Saturday, 22 December 2012

13| Suamiku Gee


13 oleh: faizah fyn

Qaiser tersenyum dari tadi. Mana taknya lepas kakaknya Qistina call, malam tu juga Mamanya call. Memanglah kakaknya Qistina tu tak boleh dibuat penyimpan rahsia. Tak sampai sehari rahsia kerajaan dah sampai ke pihak luar. Memang tak boleh dibuat pekerja dekat bahagian rahsia negara. Nanti habis dijajanya. Petang tadi bukan main lagi berjanji. Banyaklah dia punya Melayu promise. Perbualan tadi…..

“Qais, just now Qis tell me that you want to get married. Is that true?” Tu dia big big segala big boss dah tahu rahsia.

“Errr yes Ma. Qis cakap apa lagi dekat Mama?”

“How could you my dear! Tak cakap apa pun dengan Mama. Itu pun Qis yang cakap. And she told me about Adib.” Duhhh sungguh laa rahsia dah terbongkar.

Ini kalau Airis tahu memang masak dia kena gulai. Baru jumpa nak settle masalah dah datang masalah lagi satu. Memanglah dia plan nak discuss benda ni dengan Papa dengan Mama tapi at least dia nak jumpa parents Airis lagi sekali. Nanti Papa dengan Mama okay, yang pihak sana pulak tak okay tak ke haru?

“Qais, still there?”

“Yes Ma. Qais ingat nak jumpa parents Adib dulu then baru cakap dekat Ma dengan Pa. Pa dah tau ke?” Harap Papa belum tahu. Fuhh fuhh.

“Dah. Qis tu, macam Qais tak tahu. Kalau boleh satu US dia nak story.”

“Sigh. Papa okay tak?”

“Mahunya tak okay? Nak berbesan dengan kawan baik sendiri mesti lah suka. He was grinning from ear to ear you know.”

“Hmm nanti lah Qais settle semua benda dekat sini, lepas tu Qais inform Ma okay?”

Nampaknya Papa dengan Mama dah bagi green light. Kiranya tunggu pihak yang disana jelah bagi laluan. Uncle Ahmad tu gaya je nampak okay tapi dalam hati siapa tahu? Dah laa aku ni dah lama menghilang tanpa berita. Lepas tu tiba-tiba aku muncul nak petik anak kesayangan dia buat isteri. Tak ke pelik tu? Macam desperado sangat sampai muncul tiba-tiba nak kawin dengan anak dia. Entah-entah Uncle Ahmad dah ada calon suami untuk Airis. Siapa tahu?

Mungkin dia patut pergi rumah Airis esok. Bukan mungkin tapi memang kena pergi jugak! Takut nanti Papa melulu call Uncle Ahmad cakap pasal hal dia dengan Airis. Mahu tak tunggang terbalik rumah Uncle Ahmad tu. Kalah Titanic langgar iceberg. Qaiser memandang jam besar yang elok tergantung di dinding biliknya. Tepat pukul 10 malam. Dia mencapai handphone. Lama dibelek handphonenya sebelum dia menaip mesej untuk dihantar ke pihak sana.

‘Okay tak kalau aku nak datang rumah kau?’

Message sent. Hanya menanti balasan dari pihak sana.

******

Vibrate dari handphone mengejutkan Airis yang leka membaca novel sambil berbaring di atas katil. Novel ‘Saya Muslim, Awak Iman’ yang menarik perhatiannya sejak tadi. Pantas jemarinya membuka mesej. Bulat matanya apabila membaca isi mesej tersebut. Apa lagi Qaiser ni nak? Baru pagi tadi datang rumah, takkan nak datang lagi kot. Kusut lah! Aci tak kalau aku decide sendiri? Cakap ‘TAK OKAY’! Airis sudah merancang idea jahat. Tapi kalau esok pagi-pagi buta Qaiser terpacak depan rumahnya macam pagi tadi macam mana? Adeh! Problemo sungguh!

Airis bangun dari perbaringan. Novel yang dibaca tadi ditanda sebelum diletakkan ketepi. Dia sudah berkira mahu bertanya kepada Mama dengan Abahnya. Tak putus-putus dia berdoa supaya Abah dengan Mamanya ada hal esok. Kenduri ke, dating ke tak pun jumpa member Abah. Kelihatan Abah dengan Mamanya sedang menonton televisyen.

“Airis, tadi kata mengantuk. Bukan main awal lagi masuk bilik.” Puan Sofia yang menyedari kehadiran anaknya bertanya.

“Tak boleh tidurlah Ma.” Airis melabuhkan punggung di sofa.

“Ingat orang jauh ke?” Encik Ahmad sudah senyum penuh makna.

“Orang jauh?” Airis memandang Mamanya.

Puan Sofia hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu gerangan siapakah ‘orang jauh’ yang dimaksudkan Abahnya. Cop! Orang jauh! Qaiser ke? Tapi Qaiser tu orang jauh ke? Bukan Qaiser dekat US pun. Dalam Malaysia apa sekarang.

“Qaiser lah. Ke ada orang jauh lain yang Abah tak tahu.”

“Abah! Ma tengok Abah tu.” Airis terjerit kecil mendengar kata-kata Abahnya.

“Kejap Mama nak tengok.” Puan Sofia menarik muka suaminya rapat ke mukanya.

“Ma!” Encik Ahmad hanya ketawa melihat Airis yang masam mencuka.

“Abah gurau jelah. Tapi kalau betul, Alhamdulillah.”

“Abah ni.”

Puan Sofia mengangkat tangan meminta suami dengan anaknya senyap. Jari telunjuk dihalakan ke arah peti televisyen. Menandakan dia mahu fokus pada rancangan di televisyen.

“Abah, Ma sebenarnya kan…”

“Hah tengok! Dah agak mesti ada something ni.” Teruja wajah Encik Ahmad.

“Something apanya Abah ni. Adib tak habis cakap lagi.”

“Okay okay. Abah dengar ni.”

“Qaiser nak datang esok, boleh tak?”

Encik Ahmad sudah senyum lebar. Pantas isterinya yang berada di sebelah disikunya. Sungguhlah Abah dia ni dah kemaruk nak bermenantukan Qaiser tu. Baru cakap Qaiser nak datang dah senyum kalah orang menang Anugerah Oscar.

“Datang sorang je ke bawak rombongan?” Selamba Puan Sofia bertanya.

“Apa pulak rombongan. Mama ni. Saja lah dia nak datang. Nak melawat Abah dengan Mama. Eratkan silaturrahim.” Airis menjelaskan.

Jauh sungguh imaginasi Mama ni. Tak ke pelik baru pagi tadi jumpa, esok Qaiser tu nak bawak rombongan. Ingat rumah dia ni Muzium? Boleh bawak rombongan buat lawatan bagai? Lagi pun masa keluar dengan Qaiser tadi, takde lah pulak Qaiser cakap pasal rombongan ke apa. Kalau betul dia plan nak bawak rombongan meminang ke apa, memang dia kerat empat belas Qaiser tu!

“Oh. Ingat bawak rombongan meminang. Hmm datang jelah, apa salahnya.” Puan Sofia memberi keizinan.

“Abah pun tak kisah. Kalau dia nak datang selalu pun Abah okay je. Suruh la dia datang lunch esok.”

“Aah Airis. Ajak dia makan tengahari kat sini. Nanti Mama masak special punya.”

Abah dengan Mama setuju Qaiser nak datang? Alahai. Baru je berangan esok nak lepak dekat rumah tanpa sebarang gangguan. Qaiser ni pun tak boleh ke datang lusa ke tak pun bulan depan. Kalau tak datang langsung lagi bagus. Memang mengganggu hidup aku lah dia ni!

“Hmm yelah. Nanti Adib cakap.” Lemah sahaja suaranya.

“Macam tak suka je Qaiser nak datang.” Encik Ahmad dapat menangkap nada tidak suka dari Airis.

“Eh mana ada. Mestilah suka. Kawan baik Adib tu kan.”

“Kawan baik ke?” Kakaknya tiba-tiba mencelah.

Airis menghantar jelingan maut. Aimy buat tak nampak jelingan tersebut. Betul apa kata-katanya. Memanglah sekarang kawan baik, tapi lepas ni kalau kawin? Dah naik pangkat jadi Suami Terbaik! Tak gitu?

“Kau ni dari mana? Tiba-tiba je datang. Macam hantu.”

“Ubah topik nampak! Aku dari dapurlah. Makan.” Aimy menghulurkan mug berisi coklat panas kepada Mama dan Abahnya.

“Makan? Tadi sampai dua pinggan kau makan. Tak kenyang lagi ke?”

“Biarlah. Sekali sekala nak ternak badan.”

“Abang Zaid lari baru tau.” Sengaja dia menggunakan nama Zaid untuk menakutkan kakaknya.

“Eeee kau! Mulut tu tak sayang betul!” Pantas jari Aimy mencubit mulut Airis.

“Eh dah! Dah! Nak gaduh masuk bilik. Mama nak tengok TV ni!”

“Ye.” Serentak mereka menjawab.

“Adib masuk bilik dululah. Esok kira jadilah ni kan Ma?” Airis meminta kepastian sekali lagi.

“Jadi. Pukul 12 macam tu suruh Qaiser datang.”

“Okay.”

“Qaiser nak datang ke? Phewittt.”

“Diam!”

Airis dapat menangkap gelak tawa tiga orang manusia lain didalam rumahnya. Tak lain mesti cakap pasal aku. Arghhh bencinya! Qaiser lah ni! Habis aku jadi bahan usikan dalam rumah ni. Dalam tak suka sempat dia menghantar mesej kepada Qaiser.

‘Okay. Lunch sini esok. Pukul 12’

Dan pihak yang menanti jawapan di sana tersenyum kelegaaan. Esok, rancangan seterusnya bakal dilaksanakan. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya.

‘See you tomorrow. Sweet dream’

Uwekkk nasib tak muntah dia membaca ayat terakhir dari Qaiser itu. Sweet dream katanya. Memang aku mimpi ngeri malam ni. Entah apa akan jadi esok. Bukan boleh percaya sangat Qaiser ni. Ada je muslihat tersembunyi dia yang aku tak tahu. Nampak je muka suci murni bak minyak Seri Murni tapi haih. Dia berharap sangat esok tak jadi benda pelik-pelik. Janganlah Qaiser ni buat gila ke apa. Rombongan meminang? Okay memang dia lari ke Siam kalau esok Qaiser bawak rombongan sekampung datang meminang dia.





2 comments:

Anonymous said...

nice story, jalan serita menarik!! keep up da good work!! :)
nx n3 plisz.. huhu

faizah yaakub said...

thank you! baru update :)