Sunday, 9 December 2012

Cerpen| Aku Lelaki, Sesat Menuju Cintamu Yoona


“Tick tock tick tock.” Jali yang berada di atas katil sambil memegang handphone bersuara.

“Sejak bila hang jadi jam Jali?” Fifi bertanya. Sengaja memerli Jali.

Bukan dia tak tahu kenapa Jali buat bunyi jam. Dah hampir setengah jam dia menilik muka di cermin locker. Memastikan rambutnya tersisir rapi seperti lambakan kekacakan artis korea. Dan sudah beberapa kali dia tanya pada Jali okay atau tidak penampilan dia hari ini. First date woih! Haruslah bagi nampak kemas dan kacak. First impression itu penting ya!

“Sejak hang suka dekat budak apa nama tu? Na? Nana?”

“Yoona lah!” Fifi hanya sengih melihat Jali yang hanya menganggukkan kepala.

“Haaa Yoona. Amboi hang, baru jumpa semalam hari ni terus nak keluar pi dating.”

“Bukan dating pun, dia ajak aku teman pergi makan je kot. Kalau dating aku bawak dia pergi jalan-jalan ke tak pun tengok wayang.” Tapi memang betul apa dia cakap.

Kalau betul-betul nak dating sedating dan sebenar dating, mestilah dia bawak Yoona pergi tempat lain. Time Square ke, Mid Valley ke, Sunway Pyramid ke tak pun The Mines. Ini setakat nak pergi makan dekat kafe tu, alahai sangat. Itu bukan dating tapi sesi ice breaking. Masa ni lah nak mengenali hati budi si Yoona tu. Lepas tu baru kita teruskan dengan langkah seterusnya. Projek Memikat Hati Yoona!

Oh, lupa nak cakap. Al kisahnya semalam,

Kelam kabut Fifi berlari menuruni anak tangga yang diberi nama Tangga Maut. Terlewat bangun! Semalam ada game Manchester United! Pagi ni dia boleh tak sedar. Selalu dia naik motor sekali dengan yang lain. Tapi hari ni, disebabkan dia terlewat bangun, haruslah dia gagahkan diri exercise di pagi hari bagi membakar lemak. Member yang lain? Haram tak kejutkan dia. Cis! Memang dasar sungguh! Tiba-tiba. Buk! Sudah! Anak siapa pulak aku terlanggar ni! Alahai.

Kelihatan seorang gadis memakai baju kurung kapas berwarna kuning dengan rambutnya beralun cantik, terduduk di atas lantai. Si gadis tunduk melihat kakinya. Terseliuh agaknya. Tapi wajahnya, Fifi tak dapat lihat. Sebabnya? Mukanya tertutup dengan rambutnya yang sengaja dibiarkan bebas tanpa diikat. Di sisi gadis tersebut kelihatan sebuah kotak hijau. Hmmm mesti baru lepas ambik handout dari kedai photostat. Si gadis cuba untuk bangun sebelum mengaduh kesakitan. Sah! Mesti terseliuh sebab terlanggar Fifi yang tough macam Jong Kook ni.

“Errr awak okay ke?” Cis! Apa punya soalan Fifi ni tanya.

Sudah terang lagi bersuluh si gadis mengaduh tadi, mestilah sakit. Tak kan sebab seronok jatuh tergolek terlentang atas lantai tu dia mengaduh macam tu. Tak ke pelik namanya tu? Si gadis tadi hanya menggelengkan kepala sebelum mengangkat wajahnya. Zap! 3 saat! Yup 3 saat! 3 saat apa? Dalam masa tiga saat Fifi dah terjatuh hati dengan si gadis.

“Kaki saya terseliuh agaknya.” Baru kedengaran suara si gadis. Mak aih! Lembutnya suara!

Fifi dah kembali berpijak di alam nyata apabila si gadis bersuara. Terseliuh? Kaki di terseliuh? Apa nak buat sekarang? Fikir Fi, fikir!

“Sorry, saya tak sengaja terlanggar awak. Tak perasan. Awak boleh bangun tak?”

“Kejap…Ouch!” Baru sahaja ingin bangun, si gadis kembali mengaduh kesakitan.

“Biar saya tolong awak. Nanti lagi teruk kaki awak tu kalau paksa jalan jugak.” Tu dia! Aura male nurse yang gentleman.

“Eh takpe lah. Awak pun mesti ada kelas. Nanti kesian awak terlambat.” Alahai baiknya si gadis ni.

“It’s okay, awak tu yang penting sekarang. Jadi apa-apa saya jugak yang kena.” Fifi sudah menghulur tangan mahu membantu si gadis bangun.

Dannnnnn

“Yoona!” Entah suara mak nenek mana memanggil nama Yoona. Yoona?

“Dianna.” Hanya sepatah nama itu meniti di bibir si gadis. Si gadis menggamit tangannya memanggil mak nenek yang bernama Dianna.

Cop! Tadi mak nenek tu sebut nama Yoona. Oh si gadis ni nama dia Yoona. Hmm tak payah susah-susah aku tanya nama dia nanti. Mak nenek tadi yang bernama Dianna pantas menghampiri Fifi dan Yoona. Actually takde lah mak nenek sangat. Orangnya cantik, tinggi tapi sebab dia bising ganggu konsentrasi babak cinta Fifi dengan Yoona, haruslah dia diberi gelaran mak nenek.

“Kau kenapa?” Dianna bertanya apabila melihat Yoona yang elok duduk di atas lantai.

“Saya terlanggar dia tadi.” Fifi memberitahu tanpa ditanya oleh Dianna.

“Kau langgar dia?” Suara Dianna naik satu oktaf. Marah.

“Dianna. Shhh slow sikit. Malulah orang tengok.” Yoona menarik lengan Dianna.

Elok-elok si Yoona ni terjatuh tapi takde orang tengok, terus pelajar yang lalu lalang disitu memandang. Tertarik dengan suara Dianna yang kuatnya mengalahkan speaker.

“Tapi dia langgar kau sampai jatuh macam ni.” Dianna masih belum berpuas hati.

“Bukan dia sorang jelah yang salah. Aku pun salah jugak tak tengok kiri kanan. Kebetulan aku bawak kotak tu so aku tak nampak dia lalu sini.” Yoona menjelaskan. Baiknya dia.

“Hmmm whatever. Eh dah laa. Jom aku tolong kau bangun.” Dianna sudah memapah Yoona untuk bangun.

“Kotak?” Yoona memandang kotak yang turut sama tergolek atas lantai tadi.

“Takpe saya tolong bawakkan.” Fifi menghulur pertolongan.

“Thanks.” Yoona mengukir senyuman manis.

“Bawak ke DK7.” Dianna memberitahu.

Fifi hanya menganggukkan kepala sebelum mengikut kedua-dua orang gadis tadi menuju DK7. Perjalanan dari tangga ke DK7 yang kebiasaannya memakan masa tak sampai 5 minit terus jadi panjang. Sebabnya? Hmmm dah si Yoona tak boleh jalan laju. Terhincut-hincut sebab terseliuh. Akhirnya mereka sampai di hadapan DK7. Fifi sudah mahu ikut masuk ke dalam DK7 sebelum dihalang Yoona.

“Dianna, tolong bawak masuk kotak ni dulu boleh? Aku nak cakap dengan dia kejap.” Yoona menunjukkan ke arah ‘dia’ iaitu Fifi.

“Hmmm kau okay tak nak jalan masuk dalam ni nanti?” Dianna bertanya. Prihatin.

“Boleh. Don’t worry.”

Dianna menganggukkan kepala tanda memahami sebelum mengambil kotak dari pegangan Fifi. Hilang sahaja Dianna ke dalam DK7, Fifi bersuara.

“Sorry. Again.”

“Takpe lah. Dah berapa kali awak mintak maaf.”

“Hmm awak nak cakap apa dekat saya, Yoona?”

“Eh awak tahu nama saya?” Yoona bertanya pelik.

“Oh. Tadi tu kawan awak panggil awak Yoona. So, Yoona lah kan nama awak. Atau ada nama lain lagi?” Fifi bertanya.

“Lupa. Yup nama saya Yoona. Dan awak?”

“Hafifi. Nak pendek panggil Fifi. Nak lagi lagi pendek, Fi je.” Fifi memperkenalkan diri.

“Hmm Fifi. Okay. Oh by the way, saya nak cakap sorry and thanks.” Yoona ke topik sebenar kenapa dia mahu bercakap dengan Fifi tadi.

“Sorry and thanks? Sorry untuk? Thanks?” Fifi memohon penjelasan.

“Oh, sorry sebab susahkan awak pagi-pagi macam ni. Thanks sebab tolong saya bawak kotak yang sikit punya berat tu sampai sini.” Yoona senyum lagi.

“Ohh takde apa lah tu. Bukan berat mana pun kotak tu. Lagi pun itu kira tanda saya minta maaf pada awak.” Fifi cuba menyedapkan hati Yoona.

Tak berat? Dalam hati hmmmph! Berat gila nak mati! Takde ke budak lelaki dalam kelas si Yoona ni? Ada ke patut si cantik manis macam Yoona ni disuruh angkat kotak yang punyalah berat tu. Kalau patah pinggang macam mana? Retak pergelangan tangan ke? Tu dia! Aura male nurse dah keluar.

“Fifi. Fifi. Awak dengar tak?”

“Hah?” Fifi terkejut. Jauh sangat mengelamun sampai tak dengar apa Yoona ni cakap.

“Hmm tak dengarlah tu. Awak tak nak masuk kelas ke? Dah lewat ni.” Yoona menunjukkan jam ditangannya yang sudah mencecah ke angka 9.30 pagi.

“Ya Allah! Saya pergi dulu. Lewat sangat dah ni. Awak okay ke nak jalan tu?”

“Saya okay. Awak pergilah cepat. Saya tak nak awak kena marah dengan lecturer nanti.”

“Hmm okay. See you again!”

Itulah kisahnya. Sekarang, kembali ke kisah Fifi nak pergi ‘dating’ dengan si Yoona. Eh cop! Macam mana boleh si Fifi nak ‘dating’ dengan Yoona. Haaa jangan tak tahu si Fifi ni. Sempat lagi tu dia ambik nombor telefon Yoona dekat kertas untuk details photostat atas kotak yang dia bawa semalam! Malam tu jugak dia mesej si Yoona. Dan tengahari ni, dia mesej si Yoona tanya dah makan belum. Memandangkan kaki si Yoona belum baik, Fifi bermurah hati nak tolong bawak Yoona ni pergi makan. Tak kan dia nak dibiarkan Yoona ni kelaparan dalam bilik. Baik kan Fifi ni?

“Woi Fifi! Hang nak pi makan ke tak. Dari tadi aku tengok hang dok tenung cermin tu. Lagi seminit aku rasa pecah cermin tu hang tenung.” Jali menyergah Fifi yang sedang mengelamun.

“Hah?”

“Hah hah. Dah pergi laa turun. Meluat aku tengok hang dok belek muka depan cermin.” Jali memerli secara gurauan.

Maaf Jali. Ini hanya sebuah cerita rekaan. Harap hang tak ambik hati. Aku tahu hang baik dan comel. Tak kan nak cakap macam tu. Eh sempat aku interframe cerita Fifi ni. Okay back to the story. Eh ada ke ayat tu? Ahhh abaikan.

“Yelah, aku turunlah ni. Hang jangan kunci pintu. Aku tak bawak kunci.” Sempat Fifi menitipkan pesan.

“Hang toksah risaulah. Aku nak pi mana ja. Aku ada duduk dalam bilik ni, tidoq.”

“Hmm”

Sampai di kolej Yoona, Fifi menghantar mesej kepada Yoona mengatakan dia sudah berada di bawah. Fifi memerhati setiap pelajar perempuan yang keluar masuk dari perut lif mencari bayang Yoona. Hmm segan jugak sebenarnya bila pelajar perempuan asyik memandang dia. Pelik agaknya tengok dia tunggu dekat bawah kolej perempuan. Atau mereka memandang kerana luar biasanya dia bersiap hari ini. Kacak barangkali? Hmmm mungkin. Tak lama kemudian Yoona muncul. Kaki dia? Hmm masih berjalan terhincut-hincut.

“Sorry Fifi. Saya lambat. Kaki tak berapa baik lagi.” Yoona memohon maaf.

Entah berapa banyak perkataan sorry entah dalam cerita ni. Cuba tukar perkataan sorry tu dengan menari lagu Sorry Sorry pulak ke. Eh! Apa aku mengarut?

“Takpe. Saya pun baru je sampai. Awak okay tak nak jalan? Atau saya bungkuskan makanan untuk awak je.” Fifi memohon kepastian keadaan Yoona.

Kaki tu antara asset penting ye untuk Yoona menari Gee Gee Gee Baby Baby. Haa kalau kaki tak baik macam mana Yoona nak teruskan karier sebagai penyanyi. Okay, lari dari cerita lagi.

“Jangan risau. Boleh jalan lagi.” Yoona masih senyum seperti biasa walaupun kakinya sakit.

“Mana kawan awak yang lain? Dianna?”

“Oh Dianna keluar kejap. Biasalah cuti macam ni.”

Cis! Tak patut betul si Dianna ni. Ada ke patut biarkan Yoona ni duduk dalam bilik kelaparan. Sakit pening Yoona tu siapa tahu? Nasib ada Fifi ni nak tolong.

“Eh. Jom lah nanti habis pulak lauk dekat kafe tu.”

Fifi dan Yoona berjalan beriringan menuju ke arah kafe. Mujur kafe tak jauh dari kolej si Yoona kalau tak kesian si Yoona ni nak berjalan. Hampir semua mata boleh dikatakan memandang ke arah mereka. Kurang pasti mereka tak kira lelaki mahupun perempuan memandang kerana apa. Kerana kecantikan Yoonakah? Kerana kekacakan Fifi yang luar biasa hari inikah? Atau, ya sebab ketiga itu. Hmm melihat keserasian Fifi dan Yoona mungkin. Bagai kimchi dibelah-dibelah. Itu peribahasa baru.

“Awak nak makan apa?” Fifi bertanya kepada Yoona.

Nak jugak dia tahu makanan kegemaran Yoona ni. Kalau zaman sekolah dulu bolehlah jugak dia bagi buku nota kecil, mintak Yoona tulis biodata. Makanan kegemaran, minuman kegemaran, tarikh lahir and so on. Zaman sekarang orang terus tanya secara bertentang mata, tak guna dah teknik lapuk tu. Melainkan budak baru nak up. Mungkin masih gunakan teknik tu lagi.

“Saya tak kisah makan apa pun. Janji ada sambal belacan.”

Yoona makan sambal belacan? I don’t believe it! Silalah anda semua percaya kerana ini hanya sebuah cerita rekaan. Yoona dalam kisah ini ada sedikit ciri kemelayuannya. Mungkin lepas ni Yoona turut mengatakan bahawasanya dia suka makan tempoyak, cencalok mahupun budu. Tapi agak melampau disitu jika Yoona suka kesemuanya. Jadi sambal belacan sudah memadai. Fifi bangun untuk mengambil nasi dan lauk untuk Yoona. Beria dia menyuruh Yoona duduk sahaja disitu walaupun Yoona mahu pergi ambil sendiri.

Selesai menyenduk nasi ke dalam pinggan dan memilih lauk seperti yang diminta Yoona, Fifi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Memang dia mahu belanja Yoona hari ini. Katanya sebagai tanda meminta maaf atas kejadian semalam. Fifi membawa pinggan menuju ke arah meja. Yoona menyambut pinggan yang dihulurkan Fifi kepadanya. Mereka makan penuh berselera. Sesekali mereka berbual dan bergelak ketawa apabila ada perkara lucu yang dibualkan.

Tiba-tiba handphone Yoona di atas meja berbunyi. Ada panggilan masuk. Siapa jelah masa ni nak call. Kacau daun betul. Baru je Fifi seronok berborak dengan Yoona. Mesti Dianna si mak nenek tu. Fifi membuat spekulasi sendiri.

“Hello.” Yoona menjawab panggilan.

Fifi berpura-pura menguis nasi ke dalam pinggan. Berlagak tidak berminat dengan panggilan yang diterima Yoona. Sedangkan dia memasang telinga cuba menangkap butir perbualan. Tapi sayang dia tak mampu dengar apa yang dikatakan si pemanggil.

“Yup. Dekat kafe tengah lunch.”

Oh pemanggil tanya apa si Yoona ni buat rupanya. Dianna ke? Atau. Oh tidak! Tak kan Yoona ni dah ada kekasih hati. Jadi kekasih hati call tanya dia buat apa.

“Dengan siapa? Kawan.”

Kawan. Yoona cakap kawan? Tak kan kawan je kot. Sabar Fifi. Mula-mula memanglah kawan dulu, lepas tu baru pergi ke fasa yang seterusnya.

“Ada dekat sini? Datanglah. Boleh join kitorang makan.”

Siapa pulak ni? Siap Yoona ajak dia join lunch sekali. Rosak plan macam ni. Yoona ni pun macam tak faham yang Fifi nak makan berdua je dengan dia. Boleh pulak dia ajak Si Pemanggil Entah Siapa Nama join sekaki. Yoona menamatkan perbualan.

“Fifi, awak tak kisah kan kalau ada orang lain join kita makan.” Yoona bertanya. Dah setuju baru nak tanya okay ke tak.

“Okay je. Kawan awak pun kawan saya.” Sengaja Fifi memancing Yoona untuk beritahu gerangan pemanggil.

“Kawan?” Yoona seperti terkejut.

Fifi memandang Yoona pelik. Cakap kawan pun sampai terkejut macam tu? Mesti bukan kawan ni. Janganlah andaian kedua tu betul. Lebih rela Dianna si mak nenek tu yang join mereka.

“Mana dia ni?” Yoona sedikit gelisah.

“Kawan awak tu dah ada dekat sini ke belum?” Fifi bertanya.

“Dia cakap tadi ada dekat kolej saya. Tak kan belum sampai sini lagi.”

“Sesat tak?”

“Ish tak kan lah boleh sesat. Dekat sangat kafe ni dengan kolej saya.”

Betul jugak cakap si Yoona ni. Tak mungkin boleh sesat. Sebab kafe yang sikit punya besar ni senang je nak cari. Mustahil sangat boleh sesat.

“Haaa tu pun dia.” Yoona melambaikan tangannya ke arah orang yang ditunggu.

Pantas Fifi memusingkan kepalanya mencari orang yang ditunggu Yoona. Gulp! Fifi telan air liur. Jelas di pandangannya seorang lelaki tinggi lampai yang boleh tahan kekacakannya menyusun langkah kemas menuju ke arah meja mereka. Boyfriend dia ke?

“Hai! Sorry lambat.” Lelaki tadi menegur mereka.

“Ingat tadi you sesat ke apa.” Ceria suara Yoona.

“Takde lah. I cari parking tadi. Ramai jugak parents parking depan kolej you.”

Uwekkk. Saat ini Fifi mahu muntah pelangi. Gelimat sungguh ber ‘I-You’ ni. Bajet romatik laa tu. Kan comel macam Fifi ni guna ‘Saya-Awak’.

“Ohh kenalkan ini Hafifi. Kawan I.” Yoona memperkenalkan Fifi.

Lelaki tadi menghulur tangan mahu bersalam. Fifi menunjukkan tangan kanannya yang belum dibasuh. Tengah makan kan. Lelaki tadi senyum sebelum menganggukkan kepala tanda memahami.

“I tak pernah jumpa pun kawan you yang ni.” Lelaki tadi bertanya.

“Oh. Semalam kan I cerita yang I terjatuh sampai terseliuh. Hafifi ni yang terlanggar I semalam.” Yoona menjelaskan supaya lelaki tadi tidak salah faham.

“Oh jadi dia lah yang langgar you sampai you sakit macam ni?” Keras nada suara lelaki tadi.

Sudah! Pehal mamat ni nak emosi tiba-tiba? Bukan sengaja pun Fifi nak langgar si Yoona ni. Mesti Yoona ni awek dia sebab tu emosi semacam.

“You. Dia tak sengajalah.” Yoona cuba menenangkan keadaan.

“Mesti dia ada plan lain ni. Semalam langgar you, hari ni lunch dengan you pulak.” Lelaki tadi masih belum berpuas hati.

“Apa you merepek ni? Betul dia tak sengaja.”

“Habis apa motif dia nak lunch dengan you?”

“Macam ni lah bro, aku ajak Yoona makan sebab tanda minta maaf tak lebih dari tu. By the way kau ni siapa?” Fifi sudah malas mendengar spekulasi lelaki tersebut.

Datang tiba-tiba terus nak marah tak tentu pasal. Eh! Kira okay Fifi ni nak teman Yoona makan. Kalau tak mahu kebulur Yoona tu dekat bilik.

“Aku siapa? Aku boyfriend dia!”

“Boyfriend?” Fifi memandang ke arah Yoona.

“Kenapa terkejut. Mesti kau ada hati dekat dia kan? Mengaku jelah!” Lelaki tadi sudah meninggikan suara.

“Aku belum tahap nak rampas hak orang.” Fifi sudah mahu bangun dari duduknya.

Malas berlama dekat situ menghadap lelaki yang perangai entah apa-apa. Yoona memandang Fifi dengan pandangan bersalah. Mungkin tak menyangkan hal ini akan terjadi. Fifi hanya senyum tanda okay. Pinggan sudah dicapai Fifi. Mahu segera basuh tangan dan meninggalkan tempat tersebut.

“Aku belum habis lagi!” Lelaki tadi menarik baju Fifi. Menahan Fifi dari pergi.

“You!” Yoona cuba meleraikan pegangan lelaki tadi pada baju Fifi.

“Kau pehal bro?” Fifi sedikit marah.

Dengan cara baik dia nak pergi, lelaki ni pulak nak cari gaduh. Entah gangster mana Yoona ni petik buat boyfriend pun dia tak tahu.

“Pehal! Kau tu nak kacau awek aku!”

Lelaki tadi sudah mengangkat penumbuk. Mahu melepaskan penumbuk sulungnya pada Fifi. Pantas Yoona menghalang. Lelaki tadi tanpa sedar menolak Yoona dari menghalangnya. Yoona jatuh terduduk.

“Kau melampau dah ni.” Fifi sudah naik angin melihat Yoona yang jatuh ditolak lelaki tadi.

Pantas Fifi mahu melepaskan penumbuknya. Dannnn

“Ambik ni! Ambik ni!” Fifi berkata berkali-kali sambil melepaskan tumbukan yang padu.

“Fi! Fi! Hang ni pasai pa?”

Eh? Sejak bila lelaki tadi pandai loghat utara. Jali? Muka lelaki tadi macam Jali. Sudah. Sejak bila Jali ada dalam cerita Fifi, Yoona dengan lelaki tadi.

“Hah?”

“Hah. Hah. Tu lah hang tidoq tengahari. Mengigau!” Jali sudah gelak melihat Fifi yang masih blur.

“Mengigau?” Fifi cuba memahami situasi.

“Mengigau lah. Hang siap tumbuk bantal. Hang mimpi gaduh dengan sapa?” Jali bertanya.

“Takde apa lah.” Fifi sudah sengih.

Cis! Mimpi rupanya! Baru je nak feeling jadi hero selamatkan Yoona. Tapi best jugak mimpi tadi. Fifi memandang ke arah Jali yang elok bersiap.

“Hang nak pergi mana Jali?”

“Makan laa. Buat pa lagi. Dah bangun! Orang nak pi makan, hang elok tidoq.” Jali sudah mengarah Fifi.

“Semua turun ke?” Fifi merujuk semua kepada member yang lain.

“Depa semua siap dah. Tunggu hang ja nih.”

“Kejap aku basuh muka.”

Laju Fifi bangun. Yoona! Yoona! Kuat sungguh penangan Yoona ni! Suka punya pasal sampai sesat dalam mimpi!


**INIHANYASEBUAHREKAAN**







No comments: