5 oleh: faizah fyn
Hari ini hari pertama
dia akan bekerja menjaga nenek Eshan. Kebiasaannya selepas Subuh dia akan tidur
walaupun selalu dimarahi ibunya tapi hari ini dia terus bersiap. Kalau dekat
kampung boleh lah juga nak keluar pukul 8 atau pukul 9. Tapi dah namanya KL
pukul 7 lebih dia dah kena keluar dari rumah. Mana nak kejar bas nak pergi LRT
lagi. Kalau LRT sebelah rumah tak apa lah juga. Babah sendiri dah cakap yang
babah tak nak terlibat dalam hal dia bekerja. Pandai-pandai urus diri kata
babah. Fine! Akan aku buktikan pada babah.
Jam hello kitty berwarna
ungu di dinding miliknya menunjukkan pukul 7 pagi. Sempat lagi kalau nak
bersarapan. Matanya masih mengantuk. Mana taknya semalam Along, Angah dengan
adiknya serbu bilik. Dah macam JAIS buat serbuan maksiat je gayanya. Semua
sibuk bertanya tentang Eshan. Jangan mimpi lah dia nak ada apa-apa dengan Eshan
tu. Eshan tu sebelah mata pun tak pandang dia. Paling tak tahan idea yang Along
usulkan semalam.
“Han, Alif cakap Eshan
tu handsome,pandai dan agak berada. Apa kata kat rumah dia nanti kau tackle
dia?” Usul Afiq.
“Kau gila Along? Ingat
aku apa nak tackle anak teruna orang? Best friend aku pulak tu.” Tegah Hannan.
Gila! Ada ke patut
Along ni ajar aku tackle anak orang. Aku nak pergi kerja bukan cari suami.
Mesti kerja Alif jual saham Eshan dekat Along ni. Diam-diam Along tu boleh
tahan juga idea gila dia. Dah kena basuh masa duduk Australia ke apa?
“Ala Han kalau kau ada
calon takde laa ibu dengan babah bising suruh Along kahwin cepat.”
“Oh nak elak kahwin
rupanya. Takde kau terima je calon ibu tu. Kak Fia okey apa.”
Bukan dia tak tahu ibu
sibuk nak jodohkan Along dengan Kak Fia anak sahabatnya. Ibu tak tahu Along ada
sejarah dengan Kak Fia. Ingat lagi masa sekolah dulu semua ingat Along yang
akan jadi Ketua Pengawas. Along yang berdedikasi dan pandai dalam bab akademik.
Tapi siapa sangka Kak Fia pelajar baru yang berpindah ke sekolah mereka
akhirnya dilantik jadi Ketua Pengawas.
Mana tak mengamuk orang
tua tu. Kalah dengan perempuan! Siapa tak malu beb. Memang lepas tu Along
pantang dengar nama Aafiya Izati.
“Han dah siap belum?
Cepat sarapan nanti lambat.” Terdengar suara ibunya menjerit dari tingkat
bawah.
Kus semangat.
Mengelamun jauh sangat aku ni.Tapi bila fikir balik memang luar alam betul idea
Along tu. Angah je yang tak setuju idea tu. Angah kan geng Pakatan Bawah Tanah
dengan dia.
Hannan baru tersedar
yang dia dah tak banyak masa untuk bersiap. Kelam kabut dia menyarungkan
T-shirt lengan pendek berwarna ungu. Cardigan putih dari dalam almari
dicapainya. Tudung berwarna ungu cair dengan pantas disarungkan. Tudung indon
kata ibunya dulu. Ringkas pakaian Hannan hari itu. Dah nama nak kerja jaga
orang takkan nak pakai dressnya yang penuh satu almari tu. Itu nak buat
jalan-jalan dekat Mid Valley ke Sunway Pyramid ke boleh laa jugak.
Bedak nipis dikenakan
dan dia mencalitkan lip ice ke bibir. Memang sikapnya tidak suka bermake up.
Lagi pun kalau dia make up pasti mukanya akan berminyak akibat berpeluh membuat
kerja. Selesai bersiap dia mencapai sling bag dan kasut sarung yang terletak
didalam laci almari. Laju dia menuruni anak tangga takut tidak sempat
bersarapan.
Aroma bihun goreng
menusuk rongga hidungnya. Pantas dia mencedok ke dalam pinggan. Tidak dilupakan
telur mata yang masih panas yang telah digoreng ibunya. Selesai membaca doa
laju dia menyuap bihun goreng kedalam mulut.
“Perlahan makan tu Han.
Tak larinya bas tu.” Tegur Puan Orked sambil menuangkan Ipoh white coffee
kedalam cawan.
“7.20 pagi dah ni bu.
Bas pukul 7.45 dah ada.” Jawab Hannan dengan mulut yang penuh.
“Ish anak dara apa ni?
Cakap masa mulut tengah mengunyah.”
“Sorry hehe” Hannan
hanya tersengih.
Selesai makan Hannan
menyalami tangan Puan Orked. Mohon restu. Kasut sarung berwarna putih
disarungkan sebelum dia laju berjalan menuju perhentian bas. Dia tidak
mengambil masa yang lama untuk menunggu bas. Sampai sahaja bas sudah ada.
Berlari-lari anak dia mengejar bas tersebut. Kalau terlepas terpaksa dia
menunggu bas seterusnya.
Jam menunjukkan lapan
setengah bila dia tiba di LRT. Nombor telefon Puan Munirah ibu Eshan didailnya.
Tidak lama kemudian panggilannya bersambut.
“Assalamualaikum aunty.
Han ni.”
“Waalaikummussalam. Oh
Han. Dah ada dekat LRT ke? Aunty dekat rumah lagi ni.” Ramah Puan Munirah
menjawab.
“Ye aunty Han dah ada
dekat LRT. Tak pe lah Han tunggu aunty datang.”
“Han tunggu kejap.
Aunty sampai nanti aunty call Han.”
Selesai memberi salam
Hannan menamatkan panggilan. Rumah Eshan dengan LRT ni tak jauh mana. Dalam 15
minit sampai lah Aunty Mun tu. Hannan memandang sekelilingnya. Waktu begini
memang ramai orang. Ada yang menjual nasi lemak. Ada yang berlari mengejar LRT.
Tepat seperti
jangkaannya tak sampai 15 minit Puan Munirah sudah tiba di LRT untuk
mengambilnya. Hannan menyusup masuk kedalam perut kereta Perdana V6 tersebut.
Tidak banyak yang diborakkan dengan Puan Munirah. Walaupun pernah dua tiga kali
dia kerumah Eshan tapi dia masih janggal.
Rumah teres dua tingkat
berwarna kelabu kini berada dihadapannya. Chaiyok Han! Mesti kau boleh punya.
Puan Munirah menjemput masuk Hannan kedalam rumahnya. Hannan cepat membiasakan
diri. Puan Munirah juga tidak perlu menunjukkan bilik nenek Eshan, bilik air
mahupun dapur kepada Hannan kerana Hannan pernah kerumahnya sebelum ini.
“Han dah sarapan belum?
Aunty ada buat nasi lemak dengan sambal sotong.” Pelawa Puan Munirah.
“Terima kasih aunty.
Han dah makan dekat rumah, ibu masak tadi.” Penuh sopan Hannan menolak.
Ini kalau Eshan nampak
mahu setahun tak habis diperlinya. Kata Eshan belakang bukan main kasar tapi depan
orang tak berapa rapat menikus macam nampak kucing. Sebut Eshan tak nampak
pulak batang hidungnya. Oh! Lupa hari ni Isnin mesti laa Eshan ada kelas.
“Tak sudi ke rasa
makanan aunty masak?” Tanya Puan Munirah seperti jauh hati.
Sudah! Aunty Mun ni
buat ayat sedih. Ini yang lemah segala sendi. Tapi ibu pernah cakap jangan
tolak rezeki. Rasa sikit walaupun taknak. Takut nanti rezeki mahal.
“Bukan macam tu aunty.
Takpe laa Han rasa sikit.” Hannan mengalah.
Lebar senyuman Puan
Munirah mendengarnya. Dari dulu dia suka sikap Hannan. Sopan santun orangnya.
Berbeza dengan kawan perempuan Eshan di universiti. Datang rumahnya tak sah tak
gelak macam puntianak. Baginya perempuan harus jaga adab. Tak perlu ketawa
dengan kuat untuk menarik perhatian.
Nasi lemak disendukkan
kedalam pinggan. Sambal sotong turut diambilnya. Hannan menadah tangan membaca
doa. Suapan pertamanya terhenti bila melihat Puan Munirah merenungnya. Ada
apa-apa ke dekat muka aku ni?
“Aunty tak makan
sekali?” Ajak Hannan yang sebenarnya malu direnung begitu.
“Aunty dah kenyang.
Tengok Han lagi kenyang.” Gurau Puan Munirah.
Tengok aku boleh
kenyang? Dasyat mak Eshan ni. Rupa aku macam KFC ke? Ke macam sotong yang
tergolek dalam pinggan aku ni? Senang kerja aku kalau kawin. Bagi suami tengok
muka aku terus dia kenyang. Tak payah susah-susah nak masak.
“Sedap aunty masak.
Nanti boleh Han belajar masak dengan aunty.” Puji Hannan.
“Boleh apa salahnya.
Lagi aunty suka. Eshan suka sambal sotong elok kalau Han nak belajar.”
Erk! Apa kaitan mamat
tu dengan aku nak belajar masak ni? Macam ada benda yang tak berapa nak kena je
ni. Jangan cakap….Oh no! Nehi! Me? Eshan? Pengsan kejap.
“Han dah sudah makan.
Han basuh pinggan kejap ye aunty.” Hannan ingin mengelak.
Tak pasal-pasal Aunty
Mun ni jadi spesis ibu. Cakap pasal nikah kawin. Eh Aunty Mun takde pun cakap
nak jodohkan kau dengan anak dia. Yang kau berangan jauh sampai ke Kutub Utara
tu dah kenapa? Hannan bercakap pada dirinya sendiri.
“Dah pukul 9 pagi ni
Han. Tolong aunty mandikan nenek ye?” Pinta Puan Munirah.
“Boleh aunty. Memang
itu tugas Han datang sini.” Jawab Hannan sambil tersenyum.
Hannan mengikut Puan
Munirah ke bilik air yang terletak bersebelahan bilik nenek Eshan. Air panas
dan air sejuk dimasukkan kedalam bath tub. Orang tua tak elok mandi air sejuk.
Menggigil nanti. Selesai menyediakan air
mandi Hannan mengikut Puan Munirah ke bilik nenek Eshan. Nek Pah masih tidur.
Perlahan-lahan Puan Munirah mengejutkan ibunya yang sedang lena. Hati Hannan
terasa sayu. Besarnya pergorbanan Aunty Mun.
Nek Pah membuka matanya
sedikit apabila terasa ada tangan yang mengejutkannya. Wajah Puan Munirah
direnungnya sebelum beralih kepada Hannan. Pelik bila melihat orang yang tidak
dikenalinya berada disitu.
“Mak ni Hannan kawan
Eshan. Dia datang sini nak tolong jaga mak.” Puan Munirah menjelaskan.
“Hannan? Yang datang
masa raya dulu tu ke?” Lemah Nek Pah bertanya.
Puan Munirah
menganggukkan kepalanya tanda mengiakan. Hanna kagum dengan ingatan Nek Pah.
Sudah berusia 70 tahun tapi ingatannya masih kuat.
“Mak mandi sekarang ye?
Lepas mandi Mun suapkan mak.” Lembut Puan Munirah berkata-kata.
Nek Pah hanya
menganggukkan kepalanya tanda setuju. Mungkin sudah biasa bila dikejutkan waktu
pagi tandanya untuk dia mandi. Hannan membantu mengangkat badan Nek Pah
manakala Puan Munirah mengangkat kaki. Terasa ringan badan Nek Pah pada
pandangan Hannan. Mungkin kerana badannya sudah susut sedikit. Perlahan-lahan
Nek Pah diletakkan diatas wheel chair dan dibawa ke bilik air.
Baju Nek Pah
ditanggalkan. Hanya kain batik dibiarkan. Maklumlah hari pertamanya. Nek Pah
pasti masih segan lainlah kalau hanya Puan Munirah berada disitu.
Perlahan-lahan Hannan mencurahkan air ke badan Nek Pah.
Shower cream turut
dilumurkan pada badan Nek Pah. Perlahan-lahan Hannan melakukan kerjanya. Tidak dilupakan
untuk mengurut badan Nek Pah. Biar Nek Pah rasa segar. Tidaklah Nek Pah rasa
lemah akibat terbaring di atas katil.
Selesaikan memandikan
Nek Pah, Hannan membantu Puan Munirah menyarungkan baju ke badan Nek Pah.
Rambut Nek Pah juga disisir rapi malah turut disapu losyen pada badan Nek Pah.
Hannan berpuas hati dengan tugasan pertamanya hari itu.
“Han, jom ikut aunty
bawa Nek Pah ke dapur. Aunty nak bagi Nek Pah makan.”
“Baik aunty.” Jawab
Hannan tanpa sebarang bantahan.
Di bawah tudung saji
sudah terhidang semangkuk bubur dan sup. Susu suam juga turut berada disitu.
Bila Aunty Mun buat semua ni? Efektif betul Aunty Mun ni. Hannan kagum dengan
Puan Munirah. Malah nasi lemak juga mampu dimasak Puan Munirah walaupun sibuk
menguruskan ibunya.
Hannan hanya menjadi
pemerhati Puan Munirah yang menyuapkan ibunya. Nek Pah juga semakin biasa
dengannya. Ada kalanya mereka ketawa apabila ada kisah lucu yng dikongsikan Nek
Pah. Suasana harmoni pagi itu dikejutkan dengan satu suara lelaki.
“Ibu! Kenapa ibu tak kejut
Es? Dah nak pukul 10 dah ni.”
Serentak mereka bertiga
memandang ke arah tuan punya suara. Kelihatannya tuan punya suara baru bangun
dari tidur. Matanya masih terpisat-pisat.
Oh no! Pemandangan
apakah ini? Hannan kaku di tempat duduknya. Eshan? Tak mungkin Eshan yang
handsome boleh berubah begini. Boxer? Tak pakai baju?
