SINOPSIS
Kembar berlainan wajah,
berbeza perwatakan. Aimy Adiba lebih keperempuanan sikapnya dan Adib Airis yang
tak ubah seperti seorang lelaki. Kerana kasih seorang anak buat insan bergelar
Abah sanggup dia mengisi kekosongan menjadi anak lelaki buat Abahnya.
Kerana kasih buat Abah,
Mama dan kakak kembarnya, dia cuba menerima lelaki yang dulunya dianggap teman
sepermainan sebagai suami walau ia cuma atas sekeping kertas. Meski hatinya
membenci lelaki lantaran kenangan lalu. Lelaki bernama Fairuz itu yang
meninggalkan luka yang cukup berbekas didalam hatinya.
Di pujuk hatinya
menerima Qaiser, teman sepermainan yang dianggap Gay akibat kata-kata yang
terlepas dari mulut kakak kembarnya. Kata-kata yang dianggap satu kebenaran!
Qaiser, yang membawa hatinya berisi cinta buat Adib Airis sehingga ke US,
kembali ke Malaysia untuk mencari cinta hatinya.
Cadangan Aimy Adiba
yang dianggapnya ‘seperti orang mengantuk disorongkan bantal’ walau dia
terpaksa berlakon sebagai Gay demi memiliki hati Adib Airis. Mampukah cinta
berlandaskan penipuan itu membawa kebahagiaan? Berjayakah Fairuz yang muncul
untuk menagih kasih Adib Airis yang dulunya dia tinggalkan dengan luka yang
cukup pedih?
‘Hati aku mula
mencintai dia, tapi cinta itu tak mampu untuk dia balas buat perempuan seperti
aku.’- Adib Airis
‘Aku hanya akan
berhenti mencintai dia apabila epal berbuah pada pohon mangga pada tanggal 30
Februari’- Qaiser
‘Aku sanggup membeli
seluruh ubat yang ada didunia ini andai itu mampu mengubat luka dihati kau.’-
Fairuz
‘Rendahkan sedikit ego
kau jika kebahagiaan yang kau cari, dan andai kebahagiaan adalah pilihan utama
kau.’- Aimy Adiba
‘Menyintai tak salah,
tapi salah bila kau menipu hanya untuk kebahagiaan di pihak kau.’- Zaid
No comments:
Post a Comment