Saturday, 28 July 2012

11| Ungkapan Pertama



11 oleh: faizah fyn


Eshan meraup wajahnya. Kenangan zaman persekolahannya dengan Hannan semakin kerap bermain di ingatannya. Dia terlalu rindukan Hannan yang dulu. Eshan tersenyum sendiri. Hampir dia membocorkan rahsianya kepada Hannan ketika itu. Mujur Hannan tidak memberi perhatian kepada apa yang ingin dikatakannya.

‘Han jauhnya kau dah berubah sampai aku dah tak kenal siapa kau’ desis hati Eshan. Dia tak menyangka langsung yang Hannan akan menyakiti hatinya seteruk itu. Sungguh kalau dia tahu ini semua akan terjadi memang sampai mati dia tak akan memberitahu Hannan yang dia sebenarnya gay.

Apa yang boleh dia lakukan jika naluri dia terhadap kaum sejenis itu sudah berada didalam dirinya sejak kanak-kanak. Mungkin akan berbeza kalau ‘kejadian’ itu tak berlaku. Dia cuma ada Hannan yang dia dapat menumpang untuk meluah perasaan. Dia cuma ada Hannan untuk percayakannya.

‘Kejadian’ itu yang membuat dia menjadi begini. ‘Kejadian’ yang dia berusaha untuk lupakan tetapi terus menghantuinya. Kalaulah dia sedikit berkeras pada hari kejadian itu berlaku mungkin situasi sekarang akan berubah. Tapi nasi sudah menjadi bubur. Segalanya dah terlambat untuk diperbaiki. Perlahan-lahan ‘kejadian’ semasa dia berusia 11 tahun bermain diruang ingatannya.
_________________

Riuh rendah rumahnya bila Pak Longnya yang berada di Johor datang kerumah mereka. Pak Longnya datang untuk tumpang bermalam kerana pagi esok Angah Pian ada pendaftaran di kolejnya. Dia memang rapat dengan Angah Pian walaupun jarak usia mereka 7 tahun.

“Pian ambik course apa dekat sana?” Encik Malik bertanya kepada abangnya.

“Dia ambik chemical engineering. Kan Pian?” Tanya Encik Mahmud kepada anak keduanya.

“Aah. Nak mechanical tapi dapat chemical. Tak ada rezeki agaknya Pak Lang.” Sufian yang dari tadi tekun membantu Eshan menyiapkan homeworknya menjawab pertanyaan ayah dah Pak Langnya.

“Eshan, kamu kalau nak masuk universiti macam Angah Pian kena start fokus study dari sekarang.” Encik Malik memandang kepada anaknya yang sedang membuat kerja rumah sambil dibantu Sufian.

“Kamu ni Malik, budak tu UPSR pun tak lepas lagi nak suruh dia belajar untuk masuk universiti. Kesian budak tu nanti takde masa nak berseronok.” Encik Mahmud seakan tidak bersetuju dengan adiknya.

“Kalau Eshan bijak macam Pian tak apa. Ini nak buat homework sikit pun malas.” Eshan hanya mendiamkan diri bila dirinya menjadi topik perbualan.

“Alah Pak Lang, Pian dulu pun UPSR masuk gaung. Nasib PMR bagus kalau tak memang tak dapat masuk MRSM.” Sufian cuba membela Eshan.

Eshan tersenyum senang mendengar kata-kata Abang Piannya. Abang Pian memang dari dulu memihaknya. Itu yang membuatkan dia rapat dan sayang dengan abang sepupunya itu berbanding sepupunya yang lain.

“Hmm yelah Pian. Eh dah lewat ni tak nak tidur lagi ke? Esok pagi-pagi nak pergi daftar.” Encik Malik bertanya apabila jam di ruang tamu berdenting 12 kali.

“Kejap lagi lah Pak Lang. Nak tolong Es siapkan sikit lagi homework dia ni.”

“Ayah pun dah mengantuk ni. Ayah naik tidur dululah.” Encik Mahmud bangun dari sofa sambil menepuk bahu anaknya.

“Okay. Nanti Pian tidur kat bilik Es tau ayah.”

“Hmm kalau mama tanya cakap ayah dah masuk tidur. Entah apa disembangnya dengan Mak Lang kamu kat dapur tu. Kamu pun jangan lewat sangat tidurnya.” Sufian hanya mengangguk sedikit tanda faham.

Encik Malik dan Encik Mahmud sudah hilang ke tingkat atas. Kini tinggal Sufian dengan Eshan yang masih tekun menghadap buku latihan matematik di ruang tamu. Mujur ada Abang Piannya tu kalau tak memang tak akan siap laa kerja rumahnya.

“Ada banyak lagi tak latihan belum siap?” Sufian bertanya kepada Eshan yang sedang memadam jalan kiranya yang salah.

“Tinggal yang ni je, lepas tu dah habis. Abang Pian nak tidur dah ke?” Eshan bertanya kembali kemudian meniup habuk pemadam di atas buku latihannya.

“Tak ada lah nak tidur. Abang nak ajak Eshan teman Abang tengok movie.” Sufian bersuara rendah tapi masih dapat ditangkap pada pendengaran Eshan.

“Movie? Yeay! Kejap tinggal yang ni je.” Eshan bersuara gembira dengan senyum masih terukir dibibirnya.

Mana dia tak gembira dua tiga hari ni kerja rumah yang diberikan gurunya sangat banyak. Sampai dia tak ada masa keluar bermain bola keranjang dengan rakannya. Nak menonton televisyen pun tak sempat. Hanya waktu makan malam dia sempat menonton televisyen itu pun berita.

“Kalau nak tengok cepat siapkan soalan ni.” Sufian menggosok kepala Eshan yang ternyata sangat gembira.

“Eshan, Pian tak tidur lagi? Ayah dengan Pak Long mana?” Puan Munirah yang berjalan beriringan keluar dari dapur bersama Puan Shida bertanya.

Pelik melihat anak tunggalnya itu hanya bersama Sufian di ruang tamu. Seingatnya tadi suami dengan Abang iparnya ada bersama mereka.

“Ya tak ya Pian. Ayah mana?” Puan Shida juga kehairanan.

“Oh Ayah cakap dia masuk tidur dulu. Pak Lang pun dah naik atas Mak Lang.” Sufian menjawab pertanyaan mama dan Mak Langnya. Eshan pula hanya mengangguk tanda mengiakan apa yang dikatakannya.

“Oh. Kamu berdua ni bila pulak nak tidur? Kamu Pian esok awal pagi kena bangun.” Puan Munirah mengingatkan anak buahnya itu.

“Kejap lagi Pian masuk tidur. Tunggu Eshan kejap. Kesian dia nanti tinggal sorang kat sini.”

“Hmm yelah. Nanti jangan tutup lampu ruang tamu ni. Biar je. Mak Lang nak masuk tidur.Lewat dah ni.” Puan Munirah sempat menitipkan pesan.

“Mama pun nak tidur. Pian kamu make sure habis teman Eshan terus masuk tidur.” Puan Shida berpesan sebelum mengikut Puan Munirah menuju tingkat atas.

“Okay!” Sufian menjerit sedikit kepada mamanya.

Tak lama selepas ibu dan Mak Longnya pergi Eshan menutup bukunya. Itu pun setelah dia yakin semua latihan sudah disiapkan. Alat tulisnya dimasukkan kembali kedalam pencil case Reeboknya. Sufian masih sabar menanti disebelahnya. Sufian mengangkat keningnya sedikit tanda sudah siap atau belum.

“Dah Abang Pian. Jom tengok movie!” Eshan menarik tangan Sufian.

“Siap dah? Sure ni?” Sufian meminta kepastian.

“Sure. Dah jom.” Eshan mendahului Sufian menuju kearah tangga.

“Amboi laju je kan Eshan ni. Tinggal Abang Pian kat belakang.” Sufian mengusik Eshan.

“Kena lah cepat. Cepat habis movie cepat boleh masuk tidur.”

Sampai di bilik tidur, Sufian mengambil bag laptopnya yang berada di sudut katil. Pantas dia menyambung wayar laptopnya kepada plug. Butang on pada laptop ditekan.

“Eshan pergi toilet kejap. Jangan tengok lagi tau.” Eshan bergegas menuju kearah tandas selepas melihat anggukan kecil dari Abang Piannya.

Sufian memasukkan passwordnya. Folder movie laju dibukanya. Dia mencari movie yang ingin ditonton bersama Eshan. Dia mengukir senyuman sedikit setelah menjumpai movie yang dicarinya. Sufian memandang kearah pintu tandas apabila mendengar bunyi flush.

“Eshan tutup lampu.” Sufian memberi arahan kepada Eshan yang baru keluar dari tandas.

Eshan hanya menurut tanpa banyak alasan. Lampu bilik dipadamkan. Gelap. Keadaan bilik yang gelap membuatkan Eshan berjalan mengikut cahaya dari laptop Sufian. Dia melabuhkan punggung disebelah Sufian.

“Eh? Movie apa ni?” Eshan bertanya kepada Sufian.

Pelik melihat movie yang dipasang Sufian. Tak pernah pulak dia menonton trailer movie tersebut di televisyen atau youtube.

“Haa ni lah namanya movie untuk orang dewasa. Eshan kan nanti dah nak masuk sekolah menengah. Kena lah tau.” Sufian menerangkan.

“Tapi kenapa movie dia macam….” Eshan tidak menghabiskan ayatnya.

“Eshan tengok je dulu okey?” Sufian cuba memujuk apabila Eshan seakan tidak berminat.

“Tapi kalau ibu…”

“Eshan jangan cakap kat ibu. Promise dengan Abang ni rahsia kita berdua.” Sufian menghulur jari kelingkingnya kepada Eshan sebelum jari mereka berkait tanda berjanji.

Eshan mengeluh perlahan sebelum kembali menonton ‘movie’ yang dikatakan Abang Piannya. 15 minit cerita, mata Eshan sudah melekat pada skrin laptop milik Sufian. Dia merasa teruja menonton babak movie yang terpampang di hadapannya.

“Eshan nak cuba tak?” Perlahan Sufian bertanya.

“Cuba? Cuba apa?” Eshan masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata Sufian.

“Cuba yang macam orang dalam movie ni buat.”

“Eh! Tak nak lah Eshan! Geli lah!” Eshan menolak keras.

“Hurmm Eshan tak sayang Abang Pian ke?”

“Tak bukan tak sayang tapi…” Eshan memandang samar-samar wajah Sufian.

“Try je dulu okey? Tak suka Abang Pian stop.”

“Tapi Eshan takut lah Abang Pian. Tak apa ke?”

“Hurm tak nak tak apa lah. Nanti Abang Pian tak nak jumpa Eshan dah bila Abang Pian dekat universiti. Eshan nak ke macam tu?” Sufian cuba mengugut pula apabila Eshan seperti tidak mahu menurut kehendaknya.

Eshan diam tanpa sebarang jawapan. Takut. Risau. Perasaannya berbelah bagi. Tapi dia sayangkan Abang Piannya. Dia tak nak Abang Piannya menjauhkan diri dari dia. Apatah lagi esok Abang Piannya akan melangkah ke alam universiti.

“Okey. Tapi kalau Eshan tak suka Abang Pian kena stop.” Eshan akhirnya mengalah.

Sufian tersenyum. Pantas laptopnya diangkat lalu diletakkan di atas lantai. Eshan hanya melihat gerak geri Sufian. Kemudian dia dapat merasakan tangan Sufian kejap menangkap bahunya. Sufian dapat merasakan tubuh Eshan sedikit menggigil. Eshan hanya berdiam diri menanti apa sahaja yang akan dilakukan terhadap dirinya. Seperti pesalah yang menanti hakim menjatuhkan hukuman keatasnya. Dan perlahan-lahan Eshan hanyut dalam permainan abang sepupunya.


p/s: Mohon maaf andai ada mana-mana bahagian cerita ini menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sesungguhnya di dalam Al-Quran sendiri iaitu Surah Hud ada menyatakan larangan homoseksual dan cerita ini hanya sekadar karya dari saya.


No comments: