Tekun
aku menggunting gambar Randy, kekasih pujaan hati yang penuh di dalam surat
khabar. Hampir tiga muka surat dipenuhi dengan gambar Randy. Cair meleleh ke ladang
gandum tengok muka si Randy ni.
“Fuh,
siap pun.” Aku memerhati timbunan gambar Randy yang sudah digunting.
Sekejap
lagi gambar itu akan di gam ke dalam buku koleksi gambar Randy. Koleksi gambar
Randy yang berbagai gaya dan aksinya. Ehem, jangan risau tak ada lagi aku
simpan gambar dia shirtless! Phewittt. Oh shut up!
“Hmm
tenung. Tenung. Kau nak buat apa dengan sampah sarap ni?” Nana menunjukkan ke arah
gambar Randy yang dikatakan ‘sampah sarap’ itu.
“Hey!
Berani kau cakap gambar kekasih aku ni sampah sarap? Cis sangat!” Aku sudah
mengutip gambar Randy berkira mahu letakkan ke dalam laci meja dahulu.
“Memang
sampah pun! Eh kau letak dalam laci kenapa? Tak risau Cik Ti makan ke gambar ‘kekasih’
hati kau tu?” Sengaja Nana tekankan perkataan kekasih.
“Uhuh,
jangan risau. Cik Ti masuk je dalam laci aku ni terus dia pengsan. Tak sanggup
melihat kekacakan si Randy ni.” Aku sudah ketawa mengekek melihat muka Gary Running
Man pada wajah Nana.
“Aku
tak faham laa apa yang kau pandang sangat dekat mamat tu. Celah mana yang kau
nampak handsome pun aku tak tahu.” Nana hanya memandang aku yang sedang
memasukkan gambar-gambar tersebut ke dalam laci.
“Nak
tahu celah mana? Hmmm senyuman dia, his melodious voice dan paling penting
janggut sejemput tu. Mahal okay janggut tu!”
“Duhhh
itu je sebabnya? Handsome lagi abang jual nasi dekat kafe.”
“Ceh!
Itu taste kau. Citarasa kita tak sama Nana.”
“Hmm
yelah. Ni dah solat Isyak belum?” Haa tu dia aura Ustazah Pilihan dah keluar.
“Belum
heee. Nak pergi lah ni.” Kelam kabut aku bangun mahu ke bilik air yang tak
sampai lima langkah dari bilik aku.
“Hah
bagus. Bagus sangat! Itulah suka sangat buat kerja lagha ni. Pergi cepat.” Nana
sudah mencapai hanger yang kebetulan tergantung di pintu locker aku.
“Baikkkkkk.”
Laju aku mengelak hanger di tangan Nana.
Nana.
Se huh hah dia pun dengan aku, dia masih ingat tanggungjawab dia sebagai kawan.
Mengingatkan aku tentang suruhan Dia. Yang banyak memberi nasihat berguna untuk
aku. Yang paling penting, dia yang paling banyak melayan sikap pemberangan aku
ni.
Usai
solat Isyak, aku duduk di atas katil. Memerhati handphone berwarna pink putih
yang menjadi teman setia aku sejak menjejakkan kaki ke university. Hari ni
belum kedengaran juga lagu Monster. Merajuk lagikah?
Haih,
payah betul nak pujuk lelaki merajuk ni. Kata bestfriend aku Google, lelaki
kalau merajuk kita kena biarkan dia. Lelaki perlukan masa untuk fikir apa yang
sedang berlaku. Jadi yang perempuan sementara nak tunggu si lelaki habis
merajuk, pergilah bahagiakan diri sendiri. Gitu! Tapi ini dah nak seminggu.
Senyap. Sunyi. Sepi tanpa sebarang khabar mahupun berita.
Anas
Saufi. Hah lelaki yang menjadi pujaan hati aku sejak setahun yang lalu. Dia je
menjadi pujaan hati aku, tapi aku tak menjadi pujaan hati dia pun. Nampak
betapa perasannya aku dekat situ? Eh kejap. Aku suka Randy ke si Anas Saufi ni?
Hah itu yang Caim cakap aku ni kuat mengSEPULUHkan orang! Tapi, walaupun aku
suka mengSEPULUHkan orang hanya SUAMI MASA DEPAN berada dalam carta hati. Eh
jauhnya aku melalut!
Berbalik
kepada persoalan Anas Saufi, aku tunggu dia dah banyak hari. Berharap dia call
tak pun menghantar sekeping dua mesej cakap ‘saya okay’. Tapi macam kena tunggu
siput kembar anak lapan baru dia nak hantar agaknya. Takpe sabar. Sabar. Kalau
nak tahu si Anas Saufi dengan Randy ada persamaan. Haaa aku baru je perasan
sebenarnya. Janggut sejemput! Sama gila! Eh gatalnya!
“Oih
mak cik! Berangan apa tu? Nak tembus lantai tu kau tengok.” Nana yang entah
sejak bila ada dekat pintu bilik aku bertanya.
“Hah?
Mana ada berangan. Aku berfikir.” Malu oih kantoi berangan.
“Berfikir
katanya. Tidurlah weh. Pagi esok nak bangun study.”
“Ye
kejap lagi aku tidur.”
“Kau
bukan boleh percaya. Beria nak bangun pagi study, bila kejut haram tak bangun.”
Nana sudah mula start membebel.
“Promise!
Hari ni aku tidur awal Cik Nana.”
“Hah
nak elak kena bebel lah tu. Eh dah laa aku masuk tidur dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Aku
masih duduk di atas katil. Jam dekat handphone sudah pukul 9 lebih. Perlahan
aku bangun menuju ke arah suis lampu. Lampu aku padamkan. Dalam keadaan bilik
yang sudah gelap gelita aku berjalan menuju ke arah katil. Sudah! Bila bilik
gelap macam ni lah baru aku nak teringat segala macam cerita nenek moyang
hantu. Bantal aku tepuk sebelum aku letakkan kepala.
“Bantal
sayang, esok kejutkan aku 3 pagi. Kalau boleh bagi Randy masuk dalam mimpi aku.”
Memang bila datang angin tak betul aku suka jampi bantal busuk aku tu.
Dannnn
malam pun perlahan-lahan melabuhkan tirai.
I love you baby I’m not a monster
Neon al-janha yejeon nae moseubeul
shi-gani chinamyeon sarajyeo beoril tende
Keu ttaen al tende baby
Aku meraba dalam
gelap mencari handphone. Tanpa melihat nama si pemanggil aku mengangkat
panggilan yang memecah keheningan dan kesedapan mimpi yang baru sahaja ingin
bermula.
“Hello.” Aku
masih dengan suara serak Ella.
“Hello. Han?”
Pemanggil memastikan siapa yang mengangkat panggilan.
“Ya saya. Siapa
ni?” Cerah terus mata aku. Han? Siapa je yang panggil aku dengan nama ni?
“Saya. Randy.”
Gulp. Randy?
Randy Pangalila? Ini serius? Laju aku tengok skrin handphone. Mencari nama si
pemanggil. Private number.
“Errr boleh tahu
Randy mana?”
“Randy
Pangalila.”
Pengsan. Macam
mana Randy Pangalila ni boleh tahu nombor handphone aku? Tak gila? Perghh harus
aku bagi tahu dekat Nana.
“Han, bisa
ketemu sebentar?”
Serius? Aku tak
mimpi ke ni? Randy ajak jumpa oih! Orang kampung dengar tu! Dengar tu! Tapi….
Sudah! Jumpa? Randy ni ada dekat Malaysia ke apa?
“Mahu ketemu?
Boleh tau dimana?” Tu dia aku cakap indon!
“Aku lagi ada di
bawah. Ini di kampus kuliah kamu.”
“Kamu tau sih
kampusnya aku?” Randy ni stalker ke apa?
“Haruslah tau!
Kampus pacarnya gue kan?” Kedengaran Randy ketawa senang di hujung talian.
“Pacar? Emangnya
kita pacaran apa?”
Aku dah pelik. Macam
mana aku sendiri tak tahu aku bercinta dengan si Randy ni. Tak pelik tu?
Tiba-tiba tengah malam macam ni si Randy call ajak jumpa siap cakap aku ni
kekasih hati dia.
“Ia dong. Kamu
ini bercanda atau apa. Gimana kamu ini bisa lupa. Kita ini pacarannya udah lama
dong.”
“Oh ia? Maaf ya.
Aku malam begini jadi lupa.” Ia kan jelah apa dia cakap.
“Jadi bisa
ketemu atau enggak sih?”
“Oh bisa. Kamu
tunggu, ntar aku datang.”
Selesai sahaja
panggilan ditamatkan, aku laju bangun dari perbaringan. Okay. Sekarang ambik
sweater dengan pakai tudung. Aku sarungkan tudung instant ke kepala. Senang tak
payah susah nak berfikir. Lagi pun tengah malam macam ni, tak pelik nak
berbelit selendang, pashmina bagai? Puas hati dengan penampilan aku, laju aku
membuka pintu sebelum berlari menuruni anak tangga menuju tingkat bawah.
Excited sangat, tak sanggup tunggu lif dah. Aci redah tengah malam exercise
turun tangga.
Sampai di
tingkat bawah aku mencari Randy. Kawasan bawah kolej sunyi sepi. Tengah malam
siapa yang ada merayau dekat luar ni. Mahu tak kena halau dengan Polis Bantuan.
Hmm bayang Randy aku tak nampak. Pelik. Dia cakap ada dekat bawah. Takde pun.
Aku dah seram sejuk. Siapa yang call tadi? Sudah! Makkkk. Aku dah start nak
menangis.
“Han? Kenapa
kamu berdiri disitu?” Suara lelaki mana menegur aku.
Fuhh lega.
Perlahan tangan aku mengurut dada. Randy berdiri disebalik tiang. Patutlah aku
tak nampak dia tadi. Ohhh si baju merah! Randy dengan kemeja checkered merah hitam. Ganteng
banget! Cair aku macam ni. Randy berjalan menghampiri aku yang masih berdiri.
Tegak tak bergerak. Terkejut sangat tengok Randy depan mata.
“Han are you
okay?”
“Yeah, I’m okay.”
Aku kembali berpijak di bumi nyata.
“Ayuh, kita
bicara disitu.” Randy mengajak aku duduk di pondok di hadapan kolej.
“Bicara disini
saja bisa kan?”
“Hmm terserah
kamu.” Randy menghulurkan senyuman membunuhnya.
Pondok depan
kolej tu bukan apa. Tengah malam macam ni gelap. Kalau pasang lampu pun nanti
timbulkan syak wasangka. Nak sembang dekat pondok Polis Bantuan? Itu namanya
nak membunuh diri.
“Kamu dari tadi
termenung terus. Kenapa?”
“Ohh enggak.
Cuma tadi aku sudah tidur, jadi masih bingung kali.” Sejak bila aku pandai
speaking indon ni?
“Aku ini ganggu
tidurnya kamu ya?” Ternyata Randy risau. Riak wajahnya berubah terus.
“Oh enggak. Aku
senang ketemu kamu.” Ayat sedapkan hati padahal mengantuk gila. Mahu esok tak
bangun nak study.
“Han, kita kan
pacarannya udah lama. Jadi aku mahu tanya kamu sesuatu. Mohon kamu jawab
sejujurnya.” Randy memulakan perbualan.
“Kalau aku bisa
jawab, ya aku jawab.”
Tapi sungguh laa
kenapa aku tak ingat berkenaan Randy ni kekasih aku? Aku dah hilang memori
pasal dia ke apa? Serius. Penat aku selongkar cerebellum, frontal lobe,
parietal lobe, occipital lobe dengan temporal lobe. Tapi masih aku tak jumpa
memori aku dengan si Randy ni. Nak kena suruh The Hulk hentak kepala dekat
dinding baru ingat agaknya.
“Kamu mahu nikah
sama aku?” Randy memandang ke dalam anak mata aku.
“Nikah? Kamu
serius?” Aku dah tak tahu nak sorok muka celah mana. Sorok dalam pasu bunga
sebelah ni boleh?
“Kalau enggak
serius, masa aku datang kemari. Kok muka kamu merah begitu? Malu ya?” Randy
sudah mengusik aku apabila muka aku berubah merah.
“Bukan malu cuma
ya…”
“Cuma apa?”
Randy sudah senyum sampai ke telinga. Suka agaknya usik aku macam ni.
“Enggak apa-apa
ah.”
“Ya terserah
jika kamu enggak mahu cerita. Jadi sekarang gimana?”
“Gimana apa?”
“Soal nikah
itulah. Baru saja aku tanya, kamu udah lupa. Kaya nenek-nenek.”
“Oh itu. Aku
fikir dulu nanti aku kasi jawapannya.”
“Kalau begitu,
aku beri tempoh sehingga hujung bulan ini. Boleh?”
“Boleh.”
Senyap. Aku dah
tak tahu nak cakap apa. Randy yang berdiri di sebelah aku merenung ke langit.
Melihat taburan bintang di dada langit. Indah. Tanpa sedar aku memandang Randy
di sebelah. Memang aku tak nafikan Randy ni handsome orangnya. Janggut sejemput
itu. Mengingatkan aku kepada seseorang. Seseorang yang menghilang tiba-tiba.
“Kenapa kamu
tenung aku begitu?”
Laju aku
menggelengkan kepala. Aduh! Kantoi pulak aku tilik muka dia. Siapa suruh
handsome sangat. Yang dia ni pun satu. Straight to the point sangat. Tak boleh
ke buat bodoh je bila nampak aku tengok dia.
“Aku tahu, aku
ini ganteng.”
Uwekkk. Rasa nak
muntah pelangi sekarang ni. Tak malu masuk bakul angkat sendiri! Nasib memang
handsome. Kalau tak handsome tiba-tiba puji diri sendiri memang dah lama aku tendang
jauh-jauh ke hutan Amazon. Biar duduk sana belajar jangan perasan sangat.
“Han, kamu mahu
aku nyanyi lagu buat kamu?” Tiba-tiba Randy bertanya. Mungkin sedar aku tak
tahu nak balas apa dengan ayat dia tadi.
“Mahu!” Laju aku
membalas.
Randy hanya
ketawa melihat muka aku yang excited terlebih! Nampak sangat aku ni forever
alone! Tak pernah ada orang nyanyi lagu untuk aku. Actually ada tapi sekali
jelah. Randy mencapai gitar yang berada disebelahnya. Eh? Tadi tak ada pun
gitar tu. Atau aku yang syok sangat jumpa Randy sampai tak sedar dia ada bawak
gitar tu? Apa-apa jelah janji Randy nak nyanyi lagu untuk aku.
Perlahan-lahan
Randy memetik gitar yang sudah kemas ditangannya. Sedap walaupun Randy belum
lagi menyanyi. 3 2 1 dannnn
You are my love
You are my life
You are my everything I need
I give you my heart
I give you my soul,
In every way…
You are my life
You are my everything I need
I give you my heart
I give you my soul,
In every way…
Nah!
Lagu Everything I Need. Randy menyanyi sambil matanya memandang aku. Dengan
senyuman yang tak putus dari bibirnya. Aku? Lagi lah! Senyum dari kolej aku
sampai ke fakulti! Haaa nampak tak betapa bahagianya sampai senyum selebar dan
sejauh itu?
Hati merasa sepi
Bila ku jauh
Dari sentuh cintamu
Ingin selalu ada dekatmu
Selalu ada dihatimu
Jangan tinggalkan
Dan jangan kau lepaskan..
Tuk memelukku! Dekatku!
Di setiap detak jantungku…
Bila ku jauh
Dari sentuh cintamu
Ingin selalu ada dekatmu
Selalu ada dihatimu
Jangan tinggalkan
Dan jangan kau lepaskan..
Tuk memelukku! Dekatku!
Di setiap detak jantungku…
Dan aku ikut sama menyanyi walaupun
suara aku tak sedap mana. Habis sahaja Randy menyanyi aku tepuk tangan.
Perlahan jelah! Tak gila nak tepuk tangan kuat-kuat malam buta macam ni?
“Hmm sudah jam 2 pagi. Aku pulang dulu Han.”
Randy meletakkan kembali gitarnya ke sisi.
“Nanti senang, kamu datang lagi ya
Randy.”
Randy hanya menganggukkan kepalanya.
Gitar yang tadinya diletakkan ke sisi kembali dicapainya. Aku hanya mengekori
Randy berjalan menuju ke arah keretanya. Jangan tanya aku kereta dia jenama
apa. Yang pastinya dia datang dengan kereta. Tapi dari Indon ke Malaysia
haruslah naik kapal terbang!
“Bye Han! Take care!” Randy melambaikan
tangannya.
“Bye Randy!” Aku melambaikan tangan
kembali kepadanya.
Kisah suatu malammmm
“Bye Randy!”
“Hanis! Hanis! Bangun woih!” Suara perempuan
entah dari mana muncul dalam cerita aku dengan si Randy.
Berat tapi aku gagahkan untuk mencari
punca suara. Nana? Macam mana Nana boleh ada dekat sini? Bilik? Katil aku.
Cadar hijau aku. Bantal busuk aku. Tadi aku bukan dekat bawah ke? Masa bila aku
naik bilik?
“Mengigau! Bangunlah Hanis.” Nana menepuk
bahu aku menyuruh aku bangun.
Aku yang masih terpisat-pisat cuba
memahami situasi. Aku menggosokkan mata yang masih mengantuk. Wajah Nana
menyapa pandangan aku.
“Aku mengigau ke?” Aku bertanya soalan
bodoh.
“Ye Cik Hanis! Bukan main kuat lagi kau
jerit Randy! Bye Randy!” Nana mengajuk suara aku dengan menyebut nama Randy.
“Tapi tadi….”
“Tadi apa? Kau mimpilah!” Nana sudah
menekan perut menahan ketawa. Entah apa yang lawaknya aku pun tak tahu.
“Tak tadi…”
Laju aku mencari handphone. Aku mencari
senarai panggilan masuk. Last call dari kakak aku. Tapi tadi macam real je aku
dengar lagu Monster. Tak puas hati, aku buka inbox. Berharap akan ada mesej
yang baru masuk.
“Kau cari apa ni?” Nana sudah pelik
dengan perangai aku.
“Kejap.”
Aku telan air liur. Sah! Ada mesej masuk
dan sudah dibuka. Anas Saufi! Patutlah aku rasa macam real je dengar lagu
Monster tadi. Laju aku membuka mesej tersebut. Mesej yang berbunyi….
‘Hai Cik Hanis’
Hmmm aku belum puas hati. Aku buka pulak
outbox aku. Mana tahu aku ada balas mesej tu tapi aku tak sedar. Nah! Tepat
jangkaan aku.
“Nanaaaaaaaaaaaaa!” Aku sudah menjerit
nama Nana.
“Woih! Kau kenapa?” Nana mendekati aku
lalu mencapai handphone yang aku hulurkan.
Handphone bertukar tangan. Dannn 3, 2, 1
riak wajah Nana berubah sedikit demi sedikit apabila membaca kandungan mesej tersebut.
“HAHAHAHA” Nana sudah galak ketawa.
“Arghhh diam! Malu laa weh! Mana aku nak
sorok muka!”
“Ehem meh aku baca kuat-kuat apa kau
tulis. Biar kau punya malu setahun tak habis.”
‘Hdaic fecnhek aoncaqs’
Aku dah tak tahu mana nak sorok muka.
Nampak sangat tengah sedap tidur tapi tangan excited jugak nak reply mesej.
Bahagia sangat dapat mesej tu sampai termimpi Randy!
“Lawak lah kau ni. Agak-agak dia faham tak
apa kau balas?”
“Faham. Kot? Arghh aku malu nak fikir.”
“Haha dia tak balas apa-apa pulak kan.
Mesti terkejut gila kau balas mesej guna bahasa Russia tak berapa Russia.”
Galak Nana menyakat aku.
“Eh dah laa. Pukul berapa sekarang?” Aku
mengubah topik.
“3 pagi. Study jom!”
“Jom lah.” Laju aku bangun mahu ke bilik
air membasuh muka.
“Hai laju bangun! Selalu liat.”
“Dah tak mengantuk woih! Boleh pulak aku
tidur dalam keadaan malu macam ni.”
“Haha dah agak dah.”
Dan ini sebuah kisah iaitu Randy, Kisah
Suatu Malam. Jangan jadi pemberangan macam aku yang akhirnya berakhir dengan
sesuatu yang memalukan. Aduh! Macam mana lah aku nak hadap Anas Saufi esok.
Haih macam-macam hal. Bagaimana pula kisah suatu malam anda?
No comments:
Post a Comment