12 oleh: faizah fyn
Aimy
leka menonton siaran di televisyen. Mama dengan Abahnya keluar ke rumah Pak
Ngahnya di Kajang. Nak keluar dia terasa malas. Nak keluar dengan Zaid? Hmm
Zaid still dekat Bandung bercuti dengan family kakak dia. Ada jugak Kak Zana,
kakak Zaid ajak dia sekali. Tapi macam lah Abah dia nak bagi izin dia pergi
sana.
“Kenapalah
TV ni semua cerita tak best? Bosan betul.” Dari satu siaran ke satu siaran dia
lompat tapi tak ada yang menarik hati.
Kedengaran
deruan enjin kereta dari luar rumah. Airis? Pantas dia bangun menuju ke arah
sliding door. Sah! Mini cooper berwarna merah tu memang milik Qaiser. Cepat
jugak diorang ni balik. Baru pukul dua petang. Kenapa tak jalan-jalan dulu.
Beramah mesra ke tak pun bincang hal kawin. Aimy melangkah menuju ke arah pintu
utama. Pintu pagar utama dibukanya. Tapi Airis masih belum keluar dari kereta.
“Kereta
Abah tak ada pun. Kereta mama je ada.” Airis melihat ke arah parking kereta
yang kosong. Hanya ada Honda Civic milik mamanya.
“Keluar
kot? Abah kau kan baru balik dari outstation mestilah nak dating dengan Mama
kau.” Qaiser turut menjengah ke arah parking kereta rumah Airis.
“Hmm
so? Tak payah masuk laa eh.” Airis senyum jahat.
“Aku
pun ingat nak balik terus. Nanti kalau parents kau balik, kau sampaikan salam
jelah. And sampaikan salam aku sekali dekat mak cik tu.” Qaiser menunjuk ke
arah Aimy yang elok tercegat di muka pintu.
“Okay.
Thanks for today and drive safely. Assalamualaikum.” Airis sudah membuka pintu
kereta.
“Waalaikummussalam.”
Qaiser senyum. Drive safely. Bahagianya hati ada orang tersayang cakap macam
tu.
Qaiser
hanya memandang Airis yang sudah berjalan ke arah rumahnya. Hilang sahaja bayang
Airis dari pandangannya laju dia menekan minyak membawa mini coopernya pergi
dari situ.
******
Kelam
kabut Aimy menarik Airis masuk ke dalam rumah. Tak sempat Airis beri salam, dia
sudah disuruh duduk di atas sofa di ruang tamu. Aimy memandang ke luar melalui
sliding door. Kereta Qaiser sudah tiada. Airis memandang pelik perangai kakak
kembarnya yang ternyata luar alamnya dari biasa.
“Kau
kenapa kak? Kalut semacam!” Airis memandang kakaknya atas bawah.
“Korang
pergi mana? Borak pasal apa?” Tu dia mak nenek dah bersuara.
“Kau
tarik aku macam penjenayah sebab nak tanya tu je? Kot ye pun bagi lah aku ni
tarik nafas dulu, bertenang dan lepaskan penat. Haih.” Airis menggelengkan
kepalanya. Ingat apa lah tadi kemain tarik aku masuk dalam rumah.
“Ok
inhale, exhale, inhale, exhale. Dah kan? Cepat story.” Airis hanya mengikut
arahan kakaknya.
“Tadi
kitorang pergi lunch lepas tu ada laa bincang pasal hmm kau tau laa kan pasal
apa.” Airis mencapai remote control menukar siaran televisyen.
“Bincang
apa je?” Aimy hanya membiarkan Airis menukar siaran. Hal Qaiser itu lebih
penting.
“Bincang
laa patut ke tak kawin..lepas tu dia nak bincang dengan parents dia dulu.”
“Serious?
Kiranya korang memang dah setuju nak kawin kontrak laa ni? Tunggu green light je
dari parents dia?” Aimy sudah senyum lebar.
“Kita
dua je ke dalam rumah ni?” Airis memandang segenap ruang tamu. Sunyi.
“Kenapa?
Abah dengan Mama keluar.”
“Bukan
main kuat lagi kau sebut KONTRAK tu. Tak takut ke plan kita bocor?” Airis
mengingatkan.
“Oppps
heee. Takpe takde orang dalam rumah. Eh kau belum jawab lagi soalan aku.”
“Soalan
kau? Oh pasal setuju ke tak kawin tu?” Airis sengaja buat-buat lupa. Mahu
mendera perasaan kakaknya.
“Yelah…”
“Setuju
memang setuju tapi bergantung pada keadaan. Tengok pandangan parents dia dengan
parents kita dulu. Then you Aimy Adiba, you can proceed with the next plan.”
“Okayyy.
Jangan risau. Aku akan pastikan everything going according to the plan.”
“Haruslah
kau pastikan. Kalau tak takde laa impian pelamin kau tu. Eh dah laa aku nak
naik atas, mandi lepas tu solat.” Airis sudah bangun dari duduknya. Remote
control dicampakkan ke atas riba kakaknya.
“Kau
belum solat lagi?”
“Belum.
Sebab tu aku ajak Qaiser balik awal. Malaslah nak bersesak dekat surau sana nak
solat.” Airis menjerit dari tingkat atas.
*******
Qaiser
mematikan enjin keretanya. Perlahan dia mengatur langkah menuju ke arah pintu
utama. Rumah teres dua tingkat itu hanya didiami dia. Rumah yang dibeli Papanya
sebelum dia pulang ke Malaysia. Cuma hari minggu akan ada pembantu rumah datang
membersihkan rumah tersebut. Dia merebahkan badan ke atas sofa. Perlahan
keluhan dilepaskan.
“Adib
Airis.” Entah kenapa nama itu disebutnya.
Dia
membelek handphone ditangan. Berkira-kira mahu menghantar mesej kepada Airis.
Tapi terus hajatnya dibatalkan. Entah kenapa dia rasa belum berpuas hati
walaupun sudah bertemu dengan Airis. Ada sesuatu yang dari dulu berada di dalam
fikirannya. Sesuatu yang buat dia tak senang duduk.
“Fairuz.”
Nama lain pula disebutnya.
Siapa
Fairuz dalam hidup Airis? Nak tanya tadi takut Airis pelik. Yelah, takde angin
takde ribut tiba-tiba aku boleh tahu pasal Fairuz. Kalau dia tanya sekalipun
takut hubungan yang baru sahaja ingin dirapatkan kembali semakin menjauh.
Semakin renggang. Mungkin belum tiba masanya untuk aku tanya pasal kehidupan
Airis. Sooner or later I need to find out, but the most important thing is I
need to let Papa and Mama know about Airis and me. Yup! Itu lebih penting.
Lagu
The Wanted mematikan lamunannya. Pantas tangannya diseluk ke dalam poket seluar
jeansnya. Panggilan dari kakaknya, Qistina.
“Kaya
betul laa Qis ni sampai rajin call aku. Ingat murah agaknya call US-Malaysia.”
Sempat dia membebel sebelum mengangkat panggilan daripada kakaknya.
“Hey
man! I miss you!” Belum sempat dia memberi salam kakaknya sudah terlebih dahulu
menjerit keriangan.
“Assalamualaikum.
Yes my DEAR sister, what do you want?” Qaiser sudah membuat muka. Nasib
kakaknya tak nampak.
“Opss
waalaikummussalam. Sorry I just so excited to hear your voice! Just calling
after I lost track on you! Haha. So how are you bro?” Qistina yang
jauh beribu batu hanya tersenyum menyedari kesilapannya.
“Hmm
I’m fine and just give myself some space after a whole disaster semester! And I
have a big big thing to tell you actually. I bet you’ll more excited Sis.”
“Uhuh
what’s the big thing? Hey don’t tell me you want to get married dude!” Qistina
sengaja menembak.
“That’s
why you’re my Sis, Qis. Yes I want to get married. But please don’t tell our
parents. I’ll let them know after settle down all those thing in Malaysia
okay?”
Qaiser
sudah berkira-kira mahu menelefon Papa dengan Mamanya. Tapi siapa sangka,
kakaknya Qistina terlebih dahulu menelefonnya. Macam dapat hidu ‘bakal’ bau
nasi minyak tu.
“Are
you serious bro? Congratulations! Who’s the lucky girl?”
“Hmm
you know her actually. The only girl in this universe you want as your sis in
law.”
“Let
me think. Hmmm Adib?” Memang sebelum mereka sekeluarga berpindah ke US lagi dia
selalu memadankan Qaiser dengan Airis.
“Yup.”
“Oh
man, finally my dream become reality.”
“Not
yet Qis. Still need a lot of thing to go through before we make it happen.”
“Yeah
but still I’m happy after I know who’s the lucky girl.” Qistina sudah ketawa
senang dihujung talian.
“So
how Papa and Mama?” Baru dia teringat bertanya khabar orang tuanya. Sibuk
melayan kegembiraan kakaknya sampai terlupa.
“That’s
you! Baru sibuk nak tanya.”
“BARU
SIBUK NAK TANYA.Ooo pandai pun cakap belacan.” Sempat Qaiser memerli kakaknya.
“Hey
you! Sarcastic! Papa and Mama okay just they’re getting older so need some
rest.”
“Papa
still working or what?
“Qaiser
macam tak tahu Papa. Workaholic!”
“Of
course he needs to work and make a lots of money. His daughter suka perabih
duit.”
“Pera
what?” Qistina pelik mendengar perkataan perabih yang baru disebut adiknya.
“Haha
nothing.”
“Your
nothing means a lottttt of thing. Hey I need to go. Catch you later!”
“Okay
then. Kirim salam Papa and Mama. Anddd make sure don’t spill out about Adib to
them.”
“Aite!
I’ll keep my promise!”
“Melayu
promise or US promise?”
“Duhhh
I’m down here laughing my ass off. Sure enough Melayu promise.”
“Haha
okay. Bye Qis.”
“Bye!
Love you bro! XOXO haha.”
Sempat
lagi XOXO. Qaiser hanya tersenyum sambil memandang handphone yang masih setia
ditangannya. Qis. Qis. Sikit pun tak berubah. Agaknya malam ni mimpi indah
kakaknya tu bila dapat tau hal Airis.
“Dib,
I love you. How I wish you know what was inside my heart. Deep in here.” Qaiser
berkata sendiri sambil tangannya memegang sebelah kiri dadanya.
“Ooo
eee ooh ah ah ting tang walla walla bing bang.” Entah kenapa dia menyanyi lagu
The Witch Doctor. Lagu yang merapatkan dia dan Adib Airis hari ini.
No comments:
Post a Comment