7 oleh: faizah fyn
Eshan menganggukkan
kepalanya. Terus dia mencapai besen kecil lalu diisi dengan air suam. Tuala
kecil juga dimasukkan kedalam besen. Perlahan-lahan dia membawa besen berisi
air tersebut ke bilik Hannan.
Dia menguak pintu bilik
Hannan. Penuh berhati-hati dia meletakkan besen berisi air tersebut di meja
yang berada di sebelah katil. Hannan yang duduk di birai katil memandangnya
dengan muka pelik.
“Kau nak buat apa
dengan air tu? Jangan cakap kau nak..” Hannan tidak meneruskan kata-katanya.
“Ibu suruh aku lap
badan kau sebab kau kan demam.”
“What?! Jangan mengarut
boleh tak? Suka hati nak lap badan aku.”
Hannan mula menjauhkan
dirinya sedikit daripada Eshan. Mahu tak kena sembelih dengan babah kalau tahu
Eshan lap badan dia. Dr Hafiy tahu lagi lah. Boleh tercetus Perang Dunia
Ketiga.
“Aku belum gila lagi
sampai nak lap badan kau. Lap dahi dengan tangan je.” Eshan menjelaskan.
“Tak payahlah. Biar aku
buat sendiri. Bukan berat pun tuala tu.” Hannan cuba mengelak.
“Kau ni kenapa degil
sangat? Kali ni je biar aku jadi nurse kau.”
“Nurse?” Hannan
mengulum senyuman.
Tak dapat dibayangkan
kalau Eshan jadi jururawat. Mahu dia guling-guling atas lantai. Tapi mesti
comel juga kalau Eshan pakai uniform jururawat.
“Kau senyum ni kenapa?
Ada laa tu benda jahat kau imagine.”
“Tolonglah. Cepatlah
nurse lap dahi saya.” Hannan mengusik.
Eshan menarik nafas
lega. Hannan dah kembali bergurau. Harap-harap Hannan sudah tidak marah
padanya.
Hannan sudah kembali
berbaring di atas katil. Kepalanya yang pening membuatkan dia tidak tahan duduk
lama-lama. Dia hanya memerhati Eshan yang mula membasahkan tuala. Pap. Tuala
kecil yang sudah basah dicampakkan ke muka Hannan. Hannan tersentak. Gila keji
mamat ni! Dia bantai baling tuala tu macam tu je? Ini bukan lap namanya.
“Kau baling Es. Kau
baling.” Hannan mengetap bibir menahan marah.
“Eeee aku tak reti lah
nak lap macam mana. Pelik.”
“Aku nak buat sendiri
tak bagi. Dah biar aku buat sendiri.”
Hannan memerah sedikit
tuala yang dibasahkan Eshan. Belum sempat dia lap dahinya Eshan menyambar tuala
tersebut dari tangannya. Ini dah kenapa pulak mamat ni? Aku dah lah tak larat
dia pulak buat perangai.
“Takpe lah aku buat.”
Eshan menggosok tuala
tersebut pada tangan Hannan sedikit. Entah kenapa dia rasa lain berbanding
dulu. Perasaan yang dulu dia tak pernah rasai langsung.
“Es kau lap ke gosok?
Kalau gosok lagi lah ada haba. Sama je macam kau tak buat apa-apa.”
“Baik nurse. Mana lah
saya tahu.”
Habis mengelap
kedua-dua belah tangan Hannan dia berhenti. Lama dia memandang Hannan sampai
Hannan naik rimas. Nak ke tak nak ni? Eshan serba salah.
“Kenapa?” Hannan
bertanya.
Dadanya mula berdebar
apabila mata dia dan Eshan bersatu. Mamat ni jangan berani nak buat apa-apa
dekat aku.
“Han. Err kau buka
tudung tu boleh? Aku nak basahkan rambut kau.”
“Hah? Perlu ke?” Hannan
mula tak tentu arah.
Tapi nak ke bilik mandi
dia tidak mampu. Tak pasal-pasal dia pergi pinjam wheel chair Nek Pah. Kalau
tak disebabkan Eshan nak basahkan rambut dia pun tak kan sampai esok dia nak
tidur dengan tudung. Mahu haba tak terperap.
“Aunty Mun takde ke?”
Hannan sudah
berkira-kira mahu Puan Munirah membasahkan rambutnya. Bukan kerana segan kepada
Eshan tapi rambut itu auratnya. Tiada guna selama ini dia bertudung didalam
rumah Eshan kalau hari ini Eshan melihatnya. Eshan lap tangannya pun dia rasa
bersalah inikan pula nak biarkan Eshan membasahkan rambutnya.
“Ibu tengah masak bubur
dekat bawah. Kau belum makan dari pagi tadi.”
Jawapan Eshan
mengecewakannya. Bersusah payah Aunty Mun masak untuknya tak kan dia nak minta
Aunty Mun basahkan rambutnya pula. Kali ini je Han. Hannan akur.
Perlahan-lahan Hannan
bangun dari perbaringan. Tangannya mula membuka kerongsang pada tudungnya.
Menyesal pula dia pakai tudung lilit-lilit. Banyak jarum peniti dengan
kerongsang dia perlu tanggalkan. Eshan yang mula tidak sabar melihat dia
terkial-kial membuka kerongsang mula membantu. Puas ditegah tapi Eshan tetap
berdegil.
Jaraknya dengan Eshan
begitu dekat. Tak sampai seinci. Desahan nafas Eshan dapat didengar dengan
jelas.Jantungnya berdetak laju. Tetapkan hati Hannan. Berkali-kali dia
mengucapkan kata-kata itu didalam hati.
“Han kau pergi letak
jarum peniti atas kepala ni kenapa? Haih kan dah susah nak cabut.” Eshan
mengeluh.
Dia tak faham kenapa
perempuan boleh pakai tudung berlilit sana sini. Tak lemas ke diorang semua?
Akhirnya dia berjaya mencabut jarum peniti di atas kepala Hannan. Dia tersenyum
lebar. Tapi senyumannya terhenti saat matanya bertaut dengan Hannan. Ya Allah!
Indahnya ciptaan Mu. Kenapa baru sekarang aku sedar?
Eshan berdehem sebelum
menanggalkan tudung Hannan. Rambut Hannan yang hitam pekat terurai. Hannan memandang ke arah lain. Malu
kerana Eshan sudah melihat auratnya yang selama ini dia tutup.
Eshan menolak segala
perasaan yang hadir didalam hatinya. Rambut Hannan yang selama ini ditutup
disebalik tudungnya memukau Eshan. Hannan bertambah cantik dipandangan matanya.
Kalaulah Hannan itu halal baginya mungkin sudah lama Hannan diterkamnya. Ah! Hasutan
syaitan Eshan. Pantas Eshan membasahkan rambut Hannan. Dia mahu segerakan
kerjanya. Dia sudah tak tentu hala bila duduk berdua dengan Hannan. Kepala
Hannan juga diurut lembut. Hannan berasa selesa. Kepalanya tidak lagi merasa
berat seperti tadi.
“Essss.” Lembut Hannan
memanggil namanya.
“Hmm kenapa?”
“Kau pergi mana
seminggu yang lepas?”
Eshan menghentikan
urutan pada kepala Hannan. Hannan sudah membangkitkan perkara yang dia fikir
Hannan sudah lupakan.
“Aku pergi rumah Edwin.
Kenapa?”
“Betul ni kau pergi
rumah Edwin? Aku rasa ada benda kau sorokkan.”
Dia tidak yakin yang
Eshan makan dan tidur di rumah Edwin abang sepupunya. Boleh tahan ke Eshan
duduk rumah Edwin? Eshan sendiri cakap dia tidak berapa gemar dengan perangai
Edwin. Edwin yang liar. Tak sah kalau tak bawa perempuan balik ke rumah. Hampir
setiap malam keluar ke kelab malam. Kelab malam umpama rumah keduanya.
“Honestly aku tipu ibu.
Aku tidur rumah coursemate aku.”
Eshan tahu dia tidak
dapat menipu Hannan. Hannan umpama sebahagian darinya. Luar dalam kisahnya
Hannan tahu. Disebabkan itu dia tidak terkejut bila Hannan kurang yakin dia
bermalam di rumah Edwin sampai seminggu lamanya.
“Coursemate? Siapa?”
Hannan sudah tidak sedap hati.
“Vince.” Perlahan Eshan
membalas.
“Oh.” Hannan sedikit
kecewa.
“Kau marah?”
“Tak.”
“Han aku tahu kau
marah. Aku kenal kau Han.” Eshan mendesak.
Dia tidak suka perangai
Hannan yang satu ini. Tak suka tapi berpura-pura tak kisah. Dia suka Hannan
yang lantang bersuara. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang Hannan fikirkan.
“Aku kecewa.
K-E-C-E-W-A.” Satu-satu Hannan mengeja.
“Tapi….” Belum sempat
Eshan menghabiskan ayatnya Hannan sudah memotong.
“Tapi apa? Aku kira kau
dah berubah Es. Pergi matilah cinta kau cakap tadi tu! Dah dasar spesis macam
tu memang tak boleh buat apa kan?” Hannan meledakkan amarahnya.
“Han!” Eshan menjerit
sedikit.
Hannan berpura-pura
tidak dengar. Dia sakit hati dengan Eshan. Eshan cakap dia berubah. Tapi kenapa
dia masih berjumpa dengan Vince? Dia kenal siapa Vince.
“Ehem.” Puan Munirah
yang berada di muka pintu berdehem.
Hannan dan Eshan
memandang ke arah Puan Munirah. Eshan yang tadi ingin membalas balik kata-kata
Hannan mematikan niatnya. Bukan sekarang Es.
