19 oleh: faizah fyn
Rumahnya riuh rendah
malam ini. Mana taknya, esok akan berlangsung majlis pertunangan dia dan Aimy
si kakak kembarnya. Di cubit pahanya beberapa kali, nyata dia tidak bermimpi.
Qaiser Muhammad, kurang dari 24 jam mereka akan ditunangkan. Tengah hari tadi
keluarga Qaiser sampai dari US, terus sahaja Qistina mengajak dia keluar. Robot
ke apa Kak Qis ni? Orang lain jetlagged bagai dia boleh lagi ajak lepak sejurus
tiba di Malaysia. Diheret sekali Qaiser supaya ikut bersama. Kata Kak Qis, Mama
amanahkan dia untuk melakukan sesi hati ke hati dengan mereka berdua. Mama tak
percaya agaknya yang dia dan Qaiser bercinta. Tup tup sudah mahu bertunang.
“Ayam penyet jom!
Pleaseeee Kak Qis mengidam gila dah ni.” Sengaja Qistina mengusap perutnya yang
sudah menampakkan baby bump itu.
Hah! Ini lagi satu yang
dia tidak puas hati dengan Qaiser. Hari tu bukan main lagi cakap Kak Qistina
dah gemuk sebab banyak makan rupa-rupanya gemuk sebab lain. Laju sahaja dia
mencubit lengan Qaiser bila mamat itu selamba sahaja ketawa.
“Betul apa Qistina dah
gemuk! Tengok tu pipi dia naik macam letak baking powder.” Qaiser menekan
perutnya menahan tawa.
“Qaisssss sampai hati!”
Qistina sudah menarik muncung.
“Merajuk lah! Ryan
takde dekat sini nak pujuk kau Qistina.” Ryan, suami Qistina tidak dapat datang
kerana perlu menguruskan tugasannya di US.
“Qaiser, tak baik lah
kau ni. Kesian dekat Kak Qis. Esok kau ada isteri, orang kutuk dia bila dia
pregnant apa kau rasa?” Marah Airis kerana sudah hilang sabar melihat Qaiser
mengejek Qistina.
“Cop! What have you
said just now? Kalau isteri aku pregnant? Wait, Adib kita baru nak bertunang
yang kau jauh sampai fikir dah pregnant ni kenapa? Sabar sayang, belum sampai
lagi chapter tu.” Qaiser mengenyitkan matanya sedikit kepada Airis yang sudah
melopong.
Pantas tangannya
mengipas muka. Panasnya muka ni! Aku bagi andaian boleh pulak dia kenakan aku
macam tu. Eeeee nak je aku piat-piat telinga dia.
“Merahnya muka you
sayang. Macam kena siram dengan sos!” Galak Qaiser menyakat.
“Shut up!” Airis sudah
menapak laju menuju ke arah restoran ayam penyet. Kesian pulak dengan mak salih
buyung tu. Sempat dia mengutuk bakal kakak iparnya.
“Awww so sweet!”
Qistina yang sejak tadi menjadi pemerhati bersuara.
“Sweet kan. Nanti dah
kawin lagi lagi lagi sweet.” Qaiser mengambil tempat di sebelah Qistina.
“Tak payah nak sweet
sangatlah kan.” Airis memberi isyarat supaya Qaiser menurunkan tangannya yang
sudah melingkar pada kerusi yang dia sedang duduk.
“Letak tangan je
sayang, bukan I peluk you pun.”
Ini dah kenapa mamat ni
jadi terlebih gula Melaka pulak ni? Kejap sayang, kejap ber’I’ ‘You’ dengan
aku. Aku dah lah spesis kegelian dengan jenis nak cakap bajet Romeo ni.
“I’m impressed! Belum
kawin dah practice guna sayang. I should ask Ryan to call me sayang after this
instead of Qis.” Ujar Qistina.
“Sayang tu baru sikit.
Nanti dah kawin hmmmmm. Sayang you nak berapa orang anak?” Selamba Qaiser
bertanya.
Ehhh mamat ni gaya
tanya macam aku ni kilang buat anak. Bertunang pun belum dah sibuk bawak topic
anak ni dah kenapa? Entah-entah sengaja nak berlakon depan Kak Qistina kononnya
kitorang ni couple of the year.
“Empat.” Dijawab
sepatah soalan Qaiser, sekadar menjaga air muka Qaiser.
“Good! Nanti dua minggu
kawin I bagi you gemuk macam Kak Qis okay.” Kata-kata Qaiser disambut tawa
Qistina.
“Gila! Qais, kau ingat
pregnant ni macam beli baju?” Soal Qistina.
“Hey, Farid Kamil boleh
buat, kenapa aku yang tough dan muda ni tak boleh?” Balas Qaiser.
“Eeee dah lah! Tukar
topic! Amboi bukan main gatal lagi hari ni kan?” Airis sudah menghantar
jelingan maut. Siap kau nanti!
“Okay enough. Kita
order dulu, nanti baru sambung topic tu.” Kasihan pula Qistina melihat Airis
diusik begitu.
“By the way, Kak Qis
ajak kitorang keluar ni kenapa?” Soal Qaiser.
“Mama tak percaya
korang ni betul-betul in love. Few years tak jumpa tiba-tiba nak bertunang.
Akak pun terkejut bila Qais call.” Satu demi satu Qistina jelaskan.
“So? Mama mintak akak
spy kitorang ke?” Giliran Airis pula bertanya. Qaiser dan Qistina serentak
memandang ke arahnya. Ini dah kenapa? Aku salah cakap ke?
“Wow, dah panggil Mama
nampak. Takde Mak Cik Tipah dah.” Giat Qaiser.
“Practice.” Malas dia
mahu melayan usikan Qaiser.
“Good. So akak rasa
kitorang ni macam mana?” Qiaser kembali ke topic asal.
“Hmmm nampak macam dah
deeply in love, so lovey dovey. Dari luaran lah. Cuma cara korang bercakap tu
macam bukan orang bercinta. Kejap sayang, kejap ‘I-You’ lepas tu ‘Aku-Kau’.”
“Haaaa itu namanya we
can be a great couple and sometimes we have a brother-sister relationship.”
“And ENEMY.” Celah
Airis dan sengaja ditekankan perkataan enemy itu.
“Yeah right! Enemy yang
boleh bagi pihak musuh lagi satu jatuh tersungkur sebab musuh yang ni manis
macam gula melaka. Am I right, Adib Airis?”
“No comment.”
“Hmmm betul lah tu.
You’re speechless with my words that you can’t even answer me back.”
“Eh kita makan dulu,
nanti baru sambung bergaduh.” Qistina cuba meredakan keadaan yang sekejap baik
sekejap tegang apabila waiter menghantar makanan yang dipesan mereka.
***********
“Akak harap korang jaga
hubungan ni baik-baik. Make sure sampai ke syurga.” Pesan Qistina.
“InsyaAllah. Akak betul
ni tak nak balik sekali?”
“Tak. Akak nak jumpa
kawan lama kejap. Bila lagi nak dapat peluang macam ni. Dah lah balik Malaysia
pun jarang.” Qistina menarik lengan Airis sebelum memeluknya erat.
“Jaga my brother ni
okay. Jangan gaduh-gaduh.” Bisik Qistina ke telinga Airis.
“InsyaAllah. Akak
doakan yang baik-baik untuk kitorang.” Balas Airis.
“Okay, see you guys
tomorrow!” Qistina berlalu sambil melambaikan tangannya.
“Shall we?” Qaiser
bersuara mengajak Airis pergi dari situ.
“Jom.” Airis terlebih
dahulu berjalan menuju ke arah kereta.
Masing-masing hanya
menyepikan diri setelah memasuki kereta. Hilang segala usikan Qaiser yang tadi
seperti peluru berpandu. Dah agak, mamat ni saja berlakon kononnya kitorang ni
rapat gila.
“Kak Qis punya bahasa
Melayu okay jugak kan?” Akhirnya Airis bersuara.
“Tengoklah mak ayah dia
siapa. Pure Melayu! Lain lah kalau Mama dengan Papa tu orang putih.” Qaiser
menguatkan sedikit radio apabila lagu kegemarannya, Lazy Song berkumandang.
“Abang Ryan pandai
cakap malay?” Qaiser memandang ke arah Airis. Kening diangkat sedikit.
"What?" Tanya Airis. Pelik.
"Nothing. I think I heard you call me 'abang' just now." Qaiser mengerutkan dahinya. Cuba memikirkan logiknya Airis mahu memanggil dia dengan panggilan keramat tersebut.
"Duhhh perasan. Aku cakap Abang Ryan bukan panggil kau Abang."
"Oh okay. Tapi sweet jugak kalau kau panggil aku abang. By the way tanya apa tadi?" Qaiser hanya menggeleng kecil melihat Airis sudah menggigit bibir. Malu lah tu.
"Takkkk Abang Ryan pandai cakap Malay tak?" Terpaksa dia mengulang kembali soalan tadi.
“Oh just few words. Macam
‘makan, jom, nak, tak nak’.” Qaiser seakan tidak berminat untuk berbual tentang Ryan, abang iparnya.
“Hmmm tadi bukan main
lagi mengusik, sekarang aku tanya satu dia balas macam nak tak nak.” Bebel Airis.
“Kenapa? Nak sambung
topic anak tadi ke?” Qaiser sudah tersenyum nakal.
Keretanya sudah
membelok ke arah simpang menuju ke rumah Airis. Di kerling Airis yang berada di
sebelahnya. Haih, tadi bukan main nak ajak bersembang bila sebut topic pregnant
terus terdiam. Terdiam tak tahu nak jawab ke terdiam sebab marah?
“You keep bragging
about pregnant kenapa? Boleh ke orang macam kau bagi aku ni mengandung?” Entah
kenapa laju sahaja kata-kata itu meluncur dari bibirnya.
Walaupun intonasi suara yang digunakan perlahan tapi tetap kasar pada pendengaran sesiapa yang mendengarnya. Pantas tangannya di
bawa ke mulut. Di tampar mulutnya perlahan berkali-kali. Reaksi Qaiser yang
tadi berniat ingin menyakatnya berubah terus. Tegang. Tak beriak sedikit pun.
Siapa pun akan terasa dengan kata-katanya tadi. Itu lah mulut tu selalu lepas.
“Dare me!” Sejurus
mengungkapkan dua patah perkataan itu, Qaiser melangkah keluar. Pintu dihempas
kuat.
Nasib dah sampai depan
rumah Airis. Kalau tengah jalan tadi, agaknya dia aci redah je tinggal Airis
tepi jalan. Pintu di sebelah pemandu di buka kasar. Kepalanya memberi isyarat
menyuruh Airis segera turun. Takut-takut Airis turun dari kereta. Matanya tidak
berani memandang wajah Qaiser saat itu. Gerun!
“Thanks for those
goodbye words, cause I thougth you would like to give me a goodbye kiss or at
least sweet words like ‘drive safely’.” Sinis kata-kata Qaiser.
“Qaiser, I’m so sorry.”
Perlahan sahaja suaranya. Kedua belah tangannya dirapatkan lalu dibawa ke dada seakan memohon maaf.
Tanpa membalas
kata-kata Airis, Qaiser masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju meninggalkan
Airis yang terpaku di situ.
“Dia, marah.” Lemah
sahaja kata-katanya melihat kereta Qaiser hilang dari pandangan.
‘I don’t want to speak
just now because I want to hear you voice, your sweet voice. But THANKS again.
Well, I think you know thanks for what.’
Audio wechat yang
dihantar Qaiser seakan membunuh hatinya. Lemah. Rasa bersalah yang amat sangat.
Adib, apa yang kau dah buat ni?
No comments:
Post a Comment