay.”
“Baby,
nanti dah besar jangan jadi gatal macam Abi okay? Kecik-kecik dah nak mengorat
cikgu.” Ariana mengusap perlahan perutnya.
Kandungannya
yang baru berusia 2 minggu itu di usap lembut. Sengaja dia berkata begitu mahu
melihat reaksi suaminya.
“Takpe
baby, nanti dapat kawin dengan orang cantik macam ummi.” Safiy Aizat sudah
ketawa melihat wajah Ariana.
“Ish ajar
anak bukan-bukan.”
“Betul
apa. Eleh, dalam hati suka orang kata dia cantik.”
“Pandai
lah awak.”
“Ariana, terima
kasih sudi terima saya walaupun awak sukar untuk panggil saya Abang. Mungkin
kerana perbezaan usia kita dan sejarah antara kita. Tapi saya nak awak tahu,
saya bahagia dengan awak walaupun terpaksa tunggu 18 tahun lamanya.” Panjang lebar
Safiy Aizat berkata.
“Terima
kasih. Saya pun bahagia dengan awak. InsyaAllah suatu hari nanti saya mampu
panggil awak Abang sama macam perempuan lain.” Janji Ariana.
Mereka
sama-sama mendongak ke langit melihat pelangi yang terukir indah. Ciptaan
dariNya. Mungkin lama masa yang diambil untuk mereka bersama tapi setiap yang
berlaku ada hikmahnya. 18 tahun yang dulu akhirnya berubah menjadi bahagia buat
mereka.
Akan saya
ukir pelangi buat awak, menceriakan hari-hari awak sepanjang awak bersama
dengan saya Ariana- Safiy Aizat
**sorry kalau ada typing error**
p/s: khas buat #teamhujan Awatip, Caim, Fildza, Zana, Maiza, Duck muehehe
featured in: Penulisan2u (21 January 2013)
1 comment:
Love your stories, raiter! :)
Post a Comment