Sunday, 3 February 2013

Cerpen| Dia, Pilot Kapal Terbang Kertas



Dari tadi dia keluar masuk rumah. Masuk kali ni dah lima kali rasanya dia keluar. Bukan ada apa sangat nak di tengoknya dekat luar tu. Saja mengintai rumah jiran depan yang hanya tujuh langkah dah boleh sampai depan pagar tuan rumah tersebut. Ada sahaja benda pelik yang dibuatnya bila keluar ke porch kereta. Belek minivan Abah yang sememangnya elok tak berusik. Susun kasut yang elok tersusun di atas rak. Paling pelik, dibeleknya pokok orkid Mama. Pokok orkid plastik bukannya nak ada ulat makan! Entah kenapa hari itu perangainya luar alam.

“Kau buat apa dik?” Suara garau yang lebih kepada suara baru bangun tidur menegur.

“Opocot, tengok anak Mak Cik Tipah dalam rumah!” Kuat dia melatah.

Abangnya yang hanya memakai boxer hitam putih sudah ketawa melihat dia yang kelam kabut menampar mulut. Sudah! Terlajak kereta boleh reverse, terlajak mulut memang setahun tak habis malu. Habis lagi duit dalam tabung itiknya tu.

“Baru dua puluh dua dah pandai melatah dik? Ni kau takde kerja sangat ke apa intai si Dini tu?”  abangnya sudah menyarung selipar berjalan menuju ke arahnya.

“Ish mana ada intai Dini. Tengah belek buah hati Abah ni haaa.” Dia menghembus nafas ke arah cermin tingkap minivan tersebut sebelum mengelap menggunakan lengan bajunya.

“Kau tak payah nak kencing abang sangat. Eh cop! Abah pergi kerja naik apa?” Baru Elman sedar kewujudan minivan Abahnya.

“Bang, kereta kontot kau tu takde kan? Haa tandanya Abah pakai.” Awatiff sudah senyum mengejek melihat abangnya yang seperti hilang semangat itu.

“Oh God! Aku nak keluar naik apa ni?”

Elman duduk mencangkung sambil menggaru kepalanya. Fesyen rambut bangun tidurnya yang sedia ada kusut masai semakin serabut pada pandangan adiknya.

“Hah itulah! Matahari dah elok terpacak baru sibuk nak bangun. Kau naik jelah minivan merah Abah tu. The End. Happy Ending. Oh sweetnya.”

Awatiff sudah ketawa mengekek melihat reaksi abangnya apabila mendengar cadangan bernasnya itu. Bukan dia tak tahu abangnya allergic dengan minivan Abah. Allergic sebab minivan  tu untuk orang berkeluarga. Mahu orang fikir abangnya tu dah berumah tangga.

“Seriously, aku lagi rela jadi banduan dalam rumah dari keluar dengan buah hati pengarang jantung Abah tu.” Elman sudah bangun mahu masuk ke dalam rumah.

Elman yang sudah hilang ke dalam rumah kembali lima minit kemudian. Awatiff mengangkat kening bertanya kenapa. Dah ubah fikiran ke apa abang aku ni? Sungguh laa Abah kena buat kenduri kalau abangnya mahu keluar dengan minivan merah tu.

“My lovely sister, I think you forgot something.” Elman sudah senyum senget.

“Urghhhh ingat dah lupa! Macam biasalah.” Awatiff sudah menghentak kaki sebelum berlalu ke dalam rumah.

Bahu Abangnya sengaja ditepis kasar. Menghalang laluan antarabangsa betul! Ingat dia Pegawai Imigresen ke apa duduk tengah jalan.

“Amboi, kasar nampak. Nak aku tolong jadi posmen ke? Dinnn….iiiiiii.”

“Eeee kau kan bang dah pandai ugut!” Awatiff berpatah balik menghampiri abangnya yang buat muka selamba.

“Okay apa aku charge lima ringgit untuk tutup mulut. Kalau aku mintak lima puluh?”

“Bencilah cakap dengan kau. Nanti ambik sendiri dekat atas meja. Make sure jangan bocor rahsia.” Awatiff mengangkat jari telunjuknya memberi amaran.

“Ini Elman laa. Don’t worry rahsia anda akan dijaga dengan rapi. Zip.” Elman membuat gaya zip mulut menggunakan tangan kanannya.

“Kenapalah aku dapat abang yang kalah lintah darat ni.”

“Setakat lima ringgit nak berkira. Aku tahu Abah selalu bagi kau duit poket.”

“Aku belum kerja memanglah dapat duit poket.” Awatiff sudah mahu berlalu tetapi langkahnya terhenti apabila mendengar suara seseorang yang dia cukup kenali.

“Eh Dini! Bila balik?” Elman entah bila sudah berada di hadapan pagar rumah.

“Malam tadi. Dari tadi Dini panggil Abang Man. Abang Man buat apa?” Dini berjalan menghampiri pagar rumah yang sudah dibuka Elman.

“Oh tak dengar agaknya. Tengah borak dengan Awatiff. Dini nak cakap dengan dia ke? Abang boleh panggilkan.” Elman sudah membuka mulut tapi pantas tangan Dini menekup.

“Shhh tak payahlah.” Dini menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Mana tau kot nak jumpa.” Elman senyum mengusik.

Awatiff yang sejak tadi mengintai di sebalik langsir mengetap bibir. Memanglah abang aku ni nak kena cili mulut dia! Mestilah Dini syak bukan-bukan kalau tiba-tiba abang nak panggil aku jumpa dia. Dini pun satu. Apa salahnya jumpa aku tanya khabar. Abang jugak yang nak di jumpanya.

“Lama ke cuti?”

“Lama tak lama jugaklah bang. Ada laa dekat sebulan.” Dini menjawab tapi matanya sesekali mengintai ke dalam rumah mencari kelibat Awatiff.

Elman sedar mata Dini mencari adiknya. Sengaja dia membiarkan dan berpura-pura tak nampak. Biarlah Dini dengan adiknya tu selesaikan sendiri masalah mereka.

“Lama jugak tu. Habis kau duduk rumah jelah?”

“Duduk rumah jelah kot. Awatiff cuti sampai bila?”

“Awatiff..tak tau pulak. Itulah abang nak panggil dia kau tak nak. Nak abang tanya dia ke tak?”

“Ehhhh takpe bang. Tanya je. Entah-entah dia sibuk dekat dalam masak.”

Masak? Awatiff tu nak masak? Memang harapan negara sangat adiknya tu nak masak. Unless Abah dekat rumah barulah Tuan Puteri tu masuk dapur. Tadi pun adiknya elok mengintai rumah Mak Cik Senah bukannya sibuk memasak dekat dapur. Memasak cinta dan sayang ada lah.

“Haaaa….” Elman sudah senyum lebar.

“Haa apa bang?” Dini sudah membuat muka pelik.

“Tu Aira dah balik. Abang nak keluar tapi kereta Abah pakai.” Elman menunding jarinya ke arah kereta Viva hitam yang perlahan-lahan menghampiri mereka.

Kereta Viva hitam tersebut berhenti di hadapan pagar. Cermin tingkap di turunkan. Kelihatan Aira memberi isyarat memohon laluan.

“Kak, parking luar jelah. Abang nak guna kejap lagi.” Elman menjerit sedikit.

“Hah? Kereta kau mana bang?” Aira seperti tak berpuas hati.

“Abah pakai. Aku pinjam hari ni je. Abah balik nanti, kau pakailah kereta aku.”

“Yelah.” Aira kembali menaikkan cermin tingkap sebelum mematikan enjin kereta.

“Abang nak keluar? Dengan pakai macam ni?” Dini seperti tak percaya.

“Kau gila aku nak keluar pakai boxer? Mandi pun belum.” Jujur Elman memberitahu.

“Ya Allah! Dah nak pukul sebelas belum mandi. Gosok gigi tak?” Gurau Dini.

“Oih tak agak. Gosok laa.”

Aira berjalan menghampiri mereka dengan tangannya menjinjit beg plastik berwarna oren. Kelihatan bungkusan nasi lemak dan kuih muih dari luar plastik jernih itu.

“Ehem rezeki.” Elman menggosok perutnya beberapa kali.

“Aah rezeki. Nak tunggu kau keluar pergi beli memang kebulur orang dalam rumah ni.” Perli Aira.

“Apa guna ada orang perempuan dalam rumah ni. Kan Dini?” Elman mengaduh kesakitan apabila tangan Aira menampar bahunya.

“Tak masuk campur.” Dini mengangkat kedua-dua belah tangannya.

“Eh Dini dah sarapan belum?” Aira yang baru perasan kehadiran Dini bertanya.

“Dah kak.” Dini menjawab sopan.

“Okay. Eh akak masuk dulu. Jangan layan sangat Abang Man ni.” Sempat Aira ber’pesan’.

Dini sekadar senyum. Tak tahu mahu membalas apa. Dia masak sangat perangai tiga beradik dalam rumah ni. Suka bergaduh, suka mengusik, suka memerli tapi rapat satu sama lain.

“Hah! Yang lagi sorang ni mengintai balik langsir kenapa? Dah takde kerja sangat dalam rumah ni nak dibuat.” Kuat suara Aira sehingga mampu didengar oleh dua manusia di luar rumah.

“Shhh.” Awatiff sudah menekup mulut kakaknya. Kantoi lagi!

Elman yang masih berada di luar rumah hanya ketawa mendengar kekecohan dalam rumah. Dini berpura-pura tak mendengar.

*******
Kipas yang ligat berputar di pandang sepi. Air cond yang dipasang juga tidak mampu meredakan panas dihatinya. Arghhh memanglah Dini ni! Memang!

“Assalamualaikum.” Awatiff memberi salam sambil matanya meliar mencari kelibat penghuni rumah.

Sepi. Tiada balasan. Pintu depan elok sahaja terbuka. Takkan ada perompak masuk kot. Tangannya sudah lenguh memegang bekas makanan yang di beri Mama. Mimpi apa Mama hari ni masak mee rebus. Siap minta dihantar dekat Mak Cik Senah. Mahu sahaja dia balik saat itu. Dari tadi dia memberi salam tapi tiada jawapan. Kalau balik mesti Mama tanya kenapa bawak balik bekas makanan ni.

“Waalaikummussalam. Eh Awatiff.”

 Dini yang hanya berbaju t-shirt merah dan berseluar pendek paras lutut menyarung selipar. Pantas langkahnya di atur menuju ke arah pintu pagar. Matanya menangkap bekas makanan di tangan Awatiff.

“Dah lama ke kau sampai?”

“Errr lama jugaklah. Ingatkan takde orang.” Awatiff hanya tersenyum sambil menanti Dini membuka pintu pagar.

“Kitorang dekat dalam tengah makan. Ingatkan siapa bagi salam.”

“Lah, dah makan ke. Ni Mama ada buat mee rebus.” Awatiff menghulurkan bekas makanan yang di kirim Mamanya.

“Ya Allah. Terima kasih. Susah-susah je. Tapi rezeki jangan ditolak.” Dini menyambut bekas makanan yang dihulur.

“Eh okaylah. Aku balik dulu. Nak hantar ni je.”

“Eh kejap. Kau cuti sampai bila?” Dini menahan Awatiff yang sudah mahu pulang ke rumahnya.

“Sampai awal bulan depan. Why?”

“Oh. Kalau free jom lepak sama-sama. Boleh?”

“Tengoklah dulu.” Awatiff sudah berpaling. Dapat dirasakan dirinya tersenyum bahagia saat itu. Mana taknya Dini ajak dia keluar.

“Awatiff!” Sekali lagi Dini memanggil namanya.

“Ya?”

“Sebelum tu aku nak mintak maaf. Tapi lagi manis rasanya kalau kau keluar rumah pakai tudung. Aku tahu rumah kita dekat tapi….”

Belum sempat Dini menghabiskan ayatnya Awatiff sudah berjalan laju menuju rumahnya. Senyumannya tadi segera mati apabila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Dini Fayruz. Entah kenapa hatinya panas tiba-tiba. Terasakah dia dengan kata-kata itu?

“Aku salah cakap ke?” Dini memandang Awatiff yang sudah hilang ke dalam rumah.

Dia mengeluh perlahan. Kenapa aku mesti terasa dengan kata-kata Dini tadi? Betul apa yang Dini cakap. Tapi aku je yang tak nak dengar. Tak nak terima nasihat dan pandangan dia. Dirinya dihimpit rasa bersalah. Rasa kurang ajar meninggalkan Dini tadi. Pantas dia bangun dari perbaringan. Berjalan menuju ke arah tingkap. Bilik Dini masih terang. Belum tidur lagi agaknya. Perlu atau tak dia meminta maaf atas kebiadabannya tadi?

“Ehem.” Terpacul kepala Elman di muka pintu.

“Main redah je bilik orang.” Marah Awatiff.

“Abang dah ketuk tadi okay. Dia yang termenung sampai ke bulan. Mengintai Dini laa tu.” Elman melabuhkan punggung di birai katil.

“Ha-ha-ha tak lawak.” Awatiff masih berdiri di tingkap sambil berpeluk tubuh.

“Ni yang emosi sangat kenapa? Sejak balik dari rumah Dini senyap je. Muka jangan cakaplah. Kalah asam boi. Masam semacam.”

“Mana ada emosi.”

“Tak emosi. Meh duduk sini.” Elman menepuk tilam menyuruh adiknya duduk.

Perlahan-lahan Awatiff menghampiri abangnya. Berbanding kakaknya Aira, dia lebih banyak berkongsi masalah dengan abangnya.

“Now, cerita dekat abang apa yang jadi. From A to Z. Jangan tinggal sikit pun.”

“Kalau adik ternangis macam mana?”

“Janganlah nangis. Buat tembok jangan bagi empangan pecah.”

Awatiff menganggukkan kepalanya. Pantas diceritakan apa yang berlaku tadi. Sikit pun tak ditinggalkan. Selesai bercerita, Elman memandangnya lama.

“Tu je?”

“Tu je abang cakap.” Awatiff menarik tisu dari kotak mengelap air matanya.

“Yelah. Cerita tak sedih pun nak nangis bagai. Eh peliklah. Dekat mana entah part sedih.”

“Eeeeeeee abang ni kan. Tadi suruh cerita. Dah cerita dia perli pulak.”

“Bukan perli tapi abang pelik. Dekat mana yang sedih sampai kau nangis tu.”

Awatiff hanya mendiamkan diri. Tidak tahu mahu membalas apa. Dia sendiri tak tahu kenapa dia menangis. Menangis kerana teguran Dini? Menangis kerana malu dengan diri sendiri?

“Kenapa diam?”

Elman memandang adiknya yang seperti kebingungan. Berat betul masalah adiknya yang satu ni. Sekejap okay.Lepas tu moody. Tak lama lepas tu menangis. Ini bila ditanya senyap pulak.

“Kau menangis sebab malu kan? Malu bila dia lelaki yang tak ada hubungan dengan kau tegur kau macam tu.” Elman bersuara apabila melihat adiknya masih menyepikan diri.

Awatiff mengangkat wajahnya. Memandang abangnya. Dia mengangguk kepala perlahan-lahan. Memang itu puncanya dia menangis.

“Dik, betul apa yang Dini cakap. Bukan abang nak sokong Dini ke apa. Tapi dekat luar, Alhamdulillah memang kau bertudung. Tapi lagi baik bila keluar depan rumah pun pakai tudung. Jiran kiri kanan depan belakang rumah. Kalau diorang nampak kau tak bertudung? Aurat tu kena jaga. Tak semestinya bila keluar jauh sikit dari rumah je pakai.” Panjang lebar Elman menjelaskan.

“Aku rasa aku teruk sangat.”

“Belum terlambat untuk kau ubah semua tu. Silap abang jugak. Abaikan semua tu. Tak tegur kau dari awal.”
“InsyaAllah aku akan cuba ubah semua tu.”

“Alhamdulillah.”

“Thanks abang.”

“You’re welcome. Dah tak nak menangis dah. Buruk muka tu tau.”

“Eleh, buruk-buruk pun adik abang jugak.”

“Hmmm yelah. Ni jelah adik yang abang ada.” Elman menggosok kepala adiknya perlahan.

“Tapi kan bang….”

“Apa?”

“Macam mana nak jumpa Dini lepas ni?”

“Haa itu abang rasa elok adik mintak maaf tak pun buat macam biasa. Macam takde apa.”

“Boleh ke macam tu?”

“Macam tu apa? Ish kau kan suka cakap tak habis.”

“Tak laa..boleh ke buat bodoh je?”

“Ikut kau lah. Yang mana kau rasa selesa.”

“Tak membantu betul laa abang ni.”

“Tadi abang dengar kau punya story kira membantulah tu. Eh dah laa abang nak turun bawah.”

“Lari..lari…” Awatiff memandang abangnya yang cuba melarikan diri.

Elman hanya tersengih di muka pintu. Meninggalkan adiknya yang masih buntu mencari penyelesaian.

*************
Sudah dua hari dia mengelak keluar dari rumah. Lebih kepada mengelak dari bertembung dengan Dini. Dia masih belum bersedia mahu bersemuka dengan Dini sejak insiden malam tu terjadi.

“Dik, nak tak?” Aira menepuk bahu adiknya perlahan.

“Hah? Nak apa?” Terkebil-kebil matanya apabila ditanya tiba-tiba.

“Berangan! Aku tanya, nak tak ikut aku pergi Korea. Holiday.” Sekali lagi Aira memberitahu perancangannya.

“Korea? Mimpilah aku nak pergi. Pitih pun takde.” Awatiff menjuihkan bibirnya. Tak berminat.

“Tiket flight kau, half aku support. Abah pun dah janji nak support perbelanjaan kau dekat sana. So? Nak tak?” Aira cuba memancing minat adiknya.

“Ini serius?” Tiba-tiba wajahnya berubah ceria.

“Serius laa. Abang kan ada program dekat Uni dia. Abah dengan Mama pun busy takkan nak biar kau sorang. That’s why Abah setuju kau ikut aku.”

“Kalau ada orang support aku okay je.”

“Tapi tiket flight lagi half kau guna duit sendiri lah. Takkan nak simpan duit kau yang berkoyan-koyan tu buat pekasam.”

“Baik bos! Kapan berangkatnya?”

“Kita nak pergi Korea bukan Indon. Tak payah nak speaking ala Bibik Indon sangat. Flight sabtu ni. 10 days something kita dekat sana. Okay?”

“Ten days? Daebak!”

Awatiff sudah tersenyum bahagia. Nampaknya dia ada alasan untuk tidak bersemuka dengan Dini. Lega hatinya saat itu. Tak perlu nak berkurung dalam rumah macam banduan lagi.

“Tak rindu buah hati ke nanti?” Elman yang berada di anak tangga bersuara.

“Buah hati? Siapa bang?” Aira memandang Elman dan Awatiff bersilih ganti.

“Kau tak tahu ke kak? Ish ish ish kesiannnnn.”

“Weh Man storylah!” Aira sudah mendesak.

Awatiff sudah melarikan diri ke tingkat atas. Bimbang kakaknya menyoal mengalahkan polis pencen. Memang takde insurans betul mulut abang dia ni.

“Mannnnnn” Aira masih belum berpuas hati.

“Maaf. Rahsia negara.” Elman membiarkan soalan Aira dibawa angin lalu.

“Dini?” Sepatah nama itu terbit dari mulut Aira.

“Entah. Why don’t you try to find out?”

“Bencilah korang ni.”

Elman hanya menjongketkan bahu. Dia sudah berjanji dengan adiknya tak akan membocorkan rahsia. Sekali pun pada kakak mereka.

**********
Dua beg plastik hitam berisi sampah diletakkan di hadapan rumah. Berat tak terkata. Baunya juga menusuk ke dalam rongga hidung.

“Abang!” Dini yang sedang mencuci kereta memanggilnya.

“Ada apa?”

“Urmmm Awatiff mana bang? Lama tak nampak.” Terluah juga soalan yang selama ini ingin di tanya tapi sentiasa terbantut.

“Ohhh Awatiff sibuk sikit sekarang.”

“Sibuk?”

Setahu dia Awatiff sedang cuti semester. Sibuk dengan apa? Mustahil untuk Awatiff sibuk dengan assignment waktu cuti semester macam ni.

“Awatiff tak cakap eh? Lusa dia nak pergi Korea.”

“Korea? Dia tak cakap pun. Buat apa dekat sana?” Sungguh dia terkejut. Awatiff tak memberitahu dia apa-apa.

“Bercuti. Pergi dengan Kak Aira. Dia sibuk sangat kot sebab tu lupa nak cakap.”

Elman sekadar menyedapkan hati Dini. Dia fikir hubungan Awatiff dengan Dini sudah pulih. Nampaknya sejak kejadian hari tu mereka masih belum bertegur sapa.

“Mungkinlah kot. Kirim salam dekat dia nanti.”

“InsyaAllah. Tak nak jumpa dia before dia pergi sana?”

Dini tersenyum hambar. Jumpa macam mana kalau Awatiff seperti cuba mengelak dari dia. Mungkin masih merajuk dengan tegurannya hari itu.

“Eh abang masuk dululah. Berbau sampah dah tangan ni.” Elman memohon diri.

“Okay bang.” Dini mengangkat tangannya kepada Elman.

Dari jauh kelihatan Viva hitam yang cukup dikenalinya. Kereta Kak Aira! Pasti Awatiff ada bersama. Pantas pintu pagar rumahnya dibuka. Kelihatan Awatiff turun dari kereta dengan tangan membawa beberapa beg plastik Universal Traveller.

“Assalamualaikum.” Dini memberi salam.

“Waalaikummussalam.” Serentak Aira dan Awatiff menjawab salam.

“Abang Man cakap akak dengan Awatiff nak pergi Korea.” Dini membuka bicara.

“Kak, adik masuk dulu. Nak pergi toilet.”

Tanpa menunggu balasan Awatiff berlari masuk ke dalam rumah. Dini hanya memandang Awatiff yang sengaja mencari helah untuk mengelak darinya. Pandangan mata Aira kepada mereka berdua cuba dielak.

“Korang bergaduh ke?” Tanya Aira.

“Perkara kecik je kak.”

“Awatiff memang macam tu. Nanti dia dah okay, dia sendiri akan cari orang tu.”

“Baik kak.” Dini mengangguk kepala tanda memahami.

************
Aira menolak pintu bilik adiknya sedikit. Awatiff yang berbaring di atas katil memandang kakaknya yang berjalan menghampirinya. Dia dapat mengagak kakaknya mahu bertanya soal dia dan Dini.

“Dik.”

“Hmmm.”

“Kau gaduh dengan Dini ke?” Laju sahaja Aira menuju ke arah topik sebenar.

“Kakak rasa?”

“Tengok cara kau mengelak, muka Dini yang serba salah pun akak boleh agak korang bergaduh.” Aira memandang ke arah Awatiff yang seperti memikirkan sesuatu.

“Tak tahulah nak kata gaduh ke apa.”

“Then? Kalau bukan gaduh, merajuk manja lah ni?” Usik Aira.

“Ish mana ada merajuk manja. Tak mainlah manja-manja ni.”

“Lusa kita nak pergi Korea, sepuluh hari pulak tu. Kalau jadi apa-apa macam mana? Tak sempat nak mintak maaf dengan Dini. Bukan mintak cuma nak mengingatkan.”

“Kakak ni! Kalau jadi betul macam mana? Balik dari Korea lah adik jumpa dia. Biar fikiran tenang dulu.” Awatif masih mahu mengelak.

“Hmmm suka hati kau lah. Jangan fikiran je tenang. Hati tu pun kena tenang jugak. Takut hati tertinggal dekat sini, jasad bawak pergi Korea.” Dalam kata-kata Aira.

“Kakkkkkkk…..”

“Fikir baik-baik.”

“Kalau suka cakap suka, kalau sayang kata sayang. Kalau benci cakap benci, kalau marah kata marah. Orang tak boleh baca fikiran kita, tapi orang boleh salah faham dengan tindakan kita.” Elman yang dari tadi mendengar perbualan mereka berkata.

“Abang.” Aira menegur Elman yang baginya agak straight to the point.

“Abang cakap benda betul. Masing-masing dah besar. Fikir macam orang dewasa. Zaman sekolah dulu bolehlah nak bergaduh macam ni. Tapi dah besar elok bawak berbincang, selesai cara baik.” Elman meneruskan bicaranya.

“Abang tak nampak dekat mana salah Dini tu. Bukan sebab abang lelaki yang abang sokong dia, tapi memang apa Dini buat tu betul. Sebab sayang dan prihatin yang Dini buat macam tu.”

“Buat apa bang?” Aira masih belum memahami apa yang cuba disampaikan adiknya.

“Akak tanyalah adik tu.” Kata Elman sebelum keluar dari bilik tersebut.

***********
Kedengaran pintu pagar bergoncang kuat. Angin tak ada, ribut tak ada macam mana boleh bergegar pintu pagar tu. Dia menyelak langsir sedikit. Kelihatan bayang seseorang yang kelam kabut melarikan diri. Dini? Dia hanya memerhati bayang tersebut yang menghilang di sebalik pagar rumah Mak Cik Tipah. Sah Dini yang datang tadi. Tapi kenapa?

Pintu rumahnya dibuka. Perlahan-lahan dia keluar berjalan menghampiri pintu pagar yang luas terbuka. Pelik. Seingat dia pintu pagar sudah dikunci tadi. Dia memerhati sehingga ke luar rumah. Tiada apa yang mencurigakan sekitar pintu pagar rumahnya. Dia berjalan memasuki rumah kembali. Tiba-tiba langkahnya mati. Kelihatan di atas bumbung kereta milik Aira ada sesuatu. Pantas tangannya mencapai objek tersebut. Dibelek objek tersebut dalam kesamaran cahaya. Kapal terbang kertas? Untuk apa? Takkan Dini yang letak.

Dia berpaling melihat ke arah rumah Mak Cik Tipah. Tiada kelibat Dini. Kapal terbang kertas tersebut di bawa masuk kedalam rumah. Selesai menutup pintu dia merebahkan badan ke atas sofa. Sekali lagi dia membelek kapal terbang kertas tersebut dibantu cahaya dari TV LCD 42 inci di ruang tamu. Ada sesuatu yang tertulis pada lipatan kapal terbang kertas tersebut. Penuh hati-hati dia membuka lipatan kapal terbang kertas ditangannya.

“Awatiff ke tadi?” Dini yang masih mengintai di sebalik pintu pagar rumahnya berkata sendiri.

Kelam kabut dia lari menyelamatkan diri. Bimbang tertangkap yang dia ada masuk ke kawasan rumah Awatiff. Hanya itu cara terakhir untuk dia berhubung dengan Awatiff. Sudahlah esok Awatiff dah nak ke Korea. Sampai bila pun masalah mereka takkan selesai kalau dia sendiri tak cuba selesaikan.

“Hmm harap-harap Awatiff lah tadi. Kalau orang lain yang nampak benda tu memang kantoi.” Dini berkata sendiri.

Sebaik sahaja dia meletakkan kapal terbang kertas tersebut atas bumbung kereta Aira, cepat-cepat dia berjalan ingin keluar. Siapa sangka dia terlanggar pintu pagar sampai bergegar kuat. Masa tu jugak dia nampak seseorang yang sedang berselubung dengan selimut berdiri di muka pintu. Macam tak cukup tanah dia lari masuk ke dalam rumah. Pintu pagar rumah Awatiff pun dibiarkan terbuka.

**********
Pukul 8 malam dia sudah tiba di LCCT. Menanti flight yang akan berlepas tak lama lagi. Mujur Elman baik hati nak drive kalau tak payah jugak dengan barang yang banyak.

“Dekat sana nanti pandai-pandai jaga diri. Abang takde, Abah dengan Mama pun takde nak tengokkan.” Pesan Elman.

“Kakak kan ada.” Awatiff membalas sambil memandang ke arah kakaknya.

“Memanglah kakak ada. Tapi korang berdua perempuan. Pergi tempat orang pulak tu.”

“InsyaAllah semuanya akan okay.” Aira yang dari tadi menjadi pendengar bersuara.

“Hmm yelah. Dik, jangan lupa apa abang cakap tadi.”

“Hampir terlupa.” Awatiff hanya tersengih apabila abangnya menjegilkan mata mendengar jawapannya.

Sudah dua jam perjalanan mereka. Kakaknya sudah di ulit mimpi. Mana taknya, semalam pun kakaknya bekerja lagi. Mesti penat yang amat sangat. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Laju sahaja tangannya menyeluk ke dalam poket seluar. Dengan lafaz bismillah kapal terbang kertas yang diberikan abangnya semasa di rumah tadi dibuka.

‘Awatiff, saat kau baca surat ni mungkin kau sudah berada di Korea. Aku nak mintak maaf pasal malam tu. Tak terniat langsung dihati aku nak malukan atau sakitkan hati kau. Aku tegur kerana sayang. Mungkin pelik bila aku katakan sayang sebab kita dah berkawan cukup lama. Tapi tanpa sedar, perasaan tu wujud. Tak perlu rasanya aku jelaskan perasaan apa sebab kau dah cukup dewasa untuk memahami apa yang aku nak sampaikan. Aku tak nak orang yang aku sayang jadi tatapan umum. Kalau bukan untuk tatapan aku suatu hari nanti, biarlah ia jadi tatapan lelaki yang halal buat kau-suami. Have a safe journey and enjoy your holiday! Salam.’
p/s: aku tunggu kau balik! ;)

Dia dapat merasakan ada air hangat mengalir dari matanya. Ah! Empangan sudah pecah. Kenapa bila aku takde dekat Malaysia baru kau nak cakap Dini? Kenapa baru sekarang? Kenapa tak sebelum ni lagi kau cakap semua tu. Tunggu aku balik Dini Fayruz.

**********
Genap sepuluh hari dia di Korea. Hari ini dia akan kembali ke bumi Malaysia. Ada seseorang yang menanti kepulangannya.

“Amboi dari semalam lagi akak tengok kau senyum. Tak sabar nak balik dah ke?” Aira menegur adiknya yang memasukkan barang-barang terakhir ke dalam bagasi.

“Mestilah tak sabar. Best macam mana pun tempat orang, negara sendiri jugak yang kita sayang. Yang kita ingat.” Awatiff menutup bagasinya. Padat dengan barang hasil shopping di Korea.

“Ehem ingat dekat Malaysia ke ingat dekat orang tu.”

“Orang tu? Orang mana?”

Awatiff berusaha menyembunyikan senyuman yang sudah tergantung dibibir. Dia sedar siapa orang yang dimaksudkan kakaknya. Teringat sahaja orang itu, hatinya berbunga bahagia.

“Buat-buat tak tahu. Ingat akak tak tahu apa kau tulis masa dekat Namsan Tower hari tu?”

“Love lock tu? Akak nampak ke?” Pantas dia berpaling ke arah kakaknya.

“Hah tengok gelabah bukan main. Sah-sah ada tulis pasal orang tu.” Aira sudah ketawa melihat reaksi adiknya.

“Ish saja je kan.”

“Kau suka dia kan?” Soal Aira tanpa berselindung.

“Siapa?”

“Come on. Takkan nak berahsia lagi kot. Akak boleh nampak kau suka Dini.” Desak Aira.

“Tak tahulah nak cakap macam mana. Bila jumpa gaduh. Bila tak jumpa rasa hmm rasa rindu pun ada.” Awatiff melepaskan keluhan.

“Hmm tu tandanya kau dah jatuh cinta. Dini pun macam suka kau kan tapi korang berdua je ego. Tak nak mengaku. Kononnya ‘best friend forever’ tapi last-last tergelincir dari landasan.” Aira memandang adiknya yang seperti memikirkan sesuatu.

“Before datang sini, abang ada bagi ni. Abang cakap malam sebelum kita nak datang sini Dini senyap-senyap letak dekat atas bumbung kereta akak.” Awatiff mengeluarkan kapal terbang kertas yang disimpan didalam pursenya.

“Wow! Boleh tahan romantik jugak Dini ni.” Aira membelek kapal terbang kertas yang dihulurkan sebelum membukanya.

Selesai membaca isi kandungan yang tertulis, Aira memandang adiknya lama. Kapal terbang kertas yang dibuka tadi dilipat kembali seperti keadaan asal.

“He loves you.” Perlahan Aira menuturkan baris ayat itu.

“Yeah I know.”

“So, balik ni settle benda ni baik-baik okay. Cukup-cukuplah drama tarik tali korang tu.”

“Fikirnya macam tu lah. Dah tak larat macam ni. Kejap okay kejap gaduh.”

“Good. Macam ni baru adik kakak. Dah pandai berfikir dengan matang. Bukannya macam budak-budak tahu nak merajuk and lari dari masalah.”

“Thanks kak!”

“No biggie.” Pantas bahu adiknya dipaut.

*************
Rumahnya sunyi sepi apabila mereka tiba. Dia jangka kepulangan dia dengan kakaknya akan disambut gembira. Setelah membawa masuk barang-barang ke dalam rumah dia memanggil Abah, Mama dan abangnya. Tapi tidak bersahut.

“Eh bila sampai?” Elman yang baru menuruni anak tangga bertanya.

“Bang, ada apa dekat rumah Mak Cik Tipah? Ramai je orang. Yang abang pakai baju melayu siap kain pelikat ni kenapa?” Bertubi-tubi soalan yang ditanya Awatiff.

“Banyaknya soalan. Sebenarnya, abang nak pergi rumah Mak Cik Tipah. Ada tahlil. Tadi Dini….” Belum sempat Elman menghabiskan ayatnya Awatiff sudah terjelepok di atas lantai.

“Dik..dik..Okay tak?” Cemas suara Aira.

“Bang, Dini…Dini…” Tersekat-sekat suara Awatiff.

“Dini tak…”

“Adik nak pergi rumah Mak Cik Tipah.” Laju Awatiff berlari keluar rumah. Panggilan abang dan kakaknya tidak dihiraukan.

Sampai sahaja di rumah Mak Cik Tipah, matanya meliar mencari kelibat seseorang. Ya, Allah! Di mana dia? Betul ke apa Abang cakap tadi? Kelihatan tetamu yang hadir dalam keadaan muram. Turut bersedih atas kehilangan penghuni rumah.

“Awatiff?” Terdengar suara seseorang memanggilnya.

Pantas dia mencari arah datangnya suara. Dia kenal pemilik suara tersebut. Matanya menangkap sesusuk tubuh berbaju melayu merah. Dia menggosok matanya berulang kali. Tak percaya apa yang ada dihadapan matanya saat itu.

“Din…Dini?” Menggeletar suaranya menyebut nama itu.

“Hey, kau kenapa? Aku lah ni.” Dini memandang dirinya pelik.

“Ta…Tadi abang cakap…”

“Huh..huh..huh..Lajunya adik lari.” Termengah-mengah suara Elman.

“Abang, tadi abang cakap Dini….”

“Hah tu lah! Orang belum habis cakap dia dah menonong keluar rumah.” Marah Elman.

“Habis siapa yang meninggal?” Awatiff kehairanan.

“Ya, Allah! Kau ingat tahlil aku ke? Tahlil arwah nenek aku Awatiff.”

 Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Takziah Dini.”

Dini hanya menganggukkan kepalanya. Wajah Awatiff dipandangnya. Elman dan Aira senyum melihat kerenah mereka berdua.

“Next time dengar dulu baru serbu okay Cik Awatiff?” Elman mengusik adiknya.

Awatiff sudah tersenyum malu. Sedar akan kesilapan dan sikap terburu-burunya. Siapa tak gelabah bila balik sahaja dapat khabar sedih begitu. Terbayang yang dia tak sempat meminta maaf pada Dini. Beritahu Dini tentang perasaannya.

“Baik. Dini, bila nenek meninggal?”

“Hari ni hari ketujuh. Kau pun tahu kan, nenek dah lama tak sihat. Mak Long yang jaga nenek selama ni.” Dini menjelaskan.

“Eh jomlah masuk dalam. Tak elok pulak orang dekat dalam, kita berbual dekat sini.” Elman berkata apabila melihat situasi sudah kembali stabil.

“Ya tak ya. Jom lah abang, akak, Awatiff.” Dini mempelawa mereka bertiga masuk.

*************
Masing-masing diam seribu bahasa.Semalam bukan main beria lagi kata nak berjumpa. Nak berbincang hal mereka. Tapi bila dah bersua masing-masing mendiamkan diri.

“Awatiff.” Akhirnya Dini bersuara.

“Apa?”

“Ehem, kau dapat tak urmmm dapat tu lah.” Teragak-agak Dini berkata.

“Oh. Paper plane tu? Dapat.”

“So?”

“So, so what?”

“Yelah takde nak cakap apa ke?”

“Kenapa mesti guna kapal terbang kertas?” Soalan dijawab dengan soalan.

“Kenapa kapal terbang kertas? Aku tak pandai berbunga. Cukup sekadar kapal terbang tu menjadi perantara antara kita. Memandu isi hati aku ke dalam hati kau.” Dini menjawab penuh hati-hati.

“Oh.” Pendek reaksi yang diberi Awatiff.

“Oh je? Nampaknya pilot ni dah fail bawak kapal terbang. Penumpang tak dapat apa yang nak disampaikan.” Dini bergurau menutupi kekecewaannya.

“Tak fail tapi ada benda lain kau lupa.”

“Benda apa? Stewardess cantik?”

“Amboi gatal!”

“Then benda apa?”

“Cuaca kau belum redah lagi.”

“Cuaca?”

“Abah aku lah!” Awatiff senyum penuh makna.

“Oh okay aku faham dah. Abah nak jadi lapangan terbang kan.”

“Eeeee dah lah!” Awatiff sudah bangun dari duduknya. Berjalan meninggalkan Dini.

“Nabilah Awatiff! Bila sampai waktunya, bila cukup maharnya aku Dini Fayruz akan redah ‘cuaca’ tu untuk sampai ke destinasi terakhir.” Jerit Dini dari tempat duduknya.

Langkah Awatiff terhenti. Senyuman terukir dibibirnya. Dia berpaling memandang ke arah Dini yang menanti jawapannya dari kata-kata tadi.

“Dini Fayruz, pastikan destinasi terakhir tu adalah perkahwinan. Kalau takkkkkk”

“Kalau tak apa?”

“Aku cari Aaron Aziz. Biar dia jadi pilot aku.”

“Nak pulak Aaron Aziz dekat kau.” Perli Dini.

“Nak lah!” Awatif fsudah ketawa apabila Dini membuat muka.

“Oh one more thing..sorry pasal hari tu and thanks jugak ingatkan aku.”

“Dah lupa dah pun.” Dini senyum dan berjalan menghampirinya.

“Boleh tahan emosi jugak kau ni kan.”

“Bukan emosilah!” Awatiff sudah bercekak pinggang.

“Bukan emosilah!” Dini mengajuk suara dan gaya Awatiff sebelum mereka sama-sama ketawa.

Walaupun mereka sudah tahu isi hati satu sama lain, tapi tingkah laku mereka masih sama. Mampu bergurau dah bergaduh seperti biasa. Masing-masing berdoa semoga mereka selamat sampai ke destinasi terakhir.

Aku tak perlukan pilot yang bawa kapal terbang mewah untuk membeli hati aku, cukup dengan dia pilot yang membawa kapal terbang kertas memandu ke dalam hati aku- Nabilah Awatiff




No comments: