10 oleh: faizah fyn
“Elia.” Entah Angin
Monsun Timur Laut mana membawa sebaris nama itu ke dalam kelas 4 Farabi. Tapi
dalam berita kaji cuaca dekat TV semalam tak ada pulak cakap ada Angin Monsun
Timur Laut dekat tengah Kuala Lumpur ni.
“Kau pehal sebut nama
dia? Lupa makan ubat gegat pagi ni ke sampai jadi Romeo Kelas Atasan?” Selamba
Hannan bertanya walaupun dia nampak pandangan tajam Eshan Lee a.k.a Eskrim Hydrocephalus. Sengaja dia berpura-pura
tak nampak walaupun matanya sudah empat.
“Han. Kau pernah rasa
selipar bersalut mayonis tak? Aku teringin nak makan. Rehat nanti kita beli
dekat mak cik kantin eh.” Ugutan maut tanpa belas kasihan dari Eshan menerjah
pendengarannya. Muka Eshan yang tidak beriak dipandangnya lama.
“Lepak la der. Aku
main-main je kot. Yang kau ambik serious
gaban ni kenapa?”
Seganas-ganas aku,
sejantan perempuan aku still aku
takut dengan mamat sekor ni. Muka nampak je handsome,
sweet, jambu ala-ala mamat korea and
bla bla bla tapi sekali dia naik hangin memang cari nahas.
“Saudara Eshan Lee kenapa
sebut nama Elia didalam banyak-banyak nama di muka bumi ini?” Penuh skema
berbunga dan sinis Hannan bertanya.
“Hmm entah lah. Aku
rindu dia.” Sebaris jawapan itu sudah mampu membuatkan Hannan rasa sesuatu.
Perasaan apa ni Han?
Sebelah kiri dadanya terasa sakit. Kepalanya tak mampu mencerna kata-kata
Eshan. Prometheus berlanggar dengan Soyuz ke sampai kepala aku macam ni? Kena
mintak Chlorox Cap Affan ni kalau tak mahu kena Love Escheria Coli.
“Kau dengar tak Han?”
Mata Eshan menala kearah Hannan yang seperti kebingungan. Blank Han datang dah.
Masa jiwa aku tengah berkecamuk ni lah dia nak jadi Blank Han pun. Tak ada masa
lain ke?
“Dengar. Kenapa kau tak
pergi jumpa dia je? Kelas kita dengan dia sekangkang monyet je kot.”
“Han, kau tahu dia
dengan aku macam mana kan?”
“Salah kau letakkan
100% perasaan hati kau dekat dia. Lain kali 99% je kalau nak bagi. At least kau ada 1% lagi untuk cover rasa sedih haru kau tu.”
Tu dia aku dah masuk
aura Shakespeare dah. Kalau Angah dengar ni confirm
menitik air mata syahdu dia bila tengok adik ‘jantan’ dia mampu bagi motivasi
cinta.
“Entahlah. Dulu dia
beria nak aku sekarang dia buat aku macam ni.”
Hannan mengangkat
mukanya. Tangannya yang baru sahaja ingin menggerakkan castle ke arah kiri terhenti. Nak ikut berkabung dengan mamat ni ke
nak gelak?
“Apa kau cakap? DIA
BERIA NAK KAU? Oh okaaaaaayyyyy.”
“Fine. Yelah siapa aku
ni kan. Tak ada orang nak.” Eshan membuat ayat Romeo patah hati. Tapi masih
menumpukan perhatian terhadap castle yang
baru digerakkan Hannan. Matanya bersinar tiba-tiba. Pantas tangannya
menggerakkan bishopnya.
Eshan tersenyum lebar
apabila berjaya mematikan castle
Hannan. Laju sahaja tangannya mencampakkan castle
Hannan ke dalam kotak. Wajah Hannan yang berubah kelat membuatkan dia hampir
ketawa.
“Amboi dah rupa tikus
mondok tercekik cekodok. Muka kelat siap mucung sedepa.”
Hannan berpura-pura
tidak mendengar. Matanya masih menilik papan chess dihadapannya. Sekejap dia memandang castlenya yang baru sahaja di’makan’ Eshan. Selamat. Dia hanya
tinggal 5 askar, bishop, queen dan king. Alamatnya kalah lagi lah dia kali
ni.
“Tapi salah aku sendiri
yang kitorang berdua clash. Sebab aku
ni jenis yang….”
Belum sempat Eshan
meneruskan kata-katanya Hannan terlebih dahulu memotong percakapannya. Mulut
memang tak ada lampu isyarat merah langsung. Suka hati je nak potong bila orang
cakap.
“Eh aku dah malaslah
nak main. Aku nak buat homework akaun
cikgu bagi tadi. Malam ni boleh aku tidur awal. Dah dua malam aku insomnia.”
“Banyaklah kau punya
INSOMNIA. Cakap jelah kau INSOMALAS nak main sebab dah nak kalah kan? Banyak
pulak kau punya cekadak.”
“Amboi bang. Dah tak
sayang nyawa ke? Sebelum tu pergi beli insurans dulu kalau tak sayang nyawa
sangat.”
“Lepak sudah. Aku pun
dah malas nak main ni. Serabut.”
“Eh tadi kau cakap apa?
Aku tak berapa nak dengar sangat.” Tadi dia ada dengar Eshan berkata sesuatu
tapi otaknya tak mampu menangkap akibat sedih castlenya dimakan.
“Tarapappa.”
Hannan hanya
mengangguk. Malas nak memaksa Eshan mengulang kembali. Tangannya laju memasukkan
semua buah catur ke dalam kotak. Eshan memang pelik dari orang. Begnya hanya
ada kotak chess, pencil case Body Glove dan buku latihan. Buku teks haram nak
dibawanya.
Tanpa sedar Eshan
melihat segala kelakuannya. Belum sampai masanya aku nak bagi tau kau Han.
Mungkin kau akan menjauhkan diri dari aku. Mungkin kau tak nak jadi kawan baik
aku lagi. Mungkin kita dah tak mampu nak bergaduh dan bergurau macam sekarang.
Senyuman tanpa sedar yang terukir dibibirnya mati apabila mata Hannan
bertembung dengan matanya.
“Pehal kau pandang anak
dara orang? Kau jangan…nanti dari mata turun ke hati.”
“Dunia belum kepupusan
perempuan lagi sampai aku nak pilih kau Han.”
“Ouch! Pedas terasa
kata-kata itu.” Hannan ketawa sambil memegang sebelah kiri dadanya.
Sungguh mendalam kata-kata Eshan sehingga membuatkan perasaan yang semakin kerap bermain didalam kawasan kiri itu datang lagi. Dia sengaja berpura-pura ketawa bagi menutup rasa hati.
Sungguh mendalam kata-kata Eshan sehingga membuatkan perasaan yang semakin kerap bermain didalam kawasan kiri itu datang lagi. Dia sengaja berpura-pura ketawa bagi menutup rasa hati.
Eshan Lee Malik Lee.
Adakalanya dia merasakan lelaki itu seperti bermain tarik tali dengannya. Eshan
yang selalu mencari gaduh dengannya dan melayan dia sebagai seorang lelaki.
Tangannya ditarik sesuka hati malah bahunya selalu sahaja menjadi mangsa
tumbukan ‘manja’ Eshan.
Ada masanya Eshan yang
melayan dia sebagai seorang perempuan. Yang mampu membuatkan hatinya jatuh
bergolek terguling terlentang atas lantai. Bak kata Angah, kalau jatuh ambil
gam gajah tampal balik. Kalau semudah tu, memang tak boleh cari makanlah surgeon kat dunia ni.
Tak payah nak masuk operation theatre siap guna anesthesia semua. Pakai gam gajah settle masalah. Apa punya teori entah
Angah pakai.
Tapi dia masih tahu had dia dan Eshan. Hanya kawan tak lebih dah tak kurang. Walaupun dia adakalanya tergelincir dari landasan.