Friday, 14 December 2012

Cerpen| 80km/j Jantung Berubah Rentak




Masih ingatkah anda akan kisah Hanis dan Anas Saufi? Ini adalah sambungan daripada kisah mereka (Jantung Berlari 240km/j). Kisah terakhir di dalam bab hati dan perasaan.

Najihah menolak daun pintu perlahan. Kelam kabut Hanis menutup laptopnya. Bimbang apa yang dilakukannya saat ini disedari Najihah. Dia melihat facebook lelaki yang menyakiti hatinya lagi. Semalam mereka bercerita panjang. Dan empangannya pecah lagi!

“Hanis, kau tengok facebook dia lagi eh?” Seperti polis lagak Najihah.

Sahabat baik. Pasti dapat menangkap dan menghidu gerak geri sahabatnya. Hanis mendiamkan diri. Tak tahu ingin membalas apa. Dia memandang Najihah sebelum empangan perlahan-lahan pecah. Najihah berjalan laju ke arah Hanis. Pantas Hanis dibawa ke dalam pelukannya. Dia turut merasakan apa yang Hanis lalui saat ini. Mahu menangis tapi sudah puas menangis. Mahu marah tapi kepada siapa pun tidak tahu. Hanis perlukan sokongan bukannya bebelan.

“Aku tak cukup kuat Gee.” Makin kuat tangisan Hanis.

“Ingat Allah Hanis. Dia sentiasa ada untuk kau. Mengadu dengan Dia. Mohon pada Dia supaya hapuskan perasaan tu.” Najihah mengelus perlahan rambut Hanis.

“Sakitnya hati aku hanya Allah yang tahu. Tak pernah aku rasa sakit macam ni.”

“Aku tahu Hanis. Dah banyak kali kau menangis. Aku risau tahu.”

Semalam jangan cakaplah berapa kali Hanis ni menangis. Tiba-tiba menangis. Murahnya air mata perempuan bernama Hanis itu. Siapa tak sakit hati bila diperlakukan sebegitu rupa.

“Aku marah. Aku benci. Aku sakit hati. Aku sedih. Semuanya cukup.” Hanis meluahkan lagi perasaan yang terbuku dalam hatinya.

“Kau janji semalam nak tutup buku. Jangan ungkit lagi nanti kau lagi sedih.”

Kisah semalam,     
                                                                            
Anas Saufi. Perasaannya sukar untuk dibaca. Rentak lakunya memang sukar untuk diterka. Sayangkah? Kalau sayang pun sebagai apa? Yang istimewa? Sahabat? Sungguh tak faham dengan lelaki yang satu itu. Tapi hanya satu. Ya, hanya satu. Hanis mahukan penjelasan. Perasaan ini tidak perlu diteka-teki lagi. Kalau Ya. Biarkan sahaja. Kalau Tak, dia akan berusaha untuk melupakan.

‘Salam. Anas Saufi, saya tak tahu apa yang awak nak dan apa yang ada dalam fikiran awak. Tapi saya mohon berlaku jujur. Awak buat saya macam orang bodoh. Awak bagi pelangi kemudian datangkan ribut. Apa semua tu?’

Panjang lebar mesej yang dihantar dia kepada Anas. Sungguh dia tak mahu berada dalam keadaan sakit hati. Sekejap lelaki itu berlagak suka. Tak lama kemudian berlagak seperti tiada apa. Perasaannya bukan padang permainan. Boleh datang dan pergi sesuka hati.

Salah ke layan kawan macam tu? Tanya khabar dan hargai pembaca? Tak ada niat nak mainkan perasaan sesiapa. Kalau saya cakap terus terang dan orang lain tahu lagi awak sakit hati. Saya cuma jaga perasaan kawan.’

Hanis ketawa perlahan. Pahit untuk ditelan mesej yang diterimanya. Member? Anas Saufi. Baru hari ini anda berlaku jujur? Baru hari ni anda katakan saya kawan anda? Setahun lebih lamanya. Kenapa baru sekarang? Saya bukan pilihan kedua mahupun barang yang anda boleh cop. Bila tak berkenan anda buat tak tahu lalu pergi pada yang lain. Sakitnya hati!

‘Terima kasih. Selepas setahun lamanya anda jujur.’

Hati kata terima kasih. Hati kata pasrah. Tapi hanya Allah yang tahu betapa remuk dan sakitnya hati dia saat itu. Mudahnya lelaki memberi alasan. Mudahnya lelaki berlaku jujur bila sekian lama membohongi hati.

Bukan tak sudi dan bukan tak suka. Tapi hati ni saya dah bagi pada orang yang sekian lama saya tunggu. Harap penjelasan ni dapat clearkan apa yang tak clear.’

Kepahitan yang harus ditelan. Sekian lama ‘wanita’ itu ada dalam hati dia, baru sekarang dia mahu berlaku jujur? Membiarkan ‘wanita lagi satu’ ini memendam rasa, bersabar untuk setahun lamanya. Ya! Mungkin ‘wanita’ itu lagi lama menanti dia tapi perlukah dia meminta ‘wanita lagi satu’ menanti dia. Anehnya lelaki. Mudahnya lelaki. Laju air matanya menitis tanpa dipinta. Kekuatan yang dia bina selama ini hancur lebur. Tembok hati yang kukuh dibina sekian lama akhirnya roboh dengan penjelasan dari seorang lelaki.

Hati yang dia didik supaya kental dan terus teguh walau sekuat mana disakiti kerana racun cinta. Tapi hari ini, saat ini, tika ini ada lelaki yang sudah berjaya merobohkannya. Bertebaran jatuh batu bata yang dia atur satu persatu. Sekelip mata! I know how to take care of my heart. Hanis rebah di dalam kata-kata yang dia pegang selama ini. Tak sepandai dan sehebat mana dia menjaga hatinya.

Cukup setakat ini hatinya dipermainkan. Cuma setakat ini dia menanti lelaki itu. Dia perlu bangun walaupun diri dan emosinya saat itu tak cukup kuat.

“Kau menangis Hanis? Kenapa?” Najihah terkejut melihat Hanis menangis.

“Aku dah dapat jawapannya. Dia biarkan aku macam ni. Macam aku ni tak ada harga di mata dia.” Hanis berkata dengan air mata masih laju menuruni pipi.

“Anas? Apa dia buat sampai kau menangis macam ni?”

Hanis. Orangnya bukan mudah membenci, bukan mudah marah dan bukan senang menangis. Tapi sekali dia diperlakukan dan dilayan dengan teruk, berubah 360 darjah sikapnya. Hanis yang dia kenali sentiasa bertahan walau di dalam hati berperang hebat. Sentiasa akan bergurau walau hati dilanda badai. Tapi kali ini Hanis yang satu ini benar-benar terasa hati. Tak lagi mampu menutupi rasa hati.

“Hanis, cuba kau cerita satu-satu dekat aku.”

“Kau tahu? Selama ni dia suka orang lain. Dia menanti orang lain. Kalau betul kenapa tak jujur? Kenapa bagi aku harapan? Kenapa beri aku tempoh menanti dia kalau akhirnya dia tetap akan pergi pada orang yang sama.” Hanis menjelaskan dengan suara tertahan kerana menangis.

“Aku tak faham dengan Anas ni. Dia tu dah kenapa?” Najihah turut merasa geram.

“Orang yang dia tunggu selama ni akan balik ke Malaysia. Kemungkinan besar….” Hanis tak mampu meneruskan kata-katanya lagi.

Mahu melepaskan marah tapi dia dah cukup penat untuk marah. Hanya menangis dia mampu lakukan saat ini walau matanya sudah berubah dari asalnya. Bengkak akibat menangis.

“Kahwin?” Najihah bertanya perlahan.

Hanis hanya menganggukkan kepalanya. Dia memeluk Najihah erat. Memohon kekuatan untuk menerima keadaan. Najihah turut sama menangis melihat anggukan kepala Hanis. Hanis, hebatnya dugaaan kau saat ini.

“Kalau boleh aku nak lari sejauhnya. Tapi aku tak mampu lari dari realiti kan?”

“Sabar Hanis. Kau tak rugi apa. Cuma dia lelaki yang tak tahu menghargai kehadiran kau.”

“Semarah mana pun aku, sebenci mana pun aku..Aku kena terima kan pilihan dia? Tapi aku tak mungkin dapat lupakan apa dia buat dekat aku. Aku datang pada dia dengan cara baik, tapi dia tinggalkan aku dengan cara paling kotor. Itu yang buat aku sakit hati.”

“Dah laa Hanis. Kau lupakan je semua ni. InsyaAllah kau akan bangun dengan Hanis yang baru. Semangat yang baru.” Najihah memandang Hanis yang sedang mengesat air matanya.

“Aku akan pergi dengan hati yang mati. Tapi aku janji akan kembali dengan hati yang lebih baik keadaannya.” Hanis membulatkan tekad.

Patah hati, putus cinta tak bermakna hidup itu berakhir. Ini satu ujian untuk menguatkan hati yang selama ini dia kira teguh rupanya hanya rapuh. Merangkak, berjalan dan seterusnya bangkit untuk berlari kembali.

Ini surat dari hati, untuk lelaki bernama Anas Saufi.- Hanis

Anas Saufi,
Egonya lelaki mahu berlaku jujur
Egonya lelaki mahu mengakui hati dan perasaan sudah dimiliki
Egonya lelaki mahu membuat keputusan sendiri

Kerana egomu, wanita ini rebah
Kerana egomu, wanita ini disakiti hebat
Kerana egomu, wanita ini menangis lagi
Kerana egomu kau biarkan wanita ini berada dalam kesedihan
Atas alasan apa egomu itu?
Mengejar kebahagiaan sendiri.

Terima kasih. Hanis ini akan kembali. Selepas luka dalam yang kau tinggalkan itu sembuh sepenuhnya. Dia punya ‘doktor-doktor’ yang mampu merawatinya. Kerana itu yang anda mahukan, sekarang dia Hanis akan berikan.





3 comments:

Anas Saufi said...

seronoknya baca cerita nama sendiri. hoho

faizah yaakub said...

serius nama sama?

Anas Saufi said...

hahaha serius. maybe ada persamaan sedikit dengan karekter diatas, walaupon yang diatas cuma fiksyen.