oleh: fyn
21
April 2008
“Walau
fizikal kita berbeza namun hati kita membisikkan melodi yang sama.”
Dari tadi matanya
melekap pada wajah seorang pelajar lelaki yang duduk di hujung penjuru kelas 5
Alpha. Kelasnya bertentangan dengan kelas tersebut dan kebetulan tempat
duduknya betul-betul di tepi tingkap jadi dia boleh melihat dengan jelas
kerenah pelajar kelas 5 Alpha.
Hmm budak baru ke?
Selama ni tak nampak pun dalam kelas tu. Ke memang aku yang tak ambik peduli
kewujudan budak lelaki tu? Tapi kan….handsome gila nak mati budak tu! Zap!
Macam terkena renjatan eletrik bila pandangan matanya bersatu dengan pandangan
pelajar lelaki yang dari tadi ditiliknya. Terus dia menghulurkan senyuman
malu-malu kambing. Aduh! Kantoi ushar anak teruna orang. Eh confident je aku, dia
tengok dekat aku. Hatinya berbisik sendiri.
“Farah, nak tengok buku
latihan sejarah kau.” Suara Zamir hampir membuatkan jantungnya gugur bergolek
ke lantai.
“Kuss semangat. Kau ni
tak reti bagi salam ke hah? Kau memang nak tengok aku cepat jalan kan?” Terus
Farah memarahi Zamir yang hanya tersengih macam kerang busuk.
“Lek ar Farah. Kau yang
dari tadi berangan sampai tak sedar aku depan kau.”
“Yelah. Eh kau nak buat
apa dengan buku latihan aku ni?” Farah kembali bertanya setelah degupan
jantungnya sedikit reda.
“Aku nak check jawapan
kau betul ke tak.” Dengan selamba badak Zamir menjawab.
Matanya mencerlung
memandang tepat ke arah Zamir. Ceh! Macam aku tak tahu taktik dia tu. Kali ni
aku takkan tertipu lagi! Lantas dia mengeluarkan buku teks Sejarah dari dalam
beg sekolahnya.
“Saudara Zamir Asyraf,
ingat aku akan tertipu ke dengan taktik kau tu? Dah pergi buat sendiri. Semua
jawapan ada dalam buku teks ni!” Farah menghulurkan buku teks Sejarah yang
dikeluarkan dari begnya tadi.
“Hmm takpe lah saudari
Farah. Kalau macam tu akan patik laporkan pada budak baru 5 Alpha tu yang
saudari Farah dok tenung dia tak kelip-kelip mata.” Zamir tersenyum sinis
sambil berpura-pura mahu kembali ke tempat duduknya.
“Eh cop! Cop! Cop! Eeee
kau ni kan! Nah ambik buku ni! Suka kan ugut aku!” Farah akhirnya mengalah.
“Haaa tau takut! Ehem
untuk membalas jasa baik kau, aku tolong kirim salam dekat dia eh.”
“Eh jangan nak mengada!
Aku tembak kau nanti.” Farah dapat merasakan mukanya merah menahan malu.
“Alaa malu-malu kucing
pulak Cik Farah kita.” Zamir masih belum mahu berhenti mengusik.
Farah sudah mengetap
bibir menahan marah dan malu yang bercampur aduk. Marah kerana Zamir
mengusiknya dan malu kerana rahsia hatinya diketahui Zamir yang mulut kepoh
kalah Mami Jarum.
“Acap! Kau pinjam buku
Farah ke, kau jual minyak? Cepatlah nanti cikgu masuk.” Dzul menjerit kepada
Zamir yang dari tadi mengusik Farah.
“Ye. Ye. Kejap.” Zamir
mengambil buku latihan Farah di atas meja.
Baru beberapa langkah
terdengar suara Farah memanggilnya.
“Ye jangan risau. Aku
tak bagi tau sesiapa lah.” Zamir mengangkat jari kelingkingnya tanda berjanji.
Farah menarik nafas
lega. Bimbang juga jika ada rakan sekelasnya yang lain tahu dia dari tadi
memandang ke arah budak baru kelas 5 Alpha.
“Mok, Acap usik kau
lagi eh?” Muiz yang entah dari mana muncul menegur Farah.
“Eh bila kau masuk
kelas? Bukan Exco Prefect ada meeting ke tadi? Ooo kau ngelat eh?”
“Aku tanya kau, kau
tanya aku balik. Haih baru habis tadi. Asal? Dah muak tengok muka aku?” Muiz
bertanya seolah-olah berjauh hati.
“Eh takde laa sampai
macam tu. Kau tanya aku apa tadi?” Farah bertanya sekadar mengambil hati kawan
baiknya.
“Takkk aku tanya Acap
usik kau lagi ke?”
“Oh. Aah macam kau tak
tahu dia tu. Tension aku. Kalau dia tu adik aku dah lama aku cepuk je kepala
dia tu.” Farah mengomel kepada Muiz.
Mana dia tak tension.
Zamir yang tak padan dengan kentot boleh buli dia yang sikit punya tinggi macam
model Runaway. Sempat Farah memuji dirinya sendiri.
“Kau ni..Harap je
tinggi tapi kena buli.”
“Muizzzzzzzzzzz.” Farah
sudah mengangkat tangannya mahu menampar lengan Muiz.
“Woo lek ar. Dengan aku
bukan main lagi garang. Dengan Acap tu boleh pulak kau ikut je cakap dia.” Muiz
sudah bangun menjauhkan sedikit dirinya dari Farah.
Farah ni memang bahaya.
Tak penampar dia macam penampar jantan mesti dia keluarkan sepit ketamnya tu.
Perghh mau tak lebam tangannya tu.
“Mana ada aku garang
dengan kau.” Farah sudah mula menarik muncung.
“Yelah Mok. Kau tak
garang tapi manja je kan dengan aku.” Muiz sudah menahan ketawa melihat reaksi
Farah.
“Eeee mana ada
manjalah!” Farah mengangkat tangannya lagi sekali.
Muiz hanya tersengih.
Dia sudah kembali ke tempat duduknya membiarkan Farah yang masih muncung akibat
usikannya tadi. Sengihannya mati apabila matanya bertemu dengan mata Zamir yang
sejak tadi tekun meniru latihan sejarah Farah. Zamir pantas melarikan
pandangannya ke arah latihan sejarah.
Mungkin telahannya
benar.
No comments:
Post a Comment