Wednesday, 13 February 2013
Cerpendek| Hikayat Bulan Februari
We have a deep conversation and we settle down everything (fullstop)- A story about Farah Hannan and Eshan Lee
#One- The Problem(?)
Keadaan sunyi sepi di dalam kereta. Berdua di dalam kereta yang mana boleh menimbulkan syak wasangka sedangkan penghuni di dalamnya tidak melakukan apa-apa.
Eshan: Okay honestly, memang jujur aku cakap aku still macam ni. Masih mencari jalan kembali ke arah tu.
Hannan: I believe, one day kau akan kembali ke arah tu.
Eshan: Jangan cakap pasal one day since we don't know what will happen in the future. Kalau cakap pasal one day, kau jugak akan terluka.
Hannan membuang pandang ke luar kereta. Dapat dirasakan kesakitan yang dialaminya saat itu. Kesakitan orang yang dia cintai tak mungkin dia mampu miliki. Terasa ada air hangat bertakung di tubir matanya. Dia berusaha menyembunyikannya.
Eshan: Janganlah nangis weh! Nah nah ambik tisu ni.
Kelam kabut Eshan mencapai tisu di dalam keretanya lalu dihulurkan kepada Hannan yang berada disisinya. Awalnya Hannan menolak tapi perlahan-lahan dia mencapai tisu yang dihulurkan.
#Two- Their Feelings(?)
Seboleh mungkin dia cuba mengelak dari bertemu pandang dengan Eshan. Bimbang dia tidak mampu mengawal perasaannya saat itu. Perasaan yang cuba dikuburkannya suatu ketika dahulu.
Eshan: Aku bukan tak nak contact kau, tapi aku takut nanti kita gaduh lagi. Lepas tu aku cakap macam-macam dekat kau.
Hannan: Aku tak marah dengan kau, aku marah dengan diri aku sendiri.
Eshan: Maksud kau?
Hannan: Aku still tak dapat get over the feeling. Aku rasa aku still suka kau. (jujur)
Eshan: Ya Allah! Janganlah macam ni. Kau tahu kan aku macam mana? Aku ni pun bukan baik sangat yang kau nak suka.
Hannan: Entahlah. Tapi dalam masa yang sama aku jadi malas dengan benda ni semua. Terluka banyak kali sampai aku dah takut nak percaya.
Eshan: Masalah kau sekarang, kau terlalu put in trust on someone. Kau tak boleh macam tu.
#Three- The End, The Beginning of New Journey!
Masing-masing mencerna duduk perkara sebenar,
Eshan: Kau tahu masalah kita apa sekarang? Both of us ego. Tak nak accept our mistakes, our situation, bad and good side.
Hannan: Yeap! Ego.
Eshan: I just need you to be my friend. Someone yang boleh aku call bila nak chill, yang aku mesej, aku gelak-gelak, aku bercerita apa semua.
Hannan: --- SILENT--- (friend?)
Eshan: Kau lah antara kawan yang aku kenal lama, yang aku percaya, yang lagi dekat dengan aku berbanding aku punya 'partner'.
Hannan: Tapi still kau cari 'partner' kau berbanding aku.
Eshan: Tak, kau lagi aku kenal lama cuma kita jarang jumpa je. Tu beza kau dengan 'partner' aku.
Hannan: Hmmm
Eshan: Aku just harap kau boleh terima aku seadanya. Aku yang sekarang ni. Kalau kau tak boleh terima, biar jelah kita macam ni.
Hannan: Okay, from now on aku akan terima kau yang sekarang ni. Aku takkan mention life kau sekarang.
Eshan: Okay good! High five sikit!
Hannan: Ops! Aku just nak kau hormat aku. Memang kita kawan dan kau macam ni but still kau lelaki dan aku perempuan yang mana kita bukan muhrim. There's a barrier between halal and haram.
Eshan: Kau cakap pasal halal haram, apa yang aku buat ni pun haram.
Hannan: ---SILENT---
Hannan mengangkat jari kelingkingnya. Senyuman manis diukirkan.
Hannan: Promise yang kita takkan gaduh and accept everything antara kita.
Eshan: Okay
Pinky promise yang tak bertaut tapi yakin ia janji yang kita berdua takkan mungkiri.
Hannan: Tapi still ada someone yang aku suka sampai sekarang.
Hannan sudah membuka pintu kereta dan bersedia untuk keluar.
Eshan: Siapa?
Hannan: Ada laaa
Eshan: Siapa weh? (dengan pandangan mata yang redup)
Hannan: Kau
Serentak dengan jawapan tu Hannan keluar dari kereta tanpa berpaling melihat reaksi di wajah Eshan. Biarlah itu yang terakhir kalinya.
Eshan: Makin menggoda kau sekarang kan!
Telinganya sempat menangkap ayat itu. Ini kisah Farah Hannan dan Eshan Lee yang mana tak semua mampu menerimanya. Mungkin novel tentang kisah mereka tak mampu menembusi pasaran kerana genre dan kisahnya tapi percayalah di dalam masyarakat kita sekarang, wujudnya situasi ini. Sekian.
Til then, Assalamualaikum!
Labels:
Cerpendek,
Hikayat Cinta Sahabat,
Kisah Hidup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment