PROLOG oleh: faizah fyn
Masing-masing membisu sejak tadi.
Kata-kata yang baru diungkapkan Eshan tadi seakan menghentikan masa buat
seketika. Hanya deru angin yang kedengaran.Tiba-tiba Eshan melepaskan satu
keluhan. Keras dan dalam pada pendengaran Hannan. Hannan hanya membisu. Menunggu
Eshan meneruskan bicaranya. Dia kelu. Tidak tahu apa yang harus dibalas.
Haruskah dia ketawa?
“Hahaha kau ni lawak lah! Nak bergurau
pun agak-agak lah! ’’
Arghh! Mulut lebih pantas dari akal!
Ketawanya terluah juga. Kenapa aku bodoh sangat pergi gelak dalam keadaan
serius macam ni? Bukan ini ke yang aku tunggu sejak dulu? Desis hati Hannan.
Eshan menarik nafas dalam sebelum membalas.
“Suka hati kau lah nak cakap apa Han.”
Eshan seakan mengalah. Tidak tahu apa
yang harus diperkatakan lagi untuk meyakinkan Hannan. Melafazkan tiga perkataan
itu juga sudah cukup membuatkan dirinya tak tentu arah. Hampir seminggu dia
memikirkan keputusannya itu. Selama itu jugalah dia tidak menghubungi Hannan
dan selama itu jugalah dia tidak pulang ke rumah. Ah! Macamlah selama ini dia
sering menghubungi Hannan. Kata Eshan kepada dirinya sendiri.
“Es, aku bukan apa. Aku keliru sebab
dulu kau cakap kau kan…..” Hannan membiarkan kata-katanya terhenti disitu.
Bimbang jika kata-katanya mengguris hati lelaki yang dianggap sahabat baiknya
itu. Hannan menggigit bibir bawahnya. Kemudian dia menoleh ke arah Eshan yang
sepertinya sedang memikirkan sesuatu.
“Es aku minta maaf kalau kau terasa hati
dengan aku.” Perlahan Hannan menuturkan baris ayat tersebut. Antara dengar
dengan tidak sahaja pada pendengaran Eshan.
“Itu cerita lama Han. Aku tak nak jadi
orang yang buta dengan hukum agama. Aku dah jauh tersasar Han. Aku harap kau
dapat betulkan kesalahan aku.” Penuh makna Eshan membalas. Seakan ada seribu
penyesalan di situ.
“Betulkan kesalahan kau atau jadikan aku
kambing hitam untuk menutup rahsia kau Es?” Tajam kata-kata Hannan merentap
tangkai hati Eshan.
“Aku yakin dengan perasaan aku. Terserah
pada kau untuk buat pilihan sama ada teruskan impian perkahwinan kau atau kau
sendiri tahu pilihan kedua kau kan?” Dalam kata-kata Eshan.
Hannan menoleh lagi ke arah Eshan.
Sebuah senyuman terukir dibibirnya. Keputusan harus dibuat sekarang. Dia yakin
dengan keputusannya untuk berkahwin dengan Dr Hafiy walaupun tadi hatinya
sedikit goyah apabila mendengar luahan hati Eshan.
Luahan yang memerlukan dia menunggu
sehingga 6 tahun lamanya. Tapi mana mungkin demi seorang lelaki yang suatu
ketika dulu pernah mengetuk pintu hatinya dia harus melupakan impiannya untuk bersama
Dr Hafiy.
Banyak buruk daripada baiknya jika dia
menerima Eshan. Hubungan Dr Hafiy dan keluarga Eshan harus dijaga. Hati Dr
Hafiy juga harus dia pelihara agar tidak terluka hanya dengan sikap pentingkan
dirinya.
“Jawapan aku sama Es. Aku minta maaf.
Aku minta diri dulu, Assalamualaikum.”
Eshan terpempan. Kenapa Hannan begitu
cepat membuat keputusan? Kenapa Hannan tidak mahu memberi ruang dan peluang
untuknya? Pantas dia menarik pergelangan tangan Hannan, kejap. Hannan yang
tadinya ingin berlalu terduduk kembali. Tenaganya tidak cukup untuk melawan
kudrat seorang lelaki.
“Please
Es lepaskan tangan aku.” Hannan merayu kepada Eshan. Pergelangan tangannya
terasa sakit. Dari zaman persekolahan sampai sekarang Eshan suka menarik
pergelangan tangannya. Pernah suatu ketika dia merasakan uniform sekolahnya hampir terkoyak akibat ditarik terlalu kuat.
Perlahan-lahan Eshan melepaskan pegangannya.
“Han, aku minta maaf. Tapi aku harap kau
dapat fikir lagi sekali sebelum buat keputusan untuk berkahwin dengan Hafiy.”
Tiada lagi panggilan Abang yang selalu dibahasakannya untuk Hafiy. Ah! Lelaki itu tak layak untuk dipanggil
Abang.
“Aku tak jamin apa-apa untuk kau Es.
Jujur aku pernah cintakan kau tapi lepas apa yang kau cakap dulu aku tak mampu
nak percaya perasaan kau.” Tutur Hannan dan tanpa sedar air matanya menitis.
“Kalau ada jodoh antara kita, akan ada
titik pertemuan tu Es.” Hannan bangun dan memandang Eshan sekilas lalu kemudian
berlalu pergi meninggalkan Eshan.
Eshan memandang Hannan yang melangkah
pergi hingga hilang dari pandangannya. Perlahan-lahan kenangan 6 tahun yang
lalu menerjah ruang ingatannya.
*****
1
“Hye
girls!” Eshan menegur empat sahabat yang sedang rancak berborak. Maklumlah
cikgu yang sepatutnya masuk pada waktu tersebut ada agenda lain. Dari kisah
Myspace sehinggalah cerita korea dijadikan topik berborak.
Empat pasang mata memandang kearah insan
yang menegur. Hannan menghantar pandangan pelik ke arah Shifa dan Shifa seperti
dapat menangkap maksud yang ingin disampaikan. Hannan menahan tawa apabila
Shifa turut membalas dengan reaksi yang pelik. Shifa satu-satunya sahabat yang
memahaminya hanya dengan membaca reaksi wajahnya. Disebabkan itu lah dia lebih
rapat dengan Shifa berbanding Yani dan Elia.
Mamat ni Abang Pon Pon ke tegur orang
macam tu? Getus hati Hannan. Eshan memandang keempat-empat perempuan
dihadapannya. Mungkin menanti salah seorang berkata hye kepadanya juga atau mungkin menanti pelawaan untuk turut serta
berborak. Eshan hampa apabila empat sahabat tadi tidak menghiraukannya malah
kembali menyambung perbualan mereka.
“Weh! Aku tegur korang ni. Seorang pun
tak balas.” Akhirnya Eshan membuka bicara kerana tidak tahan apabila
kehadirannya tidak dipedulikan.
“Errr nak join sekaki ke? Duduklah.” Hannan akhirnya mempelawa Eshan walaupun
dia sebenarnya tidak berapa suka. Kalau ada lelaki mana seronok nak buat
ketupat. Silap haribulan mereka dicop kaki gosip. Huh! Bukan boleh percaya
sangat kaum lelaki ni. Sedangkan lelaki kalau buat ketupat lagi hebat dari Mami
Jarum.
“Korang sembang pasal apa ni? Cakaplah
cakaplah. Nak join jugak.” Eshan
seakan beria-ia untuk turut serta. Hannan memandang kearah tiga sahabatnya.
“Tak ada cerita apa. Eh aku Hannan yang
ni Elia,Yani dengan Shifa. Kau Eshan kan?” Hannan mengubah topik dengan
memperkenalkan diri dan rakan-rakannya. Maklumlah itu kali pertama dia satu
kelas dengan Eshan. Dia tahu nama Eshan apabila mendengar Shafik memanggil
Eshan untuk meminjam buku latihan Additional
Mathematics.
“Oh aah aku Eshan. Tapi panggil Es jelah
hahaha.” Eshan ketawa tiba-tiba dihujung kata-katanya. Hannan tidak faham
dimana lawaknya sehingga Eshan perlu ketawa sebegitu rupa.
Ikutkan hati aku panggil eskrim je. Hannan
bercakap didalam hatinya. Tanpa sedar sebuah senyuman terukir dibibirnya.
“Jangan korang bantai panggil aku eskrim
dah laa weh!” Hampir tersedak Hannan mendengarnya. Mamat ni ada kuasa baca
fikiran orang ke apa? Macam tahu je aku nak panggil dia eskrim. Eh dapat makan
ais krim Mingo Mingo pun sedap juga ni.
Hannan mula membayangkan kesedapan ais
krim Mingo Mingo yang selalu dibelinya setiap kali pulang dari sekolah. Sejak
ada lori Mingo Mingo tersebut tak sah jika dia tidak menghabiskan duitnya untuk
mendapatkan ais krim perisa coklat. Malah duit ayahnya juga turut di’pow’ hanya
untuk memuaskan nafsu makannya.
Dia teringat saat kali pertama dia ingin
membeli ais krim tersebut. Abang yang menjual ais krim tersebut bertanyakan perisa
yang dia mahu. Lama dia berfikir sebelum Abang tersebut meneka yang dia mahukan
perisa vanila kerana kebiasaannya perempuan suka perisa tersebut. Tapi akhirnya
dia memilih perisa coklat.
“Han. Han. Han!” Tiba-tiba dia
dikejutkan dengan suara Shifa. Kus semangat. Minah ni kalau jerit tak sah tak
macam megaphone. Cukup bulan memang
boleh dapat hearing loss aku ni.
“Ye Cik Shifa? Aku belum pekak lagi
sampai kau nak jerit kat tepi cuping telinga aku ni.” Hannan sudah masuk dalam mood mak neneknya.
“Tak pekak kau kata? Eshan tanya kau pun
kau tak jawab. Berangan eh?” Balas Shifa sambil tersenyum sinis.
“Huh? Eshan tanya aku? Tanya apa?”
Hannan dapat merasakan mukanya menjadi panas. Pandangannya dihalakan kepada
Eshan tanda memohon soalannya diulang.
“Dah sah-sah pekak. Tak aku tanya kau
dulu sekolah sini ke? Tak pernah nampak pun selama ni.” Sempat Eshan memerlinya
sebelum bertanyakan kembali soalannya tadi.
“Aku sekolah sini dulu tapi aku kan low profile. Itu yang kau tak pernah
nampak kot.” Hannan membalas walaupun dia sedikit pelik dengan soalan Eshan.
Mamat ni bajet satu sekolah dia kenal. Dia ingat sekolah ni ada 50 orang
pelajar je ke?
“Ini masuk lif tekan sendiri ke apa?
Bukan main lagi mengaku dia low profile.”
Eshan belum mahu berhenti dari memerlinya.
“Amboi mulut sedap benor melasernya. Eh
kau ada mix ke? Nama kau pelik.”
Hannan sengaja mengubah topic untuk
mengelak Eshan dari terus memerlinya.
“Oh Eshan tu maksudnya dalam berkah
Allah. Lee tu sebab ayah aku Cina so gabung nama tu dengan nama Eshan. Ada
faham Cik Hannan Nur Iman?” Panjang penjelasan Eshan.
Hannan sedikit terkejut kerana Eshan
mampu menyebut nama penuhnya. Mamat ni stalk
aku ke apa? Sampai nama babah pun dia boleh tau. Pelik bin ajaib sungguh
ni.
“Aku tanya kau mix ke tak je yang kau explain
sekali maksud nama kau tu dah kenapa? By
the way mana kau tahu nama penuh aku?” Tanya Hannan sambil diikuti anggukan
kepala Shifa tanda bersetuju dengannya.
Dah rupa orang baca jampi serapah sahaja
lagak Shifa pada pandangan Hannan. Terangguk-angguk kepala beberapa kali.
“Saja aku bagi maksud sekali. Aku dapat
rasakan kau akan tanya nama aku ada maksud ke tak kan? Kan?” Tutur Eshan sambil
tersenyum lebar. Giginya yang putih dan tersusun rapi menambahkan
ketampanannya.
“Confident
sungguh. Eh kau tak jawab lagi soalan aku.”
“Entahnya Es kau tak jawab lagi soalan
Han.” Shifa mengiakan pertanyaan Hannan sebentar tadi. Sejak bila dia begitu
selesa dengan Eshan sehingga memanggil singkatan namanya sahaja.
“Aku tengok dekat buku latihan Sejarah.
Semalam kan Shafik pinjam buku latihan kau so
aku tumpang lah dua tiga belas kaki.” Jujur jawapan Eshan.
Shafik memang famous dengan perangainya yang suka meniru kerja sekolah. Hannan
memandang Shafik yang duduk di hujung penjuru kelas. Shafik kelihatan leka
meniru buku latihan Eshan. Dia pelik dengan Shafik. Kebanyakan kerja rumahnya
hasil meniru tetapi bila exam dia
antara top 5 dalam kelas.
Shafik memang nak kena dengan aku. Aku
bagi dia seorang je tiru, ini sampai Eshan pun join sekaki. Omel Hannan didalam hati.
“Hannan kau marah ke aku tiru tapi tak
minta permission kau?” Tanya Eshan
setelah melihat renungan tajam Hannan kepada Shafik.
Hannan menoleh ke arah Eshan. Dia hanya
menggelengkan kepala. Dia tidak marah kepada Eshan tetapi marah kepada Shafik
yang tidak menepati janji. Lepas ni jangan harap nak pinjam buku latihan aku.
“Cikgu
Zila datang! Cikgu Zila datang!” Jerit Zarif sambil kelam kabut mencari tempat
duduknya.
Siapa
tak kenal Cikgu Zila yang garang tersebut. Pernah pelajar disuruh duduk di luar
koridor akibat tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Malah diberi
saguhati rotan ditangan sebanyak sekali. Eshan turut kelam kabut kembali ke
tempat duduknya.
“Dik
nak hujan dah ni. Tak nak balik ke?” Suara Pak Mat pengawal keselamatan sekolah
mengejutkan lamunan Eshan.
