13 oleh: faizah fyn
Qaiser
tersenyum dari tadi. Mana taknya lepas kakaknya Qistina call, malam tu juga
Mamanya call. Memanglah kakaknya Qistina tu tak boleh dibuat penyimpan rahsia. Tak
sampai sehari rahsia kerajaan dah sampai ke pihak luar. Memang tak boleh dibuat
pekerja dekat bahagian rahsia negara. Nanti habis dijajanya. Petang tadi bukan
main lagi berjanji. Banyaklah dia punya Melayu promise. Perbualan tadi…..
“Qais,
just now Qis tell me that you want to get married. Is that true?” Tu dia big
big segala big boss dah tahu rahsia.
“Errr
yes Ma. Qis cakap apa lagi dekat Mama?”
“How
could you my dear! Tak cakap apa pun dengan Mama. Itu pun Qis yang cakap. And
she told me about Adib.” Duhhh sungguh laa rahsia dah terbongkar.
Ini
kalau Airis tahu memang masak dia kena gulai. Baru jumpa nak settle masalah dah
datang masalah lagi satu. Memanglah dia plan nak discuss benda ni dengan Papa
dengan Mama tapi at least dia nak jumpa parents Airis lagi sekali. Nanti Papa
dengan Mama okay, yang pihak sana pulak tak okay tak ke haru?
“Qais,
still there?”
“Yes
Ma. Qais ingat nak jumpa parents Adib dulu then baru cakap dekat Ma dengan Pa.
Pa dah tau ke?” Harap Papa belum tahu. Fuhh fuhh.
“Dah.
Qis tu, macam Qais tak tahu. Kalau boleh satu US dia nak story.”
“Sigh.
Papa okay tak?”
“Mahunya
tak okay? Nak berbesan dengan kawan baik sendiri mesti lah suka. He was
grinning from ear to ear you know.”
“Hmm
nanti lah Qais settle semua benda dekat sini, lepas tu Qais inform Ma okay?”
Nampaknya
Papa dengan Mama dah bagi green light. Kiranya tunggu pihak yang disana jelah
bagi laluan. Uncle Ahmad tu gaya je nampak okay tapi dalam hati siapa tahu? Dah
laa aku ni dah lama menghilang tanpa berita. Lepas tu tiba-tiba aku muncul nak
petik anak kesayangan dia buat isteri. Tak ke pelik tu? Macam desperado sangat
sampai muncul tiba-tiba nak kawin dengan anak dia. Entah-entah Uncle Ahmad dah
ada calon suami untuk Airis. Siapa tahu?
Mungkin
dia patut pergi rumah Airis esok. Bukan mungkin tapi memang kena pergi jugak!
Takut nanti Papa melulu call Uncle Ahmad cakap pasal hal dia dengan Airis. Mahu
tak tunggang terbalik rumah Uncle Ahmad tu. Kalah Titanic langgar iceberg. Qaiser
memandang jam besar yang elok tergantung di dinding biliknya. Tepat pukul 10
malam. Dia mencapai handphone. Lama dibelek handphonenya sebelum dia menaip
mesej untuk dihantar ke pihak sana.
‘Okay
tak kalau aku nak datang rumah kau?’
Message
sent. Hanya menanti balasan dari pihak sana.
******
Vibrate
dari handphone mengejutkan Airis yang leka membaca novel sambil berbaring di
atas katil. Novel ‘Saya Muslim, Awak Iman’ yang menarik perhatiannya sejak
tadi. Pantas jemarinya membuka mesej. Bulat matanya apabila membaca isi mesej
tersebut. Apa lagi Qaiser ni nak? Baru pagi tadi datang rumah, takkan nak
datang lagi kot. Kusut lah! Aci tak kalau aku decide sendiri? Cakap ‘TAK OKAY’!
Airis sudah merancang idea jahat. Tapi kalau esok pagi-pagi buta Qaiser
terpacak depan rumahnya macam pagi tadi macam mana? Adeh! Problemo sungguh!
Airis
bangun dari perbaringan. Novel yang dibaca tadi ditanda sebelum diletakkan ketepi.
Dia sudah berkira mahu bertanya kepada Mama dengan Abahnya. Tak putus-putus dia
berdoa supaya Abah dengan Mamanya ada hal esok. Kenduri ke, dating ke tak pun
jumpa member Abah. Kelihatan Abah dengan Mamanya sedang menonton televisyen.
“Airis,
tadi kata mengantuk. Bukan main awal lagi masuk bilik.” Puan Sofia yang
menyedari kehadiran anaknya bertanya.
“Tak
boleh tidurlah Ma.” Airis melabuhkan punggung di sofa.
“Ingat
orang jauh ke?” Encik Ahmad sudah senyum penuh makna.
“Orang
jauh?” Airis memandang Mamanya.
Puan
Sofia hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu gerangan siapakah ‘orang jauh’
yang dimaksudkan Abahnya. Cop! Orang jauh! Qaiser ke? Tapi Qaiser tu orang jauh ke? Bukan Qaiser dekat US pun. Dalam Malaysia apa sekarang.
“Qaiser
lah. Ke ada orang jauh lain yang Abah tak tahu.”
“Abah!
Ma tengok Abah tu.” Airis terjerit kecil mendengar kata-kata Abahnya.
“Kejap
Mama nak tengok.” Puan Sofia menarik muka suaminya rapat ke mukanya.
“Ma!”
Encik Ahmad hanya ketawa melihat Airis yang masam mencuka.
“Abah
gurau jelah. Tapi kalau betul, Alhamdulillah.”
“Abah
ni.”
Puan
Sofia mengangkat tangan meminta suami dengan anaknya senyap. Jari telunjuk
dihalakan ke arah peti televisyen. Menandakan dia mahu fokus pada rancangan di
televisyen.
“Abah,
Ma sebenarnya kan…”
“Hah
tengok! Dah agak mesti ada something ni.” Teruja wajah Encik Ahmad.
“Something
apanya Abah ni. Adib tak habis cakap lagi.”
“Okay
okay. Abah dengar ni.”
“Qaiser
nak datang esok, boleh tak?”
Encik
Ahmad sudah senyum lebar. Pantas isterinya yang berada di sebelah disikunya.
Sungguhlah Abah dia ni dah kemaruk nak bermenantukan Qaiser tu. Baru cakap
Qaiser nak datang dah senyum kalah orang menang Anugerah Oscar.
“Datang
sorang je ke bawak rombongan?” Selamba Puan Sofia bertanya.
“Apa
pulak rombongan. Mama ni. Saja lah dia nak datang. Nak melawat Abah dengan
Mama. Eratkan silaturrahim.” Airis menjelaskan.
Jauh
sungguh imaginasi Mama ni. Tak ke pelik baru pagi tadi jumpa, esok Qaiser tu
nak bawak rombongan. Ingat rumah dia ni Muzium? Boleh bawak rombongan buat
lawatan bagai? Lagi pun masa keluar dengan Qaiser tadi, takde lah pulak Qaiser
cakap pasal rombongan ke apa. Kalau betul dia plan nak bawak rombongan meminang
ke apa, memang dia kerat empat belas Qaiser tu!
“Oh.
Ingat bawak rombongan meminang. Hmm datang jelah, apa salahnya.” Puan Sofia memberi
keizinan.
“Abah
pun tak kisah. Kalau dia nak datang selalu pun Abah okay je. Suruh la dia
datang lunch esok.”
“Aah
Airis. Ajak dia makan tengahari kat sini. Nanti Mama masak special punya.”
Abah
dengan Mama setuju Qaiser nak datang? Alahai. Baru je berangan esok nak lepak
dekat rumah tanpa sebarang gangguan. Qaiser ni pun tak boleh ke datang lusa ke
tak pun bulan depan. Kalau tak datang langsung lagi bagus. Memang mengganggu
hidup aku lah dia ni!
“Hmm
yelah. Nanti Adib cakap.” Lemah sahaja suaranya.
“Macam
tak suka je Qaiser nak datang.” Encik Ahmad dapat menangkap nada tidak suka
dari Airis.
“Eh
mana ada. Mestilah suka. Kawan baik Adib tu kan.”
“Kawan
baik ke?” Kakaknya tiba-tiba mencelah.
Airis
menghantar jelingan maut. Aimy buat tak nampak jelingan tersebut. Betul apa
kata-katanya. Memanglah sekarang kawan baik, tapi lepas ni kalau kawin? Dah
naik pangkat jadi Suami Terbaik! Tak gitu?
“Kau
ni dari mana? Tiba-tiba je datang. Macam hantu.”
“Ubah
topik nampak! Aku dari dapurlah. Makan.” Aimy menghulurkan mug berisi coklat
panas kepada Mama dan Abahnya.
“Makan?
Tadi sampai dua pinggan kau makan. Tak kenyang lagi ke?”
“Biarlah.
Sekali sekala nak ternak badan.”
“Abang
Zaid lari baru tau.” Sengaja dia menggunakan nama Zaid untuk menakutkan
kakaknya.
“Eeee
kau! Mulut tu tak sayang betul!” Pantas jari Aimy mencubit mulut Airis.
“Eh
dah! Dah! Nak gaduh masuk bilik. Mama nak tengok TV ni!”
“Ye.”
Serentak mereka menjawab.
“Adib
masuk bilik dululah. Esok kira jadilah ni kan Ma?” Airis meminta kepastian
sekali lagi.
“Jadi.
Pukul 12 macam tu suruh Qaiser datang.”
“Okay.”
“Qaiser
nak datang ke? Phewittt.”
“Diam!”
Airis
dapat menangkap gelak tawa tiga orang manusia lain didalam rumahnya. Tak lain
mesti cakap pasal aku. Arghhh bencinya! Qaiser lah ni! Habis aku jadi bahan
usikan dalam rumah ni. Dalam tak suka sempat dia menghantar mesej kepada
Qaiser.
‘Okay.
Lunch sini esok. Pukul 12’
Dan
pihak yang menanti jawapan di sana tersenyum kelegaaan. Esok, rancangan
seterusnya bakal dilaksanakan. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya.
‘See
you tomorrow. Sweet dream’
Uwekkk
nasib tak muntah dia membaca ayat terakhir dari Qaiser itu. Sweet dream
katanya. Memang aku mimpi ngeri malam ni. Entah apa akan jadi esok. Bukan boleh
percaya sangat Qaiser ni. Ada je muslihat tersembunyi dia yang aku tak tahu.
Nampak je muka suci murni bak minyak Seri Murni tapi haih. Dia berharap sangat
esok tak jadi benda pelik-pelik. Janganlah Qaiser ni buat gila ke apa.
Rombongan meminang? Okay memang dia lari ke Siam kalau esok Qaiser bawak
rombongan sekampung datang meminang dia.
2 comments:
nice story, jalan serita menarik!! keep up da good work!! :)
nx n3 plisz.. huhu
thank you! baru update :)
Post a Comment