Sunday, 23 December 2012

Cerpen| Hikayat Anak Jiran Apartment Sebelah


Sudah dua tiga kali alarm handphonenya berbunyi. Dan setiap kali berbunyi itulah dia menekan snooze. Entah saka mana merasuk dia pagi itu. Terasa malas yang amat sangat mahu bangun. Tapi hari itu dan petang itu dia dia ada sesuatu yang sangat penting untuk dijalani. Apa kaitan bangun pagi dengan agenda petang itu?

Padahal dua tiga hari yang lepas lagi dia sudah bersiap sedia untuk melalui hari ini yang agak penting dalam hidup dia. Bukan main gigih lagi background company tersebut dibeleknya dan dihadam. Semangat yang jitu membuatkan dia sanggup print out background company tersebut. Dari board of director sampailah ke visi dan misi company itu. Oh! Pasti dengan mudah anda dapat meneka agenda itu. Interview! Ya interview! Tapi kegigihan dua tiga hari itu tidak berlanjutan ke hari ini. Nampaknya penyakit malas sejagatnya itu kembali menyerang.

I dream high nan kkumeul kkujyo
Himdeul ttaemyeon nan nuneul gamgo
Kkumi irweojineun geu sunganeul
Gyesok tteoollimyeo ireonajyo

Dan buat kesekian kalinya, alarm handphonenya menjerit ‘DREAM HIGH’ meminta dia segera off alarm itu bukannya snooze lalu bangun. Memang dasar! Bersungguh set alarm tapi bangunnya tak pun. Baik campak sahaja handphone itu ke dalam lombong. Bagi ikan makan pun ada baiknya.  Digagahkan dirinya untuk mencapai handphone yang sengaja dicampak ke tepi. Buntang biji matanya apabila jam menunjukkan tepat 9.30am! Terus dia bangun dari perbaringan.

“Hanis, Hanis. Nanti mulalah kelam kabut nak bersiap. Sayang sangat tilam tu.” Sempat dia membebel kepada dirinya sendiri.

Selimut di tarik hingga ke kaki sebelum dicapai lalu dilipat kemas. Bantal kembali disusun seperti kedudukan asal sama sebelum dia merebahkan badan malam tadi. Tak lupa di off kan alarm handphonenya. Tak mahu handphone cikainya itu mendayu-dayu kalah orang mati laki lagi. Tuala dan berus gigi dicapai sebelum dia menuju ke bilik mandi. 15 minit di dalam bilik mandi beserta pakej membelek wajahnya yang ‘natural beauty’ dia keluar. Mujur sahaja baju kurungnya yang latarnya berwarna coklat dan bunganya berwarna merah itu sudah di iron malam tadi. Jimat sedikit masanya disitu.

Selesai mengeringkan badannya, dia menyarungkan baju kurung tersebut ke badannya. Tidak lupa dia memakai wangian dan bermake up nipis. Tak mahu kelihatan seperti badut sarkas jika terlalu berlebihan bermake up. Mukanya juga bukan kertas lukisan untuk di letak pelbagai warna dan kreativiti.

“Siap dah Hanis?” Kakaknya yang berada di muka pintu bilik bertanya.

“Dah kak.” Hanis berpusing dua tiga kali di hadapan kakaknya.

Sengaja dia berbuat begitu. Mahu meminta pendapat akan penampilannya hari itu. Cantikkah? Maniskah? Atau keterlaluan sangat?

“Hmm cantiklah Kak Hanis hari ni.” Hana adiknya yang bongsu memuji.

“Aah Hanis. Kena baju tu dengan kau. Selalu selekeh je kau pakai. Minta-mintaklah yang interview nanti jatuh hati dengan kau terus ambik kau kerja.” Sempat kakaknya berangan.

“Amin.”

“Eh nak sarapan dulu tak? Ke nak cepat?” Kakaknya bertanya.

“Sarapan dululah. Nanti lapar. Interview pun petang kan.”

Memang dia sudah berkira mahu sarapan berat sedikit pagi ini. Mana taknya interview pukul 2 petang tapi dia terpaksa gerak awal dari rumah. Maklumlah kalau jalan di tengah bandar Kuala Lumpur tak khatam memang payah kalau nak ke sana menggunakan kenderaan sendiri. Tambah lagi dengan jalan sesak dan waktu orang keluar makan tengahari. Memang payah. Jadi dia buat keputusan mengambil public transport walaupun dia perlu keluar awal pagi.

“Hmm jom lah. Boleh sarapan dengan kakak sekali.” Kakaknya mengajak sambil memimpin tangan si kecil Hana.

Habis sepinggan nasi dia makan pagi itu. Mudah-mudahan bertahan sehingga ke waktu tengahari nanti. Nak makan di sana dia tak tahu di mana tempat makan. Lebih baik dia makan di rumah sahaja. Jam menunjukkan angka sepuluh setengah pagi apabila dia selesai makan.

“Nak pergi sekarang ke Hanis?”

“Awal lagi kak. Bas pukul 11 baru ada.” Jawab Hanis sebelum mengambil tempat di sebelah kakaknya.

Tiada rancangan menarik pagi itu. Dia hanya duduk bersembang dengan kakaknya sementara menanti jam menunjukkan angka sebelas pagi. Sempat dia membelek background company yang di printnya semalam.

“Hanis pergi dulu lah. Nak pukul 11 dah tu. Nanti terlepas bas payah pulak.” Hanis sudah bangun mengambil hand bagnya yang berada di tepi sofa.

“Elok-elok Hanis. Confident! Jangan tunjuk muka cuak nanti ada orang kacau.” Sempat kakaknya menitipkan pesan.

Mana taknya itu kali kedua dia ke tempat interview menggunakan public transport. Tapi kali ini tempat tersebut dia tak pernah pergi dan jauh sedikit dari rumahnya.

“InsyaAllah kak. Doakan Hanis berjaya.” Hanis menghulurkan tangan untuk bersalam.

“InsyaAllah akak doakan yang baik-baik.”

Selesai bersalaman dia keluar dari rumah. Rumahnya dan tempat menunggu bas tak jauh mana. Hanya perlu berjalan kaki yang tak sampai satu kilometer. Dia mengangkat tangan kepada pak guard yang mengawal kawasan rumahnya. Sampai di tempat menunggu bas kelihatan pak cik yang selalu menjual nasi lemak di situ. Ada juga seorang lelaki berkemeja hitam bersama beg galas  sedang bersembang dengan pak cik itu. Dia agak lelaki itu juga sedang menunggu bas. Nampaknya bas belum sampai lagi.

“Ish lambatnya.” Dia mengeluh sendiri.

Sudah lenguh kakinya duduk disitu menanti bas yang masih belum muncul. Jam menunjukkan hampir sebelas dua puluh pagi. Sudah 20 minit dia menanti disitu. Dia sudah berkira mahu balik sahaja jika bas belum sampai. Memang tak akan sempat jika bas lambat. Dia perlu ambil LRT dan bertukar bas lagi sebelum tiba ke destinasi.

“10 minit je lagi aku tunggu. Kalau takde jugak memang aku blah.”

 Teksi jarang masuk ke kawasan rumahnya. Jadi nak atau tak nak dia perlu bersabar menanti bas tiba. Nak kata jalan sesak sekarang orang semua dekat pejabat. Jalan mesti clear punya. Hanis mengangkat wajahnya dari jam yang berada di pergelangan tangan apabila mendengar bunyi bas. Hah! Sampai juga akhirnya. Lelaki tadi ikut bangun dari duduk apabila bas sampai. Sengaja dia memberi laluan lelaki itu naik terlebih dahulu. Dia paling tak suka bila naik bas ada lelaki di belakangnya. Bukan boleh percaya lelaki ni. Entah apa yang ditengoknya nanti. Tak payah jadi gentleman nak ‘ladies first’ bagai. Dannn

‘Err seluar mamat ni kotor. Mesti sebab dia duduk dekat tebing longkang tu tadi.’ Hanis berkata di dalam hati. Memang jelas dan nyata kotoran tersebut. Itulah ada tempat duduk tak nak guna. Nak jugak bertenggek tepi longkang tu. Nak bagi tau ke tak?

Matanya meliar ke dalam perut bas mencari tempat duduk yang kosong dan paling penting dekat dengan lelaki itu. Nah! Lelaki itu duduk di tempat paling belakang. Memang lelaki suka betul tempat duduk yang dekat dengan enjin bas tu. Ada tempat duduk kosong berhampiran lelaki itu. Laju sahaja langkahnya di atur kesitu. Dua tiga kali dia memandang ke belakang. Belakang tempat duduknya ada seorang pak cik dan lelaki itu di belakang pak cik tersebut. Jauhnya! Macam mana nak bagi tau?

“Pak Cik. Pak Cik.” Hanis memanggil Pak Cik tersebut.

Diam. Tiada reaksi. Ish Pak Cik ni dengar ke tak aku panggil? Hanis panggil lebih kuat. Masih tiada reaksi. Dan saat itu matanya bertemu dengan lelaki itu. Kacak. Okay abaikan. Digawangkan tangannya kepada lelaki itu. Lelaki itu menggunakan jari telunjuk menunjukkan ke arah dia. Hanis menganggukkan kepala.

“Se…..luar kotor.” Suara Hanis tenggelam dek deruan enjin bas.

“Hah? Kotor?” Pantas lelaki itu bangun dari tempat duduknya.

Entah kenapa dia seberani itu untuk menegur lelaki yang tak dikenalinya. Dia mencari handphonenya di dalam hand bag. Berkira mahu menghantar mesej kepada kakaknya mengatakan dia sudah selamat di dalam bas. Ekor matanya dapat menangkap lelaki tadi duduk di tempat duduk berhadapan dengan dia. Eh? Asal mamat ni duduk sini? Okay nampaknya ada salah faham. Hanis memandang lelaki itu.

“Kenapa? Kotor jugak ke?” Lelaki itu bertanya sebelum melihat kerusi yang diduduknya.

“Eh tak. Seluar tu.” Hanis menunjukkan ke arah seluar lelaki itu.

Pantas lelaki itu memandang zip seluarnya. Okay salah faham lagi nampaknya mamat ni. Kan aku cakap kotor yang dia pandang zip dia kenapa? Ish mamat ni lah.

“Apa dia?” Lelaki itu bertanya lagi.

“Tak belakang seluar kotor.” Hanis bercakap satu-satu. Kali ini lebih jelas.

“Ohh.” Lelaki tadi membelek belakang seluarnya. Kedengaran dia mengeluh.

“Duduk kat situ tadi lah ni.” Bebel lelaki itu.

Hanis malas ambil pusing apa yang dibebelkan lelaki itu. Dia membiarkan lelaki itu membelek belakang seluarnya yang kotor.

“Terima kasih.” Lelaki itu bersuara.

“Hah? Oh sama-sama.” Hanis menghulurkan senyuman.

Lelaki tadi sudah bangun dari tempat duduk di hadapannya dan kembali beralih ke tempat duduk paling belakang. Mungkin dia mahukan privacy. Nak bersihkan kotoran pada seluarnya. Hampir 20 minit di dalam bas akhirnya bas sampai di stesen LRT. Kelam kabut penumpang bas turun dari bas. Mungkin mahu mengejar masa dan LRT. Pantas Hanis bangun dari duduknya menunggu giliran untuk turun. Lelaki tadi beratur di belakangnya.

‘Ish apasal mamat ni jalan belakang aku? Tak boleh ke dia jalan laju pergi dulu?’ Hanis bermonolog sendirian. Sampai di mesin membeli token dia dapat melihat lelaki itu berjalan terus tanpa membeli token. Hmm pakai pas Rapid lah tu. Kelam kabut Hanis mencari duit di dalam pursenya. Selesai membeli token dia terus menaiki escalator menuju tempat menunggu LRT. Ramai juga yang menanti LRT tiba. Hanis memandang ke arah sekelilingnya. Lebih kepada mencari lelaki tadi. Tapi bayang lelaki itu tiada. Bukan dia pergi dulu ke tadi?

“Terima kasih bagi tau tadi.” Entah dari mana lelaki itu muncul.

“Oh? Sama-sama.” Hanis sedikit terkejut.

Lelaki tadi tersenyum sebelum berlalu. Pelik. Tadi dia pergi dulu tapi tiba-tiba dia muncul depan aku. Sempat matanya memandang seluar lelaki itu. Dah bersih. Tak ada sedikit pun bekas kotoran. Mungkin lelaki tadi pergi tandas dulu sebab tu dia tak nampak lelaki tu tadi. Tak lama kemudian LRT yang dinanti sampai. Dia tak perlu bersusah payah untuk menyelit kerana tak ramai orang. Tapi dia terpaksa juga berdiri berhampiran dengan pintu. Selepas enam station dia tiba di destinasi. Sempat dia melihat ke arah LRT tapi bayang lelaki itu tak kelihatan. Mungkin lelaki tadi berhenti di stesen lain.

‘Teruskan perjalanan ni Hanis. Abaikan lelaki tadi. Entah boyfriend orang, tunang orang, suami orang tak pun ayah orang. Lelaki ada je kawin muda sekarang’. Bisik hatinya. Sekadar menyedapkan perasaan. Dia berjaya tiba di tempat temuduga tanpa masalah. Selesai sahaja interview laju kakinya mengatur langkah mahu segera pulang ke rumah. Jam menunjukkan pukul empat petang.

“Okay tadi?” Maira merupakan salah seorang calon interview tadi menegurnya.

“Okay laa. Awak?”

“Biasa jelah. Awak balik dengan bas eh?” Maira bertanya lagi.

“Aah dari sini naik bas. Awak balik dengan apa? Jadi balik sekali?”

“Oh saya balik dengan budak lagi sorang tu. Boyfriend dia nak hantar.” Maira menunjukkan ke arah seorang lagi calon yang menanti di sebuah kereta.

“Oh okay.” Hanis malas bertanya banyak walaupun tadi Maira mahu pulang bersamanya.

“Eh saya pergi dululah. Bye.”

Hanis hanya melihat Maira pergi dengan kereta tersebut. Biarlah dia. Macam dia tak biasa balik sendiri. Kalau Maira tu tak nak balik dengan dia pun, dia tak kisah sangat. Lama dia menanti sebelum bas untuk ke stesen LRT sampai. Sempat dia berbual dengan seorang mak cik disitu.

Pukul 5 petang dia sampai di stesen LRT. Penat tak terkata. Sempat dia membeli waffle sebagai bekal untuk mengalas perutnya yang sejak tengahari belum menjamah apa-apa. Bas menuju ke rumahnya tiba sebaik sahaja dia berada di perhentian bas. Tempat duduk banyak yang kosong. Tak perlu dia berdiri dalam keadaan yang penat. Dia membuang pandang melihat pemandangan. Fikirannya masih teringat akan insiden pagi tadi. Hmm siapa nama lelaki tu agaknya?

Akhirnya dia sampai di tempat menunggu bas berdekatan rumahnya. Tergesa-gesa dia turun dari bas. Eh? Lelaki tadi? Seingat dia, lelaki tadi tak ada pun dalam bas. Mungkin dia penat sangat sampai tak perasan lelaki tadi ada naik bas bersamanya. Tapi lelaki itu sedikit pun tak memandang ke arah dia. Biarlah. Hal kecil je. Dia mengatur langkah menuju apartment dia tinggal. Entah kenapa dia rasa ingin berpaling lagi sekali melihat lelaki itu. Dannn mereka bertemu pandang. Masing-masing menghulurkan senyuman. Mungkin sudah ditakdirkan mereka hanya kenal rupa, bercakap sepatah dua tanpa mengetahui nama masing-masing. Hanya setakat itu sahaja perkenalan dan pertemuan mereka.

21 Disember 2012

“Pergi dengan siapa Hanis?” Kakaknya bertanya.

“Dengan bas jelah. Dekat je bukan jauh mana pun.” Jawab Hanis yang sedang menyarung stoking ke kakinya.

“Hmm yelah. Hati-hati.”

“InsyaAllah. Pergi dulu kak.” Laju dia berjalan. Dia sudah terlambat! Bimbang dia terlepas bas nanti.

Sampai di tempat menunggu bas kelihatan ada beberapa orang perempuan sedang berbual. Mengikut penglihatannya mereka mungkin masih di bangku sekolah. Eh? Lelaki hari tu? Dia dapat menangkap lelaki yang ditegurnya hari itu. Berkemeja lengan panjang. Masih berwarna hitam. Lelaki itu menyedari dirinya diperhatikan. Segera Hanis memandang ke arah lain.

“Ehem. Assalamualaikum.” Lelaki itu memberi salam.

“Waalaikummussalam.” Hanis menjawab salam beserta senyuman di bibir.

“Awak yang hari tu kan?”

“Hari tu?” Sengaja dia berpura-pura tidak ingat.

“Dalam bas. Seluar. Bukan eh?” Lelaki tadi cuba mengingatkan.

“Oh aah yang hari tu.”

“Thanks again. Kalau awak tak bagi tahu agaknya satu hari saya ke sana sini dengan seluar kotor.” Sekali lagi lelaki itu mengucapkan terima kasih.

“Takde hal lah tu.”

“Saya Azad. Awak? Lupa nak tanya nama hari tu.”

“Saya Hanis.”

Akhirnya masing-masing sudah mengetahui nama satu sama lain. Sekumpulan perempuan tadi hanya memerhati mereka berdua. Mungkin pelik tiba-tiba Azad menegurnya.

“Oh Hanis. Awak duduk dekat apartment tu ke?” Azad menunjukkan ke arah apartment yang dia tinggal.

“Aah tinggal situ. Awak tinggal dekat apartment tu jugak ke?”

“Eh tak. Saya tinggal dekat apartment sebelah sana.”

“Oh I see.” Hanis menganggukkan kepalanya.

“So, selamat berkenalan.” Skema bahasa yang Azad gunakan.

“Selamat berkenalan. Officially kenal?”

“Yup officially. Hari tu tegur tak tahu nama.”

Dan mereka ketawa bersama-sama. Mengenangkan insiden hari itu. Siapa sangka dari insiden itu mereka akan berkenalan. Yang pasti selepas ini, mungkin akan ada pertemuan lagi antara mereka. Walau hanya bersua di tempat menunggu bas.

Buat Anak Jiran Apartment Sebelah, secebis dari hati saya sedikit terusik. Mungkinkah?








No comments: