HIKAYAT 1
‘tak
salah bermimpi sehingga ke awan, tapi jangan sampai tersungkur menyembah bumi’
Matanya masih melekat
pada screen handphone Samsung Galaxy 4 miliknya. Sudah lebih lima kali rasanya
dia scroll timeline twitter. Tiap kali screen handphonenya memaparkan loading
tweet tiap kali itulah jantungnya berdebar hebat. Kosong. Patah hati lagi.
Punah segala harapan mahu melihat Amaan Mirza, penyanyi terkenal itu membalas
tweetnya. Sudah lama dia dapat mengagak yang Amaan Mirza bukan jenis melayan
tweet berunsur mengurat dari peminatnya. Kecuali jika peminatnya itu tweet
bertanyakan hal kerjayanya, maka tak hari ini atau lusa pasti lelaki itu akan
membalas. Bagus! Calon suami setia.
“Tak habis lagi ke kau
punya angau dengan dia? Sudah-sudah lah tu weh. Kau punya berangan ni kalah
angan-angan Mat Jenin tau?” Itu bunyi audio wechat dari Pia.
Zaman dah maju.
Teknologi dah canggih. Tak main dah bergayut dekat telefon. Sekarang jerit je
dekat telefon terus pihak sana boleh dengar. Siap boleh play dua tiga kali.
Sedap dan kelakar juga suara Pia ni kalau dengar banyak kali.
“Mat Jenin bangga
dengan aku kot, sebab aku mewarisi angan-angan dia. Cuma angan-angan aku ni tak
perlu panjat pokok kelapa.” Sempat dia mengekek ketawa bila membalas wechat
dari Pia, kawan baiknya.
“Dia takde girlfriend
ke weh? Orang popular kan.” Amboi membunuh sungguh soalan Pia ni.
“Entah. Macam takde.
Kalau ada mesti dah lama kena dengan Zuan Bikin Panas tu.” Ayat menyedapkan
hati.
“Tapi artis mana
pandang orang macam kita ni. Kecuali aku lah, sebab aku ni cantik sikit dari
kau. Kau tu perangai pun tak semenggah.”
Memang tak dapat
dinafikan yang Pia tu cantik, tinggi lampai, bijak dan kaya. Cuma satu yang
kurang dengan Pia ni. Playgirl besar. Semua lelaki dia nak try. Dari junior
sampai ke senior dekat kampus dia nak buat buah hati. Dari course business
sampai lah ke pharmacy dia cari. Entah apa lah dia nak buat dengan buah hati
yang ramai tu. Buat koleksi untuk tatapan anak cucu agaknya Pia ni.
“Wehhhh dia balas tweet
aku!” Suaranya ceria melihat ada balasan dari Amaan Mirza.
“Serius? Dia balas
apa?”
“Hehe dia retweet je,
tak balas pun.”
“Duhhhh over acting lah
kau ni. Aku nak ikut Papa dinner dekat luar ni. Talk to you later babe.”
Retweet pun retweet
lah. Janji Amaan Mirza ni sedar akan kewujudan aku sebagai peminat dia. Siapa
sangka tweet kepada Amaan Mirza yang hanya memberitahu dia sedang mendengar
lagu Hujan Pelangi nyanyian lelaki itu mendapat perhatian.
Ku lihat dia dibasahi hujan
Bersama pria tak ku kenali
Ingin ku ekori langkahnya
Tapi langkahku seakan mati
Butakah dia mengintai pelangi
Kerna aku ada untuk dia…
Mengejar bayangnya aku resah
Kehilangannya buat aku gila
Antara cinta dan pelangi
Lumpuhnya rebah tanpa disedari
Nyanyian hujan kan berlagu lagi
Kerna aku ada untuk dia…
Mendayu
sahaja suara lelaki tersebut. Seakan orang yang patah hati. Seakan orang yang
merayu kekasih hati agar kembali. Hatinya yakin yang lagu hasil nukilan lelaki
itu ditujukan buat seseorang. Ya, seseorang yang pastinya istimewa buat lelaki
bernama Amaan Mirza. Tapi siapa? Dulu pernah juga lelaki itu digosipkan dengan
Qeela, pelakon remaja yang baru meningkat naik. Habis kisah mereka menjadi
bahan wartawan namun siapa sangka Qeela itu akhirnya bertunang dengan rakan
persekolahannya. Mungkin juga lagu itu ditujukan buat Qeela. One day, dia akan
buat Amaan Mirza jatuh cinta dengan dia. Just wait and see.
*********
“Bro,
tak nak balik lagi ke? Tak kan nak berkampung dekat studio lagi kot.” Syawal
yang berdiri di muka pintu sudah bersedia untuk balik.
“Apa
salahnya kalau berkampung dekat sini. Cari rezeki.” Amaan Mirza memetik gitar
miliknya mencari idea untuk lagu baru.
“Tak
agak kau! Tahu lah tak ada anak bini.”
“Eh
aku buat ni untuk anak bini laa. Anak bini coming soonnnnn.” Tawa Amaan Mirza
meletus.
“Ceit!
Yang aku tahu bini kau tu haaa. Yang tengah sedap kau peluk tu.” Syawal
menjuihkan bibirnya ke arah gitar milik Amaan Mirza.
“Tau
takpaaaaa. Ada orang jealous dengan kita sayang.” Usik Amaan Mirza sambil
mengusap perlahan gitar di tangannya.
“Cheesyyyyyy
and crazy! Suits you well brotha! Dah lah aku chow dulu. Lepak mamak dengan
Han. Kau duduk lah dekat sini sampai pagi.” Syawal berlalu pergi selepas
memberi salam.
“Shawn…Shawn…”
Amaan Mirza kembali menumpukan perhatian kepada gitarnya.
Tiba-tiba
dia tersenyum sendiri. Teringat tweet salah seorang peminatnya. Lagu Hujan
Pelangi memang tengah hit sekarang. Sentiasa kedengaran di corong radio. Malah
semasa dijemput ke rancangan Nasi Lemak Kopi O pun dia diminta pihak penerbit untuk
menyanyikan lagu tersebut secara live. Tapi hanya dia yang tahu kisah di
sebalik lagu tersebut. Puas wartawan bertanya tentang maksud di sebalik lagu
tersebut, tapi dia hanya membalas dengan jawapan idea itu muncul sendiri. Ada
yang membuat konklusi lagu itu ditujukan buat Qeela. Gila! Dia dengan Qeela
hanya sekadar kawan baik di dalam industri hiburan, cuma wartawan yang
mengsensasikan cerita.
Handphone
di atas meja dicapai. Pantas jemarinya membuka application twitter. Setiap hari
berpuluh tweet dari peminatnya masuk. Rata-ratanya adalah perempuan. Perempuan,
sama! Hanya mengejar populariti dirinya. Tak ada satu pun yang jujur menyukai
dia kerana diri dan kehidupannya diluar industri. Kecuali seorang, Rania. Tapi
Rania seakan bermain tarik tali dengan dirinya. Jinak-jinak merpati. Suatu
saat, dia yakin Rania akan kembali.
2 comments:
Assalamu'alaikum... Sofia singgah sini baca karya Fyn juga. X sangka Fyn pun minat tulis novel juga ye? Wish u good luck la, baby. Jom kita sama2 berusaha dlm bidang ni. Moga sukses la seksok... =D
best nak lagi...
Post a Comment