Iman
Fatiha, minatnya terhadap lelaki itu bukan sekadar minat biasa. Ya, dia peminat
luar biasa yang jatuh cinta terhadap lelaki yang menjadi pujaan dan tatapan
umum terutama sang gadis. Kali pertama mendengar suara lelaki itu dia sudah
jatuh cinta. Dia menyimpan impian untuk bersama lelaki itu walaupun dia tahu ia
sukar dan tak mungkin terjadi. Siapa dia pada lelaki itu? Berjumpa sahaja tidak
pernah, bersua muka dan bertentang mata juga lagi lah tidak pernah. Berbicara
empat mata mungkin menjadi perkara terindah jika ia berlaku.
Amaan
Mirza, cintanya hanya kepada muzik dan bidang seni. Di situ dia curahkan segala
rasa dan masa. Menjadi artis bukan suatu kerja yang mudah. Dikelilingi oleh
peminat yang cuba menghampiri dirinya menjadikan dia sesak nafas. Baginya
mereka yang mengenali dia setelah berjaya menjadi bintang hanya berpura-pura.
Hanya mahu menjadi perhatian kerana berjaya mencuri hatinya. Tapi hatinya hanya
buat seorang wanita, Rania. Gadis yang dicintainya sejak dulu sebelum dia
bergelar artis. Yang sering menjadi inspirasi untuknya menulis lagu.
Tapi
kehidupan Iman Fatiha dan Amaan Mirza berubah 360 darjah. Pertemuan pertama
mereka membuatkan Iman Fatiha jadi gila bayang. Sering sahaja dia menjengah instagram
milik lelaki itu. Sering sahaja dia tweet kepada lelaki itu. Aslan yang juga
dikenali sebagai Bro Lan, blogger yang sering mencari berita panas dan gossip
terkini artis sengaja mereka cerita. Kononnya Iman Fatiha dan Amaan Mirza
bercinta tetapi menyembunyikan hubungan mereka disebalik hubungan antara artis
dan peminat. Tweet Iman Fatiha yang memanggil Amaan Mirza sebagai Abang Man dan
mengatakan Amaan Mirza itu bakal suaminya memburukkan lagi keadaan. Sedangkan
Iman Fatiha hanya bergurau dengan sahabatnya di twitter tanpa menduga itu akan
menjadi titik perubahan hidupnya.
Amaan
Mirza memaksa Iman Fatiha bertanggungjawab menjelaskan keadaan. Tapi peminat
Amaan Mirza menganggap lelaki itu penipu besar. Tidak mahu mengaku Iman Fatiha
itu kekasihnya kerana takut dirinya tak lagi laku. Perjanjian dibuat, Amaan
Mirza dan Iman Fatiha harus segera ditunangkan dan dalam masa yang sama Amaan
Mirza akan cuba merebut hati Rania sebelum majlis pernikahan mereka.
“Kau
nak sangat aku jadi suami kau kan? Sekarang dah ada peluang, sudi atau tak kau
kena bertanggungjawab.’- Amaan Mirza
‘Memanglah
aku minat gila dekat dia, tapi tak ada sampai tahap betul-betul nak kawin
dengan dia. Aku tak sanggup bersuamikan lelaki yang menjadi pujaan dan tatapan
umum.’ – Iman Fatiha
‘I
pergi sana berhempas pulas nak jadi model terkenal, bila I balik berita tu yang
I dapat. Sekarang you nak I percaya yang you cintakan I? Nonsense!’- Rania
‘Bro,
she’s the one! Percayalah dengan penilaian mata romeo macam aku ni. Nampak je
macam kampung sikit tapi dia tak lah teruk sangat. Rupa bolehlah dan she’s so
cute bila kalut macam tu.’ - Syawal
p/s: dah update SUAMIKU GEE, click HERE and thanks for reading peeps!
No comments:
Post a Comment